July 31, 2011

Ahad Yang .... ?? Sambung Sendirilah





I wish, today is ...

I wish I can ....



Waaaaaaaaaaaaaaa


but, they are just my wishes..


Be Happy by *Alephunky

p/s: selamat bercuti buat anda. Selamat bekerja buat saye. huwaaaaa harap2 balik awal, nak blogwalking!!!!!!!!!!!!!!!!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 30, 2011

Selagi Tak Cuba, Kita Tak Tahu Kan?


Never Give up by Antontang


Baru faham, kenapa orang yang dah keje cakap, belajar lagi best.




p/s: masuk pukul 2. Harap malam tak kena kerja, insyaAllah bila cuti jejak akan dibalas. maaf sgt2.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Sabtu Yang Spontan






Dalam setiap perkara, 
betulkan niat,
mulakan dengan basmalah...



Happy Saturday!


p/s: selamat bekerja. =.=''

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 29, 2011

Just 2 Words Only, Can aa?

Calm by ~Cattereia



HECTIC



&



FATIGUE


p/s: a little bit busy =.=''

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Antara Yang Menjadi Giveaway Dari Korea @fasihah.com


Senarai list peserta yang akan di update setiap hari. Pastikan anda hanya menghantar link entri yang betul sahaja. Jika tidak, anda tidak akan dimasukkan ke dalam list. Harap beri kerjasama untuk cek nama masing-masing. Kalau tak ada, beritahu saya. Kalau belum join, boleh klik gambar di atas. 

Senarai dah join kat sini

Lagi 1 pengumuman : GA akan ditutup pada masa yang terdekat, bukan 14 Ogos 2011, harap maklum.

Terima kasih :)



Jadi, antara gambar yang sudah di emelkan oleh Owner Storeking ialah...





6 bookmark special dari Korea.
Tahu itu baju tradisional Korea kan?
Tahu tak nama dia apa?
Korang kan Korean Lover..patut tahu ;)

- Hanbok tak silap -




Tu baru 6..
Nantikan update dari semasa ke semasa.. hehehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 28, 2011

Pasti Ramai Yang Sedang Kecewa ..


Status awal bila Malaysia gol :-


Rumah bergegar bila sahutan bersatu,
Semangat membara demi sesuatu,

Andai benar ngauman itu berbisa,
Ayuh Harimau Malaya, 
Jadikan malam ini kita atasi Singa itu!


Haha

Mood, bola bersama MO. hehe 


[Updated]

Sad Panda Chibi on DeviantArt

Sampai hati harimau buat panda sedih.
Panda setia tengok harimau main tadi.
Mula-mula harimau macam dah bagi harapan pada panda.
Panda suka sangat tau........!!


Tapi tiba-tiba.........
Nampak Harimau macam tak berapa ada arah..
Dahlah singa tak best..
Panda dah rasa benci dah nak tengok..


Kesian Panda tau..


~ Apapun, cuba lagi, kalau bukan kemenangan yang terbaik untuk Malaysia mara ke peringkat seterusnya, pasti ada mana-mana silap yang perlu diperbetulkan lagi. Apapun, go Malaysia! go!! ~


p/s: panda itu kite(pemilik fasihah.com) lah. hehehehe Ok, nak tido, sok pepagi nak keje. Babai. Sweet dream!!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Klik gambar untuk join ;)


Nak mengarut apa ye?
Hmm, cuti punyalah lama. 
Dah penat merata cari kerja, sampai 1 tahap dah give-up.
Mana tidaknya, tinggal sekejap je cuti, puasa, raya sekejap balik kampus semula.


Tiba-tiba, mak kata, pasaraya selang 2 rumah kita ni nak buka 1 Ogos.
Tengah cari pekerja.
Mak dah cakap dengan kawan mak, nanti pergi interview sana.
Alaa..cari pengalaman.


Nak dijadikan cerita..
Tadi pi interview lah katanya.


Tapi...
Esok kena kerja dah??
So, part time blogging dah kena bahagi-bahagikan masa lah dengan part-time kerja kat pasaraya.
Nasib baik jalan kaki pun sampai...


Haa, tak tahu nak cakap apa lagi,
Jomlah, mana-mana blogger yang berkelapangan tu, jom join contest BA ni.
Chill ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Tiada nama, boleh ke?



Ya Alllah,


Kalau ini yang terbaik untukku bagi sebulan yang cuti yang tinggal ini, kau permudahkanlah..
Jika bukan ini yang terbaik, kau berikanlah yang lain..



mood :...cer teka? haha


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Pelik Tapi Benar : Kisah Kanak-kanak Dan Orang Dewasa



Kalau diberi peluang, semua orang nak jadi bayi semula kan?
Waktu kecik-kecik, semuanya indah.


Tapi itu semua memang tak akan terjadi laa...




Haa itu kartun kegemaran, powerpuffgirls~


Dalam melihat anak-anak kecil melayari kehidupan kanak-kanak,
kita selalu  terhibur dengan gelagat mereka..

Tapi, cuma 1..


Kenapa kan..

Masa kecik, kanak-kanak suka cuba memakai barang-barang orang besar, kasut besar, beg tangan, baju orang besar, dan macam-macam lagi lah..


Tapi, bila dah besar..

Kenapa yang kecil pula jadi pilihan?
Yang bukan saiz tu juga yang nak dipilih..
Yang tak berapa nak muat tu juga yang dipilih..


Macam tak betul ke?
Macam terbalik ke?
Tapi realiti hari ini kan?


~ Aurat tu bukan sekadar membaluti tubuh, aurat itu juga bukan sekadar tudung. Jangan suka  pertikaikan orang bertudung, berserban pun bukan baik, tapi yang wajib tetap perlu dibuat. Aurat itu kan wajib? ~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 27, 2011

Wordless Wednesday #9 : It is coming .. !


 For more detail on Wordless Wednesday, click HERE and HERE.


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Cinta : Lelaki Yang Miang Ke Perempuan Yang Gedik? Hurm..


Selamat malam kakak cun, abang macho! euwww! Nampak macam panas je? Redakan rasa panas dengan tekan button kipas on, dan juga tekan remote aircond on. hehe


L.O.V.E by ~LullabyOfLilly


**********

Dua orang aweks menunggang motosikal. Seorang gaya macam tomboy seorang gaya artis hangat semalaya membonceng dengan hp di tangan. Mereka lupa, aku yang seorang blogger sedang menikmati angin petang di luar rumah di taman ini. Bila aku lihat, 'Oh bukan Islam agaknya, tudung ke mana entah.'


Tak lama aku memerhati kenderaan lalu lalang, ada ibu bapa membonceng bawa anak-anak balik sekolah. Budak-budak sekolah menunggang fixie menuju ke rumah masing2. Oh lupa, aweks yang dua tadi tu belum jauh dari pandangan mata ye.

Ada pulak 2 orang awoks menunggang motosikal, baju sama dah macam boria. Terdetik di hati, 'kompem baru balik kerja, masih pakai uniform.'

La, apesal pulaklah tersengeh2 depa tu sambil terhangguk-hangguk dan memandang sesuatu. Tak lama, dilajukan kelajuan motornya mengejar weks yang 2 orang tadi yang membawa motor dengan kelajuan tahap 40 km/j.

Didepan mata aku seorang pemerhati persekitaran yang indah ini, korang bercengkerama, ngurat mengurat ea. I wish they are not muslim. ngee boleh tak?

**********


Daripada kisah tadi. I wish they are not muslims. Really, I wish to. Sebab, aku rasa macam, murahnya maruah seorang perempuan di situ. Ingat dia twitter ke nak phewitt phewitt je nak kenal perempuan?


Tapi bila fikir balik, mana lelaki tu tak berani nak kacau? Sebab.. just look into their dressing. Bagaimana aweks tadi berpakaian, dan bagaimana perilaku mereka di atas motor itu. Itu yang membuatkan awoks tadi tu tertarik.


Lelaki pun dia mana tak suka benda free kan? Sebab itu dia dekat. Tapi, lelaki macam ni pun, patutnya malu juga lah, ingat perempuan je ke ada maruah? Lelaki pun sama, bila perangai gitu, rasa-rasa ada macam rupa lelaki-lelaki baik ke?


Memanglah, akan ada yang kata, 'ala, kitorang suka-suka je.' Terpulanglah, suka-suka pun, tu macam nak memuaskan hati seorang lelaki je?


Pokoknya, tak kira lelaki ke perempuan ke, kedua-duanya wajiblah menjaga batas pergaulan, jaga maruah diri dan keluarga. Janganlah nak tuding diri pada pihak berlawanan, sebaliknya tuding dan tilik diri sendiri dahulu, di mana silap kita.

p/s: maaf penggunaan aku pada yang lebih berusia. Dan maaf jika ada yang terguris atas bicara. Kerana kita manusia, sama-sama beringat kan? Siapa tak mahu menjadi baik apatah lagi yang terbaik bukan? Chill, coz u have been born to live life happily. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 26, 2011

Peluang Keemasan! Jom Ramai-ramai Serbu!




Orang selalu susah nak baca buku agama, artikel agama.
Tapi kan, yang pelik, bila kita nasihat, dia boleh pulak keluarkan dalil, la ikraha fiddin..
Tiada paksaan dalam agama.

Tapi, dia tak ambil habis tu, tak mengaji habis..
Hurmm, jadi, kalau malas nak baca kelebihan Ramadhan kan..

Kat atas ni memang video terbaik untuk ditonton.

Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi..

IniAnwarHadi and AimanAzlan, both of them, born in 1990. hehe
Just same with me. Ok, abaikan.
Enjoy the video! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Sometime

Sometime ago by popoks

Kadang-kadang kita rasa hidup ini terlalu susah,
Kadang-kadang kita rasa hidup ini tidak adil,
Kadang-kadang kita rasa hidup ini terlampau banyak dugannya,

Tapi, kadang-kadang yang terkadang itu sebenarnya kita lupa,
yang kadang-kadang kita lupa apa tujuan kita di muka bumi ini..


Kadang-kadang kita terbuat orang terasa,
Tapi kita tak sedar,
Melalui perbuatan, penulisan, kata-kata..

Kadang-kadang kita rasa bergurau, tapi orang lain pula terasa daripada gurauan itu..
Kan?


Kadang-kadang kita rasa macam kita dah buat sesuatu tu sungguh-sungguh,
Sampai kadang-kadang kita rasa kita yang terbaik,
Tapi rupanya kita bukan yang terbaik..

Itulah, kerana semuanya pasti ada hikmah disebaliknya..


" Verily, after each difficulties, there is a relief. "


p/s: kadang-kadang kita tak sempat nak online, kadang-kadang kita blur nak taip apa kat blog, kadang-kadang kita rasa macam haaa, kadang-kadang memang banyak betul kadang-kadang. Maaf tak update list GA malam tadi, sebab kadang-kadang kita tertidur awal. haha


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 25, 2011

Pengumuman Untuk Giveaway Dari Korea @fasihah.com



Untuk mengetahui senarai yang dah join, ke sini.
Kalau nak join klik gambar di atas.

Untuk update hadiah, kena tunggu owner Storeking balik dari Korea.


Pengumuman Penting

Penyertaan akan ditutup dalam waktu terdekat, kerana hadiah cuma 10, mungkin akan cuba berbincang dengan owner Storeking ni untuk dapatkan 15. Tunggu macam mana. Sebab matawang Malaysia rendah buat masa ni, kena keluar duit lebih. huhu =_______=

Tak sangka mendapat sambutan, jadi, penyertaan akan ditutup dalam waktu terdekat untuk memberikan probabilty yang lebih besar untuk yang menyertainya.

Harap bersabar untuk update hadiah. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Juga, harap jangan hantar dua link, buat masa ni, berukband tak berapa baik untuk mengizinkan tuan belog menjejak langkah semua yang join. Maaf sekali lagi. =____=

Tak apa kan kalau saya tutup awal??

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 24, 2011

Stanza Cinta Tv3 Episod 5 | Download Link

Salam semua. Sebelum itu, saya mohon maaf lambat post hari ni.huhu Untuk semua peminat Drama Stanza Cinta Tv3. Alhamdulillah, akhirnya, kita berpeluang menonton cerita Stanza Cinta Episod 5 hari ni. Jadi macam mana perasaan?


Jadi buat penonton yang tidak berpeluang menonton Stanza Cinta tadi. Bolehlah download. :) 


Kalau nak download daripada Episod 1, Nak download lagu tema, boleh terus ke SINI.

Untuk membeli Novel Stanza Cinta secara online, boleh terus ke SINI. InsyaAllah urusan untuk mendapatkan online di sini lebih cepat kerana anda akan berurusan terus dengan penulis novel tersebut.


Doa Amni selepas dilamar 
“Ya tuhanku, aku tdk meminta seseorang yg sempurna, namun aku meminta seseorang yg tdk sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di matamu, seorang ikhwah yg memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya, seorang ikhwah yg memerlukan doaku untuk kehidupannya, seseorang yg memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya, seseorang yg memerlukan diriku untuk mmbuat hidupnya menjadi sempurna.”
 
Pesanan Penting Daripada Irfan pula
Dalam sehari kalau kita tak boleh nak buat pahala, cuba kurangkan buat dosa.
 
p/s: maaf, tiada review hari ni, sedang mendownload. Tadi berada di luar rumah. Anda tonton sendiri dan review sendirilah. ^^ Apapun, jangan tak beli novel Stanza Cinta. ;)
 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Spontan Ahad





Wafa :

Ucu kena ikut kakak balik tau.


Aku :

Laa, apehal pulak. Tak payahla, malas lah. Kan mama ada, takkan tak berani.


Sepantas kilat kene tumbuk, tertolak ke tepi dinding.

Adoii.


Ok, menurut perintah. Jadi MAID lah aku camni. 3hari berpindah. grr


##merapu kosong. sigh

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Cinta : Kekasih Hati




Bagaimana hendak menjadi kekasih pilihan?

Perlukah menjadi secantik Siti Nurhaliza?
Atau sekacak Remy Ishak?

live, love and laugh by *kyokosphotos


Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan tanda kasihNya..


Tak dibiar terlena dalam dakapan lazat melimpah..


Tapi..


Dihidangkan keperitan, susah & payah yang tiada sudah..



p/s: madah semenjak dua menjak ini diambil daripada koleksi mesej rakan-rakan seperjuangan, bukan tuan tanah kedaung yang buat. huhu ^^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 23, 2011

Penyesalan : Jangan Sampai Tak Sempat!


**Link Tahajjud Cinta tak akan disiarkan di sini lagi, boleh terus ke kepala bergetar untuk update link. Harap maaf atas sebarang kesulitan. Tak siarkan dah sebab rasa tak minat nak tengok lagi dah. huhu


Morning akak cantik, adik comel, bro kacak. euww da bekpes?? ;)


Pagi-pagi lagi nenek-nenek, mak cik-mak cik dah keluar rumah. Seawal 5 minit sebelum 8 sudah berada di masjid. Untuk apa? untuk belajar mengaji. Ada antaranya sudah berumur 70 lebih. Mereka mengambil peluang yang ada ini, belajar mengaji dengan percuma untuk memperbaiki bacaan, dan ada juga yang baru mula belajar membaca Al-Quran.

Masjid bukan untuk yang senja

Bila melihat orang-orang tua ni, cukuplah rasanya untuk kita memperingati diri ni balik. Sangat teruja dengan semangat nenek-nenek yang baru nak belajar mengaji, baru nak belajar huruf alif ba ta. Walaupun mereka sudah tua, itu bukan alasan untuk tidak belajar bukan?


5 perkara, semalam dah cakap 1, rebutlah


Hari ni, ingat yang ni pula, muda sebelum tua.


Teringat kat ceramah Ustaz Kazim, antara alasan orang tak belajar agama.

Masa Belajar
  •  Ala, muda lagilah, enjoylah dulu.
  • Aku sibuklah, belajar, mana ada masa nak pergi kelas-kelas agama ni.


Bila dah kerja
  • Aku sibuklah, pagi-pagi keluar, tanah pun tak nampak lagi, balik dah malam.
  • Kenalah kerja kuat, nak kumpul duit, nak kawin.


Bila dah kawin
  • Bila mengandung : susahlah nak pergi mana-mana ni, nak duduk pun susah.
  • Bila dah ada anak : anak-anak nak periksa, kena ajarkan. Anak-anak kecik lagi, payah kalau nak bawak pergi masjid.

Bila dah tua
  • Alaa aku ni dah tua, tak larat nak pergi mana-mana.
  • Badan sakit-sakit.


Jadi persoalannya, bila? Sebab itu muda sebelum tua, sihat sebelum sakit. Masa muda ni, masih kuat, gunakan masa sebaiknya. Masa sihat, isikan dengan aktiviti yang berfaedah.


Kalau tengok mak cik tu, dah tua, baru nak mula mengaji, iqra' balik. kalau sekarang kita masih belum pandai mengaji, baca Al-fatihah pun tak tahu, macam mana solat kita?


Bila nampak nenek tu, terfikir lagi, Allah masih panjangkan usia dia, dia masih berpeluang untuk U-turn. Memperbaiki diri, belajar agama. Tapi kita sempat ke nak sampai tua?


~ Jangan kejarkan dunia, nanti akhirat tertinggal. sebaliknya kejarlah akhirat, insyaAllah keduanya seiring bersama. ~



Till then. I am reminding myself too.

Have a benificial Saturday friends! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 22, 2011

Andai ..



Nak bermadah-madah boleh?
Kalau tak boleh, sila klik button X kat atas tu ye!

^______^


This beautiful world by ~Chicagogirl11


Andai manusia bisa mendengar suara-suara sang angin bertasbih..
Dedaun berzikir..
Cakerawala bertahmid..
Pasti mereka akan lebih tahu..
Lebih mengerti akan sebuah kehidupan..
Selaut kesyukuran dan segunung ketaatan..


Di saat itu,
Yang angkuh akan jatuh tersimpuh,
Yang alpa akan meraba-raba,
Yang berdosa mengadu damba..


Menagih setanggi kasihNYA..



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Mengalahkan PM



Bismillahirrahmanirrahim..


Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara kan?

Jadi sekarang sangat nak mengingatkan masa lapang sebelum sibuk



A busy baby busy bumble bee

~sedikit sibuk~



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 21, 2011

Geram : Sampai Hati Awak Tinggalkan Saya =.=''


Hurm, waktu-waktu genting macam ni lah awak nak buat hal dengan saya kan? 3 tahun saya setia dengan awak, sikit pun awak tak tahu nak hargai pengorbanan saya yang setia dengan awak ni ke? 3 tahun wak, 3 tahun kita bersama. Terjatuh, tercampak, tercalar, buruk, saya tetap terima awak.


Sekarang, mentang-mentang saya tak ada duit, awak dah tak nak dengan saya. Materialistik! Awak ingat hati boleh beli dengan duit?


Dah2 lah mengarut. adess



Rase nak campak ke laut cina selatan je. Hidup segan mati tak mahu. Ngaa mana ada duit nak ganti baru? Kot iye pun nak rosak, bagilah reminder awal-awal, 'hp ini sudah uzur, sila cari pengganti yang baru.' Kan senang macam tu =.=''


Agak-agak aci tak kalau tak pakai hp? Nanti nak masuk U, wat muka seposen kat mak, nanti kat U tak leh contact sebab takdak fon, ne tau dapat baru? hahaha


Salah aku gak, tak jaga bebaik, asyik kene humban, campak, tercalar, kene ketuk. Dah tu, keje hank je, cuti2 ni sikit punya baik bagi dia rehat, tak ada sibuk2, tiap hari dia nak hank gak. Ngee hari ni langsung mati.


Nak cari hp nokia 3310 lah, kat kedai hp ade lagi tak? bape ringgit dah sekarang harga? 

Hp pun macam manusia juga kan? penat berkhidmat, bersara, kalau masih boleh berkhidmat dengan amalan, diberi peluang, bertahan sebelum meninggalkan dunia yang fana ini... Tapi hp ni, kompem kene masuk tong sampah. grr

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Penyesalan : Jangan Menyesal Baca Entri Ini


Sebagai seorang blogger. Menulis, bercerita dan bermonolog dalaman mahupun luaran itu sudah menjadi seperti 1 rutin dan hobi kan? Tiap hari, nak juga buka New Post dan ketuk-ketuk keypad.


Saye kan baru je...

Dont wake me up on DeviantArt

Terjaga dari tidur, letih aih pi pekan tadi pagi. Balik masak2, makan, anak buah pi sekolah, terlelap. adehh Bila bangun, jadilah macam blur sebab bangun macam terkejut, penah tak rasa macam tu?


Lepas tu kan.....

Shocked by !Kyuubi-no-Miko
 
Terkejut aih buka blog. Ada 47 comments. Ngee, ni semua kerja DIA ni ha... Berderet nama DIA lebih dari 10 komen DIA, tak kira pulak berapa.


Dah lah bangun pun BLUR, lepas tu TERKEJUT, lepas tu pulak, sekarang ni...


Idea by *mburleigh8

Selalu rasa ada je nak taip apa. ni tetiba BLUR semacam. Adehh =.='' membalas jejak jo la aih jawabnyo nie.... Yang wat entri GA banyak lagi tak terjejak-jejak ni. huk3 Sib baik dah dapat tetikus baru, senang nak belog jalan. 


Sekian entri merapu di fasihah.com. Selamat petang Khamis semua. Nanti malam, malam Jumaat, orang-orang dulu pesan kan, malam Jumaat ni...ngaa mengarut dah. Dahla, time kasih bace. =D

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Memori Zaman Kanak-kanak : Sekolah


Pepagi ni, pas tengok anak-anak buah pi sekolah, teringat zaman-zaman kecik-kecik dulu pi sekolah. Haha sweet je. Bangun pagi abah mandikan, mak pakaikan baju. Memori terindah. Korang sekolah daripada umur bape? Nak tau? Aku dulu sekolah daripada umur 3tahun. [p/s:kalau rasa macam bosan, klik button X je la ye.]


school by shazie28

3 tahun, tahu apa? haha Tapi apakan daya, mak abah keje, abang kakak sekolah, aku? kenelah sekolah sekali kan..


Apa yang menyebabkan aku tak leh lupa sampai sekarang, aku pernah cuti selama 1bulan atas perintah raja diri sendiri. Masa ni aku 5tahun. haha lawak la. Kisahnya memula aku demam, lepas tu, tiap hari aku buat alasan tak nak pi sekolah. Sakit perutlah, nak demam lah, sakit matalah, macam-macam. Dah rasa boring. Budak-budak kecik kan? Kalau buat benda yang sama je, kan cepat boring. Tu lah yang jadi kat aku.


Kesian kat mak abah aku, pening dorang pujuk suruh gi sekolah. Mak aku nak gi kerja pun susah. Aku punya pasallah. Bila fikir-fikir balik, teruk gila perangai..


Pastu, bila dah sebulan, naik sekolah, cikgu tanya, kenapa lama tak datang sekolah ni? Nak tahu aku jawab apa? "Demam panas cikgu, tak baik-baik." Padahal demamnya sekejap je. Hailaaaaa


Nakal ke?? Alaaa biaselah tu, masa kecik-kecik, inilah masa paling FUN tahu?hehehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 20, 2011

Pertukaran Jantina : Aleesha Farhana, Dia Ayu Kan?

Patutlah entri yang ni laku je hari ni. Baca paper metro tadi pagi pun lupa nak update. Hurm, tapi bila baca citer dia ni kan, rasa kesian pula. Kesian kat keluarga dia, lagi-lagi mak ayah dia, mak ayah dia tak nak dia jadi macam tu, tapi lagi kesian bila ada mulut-mulut yang cakap macam ni, 'orang macam ni,mati lebih baik' ngee ce kita jadi mak ayah dia, ape perasaan??


Serius, memang tak nampak kelelakian dia. Ayu..






Masa baca paper tadi, mak den pun tak sangka dia lelaki u! Keputusan mahkamah yang menolak permohonan Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, untuk menukar nama dan juga jantinanya di kad pengenalan menjadikan kesnya agak panas diperkatakan di warung-warung kampung, forum-forum, makcik tepi jalan, jiran sebelah menyebelah, bloggers, lagi hot agaknya kelab-kelab lelaki yang menyerupai perempuan agaknya?


Hurm, korang dah baca berita dia belum ni? Jangan terus membuta tuli mengutuk. Ngee, kesian kat mak ayah dia, sampai mak ayah dia kata apa? "Ambil nyawa kami dahulu". Kita ni suka nau menghukum orang, kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita pun tak faham hukum. Tapi main sebut ja orang tu salah, patut kena pancung, bla bla blaa..


Sebelum tu, nah baca ‘Ambil nyawa kami dulu’.


Aku tak layak nak ulas benda ni. Pi tanya ustaz, ulama', jabatan agama. Serius kesian. Kesian kat mak ayah dia, lagi kesian kat Asyraf tu. Masyarakat menyisihkan dia. Korang dah baca? Mak ayah dia bukan nak dia jadi macam tu pun. Lagi kesian bila rekod kesihatan dia menyatakan hormon perempuan lebih banyak dalam badan dia. Dari bayi lagi kot..


Cer kite letak diri kita kat tempat dia, tak ada kawan, tempat berlindung, mak ayah pun buang dia. Cer kita amik contoh senang.


Adik kita seorang yang suka berjudi. Sebagai abang, sanggup ke kita nak biarkan dia terus bergelumang dengan dosa? Sanggup ke kita tengok dia mati tanpa bertaubat?

Itu sebagai abang. Cuba sebagai mak ayah, kita mestilah nak anak kita soleh, doakan kita bila mati kan? Ce fikir, ce fikir..

Think twice by *davespertine

Dah habis pikir dah? hehe Kita doakan dia jelah, semoga Allah berikan jalan terbaik untuk dia. Semoga Allah kuatkan hati mak ayah dia. Tak kesian ke kat dia? Kesian tau sebenarnya bila nampak lelaki2 dah tak serupa lelaki, kan bakal-bakal imam tu?




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Nasihat : Bukan Bermakna Diri Sudah Sempurna


Para Bloggers, tegar, tak tegar, suka-suka, suka hati, ikut suka dan sebagai hobi. Lagi nak tambah apa? Bloggers, comel, cantik, sopan, kacak, macho, tegap, ketul-ketul, tinggi rendah, erk, terasa. =.=''


Kita selalu dengar macam ni kan?

Eleh, sibuk nak nasihat orang, diri sendiri pun tak betul. Sibuk. Jaga tepi kain sendiri dah laa

Ngee.. pernah jumpa tak? pernah tak? Tak pernah? bagus......... Itu maksudnya kita di kelilingi oleh orang-orang yang suka menegur, memberi nasihat dan juga menerima nasihat. Kan?

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-

Dengan 1 gambar ni, mungkin boleh kita bongkarkan apa yang terzahir mahupun batin daripada gambar ini.

Sila klik untuk tumbesaran dan zoom kan untuk penglihatan lebih jelas! Mutiara Bernilai

Dah tengok gambar? Bila dinasihatkan, dia kata apa? kau bukan ustaz nak sound2 aku nie. Lagi bila kawan dah jadi ustaz, dia kata? kau bukan tok guru pulak. Bila kawan dah jadi tok guru, dia kata apa pulak? Kau bukan ulama' nak tegur2 aku. Dan kemudiannya bila mati mati......?


Kita tak perlu mencari orang yang sempurna untuk menegur kita.. dan kita tak perlu menjadi orang yang sempurna untuk menegur orang lain.. kerana orang arab selalu kata, nobody is perfect! :)


Jadi tegurlah saya kalau saya salah, dan saya juga menegur bukan kerana saya betul dan awak salah, tapi kita setiap hari belajar untuk memperbaiki diri bukan? Dan pembaikan itu lebih baik apabila kita saling nasihat-menasihati... Peace! [tetiba rasa macam....genetik ustazah mane lak nie...huhu]

p/s: Dah tahu sos yang tak halal tu? Selalu ada kat premis2 makanan, hotel-hotel. Sos tak halal.




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Wordless Wednesday #8 : Bantal Peluk


Klik sini untuk tahu apa itu WW

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Halal Haram : Sos Ini Tak Halal!


Pencinta Pizzas sekalian! Erk, kenapa pizza? Sebab kat pizza hut macam penah jumpa. =.='' Tak tau skang ada lagi ke tak. Jadi, tengok gambar bebetul na, nanti tersalah amik pula!


Where I got this information? from Uncle Emal.


bagi yang tau HP SAUCE and TOBASSCO tuh skang dissahkan adalah HARAMMM!!!
JAKIM telang mengesahkannyer dan mendapati bahawa ade kandungan babi celeng!!
eceh jawe kau celeng bagai!!




ni adelah surat yang dinyatakan oleh JAKIM
this picture was uploaded by one of staff hotel that i've been intern before



Menurutnya lagi, seorang staff hotel di tempat beliau praktikal, ada memberitahu melalui statusnya yang berbunyi..

" PENEMUAN DEOXYRIBONUCLEIC ACID (DNA) BABI DLM PRODUK HP SAUCE & TABASCO PEPPER SAUCE as per JAKIM "

HP Sauce yang biasanya digunakan untuk proses pemerapan.

haaaaiiihh kenape lah semua bende memg nak letak intipati babi??
sedap sgt ker?? ishhhh
since im in this industry, i mean the food industry.. actually lard or lemak babi nih memg mempunyai tekstur rase yg berbeza.. lagi lagi kalau nak buat stock..
kalu nak buat brown stock memg kebanyakn chef akan letak lebih tulang babi dan campurkan dgn tulang lembu...

memg ade perbezaan consistency and taste.. this is same goes with any alcohol drinks in food..
memg ade perbezaan rase bile kite letak arak or wine dlm cooking kite..

ini tak lah bermakne i masak dgn bende alah ni..
this is just an experienced from my chef.. he told me the real story that he have been experienced before.. he also tasted it..



Jadi,  berhati-hati dalam memilih makanan. Sebab makanan ni nanti jadi darah daging kita kan? Tapi if i'm not mistaken, dulu macam pernah tengok botol Tabasco sauce ni, macam tak ada halal..


So, tell others! Thank you...^^





TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 19, 2011

Perempuan : Legging Lebih Baik Daripada Hot Pants


Perempuan memang menawan serta jelitawan. Lelaki memang kacak macho budiman. Kan? ^__^


Tadi petang, pi jejalan. Ada satu statement yang memanggil-manggil jari-jari ini untuk berkata-kata. Agak hiperbola di situ okeh. Jari-jari tak pandai berkata-kata, mulut sahaja. Tapi, jangan lupa, di hari kiamat nanti, adakah mulut kita yang berkata-kata?


I better switch to digital by ~IgorLaptev

Agak-agak dah agak ke belum apa statement dia? Hurm, seorang perempuan, berkata.. "memakai legging itu lebih baik daripada hot pants".

Korang tahu kan legging? Ambil kata dasar leg iaitu kaki, jadi seluar yang menyerupai kaki?

 Dan korang tahu apa itu hot pants? hot ialah panas, seluar yang panas?

Haha umumnya, legging itu seluar yang sangat ketat, kata orang arab tight, fit dan mengikut bentuk kaki yang sangat tegak seberdiri adakah seperti menara KLCC? entah, menara KLCC itu lebih halal dipandang mata kot?


Hot Pants. Seluar yang Ahmoi selalu pakai. Tahu tak? gambar-gambar tidak akan disiarkan. Seluar jenis ini serupa macam seluar pendek, tapi untuk budak umur 4 ke 5 bulan mungkin? Sebab sangat senteng atau pendek. 

Legging lebih baik daripada memakai hot pants.

Mencari tang mana yang lebih baik tu ye? Rasa macam, memakai jubah lebih baik daripada legging dan hot pants je. =.=''


Legging mahupun Hot Pants, kedua-duanya tak cukup syarat. Sebelum berkata-kata baik nya siapa yang lebih baik, eloklah tahu, aurat perempuan tu apa yang wajib tutup. Apa yang tak boleh tunjuk. Jangan memain dengan hukum Allah. 


Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :- 
 
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988) 


Sejujurnya rasa macam, statement macam ni tak patut keluar. If you are non-muslim, perhaps, I will consider, if not..... hurm..
Better in Color by ~ArtGrl24
Perempuan adalah 1 cabaran buat lelaki..

Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum perempuan, iaitu ANDA, perempuan dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT : 
 
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..." 
 

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda : 
 
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa ) 
 


Mungkin ada yang berbisik-bisik mengatakan, 'alaa pakai tudung pun bukan baik! Baik tak payah pakai tudung.' Hurm, dah layak sangat ke nak menghakimi orang tu baik ke jahat ke? Hukum tetap hukum. Mana boleh tolak tepi, unless we are no longer a muslim.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Pick Your potion

Jadi, wujud ke istilah legging lebih baik daripada hot pants? Boleh teruskan pembacaan mengenai aurat perempuan di Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi?


Lelaki : terpandang tak apa, tapi jangan sesekali nak toleh buat kali kedua pulak!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

July 18, 2011

Masyarakat : Salah Siapa?


Anak-anak kecil hari ini, petah bercakap. Advance kan mereka? Kadang umur 3 tahun pun dah tahu guna GPS, dah tahu main PS3, dah tahu guna strawberry. Eh bukan, blackberry. Ini kerana sifat mereka yang selalu ingin tahu dan ingin mencuba serta ingin mengikut apa yang dia nampak.


Selalu kita marah bila budak-budak buat salah. Kita nak mengajar, nak beritahu, ini tak elok, itu tak elok, tak baik tahu dik buat macam ni..


Send it back to you

But, did we realize where have they learned all those bad attitudes?


----------------------------------------

Eh, eh cik adik manis, buka tingkap, nak buat apa? Kan dah pasang air cond ni.

Ala, nak buang sampah lah. dan membuang sampah keluar tingkap dari dalam kereta.

Eh Eh siapa ajar buang sampah keluar ni? Tak elok tahu tak? Tak pasal-pasal akak dapat saham, kete ni dapat saham sekali. Lain kali jangan buat lagi.

Ala akak ni, mama buat boleh, apesal adik buat tak boleh pulak?

---------------


Ngaaa speechless. =.=''


Salah siapa? Ibu bapa memang contoh teladan yang terbaik. Walaupun hari ini, terlampau banyak anasir-anasir luar yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan anak kecil. Media masa, surat khabar, internet, kawan-kawan mereka.


Kadang, bila melihat anak-anak buah, maknya tak ajar menyebut perkataan yang kurang baik. Bila tanya, mana belajar ni? Ala, kawan kat tempat adik yang mama anta tu, boley je cebut ma?


See..kanak-kanak membesar, masih belum tahu mana baik buruk, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorak kehidupan mereka.


Cer tanya akak ni, yang lebih berpengalaman dalam handle anak-anak membesar..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kitab Cinta | Drama TvAlhijrah | Download Link

*updated

Assalamualaikum semua!  Buat pengunjung tetap blog ini. Mungkin dah berkurang lah, sebab Nora Elena dah habis. hehe dan di shoutbox tadi ada New Request from
cicak : "salam...tolong upload link cite kitab cinta......tv alhijrah.... cite tu pun best...."
Aku ni jarang tengok tv, jadi, aku macam, alamak. Hehe Ok, tak apa, aku search lah yang mana patut. Memula kenalah pergi FB tv Al-Hijrah. Untuk pengetahuan semua, kalau anda semua tidak mahu download, anda boleh lihatnya di website tv alhijrah terus. Tapi, aku tetap aku bagi linknya. :)


Sinopsis

Sebuah drama yang diinspirasi dari Kisah Nabi Yusuf. Di mana lokasi akan dilakukan di Malaysia dan Acheh, Indonesia. Seorang gadis bernama Mustika seorang pelajar di Universiti Islam Malaysia yang cantik dan sosial. Dia sememangnya tidak berminat belajar disitu apatah lagi terpaksa untuk memakai tudung. Dia sering ditegur kerana pemakaiannya yang melanggar etika University.

Satu hari Mustika telah di pilih oleh pihak Universiti untuk dihantar membuat tesis semesta akhir mengenai pembagunan manusia di Acheh dan menetap di kampung Cot, Meulaboh Acheh selama 3 bulan. Di kampung itu tinggalnya seorang jejaka tampan bernama Wali Hanafi bersama ayahnya, yang bertugas sebagai ustaz di sebuah pesantrean. Berbagai peristiwa yang menarik berlaku sepanjang berada disana yang membuatkan secara tidak langsung Mustika mula berubah dan tanpa disedari dia juga mula menyukai Wali.

Yes, nampak macam seronok. Islamik kan. Sekurang-kurangnya ada pengajaran yang baik.
Barisan Pelakon

Hardy Hartono Danurussami sebagai Wali, Fazura sebagai Mustika, Feri Agus Suriandi sebagai Irfan.


Download Link







*InsyaAllah, akan berupdate setiap kali dah ada link download. :) 
cc:Kepalabergetar

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kisahnya : Auto & Manual


"Seha, Pak Ngah dah penat ni, mengantok pulak tu, ganti Pak Ngah drive."


Dalam hati aku,'ahh sudah, cikgu memandu dah suruh drive, nak test drive ke hape pak ngah aku ni..'


Innocent by amymarie408

"Alaaa pak ngah, saya tak pernah bawak kete beso, dahla saya kecik."


Pak ngah merangkap guru memandu aku pun cakap, "dah tu sampai bila? Ni lah masanya, bawak kete beso, dah lah kecik, bawaklah kete beso." kata beliau.


"Pak ngah, macam mana nak bawak, saya tak penah bawak auto masalahnye.."


Pak Ngah pun drive lah, sesampainya pekan lebih sikit, nak sampai rumah pun. Pak Ngah dalam kete, "adoii ngantok sangat ni, ala Seha, senang je ni bawak auto"


Dah mula rasa kesian, dahlah jauh memandu hari ni, kuar pagi sampai rumah dah petang. "Tak apalah pak ngah, cubelah."


Berhenti tepi jalan, memandu kereta Naza Citra dengan bangganya, sebab badan kecik. Pak Ngah pun ajar, tekan break, masuk gear, D. Aku pun buat..



Jalanlah kat jalan tu. Pak Ngah pun cakap, "kan senang kalau dari tadi nak. Pak Ngah boleh tidur dah kat belakang."


"Pak Ngah, apehal berat sangat ni. Adoii.."


"Auto memanglah berat.."


So, memandulah macam biasa, tinggal lagi 1 simpang nak sampai rumah..


"Tahu tak kenapa berat Seha?"


"Entah, air cond on ke?"


"Cuba tengok ni," sambil tunjuk hand break.


"Laaaaa..patutlah..hahahaha"


Turunkan hand break dan membawa Citra sesenang hatinya. Itulah, benda senang pun tak tahu. Auto yang senang-senang pun tak tahu, rugi betul. Bangga sangat bawak manual. haha 


Baru balik. off~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^