Bicara Pagi Jumaat : Awak Cerdik Sangat Ke? | fasihah.com


July 15, 2011

Bicara Pagi Jumaat : Awak Cerdik Sangat Ke?


Senyuman manis buat ladies and gentleman maya. :)


Alhamdulillah, masih diberikan rezeki untuk kita bernafas lagi. Menyambung misi di bumi Tuhan. Melangkahkan kaki bermujahadah. Mencari erti sebuah kehidupan yang nyata, misi utamanya ialah bekalan di sana nanti. Betulkan?


It's raining again by Leminton

Pagi-pagi Jumaat yang barakah ini, hujan turun dengan lebatnya. Pada suatu sudut yang lain, hati mengatakan "haaa bestnya tidur!", sedangkan kaki dengan beratnya harus diangkat melangkah meneruskan misi kehidupan di bumi Tuhan.


Pejam celik, pejam celik, hari ni dah 13 Syaaban 1432 Hijrah. Berapa lama dah kita hidup? Bagaimana amalan kita? Hari ini, bila kita ditanya, siapa ingin masuk syurga, semua angkat tangan, tetapi bila ditanya, siapa ingin mati, tiada yang berani.


Mungkin kerana amalan kita belum meyakinkan untuk kita mati?


"Orang yang paling cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati"


Jadi kita di mana ya? Selamat memulakan hari ini dengan baik dan senyuman yang ikhlas. Kita tidak lain, hanya sementara duduknya di sini kan? :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

17 comments:

Kakzakie said...

Persinggahan sementara yg pastinya destinasi akhir perlu dijadikan destinasi terindah....

siti kektus said...

diri ini masih belum cukup amalan. -_-'

JIJI YU said...

terkadang bukan kerna belum cukupnya amalan mereka takutkan kematian..tapi kerna cintakan hidup keduniaan

H.J said...

sayyidul ayyam..banyak keje lawyer..hehe

Ardini Humaira said...

semoga kita tidal lalai dan alpa daripada mengingati Allah, amin..

:)

::blog anak jawer:: said...

dengan mengigati mati lah kita dapat menghalang diri dari berbuat maksiat... bayangkan azab yang bakal kita terima di akhirat kelak...nauzubillah.

::blog anak jawer:: said...

mati itu pasti..bekalan kesana tu perlu di isi...

Sunah Sakura said...

tak lama lagi nisfu syaaban pulak...

d_LA said...

itulah, dla camtulah..sape xnak masuk syurga kan tp jujurnya belum sedia untuk meninggalkan dunia..tp kalo dh smpai ms, mana boleh postpone..mmg kene sedialah

Niena Pengembara Ilahi said...

Alhamdulillah masih diberi nikmat dunia .. masih diberi nafas dan tidak kurang walau sedikit pun.. n yg pastinya.. mati itu suatu yg pasti

Afikah Aziz said...

Hidup di dunia ni hanyalah sementara,
perlu perbanyakkan amalan,raih pengampunan Nya dan mohon dilimpahkan kasih sayangNya,semoga kembali nanti di dalam iman.

Dari Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali

syarifahsidrus said...

mati itu pasti, kena tempuhi juga macam mana pun...

*hari yang menakutkan harini..*

merahitujambu said...

naik bulu roma ckp pasal mati.uhuk

Zuryn Zakarya said...

agree with you..
haruslah kita sebagai umat islam,beringat akan kematian,dan lengkapkan diri dengan amal ibadat..kerana dunia ini hanya sementara,dan dunia ini bukanlah milik kita..milik tuhan yang maha esa..

Diana @ bilakukatacinta said...

tak lame lagi dah nak ramadhan...bulan penuh barakah

suhaili sarif said...

mari kita sama-sama jadi org cerdik :)

sergeant keroro said...

semoga kita sentiasa mengingati mati :)