Tempat: TGV KLCC
Masa: 7.30 pm Rabu ( Ladies Night)
Tiket: RM 8.00
Seat: C5 (ada sapa-sapa pergi tengok masa ni?)
First time buat review filem. FS tak pernah masuk cinema, selalu tengok cerita daripada kawan-kawan FS yang ada download sahaja. Ini kali kedua pergi dengan roomates. Kali pertama pergi dengan mak kawan rapat. Mak dia bawa.
Sebelum nak mulakan review, walaupun cerita Hantu Kak Limah nii lawak, FS rasa cerita kami yang pergi ni rasa macam kurang lebih lawak juga. Kerana apa? Ini alkisah nya.
Kami berempat. Cik Jee, Cik Fas, Cik Fiq dan Cik Sya.
Pergi after solat asar. Dalam pukul 5 lebih. Nak pergi tengok Kak Limah punya pasal, sebelum pergi tu, FS dan Cik Fiq berhempas pulas menyiapkan segala kerja. Intermediate Accounting (IA) dan Cost Management (CM). Fuh, selalu buat akaun, lambat benar nak siap, petang tu, 3 soalan IA dan 4 soalan CM boleh siap dalam masa 2jam. Bila ingat balik, teruja sikit. Hehe
Maka, hendak dijadikan cerita, FS dan Cik Fiq agak ragu-ragu nak terus pergi sahaja tanpa membuat reservation tiket, tapi bila Cik Jee habis kelas, dia kata tak perlu. Dia kata sempat. And dia kata lagi, cerita ni dah lama kat pawagam, nak habis tayangan dah pun, mesti ada banyak tempat kosong. Ok, FS dan lain-lain pun ikut sahajalah..
Ok, sampai KLCC lebih kurang pukul 6 lebih. Kami terpaksa meredah manusia yang berpusu-pusu pulang dari tempat kerja masing-masing. Meredah arus itu namanya! Arus manusia yang masing-masing hendak cepat.
Setibanya di KLCC, laju-laju naik atas, pi TGV. Sampai kat TGV . . . . .
RAMAINYA ORANG!!! Tengok skrin,
Hantu Kak Limah Balik Rumah (U) 07:30pm "FEW"
Kami dah macam hampir putus asa. Kami berharap sungguh dapat tengok. Kami menanti, mata tak lepas pandang skrin, taku-takut dah tukar ke "FULL"
Ya! Kami sempat! Tapi . . . .
Penjaga Kaunter: ya, nak beli tiket apa?
Cik Jee: Hantu Kak Limah Balik Rumah
Penjaga Kaunter: Ok, nak berapa?
Cik Jee: ada tempat lagi tak untuk empat orang.
Penjaga Kaunter: Ada 6 lagi kosong, tapi ini sahaja tempat yang tinggal.
- Satu kat belakang sekali, tengah-tengah.
- Satu kat tengah-tengah belah kiri menghadap skrin, sebelah laluan.
- Satu tengah-tengah hampir depan sebelah laluan.
- Satu tiga dari depan tengah-tengah.
- Lagi dua tempat tak ingat.
Nak dijadikan cerita. Kerana kami dah sampai, takkan nak end up going back without watching any movie kan? And the only movie yang nak tengok is Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Haih..tak dapat nak bayanglah. Sedih ada, lawak pun ada sebab kami terpaksa berpisah!!!! Masing-masing duduk dengan orang asing kat sebelah. Tak dikenali. Walaupun cerita dia memang lawak, tapi tak berapa nak sungguh2 ketawa. Nanti apa pulak kata orang sebelah kan?
Mesti orang sebelah kitorang tu fikir macam ni "kesian benar lah dia ni, tengok wayang sorang-sorang" Huhu padahal...woo,kami bawak geng tau!! hehe
So, REVIEW Hantu Kak Limah Balik Rumah
- Lawak memang lawak la. Memang bila ketawa boleh pecah panggung! [Tapi kami cover sikit lah nak gelak. Haih sakit perut gelak!]
- Penonton yang ramai membuatkan FS membuat kesimpulan cerita ni memang happening humor gila-gila. Kalau rasa nak lapang-lapangkan minda tengok cerita lawak-lawak. No worries lah, cerita Kak Limah ni memang bukan pilihan yang salah.
- Dari beginning tu pun ok je. Dia cerita lawak seram. Tapi tak seram sangatlah pun bagi FS. Lebih banyak lawak dari seram.
- Cuma, FS tak suka ending dia, macam tergantung. Mungkin akan ada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang kedua kot. Sebab itu dia buat macam tu.
- Overall, citer ni kelakar lah juga. Boleh la nak bagi 4 per 5 bintang kot.
"Bukan supervisa le Husin, supervisor.. Itulah pentingnya English Education" hik hik hik. Antara dialog yang memang tak boleh lupa.;)
So, mungkin ada yang kata. Alahai, orang dah tengok dah lama. Baru nak cerita. Tak kisahlah. FS nak cerita juga! Tapi ada sedikit benda FS tak suka bila masuk panggung ni. Yang ini memang sangat-sangat tak suka lah.
Apa?
Bila ada orang yang dah tengok cerita ni ntah buat kali ke berapa, tapi cerita kat orang sebelah bagi 1 panggung kasi dengar. Haiyaaa, orang suspen pun dah tak suspen dengar citer lu laa. Kacau orang nak feeling meeling betul. Rasa nak plaster je mulut dia!!
FS kata: So, sesiapa dah tengok Kak Limah, apa komen korang? Korang dah tengok berapa kali?
TERIMA KASIH SUDI BACA^^