Tanggungjawab dan Amanah. Bukan Setakat Cakap Dan Janji, Tapi Implementasi. | fasihah.com


January 3, 2011

Tanggungjawab dan Amanah. Bukan Setakat Cakap Dan Janji, Tapi Implementasi.

Assalamualaikum semua pembaca. Waktu ini ramai yang sudah tidur. Aku pula baru pulang dari Meeting kelab. Korang buat apa hujung minggu? Yang aku tahu, tadi last year end sale. Haha aku pun terlibat sama. Ada orang pergi Jaya Jusco Wangsa Maju semata-mata nak beli seluar korang! Sengal macam tak betul sikit. Ahh peduli apa, aku nak harga dia rendah. Tak kira. Korang kalau tak suka shopping atau sale. Sila lah buat-buat tak tahu sale tu apa.



Year End Sale. Habis sudaaa. Kalau nak lagi, tunggu tahun depan. hehe Apa bagusnya ada Y.E.S ni? Ok, masuk ekonomi sekejap. 
 
Bagus nya Y.E.S ni menggalakkan orang berbelanja. Jadi bila ramai yang berbelanja, pada masa yang sama, kita boleh stabilkan ekonomi. Eh eh macam tu pula? Haii, betul.. Tak percaya? Ok, macam ni lah, kalau korang ada duit, simpan je buat perkasam, sendiri tengok je hari-hari, tak melabur dan tak gunakan, macam mana negara nak dapat income. Ni ha, macam mana perniagaan nak maju? Kan? Ha, itu fungsi Y.E.S.

Ok, pagi lepas tahu mak nak datang, terus pergi JJ Wangsa Maju. Semata-mata nak beli track buttom. Haha dapat beli 1, jenama FOREST. Harga? tak perlu tahu. Yang penting, warna hitam line HIJAU! ha..itu yang aku suka! hehe lagi 1 beli CHEETAH punya. Warna Blue Black.

Ok, balik, sampai asrama, solat, mak aku sampai. Ho ho ho GUMBIRA! Sebab dapat makan FREE. Mak Masak! Ma favorite tuh, Masak Asam Ikan Parang dengan Bendi. Aih......sehingga menjilat jari!

Siap makan? Azan asar pulak? Ok, solat, kena pergi training ping pong. Hari ni dapat main. Tapi prestasi teruk gila sebab dah lama tak main. Backhand suma tunggang langgang. Bola pulak asyik tinggi je. Aduhai..

Habis training? Azan maghrib pula.. Pastu? Ada meeting Public Speaking pula. ok, kul 9 pulak ada meeting Kelab. Mainboard meeting untuk ALMANAC. Tahu ALMANAC? Rancangan aktiviti tahunan lah lebih kurang..

Aku jadi Person In Charge untuk satu program. MATHS. Haha suka-suka. Nak tahu posisi aku sebagai apa dalam kelab ni? Esok-esok lah ye. Ok, cube review sini nak tengok antara gambar Annual General Meeting kelab ini. Ok, review sini.

Angkat sumpah tu kitorang . .

TQ Zul!
Ok, jadi tanggungjawab dan amanah ni bukan setakat pada mulut. Bukan setakat pada janji, tapi lebih kepada Implementasi. Bukan mudah kalau kita diberikan amanah. Kita perlu lunaskan. Seperti kita sebagai hamba di muka bumi ini juga. Kita sebagai khalifah yang telah diamanahkan mentadbir bumi. Apakah kalian lupa?

Aku juga takut dengan apa yang telah diamanahkan padaku. Kerana komitmen aku bukan hanya 1. Aku sendiri rasa macam aku tak layak. Apapun aku akan cuba yang terbaik.

Kalian semua juga yang terbaik bukan? Maka marilah buat yang baik-baik sahaja di muka bumi ini ya. Wassalam.

p/s: entri autopost. bakal terbit pada pagi jam 8.00.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^