Salahkah Mempunyai Impian Yang Tinggi? Ini Angan-angan Minah Jenin. | fasihah.com


December 17, 2010

Salahkah Mempunyai Impian Yang Tinggi? Ini Angan-angan Minah Jenin.

Assalamualaikum. Dapat melapangkan masa sebentar bersama tajaan laptop My senior. Terima Kasih Kak Paan! No words can describe how much I Love you. Haha

Entri Ringkas. Pengalaman pertama selepas mendengar taklimat oleh Encik Hilmi. Tiba-tiba terus pasang satu impian yang sangat tinggi. Antaranya?
  1. Ingin mempunyai dan membeli kereta dan membawa kereta ke kampus sendiri. [ Adakah ini mustahil? ]
  2. Ingin mempunyai syarikat sendiri. [ Adakah ini realiti atau fantasi? ]
  3. Ingin berbakti kepada kampung sendiri dan sekolah lama. [ Apa yang nak dibaktikan? Aku ada apa? ]
  4. Ingin memperluaskan empayar "Matematik Mudah Kalau Kena Caranya". Kenapa mesti kata Matematik susah? [ Ini bukan masalah pandai atau tidak, tetapi ini masalah penggunaan otak dengan betul Benarkah? ]
  5. Impian yang terpendam lama? Ingin membawa family tercinta bercuti bersama. [ SPONSORED BY FS lah siapa lagi? Hehe ]

Maka, rasa macam angan-angan Minah Jenin kan? Bukan main tinggi lagi kau FS punya angan-angan. Apa FS ada banyak duitkah? Hoho

Mahu tahu kenapa perlu ada Impian tinggi ni?

Kerana ia adalah sebagai titik tolak usaha kita ke sana. Ada terfikir masa belajar ni, esok habis belajar nak buat apa? Dah tahu lepas belajar nak buat apa??

Ada orang kata, sekarang belajar dulu. Nanti adalah tu rezeki kerja kat mana-mana. 
Ok, dulu FS macam itu juga. Sebab ramai orang suka nasihat gitu.. Tapi sepatutnya? Kita perlu tahu right after finished study, kita nak buat apa. [ Hari ini baru ada kesedaran ]

Ini semua kalau bukan usaha sendiri, boleh ke tiba-tiba ada durian runtuh? Ada ke tiba-tiba ada duit nak bertaburan terus terbang beterbangan bertebaran pergi berjumpa setiap khalifah di muka bumi?

Ini semua perlukan usaha. Antara cara nak capai? Apa? Belajar?? Ya, benar. Belajar. Tapi benarkah hanya dengan belajar boleh jadi kaya raya?

Apa ingat bila ada scroll Ijazah nanti masuk kerja boleh terus dapat duit ribu-ribu cecah 5 angka?

Sebab itu orang kata, CGPA tinggi tak guna kalau bila masuk interview tak tahu apa kekuatan diri sendiri.

Untuk berjaya, kita kena mengorak langkah, berani menghadapi dunia yang terbentang luas di depan mata sendiri. FS sedang cuba berdiri.

Maka, 5 perkara di atas sebagai BENCHMARK FS. Bagaimana FS akan gapai? FS cerita kemudian.

Nabi pernah kata, 9/10 daripada rezeki datang dari perniagaan. Apa bentuk perniagaan? Macam-macam boleh buat.

FasiHaH Kata: Entri kali ini terlebih bersemangat sedikit. Tetapi sebenarnya masih belajar dan baru merangkak ke dunia sebenar di luar sana. Jom buat bisnes! ;) Terima Kasih kepada Cik Oda yang membantu dan menarik FS masuk ke dunia ini. :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

11 comments:

Ayuni said...

good opinion....

Shaheila Malek said...

Insya-Allah semuanya akn jadi kenyataan utk FS.. :)

deAnza-wAnda said...

sape ckap angan2 tuh x pntg?? for me angan tuh sngat pntg cuz kita akan ada smagat untuk mncapainyer..

FARHAN ALIA said...

if you target or dream of a moon, if you fail, at least you will get the star, rite? :)
you are welcome. no biggie things, kiddo! hehe

Gen2Merah said...

bersemangat aku membaca petua ni... semoga kita akan berjaya kelak...
-----> bertandang drpd blog en.Ben utk merapatkan silaturrahim antara kita.. Slm ukhuwah

FasiHaH SupiaN said...

@Ayuni
there you are :)

@shaheila
insyaALlah :)

@deAnza
yes...you do...agree 99.99% with you.hehe

@Farhan Alia
Oh kak paan, really kiddo???haha shhuuuutt...hehehe

@Gen@merah
mari sama2 semangat :)

Nur Ardilla Najwa said...

salam...jemput join contest d blog saya... =)

http://jannatul-ardilla.blogspot.com/2010/11/game-for-fun-favorite-photo-contest.html

FasiHaH SupiaN said...

@Nur Ardilla Najwa
Nanti FS ke sana :)

airaniez wirdani said...

Bagus Fasihah!

"A person with an aims has no last day"

Jadikan aim anda itu tujuan untuk hidup dgn niat Lillahita'ala...insya-Allah...^_^

Mknace said...

:) :) :)
tak salah berimpian tinggi
terbaeekkk!!!

FasiHaH SupiaN said...

@airaniez
Yes, I agree with u..
May Allah bless us ;)

@Mknace
hehehe
:) :) :)