Bagaimana Lelaki Menunjukkan Perasaan Kepada Perempuan Yang Disukai | fasihah.com


October 19, 2011

Bagaimana Lelaki Menunjukkan Perasaan Kepada Perempuan Yang Disukai

Pada jam 7.00 pagi tadi

Berkenaan carian yang agak memuncak sejurus selepas aku bangun tidur pagi tadi. Sedikit sebanyak aku blur untuk menjawab keyword yang sebegini panjang sebenarnya. Lagi blur bila aku memang tak tahu jawapan, tambahan pula aku bukan lelaki. Jadi aku tak tahulah nak jawab apa kan.


Jadi, kebetulan, seorang daripada senior aku ada post satu video di Fb berkenaan tanda lelaki sayang. Boleh kalian melihatnya di SINI.


Bagaimana ya lelaki menunjukkan perasaan? Mesti lah dia caring, loving semua tu kan? Tapi pada waktu sekarang ni, dengan masalah sosial yang begitu meruncing, aku bukan takut apa, takut-takut, sayang tak berpanjangan. Sayang kerana nafsu, sayang membawa kepada kemaksiatan. Payah tu. Kesian kat baby-baby yang comel yang dibuang.


Tapi, inilah antara intipati video tersebut. Cuba layankan.


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.


Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.


Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!


Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


Love is just a cup of coffee ?


Fuhh panjangnya!
Malas nak ulas panjang. Tapi, hati-hati dalam berkasih. Aku sedih tengok hari demi hari, banyak bayi baru lahir menjadi mangsa antara dua insan dalam berkasih. Kecik-kecik sibuk nak bercinta. hailaaa


Aku rasa, cinta tu tak salah. Cumanya, sebelum nak bercinta dengan manusia, jatuh cinta dengan Allah dulu, biar Allah tolong kita dalam kita jatuh cinta pada orang lain. Aku teringat kata-kata Wardina, "any man who dare touch you before married, go away".


Lagi 1 kalau nak tahu lelaki tu sayang ke tak, yang paling penting, bukan setakat pengorbanan air mata, wang ringgit tu, tapi pengorbanan nafsu itu penting. Ni belum apa-apa dah lebih-lebih mengalahkan orang yang dah kawin. Tapi lepas tu tak bertanggungjawab.


Entahlah, bagi aku, kalau belum bersedia nak pikul tanggungjawab, belum sedia untuk berkahwin, bercinta antara adam dan hawa bukanlah jalan terbaik.


Terjah sini http://solehin-bakri.blogspot.com/

Bukankah cinta itu indah? Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. Tetapi.. apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada Khaliqnya belum tercapai..?


p/s: erk panjang plak. Tak apalah, aku nak jatuh cinta dengan dia buat masa sekarang ni. Nak tahu sapa? Klik sini.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

5 comments:

SoLy SoLicious said...

ade spe2 nk ngorat sy x? heeee

m said...

betul2. cinta Allah yg paling utama:)

aamalinaazman said...

wow!
dr keyword je seha bole ngulas begitu pnjg
i likeeeee!

kiwi said...

hehe..skrg ni jaga hati dlu.. ^^

Sunah Sakura said...

rasanya perempuan pun macam tu jugak kan?