Pengasas Facebook Warga Amerika ke-35 Terkaya! | fasihah.com


December 9, 2010

Pengasas Facebook Warga Amerika ke-35 Terkaya!

 GAMBAR fail pasangan kembar Cameron (kiri) dan Tyler Winklevoss keluar dari sebuah mahkamah di California pada 2007.
LOS ANGELES – Sepasang kembar, Tyler Winklevoss dan Cameron Winklevoss yang sebelum ini pernah menyaman pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, pada 2007 sekali lagi memfailkan saman terhadapnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada 2007, Tyler dan Cameron yang berusia 29 tahun menyaman Zuckerberg kerana dia didakwa mencuri idea untuk menghasilkan Facebook daripada mereka.
Dawaan mencuri idea itu dibuat selepas pasangan kembar itu meminta Zuckerberg menghasilkan kod untuk satu rangkaian sosial mereka, Harvard Connection.
Pasangan kembar itu dan Zuckerberg merupakan rakan semasa mereka belajar di Universiti Harvard.
Zuckerberg berusia 26 tahun telah membayar kembar itu sebanyak AS$65 juta (RM204.5 juta) bagi menyelesaikan kes saman yang pertama.
Namun, kini, pasangan kembar itu menuntut ganti rugi yang lebih banyak selepas mereka mendakwa ditipu oleh Zuckerberg mengenai nilai sebenar syarikat Facebook.
Terdapat dakwaan bahawa nilai syarikat tersebut ialah AS$11.5 billion (RM36.2 billion)
Menurut majalah Forbes, Zuckerberg kini menjadi warga Amerika yang ke-35 terkaya dengan anggaran kekayaan AS$6.9 billion (RM21.7 billion).
Saman kedua itu difailkan di sebuah mahkamah di California. – Agensi
FasiHaH Kata: kaya pengasas FB tu, kita pengguna dia macam mana? Tak kaya-kaya kan? hehe apapun, nasib baik FB tu free, so, guna dengan jalan yang betul ok? ;)

Credit to: Cikdeana

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

9 comments:

caera puttih said...

hahaha..btol3..kite tak kaye2 pun..ngeh3..
ade tak laman sosial yang setiap pengguna dapat elaun??..kikiki

littletuffgirl said...

woahhh..banyaknya kne saman. cekik darah pe. tu lah. curik lagi idea orang.

Pemilik Blog said...

maksud nye face book ni idea org lain la ni...
hmmm... pandai tul dieorg ambik kesempatan...
nk belajar la wat coding makding ni...
bleh wat facebook version Malaysia.. MYMukaBuku..

hhahahhaha..
jom g blog ni http://blogmacammacamada.blogspot.com

aza liasari said...

ada baca pasal crita sbnr dia dalam buku "cerita betul facebook" :)

Fasihah Supian said...

@caera
ape kata awak buat.hehehe

@zahra
hehe terimalah padah.hehe

@pemilik blog
ha,boleh la tue :)

hans said...

mau xkaya
ramai yg iklan product dekat dia
so kalau kena saman pun relaks jer lah dia
hohohoho

P/S : Syurga Coklat Dan Gara - Gara Semangat Coklat Buat Aku Merepek Sekejap...Hahaha!

Fasihah Supian said...

@hans
haha
agaklaa,kita je yang guna free tak ada yuran keahlian,suda bagus.hehe

pilotHans said...

ahahah..br jer ngk the social network aritue...stakat idea jer sume org leh bg idea...yg impliment tue besh..b4 facebook aku pun pernah terpikir utk wat something gantikan friendster yg boring tue..tup2 daa ade org wat..

idea mmg ramai leh kuar..tp idea utk mcm mane mende tue nak implement tue yg xramai leh wat...

cheers..

Fasihah Supian said...

@pilotHans
terbaiklah pilotHans..!
cheers :)