Tips Memastikan Interview Berjaya | fasihah.com


December 22, 2010

Tips Memastikan Interview Berjaya

Salam dari FS. Ini entri secara autopost. Ok, selepas berkongsi mengenai Tips Belajar Berkesan yang ini. Dah baca belum? Kalau belum, sila lah baca dengan jayanya ya. 

Ok, semasa taklimat yang FS hadiri minggu lepas, orang yang memberikan taklimat ialah seorang yang sangat berpengalaman dalam "recruiting new employees". Kira dia memang HR punya orang bahagian recruitment dan dia adalah seorang interviewer. Jadi apa sebenarnya jawapan yang interviewer mahukan bila mereka tanya soalan?


Menurutnya, soalan pertama memang tak lain tak bukan. "Tell me about yourself". So, ada sesiapa nak interview ke? Ha...ini soalan bocor. Jangan cakap FS yang bagitahu tau? Ok, ok, gurau. Ini memang soalan biasa.

Ok, satu benda perlu di ingat. CGPA tinggi mana pun. Masuk interview, markah kita 0. Macam mana nak dapat markah 10/10? Semua berdasarkan jawapan yang akan kita berikan bila interviewer tanya soalan.

Ok, untuk soalan pertama tadi. Tak perlu lah nak cerita semua benda yang dah tulis kat resume tu. Dia boleh baca sendiri. Jadi apa sebenarnya jawapan untuk soalan ini. Ok, masa ini lah kita nak jawab dan beritahu interviewer yang kita adalah yang terbaik. Contohnya, I am Oxford Student. Graduated from Accounting. Then? Kena tunjukkan yang kita memang terbaik. Ok, kalau berjaya yakinkan interviewer, dah dapat 1 markah. Ok, baru 1/10.

Ok, sebelum nak cerita yang lain. Menurut Encik Helmi lagi, antara 1 interview yang memang akan berjaya, bila mana, sesi interview bertukar posisi. Ok, bagaimana? Ini adalah dengan cara, interviewer pula yang perlu jawab soalan kita. Ha, ini kadang-kadang interviewer tak tanya pun 10 soalan basic tu. Terus dapat kerja.

Menurut Encik Helmi, dia pernah interview seorang pelajar dari Harvard. Dia (Encik Helmi) tak sempat nak tanya soalan. That student, terus cakap nama dia then, nak tahu dia buat apa?

Nama saya Adam. Pelajar Harvard. Saya dah bina sistem ini. Boleh lihat sendiri.
Interviewer tak tanya 10 soalan tadi pun. Adam dapat tunjukkan yang dia memang QUALIFIED. Itu lah senjata sebenar. Dalam erti kata lain bagi Adam dalam hati, "Aku dah bina 1 sistem ni, apa lagi kau nak sangsi dengan aku?". Seperti bermain psikologi juga. Rasa hebat kan? Itulah, jangan takut nak tunjukkan kehebatan awak!

Pesan Encik Helmi kepada FS dan rakan-rakan.

Anda semua ni ada senjata. Tapi anda semua tak tahu macam mana nak guna senjata anda. Itulah kelemahan yang Encik Helmi nampak bila pelajar-pelajar pergi interview. Mereka gagal mengeluarkan senjata mereka dan tunjukkan kepada kami bahawa kami memang wajib ambil mereka bekerja.

FS kata: Ada lagi isi-isi lain. Nanti sambung lain kali ye. Apapun, segalanya ketentuan Allah. Jangan lupa berdoa selepas dan sebelum interview. Wassalam. :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

6 comments:

nazirulhazwan~ said...

nice! name saye naz dan sy hemsem. agak2 inteviewer tu buat ape??hehe:P

littletuffgirl said...

wohh.. harap2 nanti bolehla praktikkan. tapi biasanya mesti ketaq2 lutut. =_=

norh said...

selama akak jadi interviewer, memang tak brapa kisah sangat pasal CGPA..tapi lebih kepada kebolehan seseorang calon tu utk position yang kita nak bagi keja tu...

DanieL AdiE said...

hai..1st time here...

nice blog..

oh ye, thanx ya utk tips yg bernas nie..x suke attend interview...ketaq lutut..sume ketaq...hahah

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/miracle-does-exist.html

Fasihah Supian said...

@nazirul hazwan
kalau lelaki, mesti dia rasa tercabar. "wah2,kau fikir kau handsome sangat ke?" hehehe tapi takut2 terus kena reject je naz ;)

@zahra pazim
so, rajin2 practice p interview.hehehe

@norh
Ha..itu kata interviewer lagi. thanks kak norh :)

@DanieL AdiE
will dropby there later :)

Anonymous said...

teringat masa first time interview,tangan sejuk beku sahaja..

bukan sebab takut tapi sebab aircond dia kuat sangat!..
hihihi.. :)