Puisi : Bicara Dengan Tuhan | fasihah.com


October 21, 2011

Puisi : Bicara Dengan Tuhan




Cakap Pada Tuhan
cakap dengan nama Tuhan
Bismillah Ya rahman
Bismillah ku mengadu pada tuhan

Cakap pada tuhan
bila hati tidak sempurna
bila jiwa tidak membara
bila perasaan tidak menentu
di kala aku mengejar yg fana
seringkali ku terlupa akan yg kekal

cakap pada tuhan
bila malang tidak berbau
ingatkanlah aku
tentang pendek hayat ku
ibarat langit membiru
sebentar mendung betamu
tanda kun faya kun
tanda yang pasti itu kuasaMU

Cakap pada tuhan
kerna nyawa ini
kerna ruh ini
kerna segala ini
kau pinjamkan buatku
sebagai khalifah kasihmu
Namun layakkah aku?
lemahku tiada berkuasa
kerdilku hamba yang hina
aku hanya manusia

Cakap pada tuhan
andai jalan ceritaku menyimpang
sesat merat menyuluh dalam kabus
datangkanlah cahaya
untuk aku keluar
untok aku berjalan dititian kasihmu

Cakap pada tuhan
jangan kau ambil nyawa
tika ku mendongak angkuh
tanda Alpa dan Leka
kerna untok seketika
aku hanya manusia hina

Cakap pada tuhan
jemputku ketika aku
sujud menyembahMU
pada waktu suci tubuh ini
bersih dari hitam dunia
dari noda dan dosa

Cakap pada tuhan
inginku segala yang baik
maaf kerna aku hamba tamak
tamak pada nikmatMU
tamak pada redhaMU
tamak pada kasihMU
ALLAH Ya Rabb ALLAH Tuhanku


Bicara Dengan Tuhan 2011 
Nukilan: Ahmad Saiful Anwar Arrifin dan Najibullah
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

5 comments:

JIJI YU said...

moh kita berbicara dgnnya selagi talian masih ada

Anum said...

berserah dan mengadu pada nya

aimie amalina said...

ckap dengan Tuhan
bicara dengan TUhan
berkata dengan Tuhan
segala-Nya dengan Tuhan
emm
sygnye dengan Tuhan =]

Mira Amirudin said...

bicara lah dengan Nya selagi kesempatan yg ada ;)

Ardini Humaira said...

berdoalah :)