January 31, 2011

Kau Janda Dia Bujang Perlu Kisah Ke?

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Semoga permulaan hari ini lebih baik daripada semalam. Kalau hari ini tak lebih baik daripada semalam, kita dah tergolong dalam kategori KECUNDANG di tengah jalan.

Hari ini, 31 Januari 2011! Ho yeah, kursus berakhir hari ini. Boleh balik umah. Itu yang pasti! hehe Hurmm,, dah lama tak buat nature blog ni yang dulu, dulu aku suka bercerita tentang masyarakat setempat.Jadi aku baru sahaja mendengar berita yang kurang enak didengar. Jom layan perbualan yang direkodkan!

Shaf: Hari tu sibuk-sibuk cerita kaki Fulan tu bengkak besar kan cik?
Cik: Fulan yang anak Maulan tu ke Shaf?
Shaf: haah, itulah, mak aku beritahu aku. Dia bersalin.
Cik: hah? Anak siapa pulak? Kata hari tu bengkak kaki segala bagai, kena buatan orang lah. Bekas suami buatlah. Bersalin pula? anak siapa?
Shaf: Entahlah, bila ditanya, mak aku kata dia tak nak mengaku. Pastu dia cakap, "tengoklah, muka dia sama macam muka bekas suami saya". Tapi masalahnya, dia dah lama bercerai dengan suami dia kot.
Cik: Itulah pasal. Mana ada anak tak ada bapak. Ini bukan Kisah Mariam wey. ini bukan anak main-main macam anak patung, anak manusia ni.
Shaf: Entahla wey. Aku kesian kat mak dia. Macam-macam masalah anak dia. Yang sorang macam tu, yang sorang macam ni. Dah tua-tua semua pun harap mak lagi.
Cik: Habis tu, sampai ke sudah tak tahu ke anak siapa tu?
Shaf: status dia janda. Tak sedap kalau orang kampung tahu wey. Dia memang ada kawan dengan lelaki, lebih muda dan masih bujang. Tapi dia kata tak ada buat apa-apa dengan laki tu.
Cik: ini bukan masalah dia janda, tak sedap dan tak enak orang bercakap. Ini bukan setakat maruah seorang Janda dan perempuan. Ini melibatkan agama, bangsa dan masyarakat. Sampai bila kita nak biar masyarakat biar sahaja maksiat, zina berleluasa?
Shaf: hmm, itulah, bila agama ditolak ke tepi.
Ok, cukuplah dulu. Itu cerita benar. Nama dalam cerita adalah rekaan semata-mata. Tapi ceritanya bukan rekaan atau bahan gurauan. Ia memang benar terjadi. Jadi, kita sebagai seorang yang beragama Islam, seorang yang tahu agama, apa peranan kita?


IKLAN BABY COMEL!

Apa yang kita dah lakukan? Adakah hidup di dunia ini, hanya perlu memikirkan pangkat darjat harta dan wang ringgit? Ke mana hilang nilai kemanusiaan?

Bayi yang comel tanpa mengetahui siapa ayahnya! Malah ada ibu yang berniat membuangnya tanpa belas kasihan. apakah mereka itu haiwan yang tidak punya akal fikiran? Apakah masyarakat kita sendiri yang sebenarnya kurang peka dengan agama dan etika kehidupan?

Sampai bila kita nak jadi begini?

Marilah, kita sama-sam muhasabah diri kita semula. Kalau bukan dari sekarang kita ambil langkah, apa akan jadi generasi akan datang?

Tak kan kita nak biarkan anak-anak kecil-kecil lagi dah terjebak dengan masalah sosial?

Segala atas semuanya, punca penyelesaian, tidak lain tidak bukan, balik kepada fitrah asal. Bali kepada Al-Quran & As-Sunnah.

Mood: sedih bila masyarakat terdekat dah mula terjebak dengan masalah yang dahulunya cuma dibaca di akhbar dan terlihat di tv. Sekarang depan mata. Siapa yang harus dipersalahkan?


Agak serius! hehe dalam kehidupan, adakalanya kita perlu ketawa, ada kalanya kita perlu menangis dan adakalanya, kita haru serius. Kalau suka boleh like :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 30, 2011

Kambing Pun Dah Maju

Salam semua! Apa cerita ni? Kambing pun dah maju, tak main lah kena jalan kaki kan. Dia pun nak macam manusia jugak kan. Ada kenderaan. So, layan seekor kambing ni yang memang terlebih Demand. Nak hebat je tahu. hehe

Kambing Naik Moto
Hehe dapat gambar dari Abang Long. Abang Long ni suka share benda pelik-pelik. Mana entah dia dapat.

Tengok ar muka kambing tu, muka happy je dapat naik moto. "embek embek, laju sikit, bek.." hehehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Saya Suka Header Awaklah!

Salam. uhuii, agak-agak cik FS tengah buat apa masa kursus sekarang ni kan? Harap semua berjalan lancar dan harap semua pemilik blog seluruh Nusantara pun sihat hendaknya.

Jalan punya jalan dari satu daerah ke satu daerah ke satu negeri yang lain. Jumpa 1 blog ni. Wallaweyy, suka lah pula dengan header dia. Sweet ar.. 

Nama blog pun Bittersweet, memang sweet gitulah! Jom tengok header dia..



Sesungguhnya aku mudah jatuh hati bila melihat hijau. Aduhai.. So, ape lagi? Klik pada gambar untuk terus ke blog beliau yang sweet hijau tu! :)

Haa, pagi ni dah breakfast lum? Jangan tahu blog je sampai tak jaga makan minum. Hehe Mulakan hari dengan senyuman ye! Seceria mentari yang bersinar! Seputih gigi senyuman DARLIE! =D

Oh tak lupa, mulakan sesi blogwalking dengan tema hijau hari ini! hehe boleh pula, ok-ok, selamat berhujung minggu! Chill!!!~~ :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 29, 2011

Inilah Masalah Blogger Hari Ini, Nasib Baik Izamir Ridzwan Ada

Bagaimana letak link untuk di follow semula?
Salam Semua. Sibuk berblog walking bloggers punya bahasa. 1 benda yang macam boleh pemilik tuan tanah kedaung ketap gigi ialah? bila klik gambar kat VVIPs tu, dia punya profile tak ada link lah pula!

Macam mana nak selesaikan ni?

Macam mana nak letak link kat profile korang supaya orang lebih senang jejak balik? Jom terjah Izamir Ridzwan. Dia ada beritahu caranya kat sini.


So, dah baca ke? Cepat-cepat buat! hehehe

Ok, sorry IR jual nama, ini autopost. Tuan tanah kedaung berkursus sehingga Isnin. Harap maklum :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Cuti Ke? Tak de Maknanya!

Assalamualaikum! Huargghh [gaya baru lepas bangun tidur, padahal ini entri autopost! tett!] Hurm, orang semua ramai dah balik, UIAM dah mula menjadi sunyi sepi. Anda fikir aku bakal meninggalkan UIAM juga? Huwaa memang pun! Tapi bukan balik rumah!

Korang sanggup ke waktu cuti korang yang punya "heaven" (orang kata) ni ada benda lain kacau dan korang tak dapat balik umah. Hadoi, sakit jantung ulu hati semua ada. Eh, eh tak ada tak ada, bersyukurlah diberikan kesihatan. Tak ada sakit-sakit.

Baru tak boleh cuti, dah ada sakit jantung ulu hati bagai. Baru kena uji sikit, dah mula lah nak melenting. Siapa yang melenting cepat sangat tu? Haha aku lah tu.

Layan Iklan Kejap

Mikrofon sebagai aset FS selama 3 hari!

3 hari tak boleh online korang! Huwaa, siapa nak tolong moderate komen, balas jejak semua bagai? Baru habis exam, kena pergi kursus lah pulak. Kursus bukan calang-calang baa, kursus jadi PC baa. Tahu enggak PC apa baa? 

Program Coordinator, antara orang yang akan gila mikrofon semasa program. Haha Antara orang yang akan jadi kejam berkaitan masa. Kejap-kejao ingatkan masa. Aku lah tu nanti 3 hari. Kat Masjid Wilayah. Siapa dekat-dekat situ, boleh lah cari cik FS! hehe Bajet orang kenal! hehe

oklah, hendak memohon maaf selama 3hari tak dapat membalas jejak, malam ni sedaya upaya menjejak semua yang dah tinggalkan link kat blog ni,banyaknye..camne ni, sok pagi nak bertolak dah!!huhu Ok, mahu tidur! hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 28, 2011

Tak Pernah Terfikir Blog Ni Boleh Jadi Macam Ni..

Salam semua.. Akhirnya, boleh juga take 5! Last paper tadi, Intermediate Accounting, kau tahu apa yang frust kalau buat akaun ni? Bila tak balance lah pun!!! Waa, masa tekan '=' tu terketaq-ketaq! Bila sama, uih senyum lebau wey! Kalau tak sama, masa tu jugak rasa nak terjun bangunan, Grr, 

Akaun tak balance punya pasal, nak terjun? Jangan buat pasal! huhu
So, nak dijadikan cerita, malas lah nak ingat! Tak nak tahu keputusan! Tak nak dapat paper walaupun memang nak pun sebenarnya. Hehe

uih,uih, mana rasional? Nak terjun bangunan bagai. Kau akal tak dak ka Fasihah? Haiyoo, jangan lah terjun bangunan, setakat tingkat satu buat apa. hehe dah dah, tak elok lah nak terjun  bangunan apa semua tu, apa Islam bagi ke mati berserah macam tu? Haih, jangan sampai ada niat nak bunuh diri! Nak bunuh diri lepas tu tak jadi ok lagi, lau memang nak bunuh diri, naya!

Awak ingat awak dah banyak amalan nak bunuh diri? Istighfar bebanyak, setiapa hari ni, berapa banyak titik hitam kita buat kat hati ni. Antara sedar atau tidak. Sebelum tidur tu, kena tengok balik apa kita dah buat hari ni.

Ok, nak cerita ni sebenarnya. Bila masuk Blog! Huwaa, banyaknye kena balas jejak. Follower dah 580?  Terima kasih kerana sudi memfollow. Blog ni tak ada apa-apa pun, cuma ada seorang penulis who enjoys tidur dan makan green. Hehe

So, sebenarnya agak kagum bila lihat komen dah cecah 1 ribu lebih. Semasa dulu buat blog, tak pernah terfikir akan ada orang komen. Tapi, tak ada apa pun nak dibanggakan, ramai lagi blog yang hebat-hebat komen puluh ribu.

Tapi aku betul-betul menghargai komen sokongan anda! Waahh, sedang menjejaki 1 per 1 dan 1 ke sana situ satu blogwalking. Juling mata sat lagi. Hehe Jom jalan-jalan blog sama-sama jom!

Tapi sebelum tu, ni crop gambar jumlah komen tadi. Pembangkit semangat untuk semua yang suka meninggalkan komen! hehe

1379 sudaa, sikit je, jom terjah yang ke 1379 jom!
So, yang ke 1379 ialah Areripe. Jom-jom blogwalking sama-sama. Hehe



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 27, 2011

Student & Blog. Susah Ke Nak Beri Komitmen?

Salam Semua! Pagi ini dah berapa banyak blog korang jejak baca entri? Jejak dan baca entri ye, bukan jejak setakat tinggal jejak kat shoutbox tu. Kasihan orang yang dah penat cari idea update entri, tapi korang datang bukan baca, tapi cuma cari shoutbox. Kot ya pun, bacalah. Hehe

Bukan nak membebel lah. Nak suruh korang baca entri ni. Hehe

Sebagai seorang yang masih belajar, mudah ke nak bahagikan masa untuk semua benda yang perlu dilakukan dalam seharian? Kuliyyah, assignment, tutorial, belum kelab dan persatuan, kuliyyah lain dan usrah. Ha, banyak kan? Waktu nak buat homework lagi, assignment lagi. Exam dan sebagainya.

Jadi, apetah lagi nak berblog ni pulak kan?

Ok, jawapan dia? Tak susah pun nak beri komitmen, tapi, kena pandailah bahagi masa. Mungkin, untuk memastikan blog tidak berswang, kita boleh buat autopost. Bila malam, banyak sangat homework, just post entri, dan biar kan. Sambung buat kerja yang bertimbun tu.

Risau pasal blogwalking?
Tak mengapalah, bila cuti,  pergilah balas jejak mereka kan? Bukan sendiri sombong tak balas jejak.

So, kalau blogwalking, jangan tinggal jejak je, bacalah entri tu sekali kan. hehe

Oklah, khidmat pesanan komuniti blogger oleh Ben Ashaari. Hehe

Tapi apapun, aku nak ingatkan diri aku sendiri dan anda semua. Berblog ni, niat bagi betul naa. jangan lah nak main tipu.

Kan ke "Innamal a'malu binniat" - setiap amalan bermula dengan niat. Janganlah niat berblog sebab duit je kan. Kena ingat, setiap perbuatan kita dihitung, nak tak nak, berfikir sebelum bertindak. Ok ? :)
Selamat memulakan hari dengan senyuman seceria matahri yang bersinar! :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 26, 2011

Yang Tersurat & Tersirat Dalam Lagu Kalau Berpacaran

Salam Semua. Tadi dok jalan-jalan, terbaca 1 artikel ni, pasal lagu berpacaran ni. Jom tengok, kenapa dengan lagu ni.

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua (sekiranya tidak dapat dielakkan)
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang (bukan untuk tujuan maksiat, kalau tujuan maksiat, memandang sahaja sudah merupakan dosa!)
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah (bahagian ini bolehlah dikatakan sebagai monolog syaitan yang cuba menggoda manusia)
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa

Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

By Ustaz Zahazan Mohamed

Sumber: Layar Minda

So, bila berpacaran tu ingat-ingat ye! Red Devil sentiasa berbisik, anda yang tak dengar! Jangan lebihkan hawa nafsu, kalau susah nak kawal, nikah terus! :D
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Masalah Dengan Blogspot Tak Setel Lagi.

Salam Semua! waa.. baru lepas makan Laksa Utagha! Dah makan? Sedihla, nanti 3hari bakal meninggalkan blog, ada kursus. Macam mana ni? Siapa nak tolong jenguk-jengukkan blog aku ni? Huwaa, tak pa lah, nanti fikir strategi. hehe

First and Foremost, masalah Hantu, belum selesai lagi lah. Ada cuba tukar setting, dia tak boleh generate info kat Blogger pun. Tapi kalau guna twitter boleh, tapi, tak ada link blog kalau guna Twitter tu. Tolong lah, tolonglah FS kalian yang dah pakar.

aQi + GengKey kata :
kne buat cara manual r kalo camtu..
copy link pastu paste kt dashboard..
yG ade add/manage tu..
slamat mncube..:D

Aku dah buat dah, tapi nak tahu apa yang  keluar?

Ambil 1 contoh, aku nak follow blog RedMummy, [kes lepas baca berita panas Blogger dan cukai lah punya pasal], ok yang keluar lepas add tu, tengok ni.

Sila Klik Untuk Bertukar!

So, bagaimana? sesiapa yang boleh bantu, sila lah tampil ke muka pengadilan, rasa macam tak adil bila orang follow tapi tak follow dia semula. Bukan  tak nak follow, tapi belum boleh follow, Sorry.. T___T

So, siapa boleh tolong? Kalau nak guna Twitter, macam mana nak letak link blog? Kena letak kat status kot? Hmm, wondering, wondering..
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 25, 2011

Pelajar U, Tapi Macam Budak Sekolah Rendah Part 2

Salam Semua. Haih. Dapat online sekejap. Padahal homework dah panggil suh buat cepat sok pagi Prof nak tengok. Aigoo

Korang, FS minta maaf lah baru sempat nak buka blog Kumbang ni. Mood exam sekarang ni.
Nanti dah habis, FS jenguk 1 persatu yea!



Meh tengok kisah Budak Sekolah versi U yang ke-2.

Edisi Mesej Berantai! wah-wah, apa kau ingat meja ni tempat sampaikan mesej?

[sila klik gambar untuk tumbesaran terbaik!]



Nak tahu apa dia tulis?

Yang dalam bulatan - [ goblok cewek ]

pastu ada manusia tulis, "dont do any vandalisme!"

lagi sorang manusia, "yea yea, U also do it"


haih, nak main balas-balas mesej pula. Siapa ajar buat macam ni?

hoo, kata budak U, siapa suruh conteng meja?

Part 1 yang ni, dok lukis kat atas meja.

Part 2 mesej berantai pula.

Nak tengok esok pagi versi apa pula. Haih. =__='




p/s: sebenarnya yang tulis "dont do any vandalisme!" adalah pemilik blog ini. haha padan muka, kena juga. hehehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 24, 2011

Suka-Suka Blogspot Tukar Identiti Jadi Hantu


Salam Semua. Haih. FS dah bertukar jadi Hantu!
Macam mana nak follow orang ni? 
Bukan sengaja tak nak follow blog korang yang follow balik, tapi tu atas tu..

Kenapa jadi macam ni?
Anyone ada jawapan?

Semalam blog Budak Botak pun ada post pasal ni.
Hari ni,tengok tak baik lagi.

Plz plz Plz..
Kamu jangan nakal!huhu

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Pemain Badminton China Terus Kaya

Salam Semua! Huhu bengang je, buat autopost,dia kat draft lah pulaaaa. Haish, patutlah tak bertukar-tukar lagi entri kat home  nie. Haa, dah tahu hadiah Lee Chong Wei berapa ribu? Kalau dah tahu tak perlu lah baca. Main badminton pun Kaya. itu pasall lah bakat kena asah. Jangan simpan. Orang mana tahu kan kalau tak dikeluarkan bakat tu. Hehe


KEJUARAAN ketujuh milik Datuk Lee Chong Wei menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia dalam acara perseorangan lelaki membolehkannya meraih AS$30,000 (RM91,800) tetapi Skuad China membawa pulang hadiah lumayan RM521,424.
 
Barisan pemain negara itu menguasai empat daripada lima gelaran. China awal-awal lagi menggenggam tiga kejuaraan apabila beregu campuran, perseorangan dan beregu wanita menampilkan semua pemain negara itu.


He Hanbin-Ma Jin meraih hadiah wang tunai AS$31,600 (RM96,696) apabila menundukkan rakan senegara Jiaming Tao-Tian Qing 21-13, 13-21, 21-16 dalam masa lebih sejam pada final beregu campuran.

Biarpun bertemu sesama sendiri, pemain China tetap mempamerkan kesungguhan dengan bermain bermati-matian.


Beregu lelaki, Chai Biao-Guo Zhendong mudah menewaskan gandingan Denmark, Mads Conrads Petersen-Jonas Rasmussen 21-16, 21-14 dalam masa 40 minit.

Gelaran perseorangan wanita milik Wang Shixian yang mengecewakan rakan senegara, Wang Yihan 21-18, 21-14.

China merangkul kejuaraan keempat menerusi beregu wanita Tian Qing-Zhao yunlei yang menewaskan Wang Xiaoli-Yu Yang 21-12, 6-21, 21-17.

Sumber: surat khabar online tadi pagi.huhu

p/s: Tahniah Dato Lee Chong Wei! Uwaa...sok malam exam!!! =___=

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 23, 2011

Wiyuu~~ Blog Sudah Bertukar Wajah! Apa Komen Anda? ^___^

Blog Fasihah Supian Sebelum

Salam semua!! [dengan nada yang sangat ceria! Chill!!! hehe :)]

Nampak tak? Ada kelainan di blog FasiHaH SupiaN? Hehe Sangat seronok, mood: masih hijau! hehe

Dulu yang kat atas tu, xsimpanlah pula gambar blog yang dulu, wat header sendiri. Tapi tak cantik pun. Huhu

Ha..ni yang baru. Komen anda? Hehehe

Mula-mula tertarik dengan blog Si Encik Naz, pastu dapat detect siapa yang design blog dia. Cuba contact, and Si Encik Alieff ni nak tolong buatkan. Hehe Excited gila bila dapat tahu dia dah buatkan tadi!

No wonder la, blog Encik Alieff pun smart! Purple pulak tu. Suka purple gak, tapi suka lagi Hijau. Pada sesiapa yang berminat nak design blog dengan Encik Alieff ni, boleh la pergi ke sini.

Ha, jangan lah ingat dia punya servis free pulak kan. Mana ada benda free kat dunia ni. Jadi, rasa semangat berblogging lebih ceria sekarang! hehe

Blog Fasihah Supian Selepas






TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Weekend Holiday Itu Satu Penipuan

Salam semua. huwaaa! Dapat online kejap! hehe rindu kat blog. *wink wink! ;)
Update lah kejap.

Korang buat apa cuti hujung minggu macam hari ni? Dah makan tengah hari? Keluar shopping ke? Pergi picnic ke? Pergi wayang? Atau berprogram bersama masyarakat? atau mungkin berBBQ bersama kawan? Atau main golf? Atau.. menidurkan diri tak sedar-sedar? Hehe jangan keterlaluan ye! Hiperbola itu! ;)

Apapun, apa yang kita buat tu, kalau boleh biar ada faedahnya ya. Jangan membuang masa. Eceh. Cakap macam aku baik sangat je lah kan. Tak lah. Sama-sama ingat mengingati. kan kan, korang semua baik-baik, FS tahu tu. ;)

Izamir Ridzwan kata, hari ahad ni tak ramai orang online. Ha, mungkin lah kot, sebab masa ni lah nak habiskan masa dengan family and so on kan. Fs je, terpaksa lah habiskan masa dengan roomates, terpaksa buat-buat depa macam family gak. Rindu family woo [homesick! tett! hehe ]

Ni nak cita sini meh. Apa perasaan anda bila cuti anda terpaksa diganggu dengan benda lain? Macam, patutnya pergi picnic dengan family, alih-alih, kena ganti shift kawan kerja pulak kan? Grr.. panas je kan?

Tak pun, dah masuk kereta, nak pergi shopping dengan anak-anak ke, dapat call kena masuk kerja. uhuii lagi lah..
macam..
sabar-sabar..


Decision Science Mid-term Exam

Itulah kisah FS hari ni. Patutnya cuti. Orang kata Ahad Public Holiday kan? Haha

FS baru balik daripada Dewan Utama, ada exam Decision Science. Siapa tahu apa Decision Science? Haa angkat tangan!
Senang ke tak ye?
Entahlah, jawapan yang tepat mungkin ini,

"Kalau senang, buat apa nak belajar dan susah-susah jawab exam kan?"

Soalan dijawab dengan soalan untuk mendapatkan jawapan.

Maka, nak marah ke kat U sebab buat exam hari Ahad?
Nak marah kat Lecturer, course coordinator ke?
Nak marah kat Kuliyyah Economy?

Kalau marah tu macam tak berapa professional. Betul tak?

Sebab apa? Kita belajar, kalau nak berjaya, kenalah wat cara nak berjaya. Tak perlulah nak tension kena kacau hari Ahad ke apa ke kan?

Take it or leave it!

"Orang nak berjaya akan cari penyelesaian, tapi oarang yang tak nak berjaya akan mencari sejuta alasan"

Fikir balik lah kan, kalau lecturer pangkat Prof Dr boleh korbankan hari Ahad datang bekerja untuk kita, kenapa kita yang pelajar tak ada pangkat apa-apa pun nak banyak songeh sangat. betul tak?

Mati ke kalau jawab exam hari Ahad? Tak kan..

Lagipun, ini juga satu latihan untuk diri kita sendiri sebenarnya untuk masa hadapan. Andai kata 1 hari nanti kita dapat kerja yang On Call, tapi gaji banyak. Nak bagi alasan ke kalau ada orang cedera parah kena buat pembedahan. ANda masa tu tidur, lepas tu boleh ke senang-senang bagi alasan tak nak buat? Itu lagilah, berkaitan nyawa kan?

Sebab itu, dalam kehidupan seharian ni, jangan selalu merungut. [Eceh macam aku tak pernah merungut]
Tidaklah, kita sama-sama beringat kan.
Merungut tu tak dapat apa-apa pun.
Muka tak cantik ada lah kalau merungut kan? hehe;)

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran." (103:1-3)

La Tahzan! huhu

p/s: Abah! Cik tahu abah rindu cik kan? huhu nanti minggu depan cik balik ye. T___T [ gaya macam abah baca blog aku =p ]

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 22, 2011

Ayam Penyet - Ape tu?

Salam semua. Selamat tengah hari. Selamat hari sabtu.
Selamat berehat. Selamat makan tengah hari. Hehe
FS sudah makan. Anda dah makan?

Tiba-tiba teringat pulak kat 1 dish ni.
Hari tu ada bengang dengan restoran yang tipu pelanggan.

Hari ni nak cerita pasal Ayam Penyet. Haa..
Pernah dengar tak?
Pernah makan tak?

Kalau tengok restoran dia hari tu, macam konsep Jawa gitu.
Mungkinkah dia berasal dari Jawa Indonesia? Huhu

By the way, kalau sesiapa yang belum lLunch lagi, teringin nak try hidangan yang belum pernah try,
Ayam Penyet
macam hidangan kat bawah ni. Nama dia Ayam Penyet



Not bad lah. Ayam dia lembut. Tak tahu lah dia perap berapa lama.
Tapi mengikut firasat aku. Eceh. Aku kan jawa.
So rasanya, ayam ni macam di rebus dulu, orang jawa panggil "ungkep"
Then baru dia goreng. That's why lembut.

Set hidangan lengkap.
Ayam + Sambal Belacan + Ulam-ulaman + Tempe + Tahu

So, boleh lah terjah.

MAsa ni FS makan di Wangsa Walk.

Kawan kata kat KLCC pun ada.
Ni roomate lah hari tu Cik Jiha ajak rasa. Dia kata sebab.
Apapun tak menduka cita kan lah.

Total Set Ayam Penyet + Nasi Putih

RM 9.50

Harga Standard lah tu kan. huhu


P/s: Selamat menjamu selera! ;)
Selamat Maju Jaya kepada kawan-kawan seperjuangan nak jawab DS esok!
Posted by Picasa

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 21, 2011

Pelajar U Sanggup Bunuh Diri

Salam Semua! :) 
Hehe tajuk panas tu. Aku tengah buat latihan Decision Science kononya. Tiba-tiba terfikir pasal tajuk ni. Macam menarik je kan? Haha Ada ke sesiapa yang masa belajar tu rasa macam nak bunuh diri je turun bangunan kan dari tingkat 2 (haha apa barang tingkat 2, tak mati kot?) Tak pun, ada ke yang masa belajar tu, rasa nak gantung kan diri kat tali kan biar tercekik dan mati?

Tali Pergantungan. Credit Google.
haha ada ke yang macam tu? Buat kerja, tension punya pasal, dah prepare tali pergantungan. Haha kalau stress gila boleh terus gantung diri kat situ. Hehe

Kalau hidup kat dunia ni tak ada dosa pahala. Mungkin bolehla kita nak terfikir mati lebih baik kan?

Tapi, kita ada hari perhitungan lepas ni. Sanggup kah kita nak mati begitu? Memang mati itu dah jalan paling baik kah?

Amalan dah cukup kah nak bunuh diri? 

Putus cinta, bunuh diri.
Failed exam, bunuh diri.
Mak marah, bunuh diri.
Tak dapat iPhone, bunuh diri. (ada ke yang ini?)

Ok, pucuk pangkalnya, sebenarnya, mengingati mati itu adalah 1 muhasabah paling bagus. Sebelum rasa nak bunuh diri ke nak berbuat jahat ke, ingatlah mati.

Ajal kita entah bila. Takut belum solat isyak, tulis blog, meninggal depan laptop, minta dijauhkan kan? sebab itu hari-hari kena muhasabah diri balik. 

Mati itu pasti, janganlah pendek akal untuk rasa bunuh diri.
Peace! No war! :)

Sambung belajar Fasihah Supian!! hehe 

Baik... :p

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Tertipu Dengan Menu Di Sebuah Restoran

Salam Semua.
Salam pagi Jumaat.
Semoga semua sihat-sihat dan menemui barakah hari Jumaat.

Dah breakfast?
Lupa hari ni ada discussion dengan kawan. Haih aigoo
Ok,ok nak pergi ni sat lagi.

Nak kongsi dulu cerita ni.

Aku paling tak suka kena tipu tang Menu makanan ni.

Dalam buku menu tu tulis

Fruit Juice

Korang tahu kan rupa fruit Juice macam mana sebenarnya?

Fruit Juice dengan Cordial sama ke?




So, nak dijadikan cerita.

Aku minta Watermelon Juice. RM 4.50

Sekali dia bagi, cordial tuh yang kat atas.

Oh My God..

Aku tak berapa suka Cordial itu! Manis sungguh!
Of koz la bukan manis buah kan?

Kena tipu hidup-hidup.

Malas nak cari gaduh.
Tapi aku sepatutnya ada saja hak nak mempersoalkan kan?

Tak apalah, after diz, sebelum nak order kena tanya habis-habis.

Tak mahu kena tipu.

Korang pernah tak kena tipu macam ni?
Posted by Picasa

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 20, 2011

Makna Disebalik Perbuatan

Salam. selamat petang. Cuti hari ni. Tapi tak semua negeri cuti kan?
Pagi-pagi bangun kena pergi workshop.
Semalam lewat tidur siapkan proposal sebab dah bertukar format.

Korang cuti buat apa?
Kawan-kawan aku bakal menjawab,
"Study la wey, minggu exam!"

haha Roomate ajak keluar pergi Wangsa Walk.
Ok, sebenarnya tak berapa fokus penulisan hari ini.
Cuma nak tunjuk yang aku tak berapa betul sikit.

Fikiran dan hati di rumah.

Boleh jadi tiba-tiba Happy gila.
tiba-tiba diam semacam

Perbuatan yang menunjukkan penyakit Homesick.

Saudara kata aku manja.
lantaklah kau nak cakap apa.

Oklah, abaikan semua ni. 


Allah tak akan menguji seorang hamba itu melainkan dia sebenarnya kuat menghadapainya.
Kuatkah aku?

Nanti beli Calcium!!hehe

Ok, wassalam

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 19, 2011

Misteri Dah Terbongkar

Salam semua. Solat dah? Makan malam dah? hehe Korang selalu ada berapa emel? FS ada 2 emel. Tapi yang formal tu jarang buka. Patutnya yang formal lah yang selalu buka kan. Huhu Tapi yang formal tu tak ada apa-apa. Malas nak buka. Layan Yahoo! je. hehe

Jadi apa kena mengena emel formal dengan tak formal? Orang kata emel formal itu perlu untuk bekerja nanti. Yeke? ye kot, tak kan nak bagi emel kat bos alamat tah hape-hape kan?

Oklah, ingat tak entri Siapa Yang Tak Nak Topup RM10 tu? Jadi, tadi, tergerak hati nak buka formal emel. Gmail. Ah-ha itu dia. Rupanya dah ada penerima no 10101 tu. Tak tahulah dia ni silent reader ke apa kan. Identiti tersembunyi. Hehe

Yang penting, tahulah dah RM 10 tu kena bagi kat siapa kan. hehe

Nama dia Nazrin, ini blog dia http://www.jebronckhorst.blogspot.com/

Ok,  tahniah kepada beliau. esok FS masukkan RM10 tu ye!

Korang nak ke? kalau nak, tunggulah nanti bila ada rezeki lebih. hehe
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

JOM GEGAR BLOG


Salam. Hehe Join Segmen BA lagi. Nak join tak? Boleh klik sini untuk join. Sama-sama tambah kenalan melalui segmen ni. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Bila Mata Nampak $$$ Gumbira Tak Terkata!

Salam semua. Dah makan? Aih, rindu ar kat korang! Nanti FS jejak korang ye! Sok kan cuti!! hehe

Alhamdulillah. Haha 2 kuiz selesai. Mid-term marketing pun dah selesai! Lega! Tadi kan, tadi kan, ada orang jadi penjenayah. Ahh tak nak aku cerita. Aku memang penjenayah Kuliyyah. Tapi kesalahan besar sikit daripada biasa. huhu For the first time aku buat benda tu. Kalau mak aku tahu, habis lah, sekampung marah aku.

Korang pernah tak ponteng kelas semata-mata kerana periksa? Haih. Gila teruk. alamak! +___+

Haa, tadi tengah hari balik kelas kan. Nak pergi cek duit so, pergilah ATM Machine kat Kuliyyah ENMS tu. Tiba-tiba tengok, haih, waaa

Berebut nak draw duit - Timmy
Ok, nak dijadikan cerita. Pagi tadi kawan aku draw duit, dia kata ada berita baik. haha Duit dah masuk rupanya. Bersinar-sinar muka dia!

(&___&)

Aku pulak, habis mid-term tadi, nak ceklah juga. Alih-alih tengok, haih, awat panjang sangat beratur!

Dalam hati ni "eh, memang duit masuk hari ni ke?"

Tanya member, "eh, dorang pun dah tahu ke?"

Member jawab, "nasib baik aku tengok awal tadi, kalau tak, gila lama nak beratur"

Haha itulah fenomena bila duit dah masuk. Apa-apapun, jangan joli sakan ye bagi sesiapa yang baru dapat duit tu!! hehe

Lagi 1, hari tu ada niat, kalau duit ni masuk, nak buat contest. Nanti aku fikirkan contest apa. hehe Daa jom2 sambung blajar. Decision Science time! ~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 18, 2011

Wah Cerita Dia Best Lah!

Salam semua. FS sedang menjadi PC di Induction Course. Jadi ini entri autopost. Ingat tak FS pernah buat entri apa topik hangat yang selalu dibincangkan bagi mereka yang jejakkan awal 20-an? Alaa entri yang ini.

Ada cakap yang paling hangat KAHWIN  FS kata kan? And then ada satu sister ni, 1 kuliyyah. Dia cakap lah, ada pros and cons kahwin muda. Tapi bagi dia bila dah kahwin, dia rasa lebih tenang. Haha Dia dah kahwin ye uolls! Sweet couple nie dalam kelas. Ramai kawan-kawan FS pun teringin nak kahwin tengok sweet couple macam depa nie. Hehe

So, tak nak cerita pasal kahwin. Just nak briefly introduce dia punya blog dan cerita. Sangat menarik. Blog ni pemiliknya sis tu dengan husband dia. Ini blog dia DiaRi DiaNaKhaiRi.

So, tadi baca blog dia ada 1 entri yang cerita nya sangat menarik untuk dikongsikan. Nak tahu? ok, meh baca..

Ini cerita pasal sorang lelaki yang dah berumur, ada sorang isteri dan beberapa orang anak..
Satu hari, isteri dia jatuh sakit. Dalam kedaan camtu, laki tu boleh berzina dengan sorang perempuan dalam rumah diorang sendiri.
(maybe sebab isteri tak dapat penuhi nafsu, pastu dia sanggup lepaskan tanggungjawab macam tu je, dan lakukan dosa terhina)
Apa yang lebih menyedihkan diorang berzina dalam bulan ramadhan..
Anak2 selalu tak ada kat rumah, maybe sibuk dengan urusan masing2.
So, macam tak dapat nak bendung masalah ibu bapa diorang..
Satu pagi, si anak nak kejutkan ayah untuk sahur. Tanpa diduga, ayah dah meninggal dunia ditemani perempuan di sebelahnya. Mungkin sempat berzina sebelum nyawa dicabut. wAllahua’lam.
Sebenarnya keluarga arwah tak sanggup nak settlekan jenazah, diorang ni dah teramat2 kecewa and macam tak nak terima dah ketua keluarga diorang ni.
So diorang serah pengurusan jenazah 100%  kat sorang ustaz ni.
Okay, jenazah dimandikan.
Tau apa jadik?
Nak tahu apa jadi? Jom serbu blog dia sambungan di sini

Itulah padahnya, berzina. Allah kalau nak bagi tu cash je. Cuma kita sepatutnya berfikir sebelum bertindak. Jangan selalu ikut hawa nafsu. Itu baru balasan di dunia. Di akhirat nanti bagaimana nasib kita pula?

Tak rasa takut ke? Tak malu ke? Entah berapa banyak sangat amalan kita kan. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungaNYa dan menjadi Khalifah yang mencari keredhaanNYA di muka bumi ini. InsyaAllah .. :)

Kalau suka, boleh like. TQ :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 17, 2011

Kalau Penjenayah, Pistol Yang Salah, Bukan Dia

Salam semua. Macam mana hari ni? Sihat? Ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku? Ada nampak apa-apa perbuatan yang sakit hati je tengok? Biasalah tu kan, dunia ni, nampak macam aman, tapi jenayah berlaku di mana-mana  kan? Jadi, kenalah waspada selalu. :)

Sekarang ni, macam-macam perkara berlaku kan? Jenayah banyak. Walaupunsibuk cakap, jenayah membawa padah, tapi penjenayah tak takut pun. Sebenarnya siapa yang salah agaknya?

Kelas leadership Sabtu lepas, I learned something.

Orang kata, siapa yang salah sebenarnya ..?



"It is not because of the gun, but the person besides the gun."

Tapi ada cerdik pandai sambung lagi sebenarnya ..

"It is not the gun, and it is not the person besides the gun. But, it is the soul inside the person besides the gun."

Pucuk pangkalnya hati. Renung-renungkan dan selamat beramal!! :)

Jangann lupa mulakan hari ini dengan senyuman :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 16, 2011

Lelaki Ego Tinggi + Jual Mahal

Salam semua. Huhu Tension je hari ni. Korang pernah tak try nak usya someone kan, tapi dia jual mahal. Haih, dia ingat dia MACHO dan HANDSOME sangat kot? Mentang-mentang dia memang comey je dan cute kan. Haha Geram je aku bila panggil dia tak pandang langsung!

Nak tahu siapa? Kita story mory dulu cerita pendek dia. hehe

Ok, tadi tengah hari, lepas lunch. Aku dan 2 orang lagi kawan aku jumpa seorang guy ni. Huih, Memang handsome lah. Comey. Sebab bukan Malaysian. Muka putih, rambut pula perang. Memang dah terpikat lah aku kan.

Masa kat KIOSK, jumpa lah this guy. Really kitorang macam, "oh hoi budak ni. Kiut betul lah. Handsome meh. Siapa eh dia nie?"

Dia beli 1 kotak susu Dutchlady. Innocent je muka you!

Tapi.. U all, nak tahu? Kitorang punya lah nak beramah mesra berkenalan dengan dia kan..

Aku: eh eh nak panggil dia lah, nak panggil ape eh?
Fiqah: hey hey ..
Aku: brother, brother ..

Haih penat kitorang panggil You all. This guy langsung tak toleh belakang atau pandang kitorang nie. Haih gila mamat ni, JUAL MAHAL GILA-GILA punya. Kitorang yang FRUST. Haha lawak gila bila ingat balik.

Kitorang just nak tahu dia siapa je. Nak kenal-kenal sikit kan. hehe

Dia jalan melulu je korang! aihh, pheew~~ memang FRUST ah dipinggirkan. 

At the end, 1 of Us, said, eh, dia ni lah yang kat blog Saffa tu kan. Nama dia Mohamed. Meh tengok gambar dia.

From Saffa's blog. Tq Saffa.
Haha, korang jangan nak cakap kitorang gatal ea. I ni baik takkan nak main usha-usha gitu. Gaya macam tak malu. hehe Sebab dia kecik lagi la kitorang approach dia ni! Tapi, sekali tu...

Gila this anak Foreigner, sangat jual mahal. Tak pandang langsung. Entah dalam hati dia kata "all of u, not my taste ok!" haha 

"Oh cute younger brother, don't be too ignorant laaa, we felt in love with you la cute Mohamed." Haha

Bagus dia ni, jaga pandangan. Hehe

Kalau suka boleh like. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Pelajar U Suka Buat-Buat Busy Body

Salam semua. Selamat pagi. Bangun dah semua? Kalau dah dok menghadap blog ni, of coz lah korang dah bangun kan? haha apelah FS ni. Fs minta so sorrymorry sebab semalam tak sempat balas jejak. Ada program sampai malam. Balik dah malam, terus pengsan. Kononnya nak tengok Running Man. Aih, tak jadi. Mengantok benar. 

Semalam ada Induction Course Kelab Titian Asli UIAM. Dari petang sampai malam. Ini kali pertama aku jadi committee untuk program. Jadi PC. Tahu PC tu apa? PC tu Program Co-ordinator. Hmm, overall, dari segi pengurusan masa program itu, alhamdulillah, aku dapat buat ikut timing yang seperti dalam plan.

Tapi, aku rasa sebagai PC untuk program pertama ni, aku gagal kot. Haih. Kenapa? Sebab PC sepatutnya yang conduct semua program semasa program berjalan. Tapi semalam, aku banyak dibantu dengan PM (Program Manager). Hamik kau, masa postmortem kena. PM SEPATUTNYA TAK BUAT APA-APA SEMASA PROGRAM BERJALAN. Haha tersedak sekejap. Huhu maka mengaku, saya salah, saya tak patut bagi PM buat kerja.

Tak mengapalah. Itu pengajaran kan. Pertama kali, mesti lah ada yang silap. Masih belajar lah katakan. ;)

Ok, stok BUSY bermula. Bukan Busy Body. tapi memang busy betul hehe Disebabkan nak exam pertengahan semester dah. Jadi terpaksalah meng anak tirikan blog ini. Nanti bila ada masa kejap-kejap aku lawat kau ye blog.

Now I am a busy BEE
Tak boleh nak main-main. Kuiz hari tu pun teruk gila. So, 2 minggu sebelum cuti pada 31 Januari 2011. Aku bakal berdepan dengan ini semua. Jom lihat senarai :-

  • 2ND QUIZ FOR INTERMEDIATE ACCOUNTING - (18/01/2011)

  • 2ND QUIZ FOR COST MANAGEMENT - (18/01/2011)

  • 2ND MIDTERM FOR MARKETING PRINCIPLE - (19/01/2011)

  • MIDTERM FOR DECISION SCIENCE - (23/01/2011)

  • MIDTERM FOR FIQH FOR ECONOMIST 2 - (25/01/2011)

  • GROUP EXERCISE COST MANAGEMENT - (27/01/2011)

  • MIDTERM INTERMEDIATE ACCOUNTING - (28/01/2011)

Say bye bye to playing around.
Say bye-bye to wasting time.
Say bye-bye to surfing too long.

Pray for Me ye korang yang baca ni. Nanti cuti je, FS terus terjah laju-laju blog korang. Buat masa ni, akan tetap membalas jejak. Tapi tak kerap.

Sibuk ni bagus, mengelakkan diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang membuang masa dan tidak berfaedah. Jadi jangan takut bila anda disibukkan dengan kerja-kerja itu semua. Walaupun sebenarnya aku stress, haha tapi, kena SENYUM. Sebab bila senyum, otot yang digunakan lebih sedikit daripada bila kerutkan muka. Hehe

Kalau stress senyum dengan buku. Hehe Tamau stress-stress ye! ;)
Oklah. Wish me luck! Fasihah boleh! oh My God.. I miss them.. -___- Rasa nak balik umah sekarang gak! 

Rasa macam nak buat contest lah, nak buat contest apa ye? Hmm.. Ok2, nanti FS fikirkan. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 15, 2011

Award Daripada Caerwhizz.net

Salam semua, dah sarapan? Saya baru balik dari kelas Leadership and management Skill. Patutnya kena pergi stadium untuk raptai closong ceremony University Sports Carnival. Tapi tak dapat pergi sebab pukul 2 ada Induction Course kelab. Korang dah makan tengah hari? Ke baru bangun tidur? Hehe Jangan bangun lewat, burung dah curi dulu rezeki kita nanti. Melepas sudaa ;)

Ok, sebenarnya, cita-cita nak jadi Follower ke 1000 kat blog Caerwhizz.net ni. Tapi melepas dah. Sebab baru dapat online. 

So, tadi follow, dia terus masuk shoutbox blog ni dan bagi link untuk award. So, dikesempatan ni. FS nak promote blog caer ni. Blog dia best tau. Ada banyak tutorial. Nak wat tulisan guna photoshop ke. Boleh lah menuntut daripada dia. :)

Ok, ini award yang dia edit sendiri.

Haa, nampak macam berseni kan? Terima kasih Caer bagi award! Ok, nak lihat blog dia bagaimana rupa? Jom pergi sini Caerwhizz.net.

ok. setakat ini dahulu. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Pelajar U versi "You Are Educated BUT Not Civilized"

Salam semua. Maaf sangat-sangat baru sempat nak membalas jejak pada mereka yang meninggalkan jejak. FS baru dapat online ni. Tadi seharian full dengan kelas replacement, tutorial dan discussion. 

Hmm, penat kan jadi pelajar ni? Tapi, pesan akak-akak yang dah kerja, depa kata apa? Sebenarnya, waktu belajar inilah yang paling seronok. Nanti dah kerja, tiada life! Oh My.. Tiada life akak tu kata? Sebab kerja kerja kerja. Hmm, ok, ok, mari gunakan masa belajar sebaiknya.

Nak cerita ni, perasaan tiba-tiba rasa membuak-buak untuk balik, takut, semua ada. Tiba-tiba rasa macam. Argh kenapa "SENANG" sangat belajar ni. Itulah, malas belajar. Kan dah rasa terlampau "SENANG" kan? padan muka. Anda perlu faham "SENANG" yang FS maksudkan tu sebenarnya lawan kepada dot dot dot . .

Apapun, itulah, atas dasar ilmu yang wajib perlu dicari. Kita terus gagahkan diri di institusi masing-masing dengan semangat yang perlu utuh. Tabah dengan segala yang rintangan. Menjadikan kita manusia lebih matang gitu. hehe

Status FB Fasihah Supian pagi tadi sebelum memulakan hari yang sibuk :-

Walaupun dalam jadual,hari jumaat itu tiada kelas. Tapi itu semua dusta semata. Jumaat pun ada kelas full!
Siapa kata sabtu cuti? Tipu, ada je kelas. Haha
Moral of the story: Aku nak balik umah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! =___='

Haha kesiannya. Serius nak balik. Rasa tak nak tengok buku. Ya Allah kalah dah dengan syaitan durjana! Arghh, tak pa tak pa, lagi berapa hari sahaja ye FS nak cuti mid-break.

"You are Educated but not civilized"

Huh, siapa cakap pelajar U macam itu hah? Ha, jangan tuduh aku pula. Ini lecturer FS tau yang cakap. Jangan main-main. 

Haih, sedap hati sahaja cakap kami tak bertamadun. Upss, kalau lecturer baca blog I mampus lah I nanti you!

Nak tahu kenapa dia cakap pelajar U tak civilized?

Sebab, kami gunakan lift dan tak menggunakan tangga. Aiyooo. Kat U korang, ada tak signboard depan lift mengatakan students are not allowed to use this elevator? kitorang tak boleh. Sedih kan sedih kan. Kalau kelas tingkat 4, haha panjat jangan tak panjat tangga. Huhu

Tak apalah, kena terima. Kata pelajar U educated. Nak jadi civilized, kena naik tangga, buang lemak. Dia suruh kita exercised lah tu kan. Hehe Terima sahajalah kan..

Ok, tamat cerita hari ini. Esok kul 8 pagi ada kelas. Haih, siapa kata hari Sabtu cuti? =___='

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 13, 2011

Baru 13 Hari Berada Di Bulan Januari, Statistik Pembuangan Bayi Untuk Minggu Pertama Bulan Januari Dah Keluar

Assalamualaikum semua. Selamat petang! [Entri autopost] Semalam, dalam entri yang ini ada janji nak promote blog brother pulak. Tapi semalam tak sempat nak promote lah pula. Jadi nak kotakan janji, nak promote lah blog brother nie.

Sebab apa? Haih, dia ni pelajar Ekonomi, tapi pandai-pandai sahaja dia nak buat analisa kes pembuangan bayi untuk minggu pertama bulan Januari. Jom terjah blog dia. Suka suki dia saja nak buat analisa. Macamlah dia kerja kat jabatan statistik pembuangan bayi kan? [ Huhu Sory Zul ;) ]
Klik link di bawah untuk terus ke entri yang beliau analisis kan. Kes pembuangan bayi bagi minggu pertama bulan Januari Tahun 2011.

Ok, dia buat analisa bukan main suka-suka rupanya. Tapi berdasarkan berita yang dia baca. Nak tahu apa berita dia? Mana dia dapat sumber dah 7 kes pembuangan bayi dilaporkan? Oh, dia dapat daripada sini rupanya. Apa berita nya?


KUALA LUMPUR: 9 Jan – Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan.

Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.

“Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen ‘Kami Prihatin’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, Sabtu.

Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.

Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.
Iklan seminit. cuba fikir, apa perasaan bayi tu? Dia sikit punya nak jumpa Mummy dia. Nak lihat dunia. Tapi Mummy dia? Hmm, korang baik-baik kan? Ingat pesan aku ok? Jaga diri elok-elok. Especially perempuan.
Punya comel bayi ni bila dah besar kalau dah pandai masuk tandas. Korang tengok gambar ni. Sikit punya comel!
Ihsan Google. Baby in the toilet with news paper. ahha Gorgeous!


Oh ho, begitu. Jadi cuba lihat analisa si anak jawer tu cakap apa. Dia kata ini anak-anak Valentine Day. Haha Entahlah. Wallahua'lam. Mungkin ada benarnya. :)
Apapun, bijaklah menjauhi zina. Hukumannya bukan setakat di dunia. Oh ya, cerita kawan FS malam tadi.

Afiqah: Oh kes yang tu ke? Aku pernah dengar gak. Kes budak tu bersalin dalam tandas kan? Orang semua tak perasan yang dia pregnant.
Fizah: 1 kelebihan orang yang mengandungkan anak luar nikah ni kan. Dia senang nak bersalin dan bila mengandung perut tak berapa nampak. Sebab tu lah dengar macam senang je dia bersalin dalam tandas tu kan. 
Afiqah: Memula lecturer tu pelik gak nampak budak tu. Chubby semacam. Ingatkan dia tambah selera makan ke apa. Sekali tu lecturer tu tau dia bersalin dalam tandas. 
Fizah: Tu lah, orang yang dah ada pengalaman mestilah boleh nampak kot-kot budak tu ada rupa mengandung ke macam na. Kita ni mana nak tahu. Dah perut pun tak nampak. 
Aku: Haha tapi sebenarnya memang ada beza pun orang yang pregnant ni. Jalan dia lain oo. Aku pernah buat analisa meh. hehe
Ok, itu drama sebabak malam tadi. Kami memang macam-macam isu berbangkit kalau berkumpul. Jangan kata isu belajar ja. Yang paling penting memang isu kawin punyalah. haha Opss, terlepas sudaa. Ala, biasalah tu, kawan-kawan aku semua excited sangat nak kawin. Haha Korang kalau baca, jangan "jotos" I tau.
Oklah, bukan setakat jenayah membawa padah. Tapi Zina satu dosa besar. Jagalah hubungan kita dengan Allah. Semoga Allah menjaga kita pula. :)

Kalau suka. Boleh like :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Siapa Yang Tak Nak Topup RM 10 Tu?

Salam. Pernah janji siapa pelawat yang ke 10 101, nak bagi topup. Tadi buka-buka blog. No visitor nya dah terbabas.

 
Jadi, siapa yang tak nak topup tu? Hmm hmm, ok, mari tunggu emel masuk dalam inbox. Paling lewat boleh tunggu, sebelum 12 malam ini. hehehe

Kalau tak . . .
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

BLOGGER GEGARKAN 'U'

Segmen Ben Ashaari lagi. Kalau nak join, boleh klik pada gambar.
Assalamualaikum! Selamat petang. Update untuk hari ini dimulakan dengan Segmen Encik Ben Ashaari. Lama tak join segmen dia.

Persoalan yang utama?

Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ?
 
Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Bachelor in Accounting
Tahun Ke-2 Semester pertama.

 
Asal mana? Umur ?
 
Asal Selangor. Umur 20 tahun 3 bulan 25 hari

 
Kenapa amik jurusan itu ? 
 
 Sebab suka nombor kot? Mengenali Financing dengan lebih mendalam. Eceh


Cita cita .. 
 
Accountant under ACCA. [ Angan-angan besar sangat ]
My Mom suruh jadi Cikgu.
Apapun, grab je lah dulu nanti kerja apa yang datang.

Ok, daa ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 12, 2011

Pelajar U, Tapi Macam Budak Sekolah Rendah

Salam semua. Selamat Malam. Tidur sudah ke? Hehe Dah siap homework? Assignment? dan lain-lain yang berkaitan? Sebelum tidur, jom tengok 1 lakaran yang nampak macam lakaran budak sekolah rendah. Tapi yang peliknya, ini berlaku di kelas di U. Ada budak sekolah rendah kot yang kat U ni? Ke macam ne sebenarnya ya?

Ha, cuba tengok gambar di bawah. Ini bukan Graffiti ye. Ini lukisan di atas meja. Siapa punya angkara? Cepat mengaku! Siapa pernah buat meja macam ni?

Tak ada yang nak mengaku ke? Ok ok, FS mengaku. FS masa kecik-kecik sekolah rendah dulu memang selalu buat Vandalisme ni. Sekarang dah baik tahu?

Contengan Di Meja Belajar
Pagi-pagi masuk kelas, perkara pertama yang aku nampak dalam kelas. Lukisan di atas itulah. Haih. Angkara siapa ni? Tangan siapa yang gatal sangat conteng meja tak padam? Aku gak yang kena padam.

[ eceh tunjuk baik pulak FS nie. Ok, bukan masalah tunjuk baik. Ini masalahnya aku rimas tengok meja macam itu rupa. Tak seronoklah nak belajar cam tu ]

Meja tu sedih je bila ada orang conteng-conteng muka dia. Masa orang conteng tu dia dah jerit-jerit dah.

" Jangan! Jangan! Nanti muka aku tak cantik! "

" Jangan lah.. Tolonglah jangan buat kat aku macam ni. Hodohlah aku nanti. "

" Janganlah buat Vandalisme terhadap aku. "

Ha. kawan-kawan sume baik-baik kan. FS je yang memang nakal kecik-kecik dulu. Gatal tangan suka conteng-conteng. Korang semua baik-baik kan. Tak ada buat macam ni kan..

Tak elok tau buat Vandalisme terhadap benda yang tak hidup ni. Memang lah dia tak bernafas. Tapi kita sendiri kena tahu, sebagai manusia apa yang patut dan tak patut kita buat.

meja tu dah memang asal dia macam itu, kalau betul nak cantikkan dia, hias bagi betul cantik. jangan wat lukisan sememeh macam itu.

Ingat! Vandalisme adalah satu jenayah! Jenayah membawa padah! Sayangilah harta benda tak kira milik sendiri atau milik awam.

ok? ;)

Kalau suka, boleh like sini. Dan tekan sini. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Antara Yang Menarik Dan Panas Di Blog Petang Ini

Asslamualaikum semua pembaca Go Green! Save The Earth. Cehh promote environmental awareness campaign lah pulak. Okey, jalan-jalan lihat jam dah pukul 4. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Sebab itu kita perlu menggunakan masa sebaiknya. Baiklah.

Petang ni, ada 2 entri yang memang terbaik terhebat memang the bomb untuk aku suruh korang semua baca. Ok, memula pergi blog Sunah Mohammad dia promote kempen yang BUDU DAN BELACAN buat.

Nak tahu apa entri dia? Tengok gambar ini.

Kempen WIR by Budu dan Belacan
Apa WIR? Maksudnya WEAR IT RIGHT. nak baca kempen dia? pergi sini. Sebar-sebarkanlah. Kadang-kadang kita perlu tegur menegur sesama kita. Selalu ingat memperingati. Baru sedar kita patutnya tak buat yang begini, Tapi perlu buat yang begitu.

Aku sokong cara Budu dan Belacan ni. Jadi, janganlah selalu ambil mudah. Labuhkan hijab anda.  Anda mampu melakukannya. :)

Terima kasih Sunah Mohammad. Apa kata sama-sam ziarah blog Sunah. :)



p/s: lagi 1 nanti aku cerita. Apa dia. Kalau ni sister, pasni blog brother plak. Nang it! ;)

"Jaga Allah, Allah menjagamu"

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Cabutan Bertuah Sempena Pembukaan Dunia Belibelah

Salam semua. Disebabkan nampak Cokleat di situ. Disebabkan senang saja syaratnya. Maka nak cuba try test lah join. Macam best je cokelat tu kan. Jadi,kalau nak join, pergi ke sini. Suka suki. Tak pernah dapat pun. Sesiapa yang berminat, bolehlah join. Tambah kenalan blogger baru lagi. okey :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Japan Giveaway by Imaan09

Salam. Jalan-jalan jumpa kat blog tiefazatie 1 blogger nama Imaan90 nak wat Giveaway. Nampak JAPAN je. Rasa macam nak join lah pulak. hehe Padahal tak pernah bertuah pun. Pemenang akan di pilih melalui Random.org.


So,kalau berminat nak join, boleh lah pi sini. Tengok syarat-syarat dia. Senang je. ;)

Sambil-sambil tu boleh la tambah kenalan blogger. Anak dia comel. Ada juga rupa Jepun sikit. hehe Comel uh..

;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 11, 2011

Keputusan Rasmi: Pasukan Kami Kalah! Alhamdulillah..

Assalamualaikum semua. Aku baru balik dari kelas UBS. Petang tadi balik kelas terus pergi Female Sports Complex untuk perlawanan Ping Pong Peringkat UIAM (Perempuan) mewakili Mahallah. Semalam peringkat saringan. Alhamdulillah dapat masuk ke peringkat Suku Akhir. Tadi. Sebelum itu, boleh rujuk cerita yang sebelum ni yang kat sini kalau blur. hehe

Secara rasminya. Pasukan aku? Kalah. Alhamdulillah. Kalah sebab apa? 
  1. Sebab dia nak suruh kitorang buat assignment lah tu. 
  2. Nak suruh kitorang belajar. 
  3. Nak suruh kitorang berlatih sungguh-sungguh lepas ni. 
  4. Nak suruh kitorang asah lagi skill. 
  5. Nak suruh kitorang lantik seorang coach pasukan. 
  6. Nak suruh kitorang jangan buat training last minit. ha banyak nya.
Itulah antara kelemahan kami mungkin. Kami juga berjumpa dengan wakil MASUM. Memang hebat-hebat belaka. Padahal kami? Berlatih pun dekat nak USC baru cari pemain. Kalau tengok mereka yang mewakili MASUM memang semua hebat-hebat.

Kata seorang daripada kami, "dia hebat bukan semulajadinya hebat. Tapi dia hebat kerana dia usaha dan berlatih menjadi hebat".

yup, benar bukan? Nak hebat bukan lahir-lahir terus boleh main ping pong bola spinning. Semua itu perlu belajar dan perlu ada yang ajar. Semua itu perlukan kerajinan dan kesungguhan. Matlamat sahaja tanpa usaha sama dengan menanti buah yang takkan jatuh. Kita tak boleh bergantung hanya pada nasib. Ya, aku sedar itu.

Walaupun mereka MASUM, mereka hebat, tapi kita juga boleh jadi seperti mereka. Tak mengapa kalah hari ini. Sebab kalau semua orang nak menang siapa yang nak kalah bukan? Jadi, biar kalah hari ini. Gagal hari ini bukan gagal untuk selamanya kan?

" Verily after each difficulties, there is a relief :) "

Ingat, jangan mudah putus asa! ;)

Terima kasih kepada semua pemain pasukan Nusaibah kerana telah buat yang terbaik untuk team kita, untuk Mahallah. kalah tak mengapa. Ada team yang lebih dahulu kalah daripada kita. Mana-mana kerja yang tak siap tu boleh lah siapkan. Team Manager dah tak sibuk-sibuk nak mesej suh datang training dah pas ni. Hehe





TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Bagi Seorang Pelajar Nakal Macam Saya, Apa yang Mema


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Cepatnya Blogger Ni Naik, Terkejut Aku Bila Lihat Follower dia dah 100 lebih

Assalamualaikum! Entri auto post lagi. Aku agak sibuk sedikit buat masa ini. Sibuk bersukan. hehe Buka-buka blog, terus pergi 1 blog ni. Kita kawan.

Aku jawa, kau jawa.
Aku ada blog, kau ada blog.
Aku belajar kat UIA, kau UIA.
Aku kuliyyah Ekonomi, kau kuliyyah Ekonomi gak.

Tapi, apa beza aku dan engkau? Kau baru buat blog. Memula kau tak berapa tahu nak besarkan network dengan blog. Tapi aku lihat tadi, Mak aih, follower kau dah 100 lebih?

Pergh, macam tak percaya pulak. Rasa semalam baru je belas-belas. Usaha gigih benar kau ye ZUL.


So, jom beramai-ramai jejaki blog beliau yang macho ni dengan kejawaannya!

Cepatnya kau belajar ZUL. Okey, semoga bidang lain pun kau cepat belajar juga. Selamat berblog semua! ;)

p/s: lambatnya lah visitors nak cecah 10 000. Cepatlah cepatlah. Siapa nak topup tu? Kalau tak nak, tarik balik lah Give away tu. huhu
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 10, 2011

University Sports Carnival Begins!

Assalamualaikum to all my readers! Eceh, skeaping lah pulak ye kali ni. Ok, ini entri autopost, tuan tanah sibuk sedikit bersukan. Majulah sukan untuk negara! Hehehe Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba majulah sukan untuk negara lah pulak!

Bersukan menyihatkan badan. Amalkanlah kehidupan yang sihat sejahtera ya!

So, jom join FS bersukan! Hehehe

So, selamat bersukan kepada semua pemain, team manager, PM USC, Committee Mahallah, Central dan semua yang terlibat. Unofficial launching of University Sports Carnival dari blog FasiHaH Supian. hehe




Buat players Ping Pong Mahallah Nusaibah, Chaiyok!! Do the best, jangan hampakan harapan Team Manager anda. hehe



Gambar baju players untuk players Mahallah Nusaibah. Warna Kuning! haih..Kalau warna hijau kan best. Hehe





Antara dokumen-dokumen penting yang perlu di bawa ke tempat perlawanan di Female Sports Complex petang ini. Dan antara accreditation card players. Semua di tangan aku. hehe berkuasa pada mereka hari ini.

Kak Didi, Bita, Kak Kienas, Fizah, Bihah!

All the best!


Semoga perlawanan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan baik juga. Amin. Permudahkanlah urusan kami hari ini.

Siapa suka main ping pong? Siapa suka tengok ping pong atau nama glamour nya table tennis, boleh la join sama kat FMC petang ni.

Bakal ada 3 perlawanan untuk hari ini. Yeah! Mari pukul bola ping pong itu! ;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Sebelum Memulakan Hari Ini, Kena Buat Apa?

Salam semua! hari Isnin! Selamat bekerja, bertugas, belajar, pergi sekolah dan lain-lain. Apa yang paling penting kena buat hari pertama memulakan tugas dan belajar dalam minggu ni?


Tak lain tak bukan. SENYUM. Macam ni :)


Nak tahu kelebihan senyum?

Sebab awak Comellah bila senyum!

Jom pergi kelas! ;)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

January 9, 2011

Cerita Semalam - Pesta Coklat Malaysia, Mid Valley


Assalamualaikum! Selamat pagi semua! Dah breakfast? Akhirnya, dapat juga merasa waktu yang relax walaupun sekejap. Ok, semalam what was planned before, it become reality! haha What a pleasant and hectic day korang!
Balik-balik kelas Leadership lapar-lapar tuh, terus pakat tunggu bas Encik Rapid. Pergh, terlepas 3 bas. Sebab? Kawan yang sorang ni tak turun-turun lagi. Tak apalah, tunggu. Pergi sama-sama.

Sesampainya bas Encik Rapid. Ya Allah, overload dah bas tu! Tapi dia suruh masuk ja. Akibatnya? Berhimpit dalam bas. Rasa dah macam naik Roller Coster. Menyeramkan! Macam-macam bunyi ada. Langgar. Apa taknya, bas Encik rapid tu rendah. Memang sangkut lah jawabnya.

Macam ni lah bih kurang. Padat! Tapi Pak Cik driver tu tenang je beb! Kitorang semua dah risau gila kot.
Ha,  kurang lebih macam itu. Tapi tak sampai ke luar-luar lah. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kitorang pun nekad. Pasni, tak nak keluar weekend dah. Pergh, ape pasal ramai bebenar yang kuar. Padat terhimpit-himpit. Kalau dia langgar bonggol. Pergh.. menyeramkan.

Seterusnya.. Destinasi kami KL Central. Sesampainya di situ. Terus naik pergi Food Court, makan wey. Lapar gila. Alahai, tak sempat nak amik gambar makanan, laju je makan. Lapar punya pasal.

"KTM KE SEREMBAN YANG DIJADUALKAN PADA PUKUL 12:57 TENGAH HARI AKAN TIBA LEWAT DAN DIJADUALKAN TIBA PADA JAM 1:30 TENGAH HARI"

Lepas makan, terus lah nak amik KTM. Boleh pulak kitorang relax-relax. Time tu pukul 12:40 gitu. Sekali sampai bawah. DAAA KTM. Arghhh kitorang terlepas KTM!!!!! Kena tunggu lagi 40 minit! 

Sesampainya KTM ke SEREMBAN..

Google
Gambar kat atas tuh. ha lebih kurang macam itulah ramainya. Tapi lagi ramai. Tak payah jalan. orang belakang dah tolak. Aduhai, aku dah lah kecik. Kenapa mesti nak berebut tolak-tolak ha? Awal-awal sebelum KTM sampai, elok sahaja beratur. Bila dah sampai, semua serbu, main tolak je! Aihh. Kot ya tunggulah semua keluar dulu. Tak menyabar. Panas wey. panas. Kena tolak dari belakang. Masa ini juga bahaya, takut ada penyeluk saku. Orang yang selalu seluk ni waktu-waktu macam ni lah dia nak ambil peluang kan.

Ok, dah lah, jom tengok sikit antara gambar yang ada. Sikit je. Tak perlu banyak-banyak. Nanti korang bukan tengok sampai habis. Hehe

Dazzle Choc
 Ok, atas tu gambar Dazzle Choc. Kat booth ni, ada 1st class chocolate dengan 2nd class choc. I just knew it yesterday that chocolate pun ada class u olls. Memang kelas lah. Yang 1st class sedap! Yang 2nd class kurang manis sikit.

GRANDEUR

Choc ala-ala Lolipop
Haih, juru kamera terambil gambar Valentines Day lah pulak. Korang kalau nak, beli makan boleh. Sambut jangan. Jangan cari coklat ni 14 feb nak bagi aweks pulak. Buat apa bagi aweks pun? Makn sendiri sudaa.

Printed Choc.
Ok, kat booth yang ni. Korang boleh print gambar korang atas chocolate. Cakap je gambar apa. Semua boleh. Ada website lagi. Tinggal pergi website tersebut dan print gambar anda atas coklat! But Of coz. no money, no printed choc la! itu sudah tentu ;)

Another printed Choc. happy Birthday!


Some More Childish favourite Choc

Antara pengunjung
Ramai pengunjung. Paling best kenapa? Sebab boleh rasa. hehe Tester dan tester dan tester. Belinya? Haha Dah dia bagi tester. Amik saja lah kan. hehe

Egg Chocolate
Ok, kat booth ni menerima tempahan untuk Gift Majlis Perkahwinan macam gambar kat atas ni kan. Coklat telur. 1 tu RM 1.80 tak silap. Lupa. Huhu.

In a nutshell. Hehe Tiba-tiba macam kena buat esei MUET plak. Ok, secara konklusinya? Aku hampa. hehe Sebab tak ada CADBURY!!!! Rupanya dia cuma nak mempromosikan Cokelat Malaysia. Apapun, tahniah kepada penganjur with full effort to accomplish this event.

Mungkin pada masa akan datang boleh buat yang lebih baik. Maybe join venture dengan other foreign choc or whatsoever. Apapun, the most important thing, they should present their events nicely. The prop and so on. Dont be too apa orang kata, kosong. Bukan setakat booth. I mean, kena lah ada tempat yang welcoming visitors.

Ok, setakat ini dulu. Suka cokelat? Hari ni last kat Mid valley Exhibition Center. Sampai 9 malam. Sila-sila ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^