December 31, 2010

Bila Gambar Ben Ashaari Kena Curi, Tak Kisahlah, Dia Memang Blogger Terpopular Abad Ini, Tapi ..

Assalamualaikum penduduk maya. Penat. baru lepas pergi meninjau orang training ping pong, lepas itu, pergi Female Sport Complex sebab kawan-kawan ajak buat BBQ kat situ. tepat jam 12:30 kurang lebih sampailah depan gate mahallah (asrama) tadi. Memang seronoklah ber BBQ tadi. Esok boleh rojer-rojer gambar-gambar sewaktu majlis.

Azhani kata, " eh seha, you jangan lupa tau. cerita kat blog you nanti apa kita buat ni. "


Aku kata, " Owh.. boleh je Hani, nanti I buat entri aweks cun UIA ye. Haha "

So, insyaAllah ada kelapangan nanti aku cerita lah aktiviti tadi. Sangat ceria. We are having so much FUN! Rasa macam baru lepas exampula. Bagus juga buat macam ni, dapat sama-sama merapatkan lagi network kawan-kawan. At the same time, relax sekejap. Lepaskan tension baa kata orang Sabah ba. hehe ;)

Ok, nak tahu antara orang kuat tadi, ada seorang ni blogger juga. Blogger dia hebat. Dia pernah menang peraduan MAxis tak silap. Dapat Hp FREE tu dari Maxis. Nak tahu sapa? Saffawati. Boleh terjah sini.

Ok, nanti sambung cerita BBQ lain kali.

Nak cerita yang tajuk tu. Hmm, tadi balik-balik, entri  Encik Ben Ashaari pasal gambar dia kena curi. Huhu tak kisah lah Encik Ben, anda memang famous. Nak baca selanjutnya, baca kat sini.

So, mesti korang macam fikir aku sengaja nak buat entri panas kan? Taklah, aku tengok search keyword tadi. Ada keyword gambar fasihah. Aku ni mana popular macam blog Encik Ben ni. Apa pulak nak sampai search gambar aku kan. Meh tengok sini list keyword tu.

Hmm, aku terus macam.. Blur kejap. Takut pun ada, uih, takut la, kita bukan tahu orang nak buat apa dengan gambar kita kan? Jadi aku cuba lah serach kat google semua. Nasib baik tak ada gambar aku. Aku dah cuba sebaik mungkin tidak menyebarkan gambar secara berleluasa.

Tapi, pada masa yang sama, mungkin fasihah yang dimaksudkan itu bukan aku kot. Fasihah entah mana entah kan? Aku sahaja yang perasan lebih-lebih. ialah, siapa pun aku ni orang nak kenal. Tak macam abang Ben yang memang dikenali ramai tu pun kan. :)

Apapun, nak amik gambar orang jangan lupa mintak izin atau letak link sekali dari mana sumber tahu? Jangan buat macam sendiri punya gambar. Tak elok. Kurang bermoral. Hehe masuk sivik sekejap.

Oklah, nak tido. Dah malam. entri di taip jam 2:15 pagi. Tapi ini autopost. Bakal published jam 8.00 pagi esok. Selamat bercuti semua! Wassalam

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 30, 2010

CUTI UMUM!!!!!!

Jumaat cuti umum

29/12/2010 11:38pm

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Sumber: UTUSAN

wah.....cuti benar-benar terjadi lah!!!
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Saya Anak Malaysia, Malaysia Memang Harimau Malaya

Tiada kata lain yang boleh diungkapkan tika ini melainkan..ungkapan tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang telah menewaskan pasukan Indonesia!

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!

SEMOGA TERUS BERJAYA MEREMPUH PERSADA DUNIA!

MALAYSIA BOLEH!


Esok tak cuti ke? haha Sebab orang Malaysia suka CUTI. Betul tak? Haha Ok, teruskan study. Jom jom study.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 29, 2010

Siapa Kata Perempuan Tak Minat Bola? Demi Malaysia, Mereka Sanggup Turun Padang!

Assalamualaikum semua. Aku baru balik dari UBS Class. Esok ada 2 kuiz. Pergh..... Badan ni dah terpanggil-panggil nak pi tengok bola. Tapi memandangkan esok ada 2 kuiz yang mana dua-dua nya TOUGH QUESTION, aku macam, fikir sembilan sepuluh kali nak turun bawah tengok bola. Takpa, aku doakan Malaysia berjaya! MALAYSIA BOLEH!

Credit

Siapa kata perempuan tak minat bola? Kalau selalu tengok lelaki tengok bola, pergh semangat! Kalau tak masuk gol, siap ketuk-ketuk meja. Kalau gol pula, wah, melompat-lompat sampai ke atap rumah. Huhu Tak adalah sampai macam tu kan. Takut silap haribulan, atap pun tercabut.

Ok, sekarang ni sedang berlangsungnya bola sepak piala AFF LIVE di TV1! Aku tak dapat tengok, tapi, wa cakap lu, aku yang kat tingkat 4 yang kononnya nak *study* ni pun dah goyah bila dengar sorakan penghuni kediaman kat mahallah (asrama) perempuan aku ni ha. Memang bersemangat waja lah mereka semua yang menonton!

Yang tak pernah minat pun jadi minat bila tengok semangat mereka ni! So, siapa kata perempuan tak minat bola? haa.. tak semua, tapi kalau dah Malaysia yang berlawan, haih.. takkan tak minat juga? Itukan antara sokongan terhadap negara sendiri. Eceh..hehe

Tapi, memang tak dinafikan, ada yang memang tak minat bola. Tapi lelaki majoriti yang minat bola pun, dalam 1000 mesti ada 1 orang yang tak minat punya. Pandangan orang kan berbeza-beza.

Bagi orang yang suka bola, bila bola masuk gol sahaja, MACAM MENANG LOTERI punya gembira.

Tapi kalau kalah, haih, marah-marah. Cakap pemain main-main lah apa lah. Tak cukup staminalah. Haha Macam-macam. Apapun, tunggulah keputusannya nanti.

Kawan FS ada yang tak pergi Majlis Makan Malam kat CAC semata-mata nak tengok bola. Dia kata, "bola lebih utama" haha Malaysia punya pasal kan? So, korang bagaimana pula? Suka bola? Yang perempuan, tengok tak Malaysia lawan ni? ;)

Kalau like, boleh klik ni

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 28, 2010

Komitmen Bertambah Setelah Masuk Minggu Ketiga

Salam dari FS kepada semua. Minggu ketiga ni komitmen bertambah, jadi kena arrange masa betul-betul.

  1. Tadi dapat maklumat hari ni dah start kelas UBS. So, petang ni kelas full sampai 6.30.
  2. Malam ni pula? Ada Annual General Meeting untuk kelab pula. Pukul 8.30.
  3. Baru minggu ketiga dah ada midterm! Pergh... So, esok bakal ada TEST 1 MARKETING PRINCIPLE pada jam 11.30 pagi. Semoga FS dan kawan-kawan boleh menjawabnya. Amin
  4. Khamis ada 2 kuiz! Pagi Kuiz Intermediate Accounting, petang Cost Management.
Wah..macam kena menganak tirikan blog sekejap lah macam ni. Haru lah esok test. Marketing ni subjek membaca, kalau buka buku ni, FS rasa nak tidur sahaja. Apa mahu jawab lah esok ni..
Intermediate Accounting ngan Cost Management tuh pun..huhu Belajar rasa macam faham sokmo. tapi bila jawab soalan, haru biru sampai tergaru-garu kepala tu! Mana tidaknya, accounting belajar benda basic tapi soalan dia,huhu memang tip top lah, tambah dengan penggunaan bahasa Inggeris dia yang sangat tinggi. Kadang-kadang baca dua tiga kali tak faham dia nak apa.

Itulah pentingnya english education. -Petikan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Apapun, kawan-kawan FS yang baca ni, semoga dipermudahkan! Moga FS pun boleh jawab. Amin..

FS kata: jalan-jalan sini jangan lupa tinggal jejak. Nanti FS balas jejak. InsyaAllah. Kuiz, kuiz, test.. test test marketing. Apa itu marketing? Jom baca buku. baca jangan tak baca.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

December 27, 2010

Akhirnya, Penantian Dah Berakhir. Berjaya Mendapatkan Z460 Lengkap dengan i5

Salam dari FS. Akhirnya, penantian berakhir, selepas Things that I must know before buying a laptop kemudian Fahamilah Perasaan Blogger lepas itu Jatuh Hati Dengan Dia Pandang Pertama di KLCC dan entri semalam Bila anda membeli laptop, anda berada di situasi yang mana. Maka ini entri penutup bagi semua label laptop.

Semalam, akhirnya, apa yang aku inginkan tercapai juga akhirnya. Cadang mula-mula nak pergi Low Yat, tapi dah sesak sangat, abang FS bawa pergi IT Center kat Berjaya Times Square. Itu pun, penat cari parking. Haih, tinggi parking semalam. Kat level 5A.

Ini habuannya. Alhamdulillah, dapat juga mempunyai laptop kali kedua setelah yang pertama rosak dan bagi perbetul pun tetap rosak.

LENOVO IDEAPAD Z460

Kalau ada dengar kat radio Lenovo Ideapad Z460 sekali dengan intel i5 tu, inilah rupanya. Jadi, inilah yang dicari semalam. Memula nak beli Hp sebenarnya, tiba-tiba tertarik dengan yang ini pula. Lagipun kan FS ada cita-cita nak beli Lenovo U460 yang ultra-thin tu, tapi tak dapatlah, bajet macam tak kesampaian je kan. Jadi ambil 460 tapi yang Z punya.

So, kenapa FS pilih yang ini? Antara yang membuatkan dia special ..
  • Intel CORE i5
  • Windows 7 original complete package
  • OneKey Recovery. Ok, yang ini paling special sebab andai kata tiba-tiba laptop ni dia tak boleh on, dia ada satu key yang kita boleh tekan untuk dia restore ke windows tu sebelum kena virus. Tak perlu bawa ke center perbetul.
  • 2GB DDR3
  • Smart fan -banyak kipas dia.hehe
  • Sesuai untuk UBS Software. Yang ini perlu sebab FS akan amik kelas UBS sem ni.
  • Microsoft office 2010 whole life license
  • DOLBY advanced audio
  • nVIDIA GEFORCE with CUDA
  • LENOVO enhaced experience [IBM working together with Microsoft]
  • HDMI
  • eSATA
  • Lenovo veriFace 3.6
Cukuplah tu kot.Apapun terima kasih banyak-banyak kepada Abang Tercinta Muhammad Rafizan kerana membawa adiknya mencari laptop sampai dia terlambat untuk menyaksikan perlawanan bola. Huhu Mekasih untuk bag pack tu ye!! ;) Harap-harap berbaloilah beli yang ini..amin..

TAHNIAH HARIMAU MALAYA KERANA MENUMPASKAN INDONESIA 3-0! MALAYSIA BOLEH!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"


Assalamualaikum semua. FS di tag oleh Zamir. Dia suruh join GA Abang Eqbalzack. Hari tu dah join. Kali ni kena tag suruh join lagi.huhu Ok, jom tengok apa syarat-syarat penyertaan!

1. Jadi Followers eqbalzack.com.
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.
5. Tinggalkan link anda pada entry ini.


Tarikh tutup: 
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan: 
1.1.11 jam 11.11 pagi


Nak tahu siapa Eqbalzack nie? Dia ni bukan setakat blogger tahu, dia pun tengah belajar lagi, sambung Phd lagi tahu kat UPM. Wah, ini bukan calang-calang orang ni. Cuba tengok rupa, ada rupa orang amik Phd tak? Ha, kalau mula-mula masuk mesti tak tahu dia sedang amik Phd, pertama kali masuk rasa macam dia photographer sebab gambar dia pegang kamera kan?hehe


 Sekarang FS nak tag Kak LM [Hidup Itu Indah]

Jadi apa Giveaway dia?

Siapalah yang bertuah dapat Giveaway dari Eqbalzack.com ni nanti..

Table Lamp...dari IKEA...1 je...


saguhati...ni ade 10...     

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kitab Ini Bahaya





Selamat petang. Tadi berblog walking, ada 1 blog yang hebat nie beritahu tentang kitab kat ata ni. Tq Airul!

So, kalau nampak kitab kat atas tu,jangan ingat ayat Quran ye, ni Bible... Jangan sampai teringin nak beli pula, kalau diberi percuma pun tak perlu lah kan..

Ni kata Airul..


Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.
 
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..................
Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis
"Surah Injilu Matay "(Terus reject)
 
Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada
rupanya sahaja tetapi tengok dan sel id ikilah isinya juga... tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk
menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran.......sebenar ayat Bible.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN


 Soalan 1

Daripada senarai 500 BLOG yang dikeluarkan tadi ...  Sila beri nama blog yang mendapat no 10 , 100 , 200 , 300 dan 500 .. Dan jangan lupa , nak juga entri terkininya dan linkkan ...

10 - http://jantankeparat.blogspot.com/ (Mari Kenal Blogger Baru)

100 - http://aainaa4a.blogspot.com (saya blogger penang)

200 - http://safiyahezora.blogspot.com (:: chantekknye jadual class aku ::)

300 - http://sweetdyba.blogspot.com (500 BLOG)

500 - http://symuzzamir.blogspot.com (500 BLOG !)



Soalan 2

Apakah pendapat anda mengenai blog saudara Roy ( http://www.sisiberbeza.com/ )

Pendapat FS tentang blogger Roy ialah, dia sangat bijak bijak dalam mempromosikan sitenya. Walaupun dia baru sahaja bertapak dalam alam maya ni, follower yang dah mencecah 130 itu suatu yang membanggakan. Bukan mudah nak cari follower seramai itu.

Lagi satu,entri dia pendek-pendek tapi mesra pembaca. Itu antara tarikan dia.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Bila Anda Membeli Laptop, Anda Berada Di Situasi Yang Mana?

Salam. Selamat berhujung minggu. Disebabkan FS nak balik hostel sebentar lagi, makanya mungkin ini entri terakhir untuk hari ini. Lepas zohor hendak berangkat. Sekejapnya balik kampung! Petang ni destinasi pertama Low Yat. FS nak cari laptop, Laptop FS rosak.

Ini baru nak belajar buat sticky post. jadi dia akan sticky kat sini sampai selasa. Jadi berikan komen anda ya!

Credit

Situasi 1:

Biar mahal yang pasti puas. Orang kata, bila mahal, mungkin jangka hayat dia lagi panjang. Jadi boleh bertahan lama.


Situasi 2:

Buat apa beli mahal-mahal. Beli yang biasa sudah. Kan belajar lagi. Ala, sekarang laptop RM 1500 pun dah ok. Buat apa nak beli yang lebih RM 2000. Membazir. Baik beli desktop terus.


Situasi 3:

Beli yang betul-betul ikut kemampuan. Buat apa beli yang mahal-mahal kalau bajet cuma sedikit. 


Situasi 4:

Duit ada, tapi memilih gila-gila sampai tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya tak jadi beli. [ ada ke yang macam ini? ]


Jadi anda yang mana? FS pula masih blur mahu beli yang macam mana. Padahal petang ni nak pergi beli dah..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

500 Blog !


Pencarian 500 blog telah bermula tepat jam 2 petang pada 26/12/2010 sehingga 2 petang 27/12/2010 ...

Tujuan pengumpulan blog ini adalah untuk membuat satu pertandingan ringkas mencari harta karun di dalam blog blog yang berminat ..

Siapa saja boleh menyertai.. Samada nak disenaraikan di dalam 500 tersebut atau nak menyertai pencarian tersebut ... 

Serba sedikit mengenai diri pemilik blog ini dan tujuan berblogger
  • Nama Fasihah Supian, 2nd year Accounting IIUM Student. Mula bergiat aktif dengan blog November 2010. Suka hijau. 
  • Tujuan berblog tak lain berkongsi segala macam benda  yang boleh nak dikongsikan. Segala benda yang perlu ditukarkan pendapat, memperbesarkan rangkaian kenalan dan juga tak lain tak bukan menjadi blogger pencinta alam semulajadi!

Ok,sesiapa nak join, boleh klik sini.

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    Mari Sertai BlogList Izamir Ridzwan



    Mesti jadi follower Izamir Ridzwan

    Ok, lama dah menjadi follower IR

    Buat satu entry dan letak tajuk "Mari Sertai BlogList Izamir Ridzwan" serta link kan ke entry beliau..

    Ok, done, sesiapa yang rasa nak ada dalam bloglist IR, boleh klik sini.

    Entri Sticky post

    Nyatakan korang ni si jejaka @ si jelita

    Ok, FS si jelita.

    Pandangan korang tentang blog Izamir Ridzwan

    Blog IR mesra rakyat. Eh bukan, mesra pembaca. Once masuk and comment, rasa macam dah lama kenal. Nak tahu pasal IR, sila ke blog IR. He appreciates all his followers and communicate with all bloggers nicely. Try masuk blog dia kalau nak tahu lebih lanjut ya!

    Suka baca entry mengenai apa dalam blog Izamir Ridzwan (Personal, Umum, Berita, Filem, dll).. Sila nyatakan..

    Suka entri Umum IR.

    Tag 3 sahabat blogger anda..Pastikan mereka tahu..


    **ok, FS ada cakap nak buat entri ni bila balik rumah kat IR hari tu. So, baru sempat nak buat. Tq IR!

    Itu je..  Segment BlogList ni akan tutup pada 26/12/2010, Jam 11.59PM.. BlogList akan mula dipaparkan pada 27/12/2010

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 26, 2010

    Pencarian Blogger Peramah 2011


    Terima kasih mr conteng kerana tag FS. Jom ramai-ramai jadi peramah!

    Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalamlist blog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ahsfantasy24untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.

    FS nak tag 4 orang.

    Fa-in (disebabkan tag memula tadi da wat kan..sory fa-in...)

    Rasanya mereka semua peramah. tak caya? Pergi blog mereka! :)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 25, 2010

    Kerana Hantu Kak Limah, Kami Terpisah . .


    Tempat: TGV KLCC
    Masa: 7.30 pm Rabu ( Ladies Night)
    Tiket: RM 8.00
    Seat: C5 (ada sapa-sapa pergi tengok masa ni?)

    First time buat review filem. FS tak pernah masuk cinema, selalu tengok cerita daripada kawan-kawan FS yang ada download sahaja. Ini kali kedua pergi dengan roomates. Kali pertama pergi dengan mak kawan rapat. Mak dia bawa.

    Sebelum nak mulakan review, walaupun cerita Hantu Kak Limah nii lawak, FS rasa cerita kami yang pergi ni rasa macam kurang lebih lawak juga. Kerana apa? Ini alkisah nya.

    Kami berempat. Cik Jee, Cik Fas, Cik Fiq dan Cik Sya. 



    Pergi after solat asar. Dalam pukul 5 lebih. Nak pergi tengok Kak Limah punya pasal, sebelum pergi tu, FS dan Cik Fiq berhempas pulas menyiapkan segala kerja. Intermediate Accounting (IA) dan Cost Management (CM). Fuh, selalu buat akaun, lambat benar nak siap, petang tu, 3 soalan IA dan 4 soalan CM boleh siap dalam masa 2jam. Bila ingat balik, teruja sikit. Hehe

    Maka, hendak dijadikan cerita, FS dan Cik Fiq agak ragu-ragu nak terus pergi sahaja tanpa membuat reservation tiket, tapi bila Cik Jee habis kelas, dia kata tak perlu. Dia kata sempat. And dia kata lagi, cerita ni dah lama kat pawagam, nak habis tayangan dah pun, mesti ada banyak tempat kosong. Ok, FS dan lain-lain pun ikut sahajalah..

    Ok, sampai KLCC lebih kurang pukul 6 lebih. Kami terpaksa meredah manusia yang berpusu-pusu pulang dari tempat kerja masing-masing. Meredah arus itu namanya! Arus manusia yang masing-masing hendak cepat.

    Setibanya di KLCC, laju-laju naik atas, pi TGV. Sampai kat TGV . . . . .

    RAMAINYA ORANG!!! Tengok skrin, 

    Hantu Kak Limah Balik Rumah (U) 07:30pm "FEW"

    Kami dah macam hampir putus asa. Kami berharap sungguh dapat tengok. Kami menanti, mata tak lepas pandang skrin, taku-takut dah tukar ke "FULL"

    Ya! Kami sempat! Tapi . . . .

    Penjaga Kaunter: ya, nak beli tiket apa?
    Cik Jee: Hantu Kak Limah Balik Rumah
    Penjaga Kaunter: Ok, nak berapa?
    Cik Jee: ada tempat lagi tak untuk empat orang.
    Penjaga Kaunter: Ada 6 lagi kosong, tapi ini sahaja tempat yang tinggal.

    • Satu kat belakang sekali, tengah-tengah.
    • Satu kat tengah-tengah belah kiri menghadap skrin, sebelah laluan.
    • Satu tengah-tengah hampir depan sebelah laluan.
    • Satu tiga dari depan tengah-tengah.
    • Lagi dua tempat tak ingat.

    Nak dijadikan cerita. Kerana kami dah sampai, takkan nak end up going back without watching any movie kan? And the only movie yang nak tengok is Hantu Kak Limah Balik Rumah.

    Haih..tak dapat nak bayanglah. Sedih ada, lawak pun ada sebab kami terpaksa berpisah!!!! Masing-masing duduk dengan orang asing kat sebelah. Tak dikenali. Walaupun cerita dia memang lawak, tapi tak berapa nak sungguh2 ketawa. Nanti apa pulak kata orang sebelah kan?

    Mesti orang sebelah kitorang tu fikir macam ni "kesian benar lah dia ni, tengok wayang sorang-sorang" Huhu padahal...woo,kami bawak geng tau!! hehe

    So, REVIEW Hantu Kak Limah Balik Rumah
    • Lawak memang lawak la. Memang bila ketawa boleh pecah panggung! [Tapi kami cover sikit lah nak gelak. Haih sakit perut gelak!]
    • Penonton yang ramai membuatkan FS membuat kesimpulan cerita ni memang happening humor gila-gila. Kalau rasa nak lapang-lapangkan minda tengok cerita lawak-lawak. No worries lah, cerita Kak Limah ni memang bukan pilihan yang salah.
    • Dari beginning tu pun ok je. Dia cerita lawak seram. Tapi tak seram sangatlah pun bagi FS. Lebih banyak lawak dari seram. 
    • Cuma, FS tak suka ending dia, macam tergantung. Mungkin akan ada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang kedua kot. Sebab itu dia buat macam tu.
    • Overall, citer ni kelakar lah juga. Boleh la nak bagi 4 per 5 bintang kot.
    "Bukan supervisa le Husin, supervisor.. Itulah pentingnya English Education" hik hik hik. Antara dialog yang memang tak boleh lupa.;)

    So, mungkin ada yang kata. Alahai, orang dah tengok dah lama. Baru nak cerita. Tak kisahlah. FS nak cerita juga! Tapi ada sedikit benda FS tak suka bila masuk panggung ni. Yang ini memang sangat-sangat tak suka lah.

    Apa?

    Bila ada orang yang dah tengok cerita ni ntah buat kali ke berapa, tapi cerita kat orang sebelah bagi 1 panggung kasi dengar. Haiyaaa, orang suspen pun dah tak suspen dengar citer lu laa. Kacau orang nak feeling meeling betul. Rasa nak plaster je mulut dia!!

    FS kata: So, sesiapa dah tengok Kak Limah, apa komen korang? Korang dah tengok berapa kali?


    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    Lepas Gian

    Credit.
    Kucing pun ketagih HP. Apatah lagi manusia, HP dah macam 1 keperluan sekarang ni. Macam Bloggers juga, laptop dan internet tak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian. Eceh..yeke? ;)

    Salam dari FS. Alhamdulillah, dapat juga pulang ke rumah minggu ini. Paling penting DAPAT ONLINE dan BUKA BLOG ni. Dah hampir 2minggu tak dapat memberikan komitmen yang jitu terhadap blog ni. Maaf kepada semua yang memberikan komen, yang meninggalkan jejak, insyaAllah hari ini FS akan menjejaki anda semula.

    SEMALAM

    Cadangnya hendak pergi beli laptop,  tapi tak jadi disebabkan, abang FS dah penat. Sampai Gombak pun dah maghrib, solat semua, tak sempat lah rasanya nak pergi. Nanti masa kat situ pendek je. Mana cukupkan? Hehe Sebab FS ni susah sikit nak buat keputusan juga memilih.

    HARI INI

    Pagi-pagi lagi bangun dah kena hantar kakak FS pergi sekolah. Dah ada anak 2orang pun masih pergi sekolah, belajar. Balik sampai umah sarapan, uruskan anak-anak dia. Akhirnya, masa yang di nantikan.............................ONLINE!!!!!!!!!!! ho yeah!!! Kat umah tiada orang, tapi domestic chores sangat banyak kena setel. Bagus betul depa ni, tinggalkan FS sorang-sorang kat umah, pastu, suh FS buat semua kerja-kerja yang belum setel lagi. Haih..

    Plan hari ni, FS nak pi bayar bill broadband maxis yang tertunggak,huhu pastu..haha pastu tak tahu. Yang penting nak online puas-puas, blogwalking, update blog and nak survey laptop apa yang sesuai untuk FS.


    FS kata: So, ape plan korang hari ni?

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 23, 2010

    SMS Berantai Untuk Mendapatkan Topup Free Itu Haram?

     

    Salam dari FS. Wah, trafik merudum! Apa khabar orang kampung? Apa khabar orang bandar? Apa khabar penduduk maya? Sihat semua? Alhamdulillah FS sihat.

    Ok, FS nak kongsikan sedikit ilmu yang FS dapat dalam kelas Fiqh For Economist 2 tadi. Pensyarah FS kata, judi itu adalah perlawanan yang melibatkan nasib. So, by chance boleh bawa kepada gambling (judi) dan seterusnya haram.

    Pensyarah FS pesan lagi, sesuatu perlawanan yang melibatkan DICE (DADU) juga tidak boleh. Judi tu bukan setakat yang guna dadu saja, pertaruhan yang melibatkan duit yang mana bergantung pada nasib itu haram. Haih.. Macam terbelit-belit pula.

    So..apa cerita mesej berantai nie? 


    Ok, ini kisah salah seorang kawan dalam kelas tadi menimbulkan satu isu. Isunya ialah mesej berantai. Contoh dia yang begini;

    017 1234567 : Sila hantarkan mesej ini kepada 10 orang rakan anda dalam masa 24jam. Anda akan menerima topup sebanyak RM30 dari Hotlink.
    Ok, mesej di atas, kalau kita dapat dan kita forward kan, ini juga judi. Walaupun jumlahnya sangat kecil tetapi tetap melibatkan wang. Di mana sebenarnya, kita akan end up dengan tak dapat pun topup RM30 tersebut. Walaupun anda pengguna U.O.X atau Youthclub. 10 mesej hanya 10 sen, ia tetap dianggap haram. 

    Kerana apa? Sebab ia melibatkan nasib dan wang ringgit, Walaupun sedikit, menurut lecturer FS duit tersebut tak halal untuk diterima oleh pihak-pihak yang terlibat..

    Itulah kisah mesej berantai tu. Janganlah mudah percaya dengan mesej berantai, kalau ada mesej "sila baca 3 permulaan ayat Yaasin, kemudian dalam masa 48jam, akan ada perkara baik akan berlaku kepada anda". Tak perlulah nak forward, kita macam bergantung kepada benda yang sia-sia sahaja. 

    FS kata: Sayangilah kredit anda. hehe



    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    Jatuh Hati Dengan Dia Pandang Pertama di KLCC



    The Ultra-thin and light IdeaPad U460



    Anda rasa bagaimana? FS sudah jatuh cinta tengok yang 1 ni semalam. aiyoo...

    Ultraportable head-turner

    Intel® Core™ i3-350M Processor
    (2.26GHz,3MB L3 Cache)
    Intel® Core™ i5-450M Processor
    (2.40GHz up to 2.66GHz, 3MB L3 Cache)

    Genuine Windows® 7 Home Premium

    2GB DDR3 SDRAM

    500GB SATA HDD (5400rpm)
    640GB SATA HDD (5400rpm)

    nVidia® GeForce® 305M DDR3 512MB

    14" WXGA LED

    2.0 Dolby

    GigaBit LAN, 802.11 b/g/n, Bluetooth

    5-in-1 card reader, HDMI

    1.3MP Camera

    1.95 KG

    Veriface (Face Recognition Technology), One Key Recovery

    1-year Regional Carry-in Warranty

    FS Kata: kalau tak keberatan, boleh tinggalkan komen dan pendapat tentang Ideapad U46o ni ye. Terima Kasih. Patut beli ke tak? Semalam tengok harga kat KLCC RM 2899. Huhu

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 22, 2010

    Tips Memastikan Interview Berjaya

    Salam dari FS. Ini entri secara autopost. Ok, selepas berkongsi mengenai Tips Belajar Berkesan yang ini. Dah baca belum? Kalau belum, sila lah baca dengan jayanya ya. 

    Ok, semasa taklimat yang FS hadiri minggu lepas, orang yang memberikan taklimat ialah seorang yang sangat berpengalaman dalam "recruiting new employees". Kira dia memang HR punya orang bahagian recruitment dan dia adalah seorang interviewer. Jadi apa sebenarnya jawapan yang interviewer mahukan bila mereka tanya soalan?


    Menurutnya, soalan pertama memang tak lain tak bukan. "Tell me about yourself". So, ada sesiapa nak interview ke? Ha...ini soalan bocor. Jangan cakap FS yang bagitahu tau? Ok, ok, gurau. Ini memang soalan biasa.

    Ok, satu benda perlu di ingat. CGPA tinggi mana pun. Masuk interview, markah kita 0. Macam mana nak dapat markah 10/10? Semua berdasarkan jawapan yang akan kita berikan bila interviewer tanya soalan.

    Ok, untuk soalan pertama tadi. Tak perlu lah nak cerita semua benda yang dah tulis kat resume tu. Dia boleh baca sendiri. Jadi apa sebenarnya jawapan untuk soalan ini. Ok, masa ini lah kita nak jawab dan beritahu interviewer yang kita adalah yang terbaik. Contohnya, I am Oxford Student. Graduated from Accounting. Then? Kena tunjukkan yang kita memang terbaik. Ok, kalau berjaya yakinkan interviewer, dah dapat 1 markah. Ok, baru 1/10.

    Ok, sebelum nak cerita yang lain. Menurut Encik Helmi lagi, antara 1 interview yang memang akan berjaya, bila mana, sesi interview bertukar posisi. Ok, bagaimana? Ini adalah dengan cara, interviewer pula yang perlu jawab soalan kita. Ha, ini kadang-kadang interviewer tak tanya pun 10 soalan basic tu. Terus dapat kerja.

    Menurut Encik Helmi, dia pernah interview seorang pelajar dari Harvard. Dia (Encik Helmi) tak sempat nak tanya soalan. That student, terus cakap nama dia then, nak tahu dia buat apa?

    Nama saya Adam. Pelajar Harvard. Saya dah bina sistem ini. Boleh lihat sendiri.
    Interviewer tak tanya 10 soalan tadi pun. Adam dapat tunjukkan yang dia memang QUALIFIED. Itu lah senjata sebenar. Dalam erti kata lain bagi Adam dalam hati, "Aku dah bina 1 sistem ni, apa lagi kau nak sangsi dengan aku?". Seperti bermain psikologi juga. Rasa hebat kan? Itulah, jangan takut nak tunjukkan kehebatan awak!

    Pesan Encik Helmi kepada FS dan rakan-rakan.

    Anda semua ni ada senjata. Tapi anda semua tak tahu macam mana nak guna senjata anda. Itulah kelemahan yang Encik Helmi nampak bila pelajar-pelajar pergi interview. Mereka gagal mengeluarkan senjata mereka dan tunjukkan kepada kami bahawa kami memang wajib ambil mereka bekerja.

    FS kata: Ada lagi isi-isi lain. Nanti sambung lain kali ye. Apapun, segalanya ketentuan Allah. Jangan lupa berdoa selepas dan sebelum interview. Wassalam. :)
    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    For The First And Ever!!! BE Pertama! Penantian berakhir!

    Salam dari FS. Rezeki hari ni. Rasa tangan gatal-gatal nak buka Nuffnang. Bila tengok kat Earnings, ada BE masuk rupanya. Rasanya kali ni tak salah lagi dah. I LOVE YOU NUFFNANG. Selepas 26 hari... Kiranya sebulan jugalah. Alhamdulillah, merasa juga BE yang orang sibuk-sibuk perkatakan tu. Ini yang menaikkan semangat berblog ni.

    Dapat 1 Buffered Earnings kat Leader Board. Patutlah buka-buka malam tadi, iklan kat LB tu asyik keluar je. Semalam tak ada lagi. Baru masuk hari ni lah rasanya. So, sapa berminat, boleh klik kat iklan paling atas tu.

    TERIMA KASIH NUFFNANG!!!!!!!

    FS saaayang Nuffnang. Seronok memang seronok, tapi kena rajin lah lepas ni. Tapi.....laptop tak ada, sedihnya. Susah nak online. Nak online kena pinjam laptop kawan. Tak apa, kejap lagi mungkin ada, InsyaAllah. Apapun, THANK YOU NUFFNANG! FS akan terus sayang Nuffnang lah macam ni. ;)

    FS kata: jom pergi kelas dengan FS bersama senyuman DARLIE! ;)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    Kenapa Tak Ramai Orang Komen Entri? Sebab . . .

    Salam dari FS. Ok, nak kongsi sedikit satu benda ni. Antara ramai followers dengan ramai commenters. Korang pilih yang mana? FS pilih komen. Kalau follower sikit, tapi komen banyak, itu menunjukkan entri kita mungkin hangat untuk dibincangkan atau mesra pembaca. Mungkin.

    So, antara sebab orang tak suka bagi komen sebenarnya, salah 1 sebab musabab yang FS sendiri tak suka bila ada verification untuk published comment. Ini melambatkan lagi proses pengeposan koman. Kadang-kadang juga pembaca malas nak komen bila tengok ada verification words ni. Sebab FS pun tak suka bila ada benda ni.


    Kalau nak tahu, Cik Tom pun tak suka juga. Cuba baca entri Cik Tom yang ini. Cik Tom, kita sama-sama tak suka kan? Hehe Cik Tom, promote blog Cik Tom yang comel sekejap kat entri nie ye ;)

    So, macam mana nak deactivate verification words ni? 

    Ok, Mula-mula lepas log in Blogger, klik "Settings"



    Kemudian pergi ke "Comments"

    Klik pada gambar untuk lebih jelas.

    OK, kemudian cari "Show word verification for comments?"  dan tick kan pada "No"


    Ok, lepas itu. Klik "SAVE SETTINGS". Siap!

    FS kata: Semoga ramai yang tak rasa malas nak komen dah lepas ni. ;)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 20, 2010

    Top 10 Richest person in the world 2010

    Salam Readers! Just now FS typed in Google search engine "The Richest Man in the world 2010" and I found this one. I am just curious, for this year, who is the richest person in the world?


    CarlosSlimHelu thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010

    The Winner is...............

    Carlos Slim Helu ($53.5 Billion)
    Telecom, Mexico






    BillGates thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010

    2nd
    Bill Gates ($53 Billion)
    Microsoft, US







    WarrenBuffett thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010


      3rd
      Warren Buffet ($47 Billion)
      Investments, US





    MukeshAmbani thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010


         4th
         Mukesh Ambani ($29 Billion)
    Petrochemicals, oil and gas. India.





    LakshmiMittal thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010

    5th
    Lakshmi Mittal ($28.7 Billion)
         Steel, India






    6th
    Lawrence Ellison ($28 Billion)
    Oracle, US








    BernardArnault thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010

    7th
    Bernard Arnault ($27.5 Billion)
    Luxury goods, France.








    EikeBatista thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010

    8th
    Eike Batista ($27 Billion)
    Mining, oil. Brazil.





    AmancioOrtega thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010


    9th
    Amancio Ortega ($25 Billion)
    Fashion Retail, Spain.




    KarlAlbrecht thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010

    10th
    Karl Albrecht ($23.5 Billion)
    Supermarkets, Germany.




    So, the 11th one will be who? Ok, that one is Fasihah Supian. FS don't dreaming in evening la FS. Huhu wink wink ;)

    Source: Just Share It

    Fasihah Said: So, where is Malaysian Richest Person? So, maybe, it will be you who read my post next year. Who knows? It can be right?

    P/s: all comments I can't reply now. I can't get excess to the internet until I have laptop. To those VVIPs who are following me, I will come to your place right after I get my lappy. And for all blogwalkers, please leave your links then I will visit your again. Thank you. A very big thank you to all visitors to this site. :)
    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 19, 2010

    Tips Belajar Dengan Berkesan

    Salam Hujung Minggu. Semoga semua pembaca sihat hendaknya. Hari ni FS nak kongsi sedikit apa yang FS dapat semasa briefing Jumaat lepas.

    Bagaimana nak mengoptimumkan kaedah pembelajaran dengan berkesan. Ini FS bukan nak promote jual ubat pandai ke, beli buku ini ke, beli kamus itu ke. Tak ada Ok. Ini lebih kepada kaedah pembelajaran itu sendiri yang mana melibatkan penggunaan otak kanan dan otak kiri.

    Credit.

    Ok, apa yang FS dapat daripada taklimat tersebut ialah, kebanyakan perbuatan kita, ilmu kita semua ada dalam otak kiri. Otak kanan pula lebih kepada daya kreativiti seseorang itu. Otak kita boleh disimpulkan begini lah mudahnya.

    Otak sebelah kiri adalah HARD DISK; manakala otak sebelah kanan adalah PROCESSOR.

    Kadang-kadang kita terfikir, kenapa aku dah penat baca, berpuluh kali khatam buku tu, masuk dewan periksa, BLANK! Frust tak? Frust kan? Ok, apa punca masalah ini sebenarnya?

    Ok, sebenarnya, apa yang kita baca itu ada dalam otak kiri. Tapi kenapa bila masuk dewan peperiksaan ke kuiz ke test ke, kita boleh BLUR, BLANK tak dapat jawab soalan?

    Ok, menurut Encik Helmi, Ini kerana, kita kurang menggunakan otak kanan. 

    Jadi, bagaimana hendak mengoptimumkan penggunaan otak kanan pula? Yang ini perlu banyakkan aktiviti luar. Bukan menghafal formula, tapi lebih kepada beriadah, bersenam, berjogging dan sebagainya. Kalau selalu pakai jam kat tangan sebelah kanan tu, tukar lah pakai sebelah kiri pula.

    Ok, kenapa macam itu? Sebab, otak ni diimbangi dengan perbuatan kita. Anggota kanan untuk otak kiri, anggota kiri untuk otak kanan. Maka, kalau selalu toleh kanan je dalam kelas tu, tukar posisi pula lah. Duduk sebelah kanan dan toleh sebelah kiri. itu antara cara mudah boleh mengaktifkan sel otak sebelah kanan.

    Fasihah Kata: Ok, cukup setakat ini dahulu. Mari optimumkan penggunaan otak kiri dan kanan! Apapun, selebihnya usaha dan ikhtiar kita. Nak belajar jangan lupa baca doa, dah belajar pun begitu. Nak berjaya jangan selalu jauh-jauh dengan Allah. Ok? Selamat berhujung minggu. :)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    MALAYSIA 4TH CHOCOLATE FAIR 2011

    Klik the image to go direct to the Choc Fair Website

    Siapa suka coklat? FS suka sangat-sangat-sangat-sangat sungguh dengan coklat. Tahun ni FS tak dapat pergi pun Pameran Coklat ni. Tahu-tahu dah habis dah pameran nya. Tahun depan ni. FS nak pergi juga. Ada sesiapa nak ikut tak? Jom, FS belanja tapi bayar guna duit sendiri-sendiri. Hehe Ok, I am kidding okey!


    Ok, FS sangat teruja dengan coklat! Anda bagaimana? Sebab ada certain orang, they are not eating chocolate. But for me.....

    You know what? It is all about exciting to eat chocolate! I enjoy eating chocolate very much! Yummy!!! Everyday I eat chocolate. It is a serious fact! Haha I Have cloud9, NIPS sometimes cadbury in my storage. The one yang murah-murah la. Feeling no burden bila nak beli banyak-banyak kan? Haha So, I just cannot wait to go there! ^___^

    So, from now on. Kena jimat sikit untuk membolehkan FS pergi situ buat pertama kalinya. Anybody has experience this choc fair? Apa yang seronok ye kat situ? Harga murah-murah tak? Mesti ramai orang kan? Tapi kalau dah suka, mesti tak rasa penat nak terjah orang yang ramai-ramai tu kan? Kalau boleh, semua coklat rasa nak beli kan? Hehe

    FS Kata : So, kalau ada pengalaman pergi Choc Fair, boleh la kongsikan bersama! ;)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 18, 2010

    Anda Happy Berblogging?


    Salam semua. Comel tak orang yang kat gambar atas ni? Itu header blog LM [ Hidup Itu Indah ]. Comel tak LM? Comel kan. Hehe So, sesiapa berminat nak tahu siapa dia, boleh klik link Hidup Itu Indah. Sementelaah menunggu Isyak ni, tiba-tiba rasa nak join pulak Segmen LM ni. FS selalu juga pergi blog dia, sama ada jadi silent reader atau kadang-kadang tinggal jejak juga lah. :)

    So, macam mana nak join kalau berminat? Boleh klik sini.

    So, kena buat apa ya?

    1.Tajuk entri :Anda Happy Berblogging ?

    2.Header blog LM

    3.Jawab soalan ini :

    LM : Sudah berapa lamakah anda berblogging ?

    FS : Mula mendaftar dengan blogger pada Januari 2009. Entri pertama pada 31 Mac 2009. So, lebih kurang nak dekat 2 tahun lah.


    LM : Adakah anda happy berblogging ?

    FS : Ya, FS happy berblogging. Kat sini lah macam-macam cerita boleh jumpa. Yang comel, yang handsome, yang hot, yang cool, semua ada.


    LM : Adakah anda mempunyai kenangan pahit selama berblogging...ceritakan .

    FS : Hmm, yang ini bagaimana ya? Ada ke tak.. Ok, sebelum blog yang wujud dengan nama -FasiHaH SupiaN- ni, dulu ada blog. Bergiat aktif juga lah antara kawan-kawan. Tapi dah deactivate sebab rasa macam give up. Sebab rasa macam ada orang tak suka dengan FS. Yang dulu tu memang lebih personal. 

    So, setelah lama berdiam, buat yang baru yang sekarang ini. Buat masa ni belum ada kenangan yang terlampau pahit. Tapi, ada satu ketika di mana, ada orang baru follow blog dan kebetulan FS masa tu tak sempat nak jenguk balik. Tengok-tengok dah unfollow balik. Rasa macam, huhu tak tahu nak bilang apa. hehe Itu ajelah kot yang pahit suam-suam kuku sikit. ;)

    LM : Harapan terhadap blog anda
    FS : Harapan FS tak lain, merapatkan lagi ukhuwwah dan memperlebarkan lagi jaringan network antara bloggers. Nak jadi macam Hanis Zalikha tu tidaklah kan. Tapi tiba-tiba rasa macam sekarang ramai benar bloggers baru yang hebat-hebat. FS buat blog nak dekat 2tahun follower tak sampai 400 pun. Tapi yang baru-baru ni, mantap-mantap semuanya. Tahniah,tahniah! :)



    4.Pandangan anda terhadap blog LM

    Pandangan FS terhadap blog LM ialah simple, kemas dan mesra pengunjung. Di tambah dengan pemilik yang cun dan comel. Hehe [ bunyi macam bodek LM pulak. Hehe Tak de. Tak de. ;) ]

    5.Tarikh tutup : Sampai LM rasa nak tutup..haha...Jom ramai - ramai kita beramah mesra...tukar pendapat dan pengalaman kan bagus..betul tak ?
    Siap!


    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    Jadi Blogger boleh Dapat Serangan Sakit Jantung

    Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sihat lagi pagi ni. Hari ni Ihsan Cik Fizah untk BW dan update blog. Sedang sibuk membaca dari 1 blog ke 1 blog ni. Tiba-tiba dikejutkan dengan 1 bunyi yang agak kuat. Sebab dah lama tak BW. Nasib baik tak ada sakit jantung. Boleh pengsan juga kalau tiba-tiba terkejut begitu. Jadi, apa masaalahnya pagi ni dengan FS? Haii..potong mood nak BW.

    Credit.

    Jalan-jalan dan jalan. Tiba-tiba dengar bunyi lagu. Kuat. Memang agak terkejut lah. Tak terkejut sangat sebab tak ada sakit jantung. Alhamdulillah sihat lagi. 

    Mungkin sebab itu orang kata, tak perlu letak lagu kat blog. Kalau nak letak, bukan yang autoplay. Kalau orang nak dengar, dia klik play, tak nak dengar, tak ada lah lagu.

    FS faham, kadang-kadang kita suka GILA-GILA lagu tu kan. Sebab FS dulu pun macam itu. Kalau kita pergi blog orang tu, lagu dia kita suka, FS boleh terima. Kalau bukan taste kita? Memang kadang-kadang boleh gugur jantung. Huhu

    Salah ke tak ye letak lagu kat blog sebenarnya? FS rasa, ramai bloggers yang ada cakap pasal ni. Pasang lagu sendiri kat winamp sudaa. Lagi best kan. Senyum sambil kenyit mata. ;)

    FasiHaH Kata: By the way, dulu FS pun macam itu juga. Letak lagu, tapi masa mula-mula tak tahu sangat dunia blogging ni. Blog pun FS je yang buka hari-hari. Suka lah letak lagu. Tapi dah tak ada sekarang. Nanti lambat pulak loading blog kan. :)

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 17, 2010

    Salahkah Mempunyai Impian Yang Tinggi? Ini Angan-angan Minah Jenin.

    Assalamualaikum. Dapat melapangkan masa sebentar bersama tajaan laptop My senior. Terima Kasih Kak Paan! No words can describe how much I Love you. Haha

    Entri Ringkas. Pengalaman pertama selepas mendengar taklimat oleh Encik Hilmi. Tiba-tiba terus pasang satu impian yang sangat tinggi. Antaranya?
    1. Ingin mempunyai dan membeli kereta dan membawa kereta ke kampus sendiri. [ Adakah ini mustahil? ]
    2. Ingin mempunyai syarikat sendiri. [ Adakah ini realiti atau fantasi? ]
    3. Ingin berbakti kepada kampung sendiri dan sekolah lama. [ Apa yang nak dibaktikan? Aku ada apa? ]
    4. Ingin memperluaskan empayar "Matematik Mudah Kalau Kena Caranya". Kenapa mesti kata Matematik susah? [ Ini bukan masalah pandai atau tidak, tetapi ini masalah penggunaan otak dengan betul Benarkah? ]
    5. Impian yang terpendam lama? Ingin membawa family tercinta bercuti bersama. [ SPONSORED BY FS lah siapa lagi? Hehe ]

    Maka, rasa macam angan-angan Minah Jenin kan? Bukan main tinggi lagi kau FS punya angan-angan. Apa FS ada banyak duitkah? Hoho

    Mahu tahu kenapa perlu ada Impian tinggi ni?

    Kerana ia adalah sebagai titik tolak usaha kita ke sana. Ada terfikir masa belajar ni, esok habis belajar nak buat apa? Dah tahu lepas belajar nak buat apa??

    Ada orang kata, sekarang belajar dulu. Nanti adalah tu rezeki kerja kat mana-mana. 
    Ok, dulu FS macam itu juga. Sebab ramai orang suka nasihat gitu.. Tapi sepatutnya? Kita perlu tahu right after finished study, kita nak buat apa. [ Hari ini baru ada kesedaran ]

    Ini semua kalau bukan usaha sendiri, boleh ke tiba-tiba ada durian runtuh? Ada ke tiba-tiba ada duit nak bertaburan terus terbang beterbangan bertebaran pergi berjumpa setiap khalifah di muka bumi?

    Ini semua perlukan usaha. Antara cara nak capai? Apa? Belajar?? Ya, benar. Belajar. Tapi benarkah hanya dengan belajar boleh jadi kaya raya?

    Apa ingat bila ada scroll Ijazah nanti masuk kerja boleh terus dapat duit ribu-ribu cecah 5 angka?

    Sebab itu orang kata, CGPA tinggi tak guna kalau bila masuk interview tak tahu apa kekuatan diri sendiri.

    Untuk berjaya, kita kena mengorak langkah, berani menghadapi dunia yang terbentang luas di depan mata sendiri. FS sedang cuba berdiri.

    Maka, 5 perkara di atas sebagai BENCHMARK FS. Bagaimana FS akan gapai? FS cerita kemudian.

    Nabi pernah kata, 9/10 daripada rezeki datang dari perniagaan. Apa bentuk perniagaan? Macam-macam boleh buat.

    FasiHaH Kata: Entri kali ini terlebih bersemangat sedikit. Tetapi sebenarnya masih belajar dan baru merangkak ke dunia sebenar di luar sana. Jom buat bisnes! ;) Terima Kasih kepada Cik Oda yang membantu dan menarik FS masuk ke dunia ini. :)
    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 16, 2010

    Hari Asyura [ 10 Muharram ]

    Abi Qatadah r.a. meriwayatkan; Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab; “Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim).

    Lafaz niat puasa sunat Hari ‘Asyura :  

    “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

    *****
    Fizah: Aku puasa hari ni, tapi lapar semacam je pulak.
    Aku: Eh,ko puasa apa?
    Fizah: Kan Muharram ni. Hari ni kan 9 Muharram.
    Aku: Eh, 10 Muharram kan Khamis. Kira ko nak puasa 8,9 dengan 10 la ye Fizah?
    Fizah: Eh, apa pulak, hari ni kan Rabu.
    Aku: Aahlah, aku lupa sungguh hari ni 9 Muharram. So, esok sunat puasa.
    *****
     Thanks Fizah. So, siapa-siapa berminat nak puasa esok. Jom! ;)

    FasiHaH Kata: Kalau siapa-siapa nak bangun sahur, kot-kot nak kejut aku pun bagus juga. Hehe
    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 15, 2010

    Bila Duit Keluar Bagaikan Air Yang Mengalir Dengan Secara Drastiknya

    Assalamualaikum warga alam maya! Sidang pembaca, hadirin hadirat sekalian. Salam 1 Malaysia! Amacam? Ada tokoh ganti Dato' Sri Najib tak? Haha tiba-tiba. Out of the topik lah sikit kan!

    By the way. Bagaimana hari anda? Anda suka ada banyak duit ke suka ada sikit duit? Kalau suka ada banyak duit kenapa? Woo..suka shopping ya? Wah, wah. Duit itu bukan buat joli suka hati ok! Nanti kat akhirat Allah tanya semula, dulu, duit guna buat apa? Allah ada bukti tahu? So, bila ada duit, gunakan sebaiknya. So macam mana nak guna duit sebaiknya?

    Credit. uih, sapa tak nak duit kan? Ada ke? Kalau ada, meh bagi aku duit tu.

    Ha..tiru macam pengguna bijak, macam aku ni. Senyum sambil kenyit mata. ;) Aku bukan yang bijak-bijak itulah, aku yang pandai tapi kurang pandai punya taip pengguna. Ok, faham bahasa tu tak? Kalau pusing-pusing macam India, harap maaf. Otak tak berapa center sebab baru buka buku Accounting sekali 2. Intermediate Accounting dengan Cost Management.

    Ok, al-kisah duit yang mengalir macam air. Macam mana bentuknya agaknya?

    Credit. Lebih kurang macam ini agaknya gayanya?
    Tak macam air ke tue? kurang sikit. Cari gambar tak jumpa pula. Ok, apa sebab duit keluar deras tak henti-henti ni? Bukan sebab tak menjadi pengguna bijak ya! Tapi, sebab baru mula sem, so, kena beli buku. Semalam memang keluar duit banyak sekali dalam masa tak sampai 12 jam! Hebat tak? Gaya macam pembaca buku terulung yang suka beli buku tak? Haha ini bukan terpaksa lah. Eh bukan. Ini perlu untuk belajar. Demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang-bilang. [ tak tahu kenapa terlebih patriotik berkerajaan tiba-tiba, tak tahu saraf mana yang dah sort ] ;)

    So, semester ini ada 6 subjek kesemuanya. Jumlah buku yang dibeli semalam 5 buku. Tak termasuk 1 subjek, hanya fotokopi. Tak beli buku. So,Jumlah kesuluruhannya.... RM _ _ _. _ _
    Ok, boleh lah teka kalau nak teka. Siapa teka dengan tepat nanti boleh pertimbangkan nak bagi hadiah apa. hehe
    Kalau nak klu, 5 subjek tersebut ialah Intermediate Accounting, Cost Management, Introduction to Marketing, Introduction to Management Science dan Fiqh For Economist II.

    Agak-agak berapa jumlah kesuluruhan buku tu ye? Kalau anda UIA, tak perlulah teka. Hehe

    FasiHaH Kata: Gunakan duit anda sebaiknya ok!
    TERIMA KASIH SUDI BACA^^

    December 14, 2010

    Pencuri Memang Licik, Tapi Mereka Kurang Pandai Sedikit.

    Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Eh, bukan, tengah hari. Ihsan Afiqah Amin lagi, update blog. Hari aku nak sambung ceritasi pencuri yang buat projek malam-malam buta entri 18SG yang ini. Dah baca? Kalau dah, ini kisah seterusnya.

    Akhirnya, pencuri kabel telefon sudah diketemui. Siapa dalangnya? Empat india itulah. Haih, yang lawak, nak tahu apa? Ok, bagaimana polis dapat jejaki mereka tak lama lepas kejadian? Haha Teruskan membaca. ;)

    Credit to Google.

    So nak dijadikan cerita. Kan ada 2 orang yang dapat ditangkap kan? Yang lagi 2 orang yang lari malam itu, kereta masuk parit kan? Haha

    Apa yang rasa macam dah tak licik dan kurang pandai tu?

    Sebab...



    Sebab nya kan, yang 2 orang tadi yang dapat lari itu, pergi balai polis buat laporan mengatakan bahawa, kereta dia hilang kena curi! Haih..kira dialog dia kat polis itu macam ni kot..
    Aiyoo Inspektor, saya mahu buat laporan la. Saya punya kereta hilang dekat itu sana kampung. Kereta saya kena curi la itu malam.
    Hah, lebih kurang gitu lah kot? Ye dak? Liciknya apa dorang ni? Sebab mencuri pukul 3pagi, waktu gelap kan? sama macam dorang juga. Ok, ok gurau.

    So, yang kurang pandai sikit? Sebab dia sendiri pergi menyerah kat balai polis. Hah, memang dia tak menyerah pun, tapi dia mestilah beritahu plat kereta dia. So, of coz lah penduduk kampung dah buat report dulu tentang dorang, bila dorang buat report kereta dorang hilang? So sebenarnya dia menyerah diri lah itu kan.. Lawak benar. Tapi tak tahu korang rasa lawak ke tak. Huhu

    Itulah, sepandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah juga. Banyak lagi kerja bolehbuat pergi jadi akal pendek sangat nak mencuri juga tu ape pasal? Hah kan dah kena.

    FasiHaH Kata: kesian, kawan aku si faisal rumah kena masuk pencuri. Laptop hilang juga. Ini semua dasar kerja pencuri hingusan! Apa kau fikir senang-senang kau boleh bergembira dengan apa yang kau dapat duhai pencuri? Nantikan balasannya di kemudian hari.

    p.s: aku tak ada laptop lagi dan susah nak bagi komitmen untuk blogwalking. Macam kena lupakan je Nuffnang tu, macam mana nak maintain traffik, online pun sekejap sahaja pinjam kawan punya. Aih, tak nak tengok Nuffnang lah. Sedih, traffik merudum. ;(

    TERIMA KASIH SUDI BACA^^