Aku Bloggers! So What? | fasihah.com


December 1, 2010

Aku Bloggers! So What?

Huru Hara ABG BEN lah ini. For the first time join macam ni. Aku bloggers! So What?? Jom terjah contest dia kat sini


Ganas ! Tajuk dah cukup berapi ... Segmen ni untuk semua blogger tak kira baru atau lama ... Nak join , silakan ..
Segmen ni mudah jer ... Ramai tak tau blogger tu apa ? Apa itu blog ? Apa yang best sangat blog ni ? Dan banyak lagi .. Maka segmen ni adalah segmen soal jawab berdasarkan pendapat blogger itu sendiri .. hehehe.. di samping mempromosikan blog masing masing ..
image
Caranya.. seperti biasa , buat satu entri yang kena ada header. Ok, ini Header BEN ASHAARI. 

Latar belakang blogger ( korang sendiri ler ) termasuk pendidikan dan juga pekerjaan .. termasuk lokasi.. negeri atau negara jer .

Ok, nama full : Siti Fasihah Ahmad Supian. 
Masih belajar di Universiti di pinggir kota. 
Ambil Ekonomi dan Sains Pengurusan. Major Accounting InsyaAllah. 
Menetap di Banting, Selangor. 
Umur? Baru masuk 20. Bajet macam muda sangat. 
Apalagi mahu tahu? 
Baru bergiat aktif dengan Blogging bila daftar dengan Nuffnang. Kira baru nak mula kenal Blogging yang sebenar. Ok, cukup rasanya.


Apa pendapat anda mengenai dunia blog ?

Blogging ni macam realiti dunia juga. Colourful.
Ada ramai Bloggers. Ada banyak background.
Ada banyak maklumat yang boleh didapati. 
Blog sebagai medan meluahkan rasa.
Berkongsi cerita suka duka.
Berkongsi tips dan sua rasa. 
Tak lupa untuk bersama-sama naik kan traffik antara lain dan yang memang tujuan utama.
Blog ini FUN sebab ia dunia maya.
Kalau guna dengan baik, baik jadinya.
Kalau guna dengan kurang baik, kurang baik jadinya. :)


Sepanjang anda menjadi blogger , apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami ?

-Perkara Positif-
Yang positif?
Banyak! Dapat kenal ramai kawan alam siber.
Itu satu.
Dapat tahu macam-macam maklumat,lagi0lagi nak up traffic tu kan.
huhu
Dapat tahu banyak tutorial
Tak lupa juga, dapat tahu hal ehwal semasa.
Juga paling penting, dapat muhasabah diri bila membaca entri yang memuhasabahkan diri. 
Dapat belajar resipi baru! Penting tu!
Dapat tahu petua! haha yang ini ramai suka,lagi-lagi nak awet muda!
Dapat tahu pasal Teknologi, ini penting sekali, lagi-lagi macam aku yang buta IT ni.

-Perkara Negatif-
Ini? setakat ini..
Hmm, yang negatif, tang kutuk mengutuk tu lah, kadang-kadang membina, kadang-kadang panas. Kalau tak bagi nama lagi panas.huhu
Yang negatif lagi, bila tinggal jejak kat shoutbox, cakap dah follow, tapi tak follow pun.
Tak baik tahu. Menipu. Sedih la macam tu, Kalau nak naik sekalipun janganlah menipu macam itu. Lagi? Apa yang negatif? Ha, yang negatif bila blogging sampai lewat solat. Haih, parah tu.

Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?

Popular? Huhu tidaklah, ini suka-suka, lagi suka sebab dengan blog boleh earning money. Walaupun sebenarnya tak merasa lagi sebab baru daftar 3hari lepas.huhuhu Blog picisan yang tak ada apa-apa ni, kalau nak popular, banyak ke manfaat nya pun? Huhu Paling penting, kat sini lah nak luahkan perasaan kan.

Banggakah anda menjadi seorang blogger ?

Bangga? Haha macam bongkak saja. Bangga itu tak tahu lah pula. Yang tahu seronok kalau dapat banyak "comments to be moderated" hehehe Bangga lah tu kan kalau ada banyak Komen. Tak gitu? Haha taklah, suka je. :)

Ok, Abg Ben. Settel. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

7 comments:

zahra pazim said...

wah, tips awet muda??terasa disitu. ekeke..:DDD

kiwi said...

hehe..keep blogging ^^

haniz said...

salam perkenalan from hanizeyecandy
http://haniz-eyecandy.blogspot.com

Azza Firza said...

salam singgah, teruskan beblogging ya, nice enry, jemput ke blog buruk saya juga ea (:

Muhammad Hamidi Zamri said...

updated daily..kalau lah xde laptop..mcm mane la jd nye.. isk3..

Abir Abhar said...

nak join gak lah

FasiHaH SupiaN said...

@Zahra
heheh baru pas baca blog kamu masa ni ;)

@kiwi
okey :)

@haniz
salam perkenalan,nanti sy follow semula :)

@azza
okey :)

@hamidi
haha memang,tak tahu pe jadi..;)

@abir
join2 hehe