Kahwin Muda, Apa Kata Anda? | fasihah.com


December 11, 2010

Kahwin Muda, Apa Kata Anda?

Baru lepas makan, alhamdulillah. Makan untuk hidup. Hehe Merujuk kepada entri yang sebelum ini. Yang sangat pendek berunsurkan sedikit suspen di situ. Alahai, yang ini.

Semalam, aku sempat ber sms dengan my bestie.

*****

Dalila:
Tenet kat umah rosak, 3hari dah tak online.

Aku:
Itu la, lama tak dengar cerita.

Dalila:
Eh, tahu tak, si fulan, dah nikah 21 Nov 2010 hari tu, time cuti ni la.

Aku:
Eh, betul ke? Mana tahu? Kenapa tak tahu ni.

Dalila:
Kite pun baru tahu sehari selepas tu. Ada mesej dia. Dia nikah gantung je. Majlis belum lagi.

Aku:
Haih, betullah yang dia tukar status kat FB tu rupanya. Married. Wah....

Dalila:
Macam tak percaya je kan?

Aku:
Haih, memang macam tak percaya.

Dalila:
Tak pe, pergi majlis dia nanti percaya. hehe
 
Aku: Dalila bila pulak? Haha

*****

Betullah aku tak sangka secepat kilat itu. Nikah sudah kawan aku yang sorang ni. Senyap-senyap aje kau ye Mariam. Ok, si fulan itu Mariam. Tahniah Mariam kerana menyahut seruan Ustaz yang menggalakkan kahwin awal. Haha Teringat Ustaz Mustapha Omar. Aiwaa. Senyum sambil kenyit mata. ;)
Nak dengar polisi Ustaz Mustapha ni? Dia ajar aku Foundation of Islamic Economics. Dia kata macam ni,

"If I am the rector of this University, I will make a policy that every student must get married in their 2nd semester. In their 1st semester, they can find their CALON"

Haha aku memang sure punyalah, dalam kelas tu, ayat ni yang paling masuk dalam otak student daripada silibus Islamic Economic tu. Lagi, dia suka cakap yang ini "Get risks by married, not married and get risk".

Aku pelajar nakal, penjenayah ni kat Uni. aku memang bersyukur Ustaz ni tak jadi Rektor lagi, kalau tidak, mahunya aku kena dismiss. Kena tendang tak boleh belajar sebab langgar polisi tak kawin masa semester yang kedua. Aduhai.

Aku malas nak cakap banyak pasal kahwin awal, kat Uni aku, kahwin awal bukan satu yang luar biasa. Baya aku ada ja yang dah ada anak, pregnant. Wahh, TERUJA juga kalau tengok. Mana tidak, nampak baby comel-comel. cair maa. 

Tapi bagi aku, hmm, kahwin ni bukan suatu yang mudah. Ok, aku tak nak kupas yang ini. Korang boleh cari artikel kat IluvIslam pasal kawin awal or pada usia muda. Kalau dah bersedia nak pikul tanggungjawab. go on. Ingat tak entri aku tentang topik paling hangat dibualkan menjelang umur 20? Yang ini. Topik paling hangat, kawin? haha aku berkecuali lah hal ni, tapi selalunya itulah.

Ada mak cik aku kata, "Seha ye dah nak kawin". Oh mak cik. Siapakah agaknya pasangan yang malang itu? Ini penjenayah berkaliber ni makcik. hehe

Buat Mariam, aku memang terkejutlah kau dah nikah dengan pilihan hati. Tahniah! Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. Uit, tapi terasa wey bila senyap-senyap macam tu je, bila orang tanya kat FB kau tak nak reply. Nikah tu perkara baikkan, tak yah lah sorok-sorok. Kitorang seronok je kalau kau beritahu. Huhu, Apepun, buat Mariam dan Shah, SELAMAT MENJADI KEKASIH HALAL DALAM KAMPUS mulai semester baru ini. Cayalah! :)

FasiHaH Kata: Korang-korang yang baca ni, bila lagi, kot-kot ada bloggers yang nak kawin nak jemput followers ke bloggers yang lain ke kan. Kecil tapak tangan, 1 lautan Cina selatan aku tadahkan. Hehe Gurau je. Suka kawin awal ke tak suka? Mengapa? ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

28 comments:

waRDah a.k.a QiQi said...

fasihah!!!! ntah2 kte penah satu kelas... waaaaa!!! wardah blaja FIE ngn dr mustapha omar gak.. n, igt jugak sal ayat die tu.. wuwuwu...

waaaaa!! ahaksss!!!!!! :D

cik nisa said...

Nk nikah jugokk ... =p

fa-in said...

Tahniah2!
Woah,mak sruh kawin lepas abis study. sbb biar stdy x t'ggu sgt.
ustz M.O ad ckp jgk kawin awal, lbih fokus in studies.
tibe2 jodoh awal kn,tidakk. hehe ;)

Faiz said...

tahniah..sbb dah nak dekat ke alam perkahwinan..haha..walaupun kawan yg nikah..lme2 berjangkit lah tu..huhu..

neway dah kne tag..tgk kt blog tau..

Farah Hanim said...

mcm sweet je klau kawen mude.. HAHA..mengelakkan zina sebenanye..kankankan ?
*nak kawin mude jugak la kalau macam ni (cehh gatal) :D

FasiHaH SupiaN said...

@Qiqi
kita baru nak masuk 2nd year next sem,bila qiqi qmik fie?

@cik nisa
aih,buleh ja nak kawin.....hehe

@fa-in
same goes to me,huhu single is simple sik.haha kalau da jodoh,merasa gak nasik minyak fa-in xlame lg.hehehe

@faiz
aih,xpa,ni angin2 lalu je..jangan risau, angin tak lama..haha belum lagi la faiz..haiya...

@farah..
aih..sukanya :)

waRDah a.k.a QiQi said...

sem lepas la cayang.. :D sem lepas... :D

FasiHaH SupiaN said...

@qiqi
xley jadik nie..group mane qiqi??

waRDah a.k.a QiQi said...

haha.. tau xpe... group 1 kalo x salah.. :D isnin-rabu kul 10..

kalo x same, means kte sekelas mse hr ahad tu la, kelas ganti.. ekekekek.. :D

FasiHaH SupiaN said...

@qiqi
xsame group..tp kelas ahad tu confirm sama...:)

waRDah a.k.a QiQi said...

hehe.. naseb baek.. naseb baek.. fuhh~ :D

FasiHaH SupiaN said...

ape yg naseb baek??hehe

oda the miss Rrrr said...

aiyoo..isu hangat nih kawen awal..sabo je sb calon xde agy

Cik Tom said...

xkisah muda/pe2 usia..kalau dah bersedia mental n fizikal ;)

fatin said...

suka kawin awl ke tak?..

ermm..kl boleh tak nak la awl sgt..tak puas gi hidup bujang..nk merantau rata2 dulu..nk kejar cita2 yg belum tercapai lagi..dah kawin nt tentu2 la byk komitmen kan..

tapi kalau da smpi jodoh..tak leh nk buat apa lah kan..

semoga kawan awk tu bahagia hingga akhir hayat (",) insyaAllah

RS said...

kahwin muda boleh, tapi cuma kalau fikiran dah matang.

ada banyak orang yg kahwin awal, dpt 3-5 anak, lepas tu susah pula nak cari duit sebab bini kena tinggal kat rumah jaga anak, lepas tu laki kena kerja keras untuk tanggung rumah tangga.

kahwin awal memang tak salah sebab boleh elakkan zina, etc tapi kenalah rancang betul2

bukan senang nak kekalkan rumah-tangga. dugaannya memang banyak dan tak boleh dihiraukan semasa tgh cadang nak kahwin.


have a nice day!

Halia Kentang @ Annpaan said...

kawen awl ni byk pro n kontra nyer
tp pape pn, tahniah pd kwn awk tue

FasiHaH SupiaN said...

@oda
aii,kalau ade calon, nak kawin ke oda??hehehe

@cik tom
setuju ngan cik tom! :)

zahra pazim said...

haha. agak dah. betoila cik yam da tawen. tapi nak sobsobsob la jugak sebab ia x kabo pun. sobsobsob lagi dan lagi. ish cik seha, awk bila pulak? heee..:)
btw, to mariam and shah..selamat pengantin baru!

GenGkey said...

kawen muda ni ada baeknya..
elak berlakunya maksiat..
parent sy pun kawen pada usia awal 20 an..:D

p[A]n[A]d[O]L said...

kawen muda or kawen lmbt tue suma depends ar ngan seseorg..
kalo dah smpi seru, x slh kalo nak d cpt2kn..
dr wat maksiat, bek kawen kan?
hehehe

ken said...

enjoy life dulu :)

FasiHaH SupiaN said...

@fatin
kurang lebih kita pun rasa macam itu juga :)

@RS
wah, itu 1 pandangan yang memang perlu diketengahkan lah bagi siapa nak kawin muda nie :)

@halia
yup, sokong benar :)

@zahra
hmm,tahu takpa,dia tak kabor pun. em, cik seha ea?? aiyo, cik timmy mahu bagi calon kah? saya nak yang macam fahrin ahmad la kalau nak carikan.hahaha

@GanGkey
setuju yang itu,itu pro dia :)

@panadol
yup,itulah,kalau belum sedia tu orang kata, xyah sibuk2 nak cari2.hehe

FasiHaH SupiaN said...

@ken
haha u are enjoying life now ;)

FARISZ@AZ.Com said...

Nikah Khitbah agak sesuai zaman kini.
Mencari yang HALAL itu fardhu (macam iklan kat Tv pula)
Semoga mendapat Kekasih Halal

FasiHaH SupiaN said...

@farisz@az.com
yup,ada benarnya :)

~dianakhairi~ said...

salam kenal, student econ ke? :)
saya dah setahun lebih kawin..kawin umo 20..hik.

marriage is sweet.tp mmg sgt2 besar tggjwb tu.mmg hebat ujian nye.

tp ujian b4 kawin jao lbh hebat kot~ byk gk ckp sal kawin kat blog.hehe.

FasiHaH SupiaN said...

haih.....................econs...akak econs juga ke??wah..itu dia pengalaman yang dah berkahwin...so sweet la kak diana...nak jumpa lah kat econs camni! :)