November 29, 2011

Re-Post : Macam Biasa, Pelawat Bertuah Siapa Pula Kali Ini?

Macam biasa, disebabkan tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, jadi dengan rasa rendah diri, nak bagilah, sedikit cenderahati berunsurkan topup prepaid dan seperti kebiasaanya, RM 10 kepada mana-mana pelawat yang bertuah apabila menjadi pelawat yang ke 99 999


Sekarang baru nombor..



Lambat lagi, tapi jangan sampai terlepas! =D
Print screen, pah tu, hantaq emel ke fasihahsupian@gmail.com tajuk : TOPUP FREE. Sila sertakan, nama, url blog kalau ada, no telefon, wajib ler, lau tak camne nak masukkan, and paling wajib print screen no tu. Itu sahaja. Terima kasih. Tengah makan red valvet,  nyummy~


Tak kira siapa anda, di mana anda yang penting Malaysia, pengguna prepaid. Tak kisah ade blog ke takde ke. Ok?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 28, 2011

Bulan September Menjadi Pilihan

Gambar dari sini

Sengaja nak mention Bulan Kelahiran sendiri. Special lah sangat. Tak pun. Orangnya special lah kot? hehe perasan! Sebab musabab 9 menjadi pilihan adalah.. korang ingat lagi tak topup free tu?? Yang kat SINI ni..


Ingat tak? tak ingat sudah.. tak yah susah-susah kuar duit bagi topup free. hehe


Tadi, kat belok akak comot dia cerita pasal bulan Julai. La ni nak kongsi bulan September pulak. Apapun, ini adalah daripada kajian, antum semua tak perlu percaya bulat-bulat. Mungkin memang ada yang benar dan ada yang tak mengena.


SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik

Bulan lain kat sini.


Korang nampak tak yang warna merah tu? Haaa jangan percaya. Walaupun pada hakikatnya fakta. adehh =___='' Tapi, kalau dah jumpa, pasti setia sebab ada sifat setia. haha


Hmm, kalau anda mengenali saya, anda akan tahu bahawa kebanyakannya adalah sifat saya. Jadi bila nampak teliti di situ, kadang-kadang boleh jadi cerewet juga. Huhu tapi jangan risau, saya COOL. ;)


Wait a minute! sopan santun haaaa. haha kena jadi sopan pasni. ini satu yang....diluar jangkauan. haha

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Bila Dah Biasa..

out of blur by strange on DeviantArt

Bila cuti weekend dari 2 hari menjadi 3 hari agak pelik lah. Pulak tu, balik rumah. Selalu waktu macam ni memang tengah berhempas pulas nak pergi kelasnya lah nak hantar assignment lah itu ini dan sebagainya. Tapi bila kat rumah ni, kerja banyak tak siap, assignments berlambak nak hantar dan memang banyak perkara nak selesaikan. Yang pelik, boleh je rasa relax kat rumah ni.


Tapi, jejak je ke kampus nanti, terus, tak menang tangan dibuatnya. Gaya masa yang ada tak cukup langsung. Padahal.. kat rumah boleh je nak relax buat kerja sambil tengok tv. Mungkin persekitaran juga mempengaruhi kita kot.


Bila balik kampus, kita nampak orang lain sibuk, kita pun sibuk terikut sama. Tak cukup dengan masa  yang ada, masa tidur pun berjaga. Tak cukup dah mengantuk, Nescafe dijadikan peneman. Nak buat macam mana, itulah realiti kehidupan.


Sebenarnya hidup kita ni takkan makin relax. Semakin tua semaakin banyak dugaan dan cabaran. Semakin sibuk. Jangan sibukkan dunia sahaja sebab dunia ini hanya seperti sebentuk cincin yang terjatuh di lautan. Cincin itu ibarat dunia dan lautan itu ibarat akhirat. Apa yang perlu kita redah di dunia ini sebenarnya untuk akhirat nanti. **kata-kata dipetik daripada Fedtri Yahya di Fb beliau.


Dan kita perlu ingat, jangan mudah terpedaya. Jadilah seperti ikan di lautan. Walaupun airnya masin, ikan tersebut tidak masin.


p/s: Selamat bercuti buat yang bercuti.Manfaatkan cuti anda :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 27, 2011

Kata-kata Cinta

Something Beautiful by rh89 on DeviantArt
Kalau bercinta , jangan berkepit macam belangkas , hantar surat berbelas-belas , SMS berbalas-balas , masa dating sebelah tandas , berpeluk-peluk dalam bas , asyik menjeling dalam kelas , minum air perghh . . kongsi segelas ♥ Bila ada konflik , haa mula la nak frust , nak tunai solat pun malas , tak dapat tumpu study dalam kelas , waktu result nak keluar tahu pulak cemas , takut . . exam tak pas...s , tup tup awek sendiri kena kebas , kesian . . melepas ♥ So , jadilah couple yang ada class , berdating ikut lunas , bergaul ada batas , jaga maruah dengan tegas , syariah dijaga dengan jelas , tutur kata sentiasa beralas , kalaulah cinta yang dihulur ikhlas , janganlah bimbang , cintamu pasti berbalas ♥

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 26, 2011

Personal : Hampa Buah Hati Lama Kahwin. Hurmm

Congratulation on your wedding by Guzal's Weblog

Sebelum nak meluahkan perasaan ni, nak ucap sulu ni. Salam Maal Hijrah 1433 Hijrah! Tadi baca tak doa akhir dan awal tahun? Semoga buku amalan kita diterima. Moga tahun baru ini lebih baik daripada yang lalu? Ada azam yang belum tertunai? Saya ada, tak kawin lagi. haha Boleh tak? Padahal itu bukan azam tahun lepas pun dan bukan juga tahun ini. hehe


Stress stress. Alahai, orang kata dah bukan jodoh kan? Nak buat macam mana? 


Bila aku bercinta? Bila aku clash? Bila pulak pakwe aku tu dah ada awek baru dan dan dan bila dia nikah? **hahhh tarik nafas panjang....!


Sebenarnya saya tak rasa pun semua tu! huhu propaganda semata tu. Tak. Cuma satu lah kan. Saya tahu usia saya semakin tua. Oh saya juga sedar yang kawan-kawan saya ramai yang sudah memulakan langkah-langkah untuk berumah tangga.


Tapi kan.. Kadang-kadang rasa macam sedikit terasa la bila kawan kahwin kita tak tahu. TAk berjemput ke kan. Tapi tak apalah, tak payah nak terasa sangat lah kan? Mungkin dia buat kecil-kecilan je ke kan?


Tak apalah, di doakan semoga bahagia disamping orang yang tersayang.


Kadang dia pun macam tak nak jemput kita kan. Bila orang lain yang ajak, kita pun rasa macam bersalah nak pi kan? Korang pernah tak rasa macam ni? Entahlah, tak apalah, semoga berbahagia hendaknya.


p/s:aku bila lah pulak?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 25, 2011

Orang Nak Bagi Kan..Siapa Tak Nak?

KAK ES


Ni nak habaq mai kat hangpa semua..Ni ada satu akak ni nak bagi GA ni.. Hangpa dah join belum? Hadiah pun banyak ni..Pilih ja. hehe Eh tak, siapa yang bertuah, dia dapatlah. ;)


Tengok sini hadiah dia...




 

Fridge Magnet ( My Kitchen )


Fridge Magnet ( Doughnuts )



So, pakat mai join ramai-ramai, ok? KAK ES, saya dah promote, kira 1 untuk saya lah ye KAK ES??hehehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Duit Kertas Sebenarnya Tiada Nilai?

Cuba koyakkan duit yang anda ada.. Koyakkan jadi dua, gunakan duit tu..ada nilai tak? Ada tak orang nak tetima?


Cuba kita ada emas, kalau kita cairkan emas tu, bentuk macam mana pun emas tu masih bernilaikan?


P/s: currently attending seminar on gold dinar..
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Cara-cara Mengenali Cinta

: love : by ~LimpidD

A : Maaf , Tumpang tanya. Lorong CINTA , jalan SAYANG, kampung RINDU, daerah KASIH SAYANG, pekan HATI, bandar I MISS U kat mana ye ?


B : Jalan terus ikut jalan ILAHI, Awak akan nampak simpang tiga masuk belah kanan, ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu, akan nampak belah kanan, kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit, iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI. Haa tu tandanya awak berada di jalan yang betul .Semoga Selamat Sampai.


Selamat bercinta. Selamat Hari Jumaat. Sayyidul ayyam. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 24, 2011

Spontaneous Thursday #12 | Tak Ada Masa Nak Bercinta







Ini baru belajar dah macam gini rupanya. 
Kalau dah kerja lagi lah.
Silap haribulan, tak kawin pulak?
Opsss!




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 23, 2011

Personal : I miss him sooo much!

Bila nak jumpa dia ni..


Nak peluk cium dia. Err rindunya nak balik rumah. Stress duduk sini. Tido tak cukup, makan tak sempat..cepatlah habis semua ni....
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Wordy Wednesday



Aku merenung jauh ke langit,
Dalam kepekatan malam, masih ada lagi cahaya yang tak terlampau terang,
Tapi cukup membuatkan langit itu terus indah.
Rasa tenang bila merenungnya.
Kerana ia tanda kebesaranNya.


Tika ramai manusia enak dibuai mimpi indah,
Hangat berselimutkan tubuh,
Aku di sini, belum berpeluang menikmati keindahan mimpi,
Tiada kehangatan daripada selimut.


Tapi aku dapat merasakan angin yang dingin tapi mendamaikan.


Walaupun terasa begitu perit mengharungi kehidupan,
Kita selalu lupa, bahawasanya ramai lagi orang yang lebih susah daripada kita.


Dalam kita rasa nak mengalah,
kita selalu lupa bahawa Allah sentiasa bersama kita.


Tapi kita lebih selalu lupa bila kita gembira dan berjaya.


Sebab itu Allah selalu berikan kita ujian, jadi janganlah bersedih.


“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.



Ya Allah, kuatkanlah hati kami dalam melayari bahtera kehidupan ini..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 22, 2011

Saya Bukan Mencari Cinta

Where is the love? by BlackJack0919 on DeviantArt

Saya ternanti-nanti kehadirannya. Berhari dan berminggu tetap ku tunggu. Asyik-asyik pergi melihat adakah kehadirannya hari ini.


Dalam kesibukan, aku terpaksa berjumpa dengan orang-orang yang lebih dekat dengannya. Tadi, bila pergi berjumpa dengan ibunya, di beritahu, tiada khabarnya lagi.


Perghh cukup poetic dah tuuuu.


Jangan salahkan cinta. Tapi salahkan orang yang membuatkan kita jatuh cinta. keh3


Well, this is the real..


Kalau ikut law, acceptance only valid when the acceptor recieved the proposal. Ni masalahnya sekarang ni, benda tu tak sampai lagi kat tangan cheq. Cheq penat dah pi sana pi sini, semua kata dah diterima lah pe semua. Masalahnya, penerimanya ialah cheq! Pulak bila cek tracking number boleh dia kata Mohd Firdaus yang ambil. Siap bagi no ic pulak daahhhhhhhh


Aku ni terang-terang pompuan. Hok Firdaus tu laki-laki. Jadi, salah siapa? Pos express tu. Sepatutnya lama dah aku dapat. Jadi salah aku ke? Nak salah kan posmen? posmen hantar ikut alamat je. Takkan lah nama Siti Fasihah terang-terang dia nak bagi Mohd Firdaus ambil pulak?


Sungguh, Mohd Firdaus tu siapa pun aku tak tau. Kalau dia laki aku boleh la aku terima. Ni aku tak kenai. Pasaipaaa jadi lagu ni??


Nak salahkan sender ke? Sender, oh sender, awak cek betul-betul ke tak ni? Kalau betullah awak tulis nama dan alamat saya yang telah saya berikan, mustahil lah tak sampai.. Melainkan memang ada agen CIA yang nak rampas ke atau makhluk halus atau ok aku dah tak dapat nak imaginasi lebih melampau.


Tapi, senang cerita. Aku dah malas. Kalau pihak sender rasa ada tanggungjawab, nak ganti-gantilah. Walaupun aku tak dapat, duit aku burn macam tu je, aku dah malas nak tuntut hak aku. Kalau sender nak bagi yang baru, without any payment, aku terima. :)



Tapi, kalau minta bayaran lagi. Sorry to say.. I choose to lose my money rather than I need to pay new one. If I have given an opportunity to bring you into court. The thing that I want the court held is that, just do the specific performance and deliver my good without any payment. Thank you...


Sometimes, time is more valuable than money.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Biar Gambar Berbicara, Ini Bukan Cinta

Life is beautiful by Phatpupyat on DeviantArt
Hope by AmateurExpert92 on DeviantArt

I am really tired of all these things and feeling. Never lose hope. Allah with u Fasihah! Go!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 21, 2011

Apa Awak Tahu Tentang KEBAHAGIAAN?

A Spoonful of Happiness by Alephunky on DeviantArt



Sebagai manusia, kita selalu mahukan KEBEBASAN, KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN. 
 
Tapi siapa kita untuk merasa semua itu kalau diri kita sendiri tidak tahu untuk memberikan kebahagiaan, kebebasan dan ketenangan kepada orang lain? 
 
Renung-renungkan. Hidup biar tahu memberi. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 20, 2011

Cantik Itu Subjektif. Cantik Yang Bagaimana Menjadi Pilihan Si Lelaki?

Assalamualaikum dan selamat petang. Ahaks. Tajuk tak boleh blaaa. Kih kih. Seperti mana yang kita tahu, ramai perempuan yang obses untuk cantik. Betul kan? Perempuan takut gemuk. Perempuan takut menjadi tua. Semuanya kerana apa? Ingin kelihatan cantik.


Another beautiful day by moroka323 from DeviantArt

Orang kata cantik itu subjektif. Ada yang kata yang bulu mata lentik itu cantik. Ada yang kata putih gebu itu cantik. Itu yang orang simpulkan cantik itu subjektif. Tapi ramai juga yang mengatakan cantik itu haruslah tinggi lampai, putih, rambut panjang, kurus. Oh, siapa punya angkara? Ini media punya angkara. Ini model punya angkara. Kerana kita terlampau terikut-ikutkan artis juga model.


Ada yang sanggup berhabis beribu nak cantik. Cucuk sini sana. Ahha. Tua itu fitrah, setiap orang akan tua. Sebab itu jangan pilih isteri sebab cantik sahaja, sebab kecantikan tak kekal lama. Betul, kecantikan antara kriteria. Tapi, agama kriteria yang lebih penting jangan tolak tepi. 

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Apapun, benarkah rupa itu yang menjadi seseorang itu kelihatan sangat cantik? Mari layankan~!

 

So? Setuju?
bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Setiap orang ada keistimewaannya yang tersendiri. :)


Share-share lah. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Bukan Cuti. Biar Gambar Berbicara


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 19, 2011

Kahwin dan Cerai, Adakah Ianya 1 Trend?

Kalau kita lihat hari ini, statistik menunjukkan bahawa kes perceraian semakin meningkat saban tahun. Adakah ianya menunjukkan bahawa kahwin dan cerai ini merupakan 1 trend? Atau peningkatan kes perceraian ini sebenarnya disebabkan oleh banyak faktor lain?



Jadi, saya sedang membuat kajian ke atas perkara ini untuk dibentangkan dalam salah satu subjek semester ini. Jadi saya perlukan bantuan kalian untuk berkongsi pendapat dengan saya.

Anda boleh pergi ke http://www.facebook.com/questions/2237124682027/ untuk menjawab survey tersebut dengan menjawab Yes or No.


Atau anda boleh meninggalkan komen di sini atau di soalan tersebut pendapat anda tentang perkara ini. Bantuan anda sangat diperlukan. Your cooperation is highly appreciated!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Aku Pasrah




Tiada ungkapan kata yang ingin diluahkan melalui penulisan.
Hati ini terlalu sukar untuk menceritakan.
Apapun, yang lepas mungkin sentiasa dikenang, tapi jangan terlalu dikenang.
Anggap ianya satu kebaikan untuk masa hadapan.


Ya Allah,
Sesungguhnya aku rasa aku dah buat yang terbaik.
Tetapi terbaik bagiku mungkin bukan yang terbaik bagiMU.


Aku pasrah.
Tapi tak bermakna aku mengalah.


Aku pasrah,
Tak bermakna aku terus berputus asa ya Allah.


by Fasihah Supian.
12:54 am
19 November 2011


Semalam mungkin 1 kenangan yang tidak boleh dipinda, hari ini kenyataan yang perlu dihadapi.
Kalau semalam aku bersedih, kenapa perlu bersedih selamanya.
Kalau orang lain boleh bertahan, kenapa aku tidak?
Kalau tadi terasa seperti tiada lagi jalan untuk aku meneruskan perjuangan tersebut, kenapa perlu aku terus mengalah?


'beat the problems and move forward'


Innallahama'ana.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 17, 2011

Spontaneous Thursday #11 | Keputusan UPSR




Hari ini keputusan UPSR akan diumumkan. Tahniah pada yang cemerlang. Yang kurang cemerlang jangan bersedih.



Buang tabiat membanding berapa A anak kita dapat dan jangan jadikan A suatu KPI tetapi jadikan solat, akhlak dan menutup aurat KPI penting. Lihat bagaimana kabahagiaan kita sekeluarga akan meningkat dan ketenangan meningkat apabila Allah tujuan kita redhaNya yang dicari, kasih sayang dan mengenal Allah menjadi usaha kita setiap hari. Ajarkan ini pada anak anak setiap hari. Ibu bapa kalau anak anak kurang baik salahkan diri dan minta maaf pada anak dan mula buat perubahan, InsyaAllah anak akan berubah.-Prof Dr. Muhaya
 
 
p/s: KPI : Key Performance Index atau bahasa melayunya, kayu ukur.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Spontaneous Thursday #10 | Lelaki Idaman



Sangat ramai orang 'like' bila share di Fb.
Lagi seronok jika keduanya begitu bukan? ^^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Spontaneous Thursday | Do You A Good Believer?

The believer speaks little, but does much. And the hypocrite talks a lot, but does little.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 16, 2011

Penting Ke Pertikai Belajar Di mana?

Sesetengah orang sibuk mempertikaikan orang tu belajar kat sini kurang bagus. Belajar kat sana bagus.


Kadang-kadang rasa macam.. Tak baiklah..


Jangan pertikai orang tu belajar kat mana..


Tapi kita patut lihat keluarnya seseorang tu dari mana-mana pusat pengajian, bagaimana perlakuannya bila keluar dari pusat pengajian tersebut.


Makin baik atau sebaliknya.
Makin berilmu atau sebaliknya.
Makin berakhlak atau sebaliknya.


Janganlah diskriminasi sangat.


Yang membezakan kita ialah iman dan amal di akhirat nanti..


Wallahua'lam
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Wordless Wednesday #19 : Hari Tu Dah Beri, Kali Ni Kita Terima


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 15, 2011

Alalalala Tomeynye Diaaaa


Disebabkan cheq suka kucing, cheq pantang nampak kucing. Lagi-lagi hok kucing yang comel-comel. Macam gambar atas ni kan. Aduhai rasa cam nak peluk cium je kat kucing ni tau. Kucing kat umah hari tu balik cuti dah tak ada, jatuh sakit. Sedihnya...


Jadi, binatang pun tahu hendak berkasih sayang. Manusia seperti kita patut lebih tahu untuk menyayangi makhluk-makhluk ciptaan Tuhan yang comel ni. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 14, 2011

Bagaimana Menghilangkan Rasa Boring Di dalam Kelas

Boring dalam kelas?


Ceriakan waktu belajar anda dengan warna!! Hehe


Merangsang otak jadi kit tak rasa mengantok. Banyakkan bergerak. Menulis melukis. Make sure ianya berkaitan dengan subject tersebut.


Ok? Belajar jangan jemu!


P/s: yey kelas dah habis. Study untuk exam!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 13, 2011

SPM 2011 | Jangan Meniru!


Selamat menduduki peperiksaan SPM 2011 kepada semua calon SPM 2011 especially to my beloved cousin  yang kat SBPI Gombak ni, dekat je dengan akak ko Izat. Pastikan anda semua buat yang terbaik! Siapa kata SPM itu hanya sekadar sekeping kertas sijil? Walau hanya sekeping kertas, ianya masih diperlukan ke diploma, ijazah, master mahupun phd.


"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bereti dia membuat Allah redha kepadanya.' (Riwayat Baihaqi)


Pastikan anda mendapat tidur yang cukup, membawa kesemua kelengkapan dan pergi ke dewan pepriksaan awal. Sentiasa mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim dan sesudahnya berdoa dan bertawakkal kepada Allah.


Jangan lupa, pohon kemaafan pada guru-guru, kawan-kawan, ibu bapa dan paling penting dengan Allah. Minta ibu bapa doakan kita. Kalau mampun, minta ibu bapa puasa semasa kita exam.


Antara tips semasa menghadapi peperiksaan. Jangan kelam kabut! Tenangkan hati dan fikiran. Selamat menjawab! :)


Jangan meniru!!!





Tak berkat kalau berjaya pun nanti ;)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Auto Simbolik Perempuan

Setuju tak dengan statement tu? Ada lah terbaca status tak tahu siapa tak ingat. Tapi yang pasti lelaki la yang post status ni kat fb.


Tidak dapat disangkal, memang majoriti perempuan drive kereta auto. Tapi..


Cheq tak boleh terima simbolik ni. Sebabnya cheq drive kereta manual. Kawan cheq pun sama. Tapi hat lagi dua orang tu memang kereta manual pun dah tak ingat nak bawa.


Padahal...amik lesen pakai manual..ish3
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Wordy Bluesy Sunday

The worst thing about Sunday is knowing that tomorrow is Monday.


Sape sokong?


Waa kene berpisah dengan budak tembam comey kat atas ni. Huhu bila nak balik lagi ni... ;(
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 11, 2011

Project Triple 11

Currently busy doing this. Oh my choc chip~
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Alhamdulillah.. Selamat Bernikah

Didoakan agar kalian berbahagia hingga ke akhirnya. Barakallahufikum!


Semoga menjadi suami dan ketua keluarga yang soleh dan beriman serta memperolehi isteri yang solehah.


Serta melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.


Allahumma amin
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Sayang Make-up Kak!

Dalam 10 orang perempuan yang boleh sembahyang aku kira 1 ke 2 orang je yang sanggup solat setelah masuknya waktu solat. Lelaki pun tak kurang juga. Padahal lelaki senang, tak perlu buka tudung pun.


Tapi kesedaran solat awal tu tak semua orang ada kesedaran tersebut.


Lagi-lagi musim kahwin ni. Iyelah, hantar pengantin nikah, surau azan dah. Tapi ramai yang memilih.. Ala kejap je ni lepas makan kita terusla balik.


Makan tunggu driver perjalanan balik sampai rumah pukul berapa nak asar nya tu?


Meh kita fikir sama-sama. Sayang mekup ke sayang waktu awal solat? Laki tak payah nak tunjuk macho sangatla dengan rokok. Cukup tak suka orang yang merokok dalam majlis keramaian camni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

11.11.11

Kenapa lah pun dengan tarikh ni. Tak payah nak taksub sangatlaa. Memanglah cantik. Siap ada keluarkan statement kitab satanic menda tah pasal dajjal.


Hurm.. Hari ni 15 zulhijjah. Yang tarikh hijrah ni korang tak pulak sibuk.


Dan manusia pun berpusu-pusu mengadakan pertunangan, pernikahan, dan sebagainya. Tak kisahla bila yang penting pernikahan itu satu ikatan yang suci.


Bukan majlis yang grand tu yang penting, kehidupan selepas pernikahan tu yang penting. Betul tak?


P/s: nak nikah ni. Haha
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Aplikasi Android : Android Dan Bagaimana Memanfaatkannya

Kita seronok dengan kehebatan dan kemajuan teknologi hari ini. Dunia semakin laju berteknologi. Pembangunan dan inovasi berkaitan teknologi sangat cepat. Jadi, sebagai manusia yang pintar dan bijak, kita sepatutnya bijak menggunakan dan mengawal teknologi dan bukan teknologi yang mengawal kita. 



Jadi, sempena hari Jumaat ni, Doktor Fas nak kongsi 2 aplikasi yang wajar dan sepatutnya ada dalam handphone yang canggih-canggih sekarang ni. Orang Inggeris kata apa? Smartphone.


Jadi, aplikasi pertama yang wajib ada bagi seorang Muslim yang bijak ialah Quran Android.

Quran Android

Kenapa perlu ada? Kerana kita selalunya pasti membawa hp kemana-mana. Outstation, melancong dan sebagainya. Makanya, bila bercuti, ada yang sangat seronok sampai terlupa nak bawak Al-Quran. Hp, charger hp memang tak kan tertinggal. Tapi Al-Quran? walaupun ada Al-Quran yang mudah dibawa ke mana-mana, masih ada yang enggan membawanya.


Jadi, dengan adanya Aplikasi ini, bila-bila kita lapang, boleh buka, kalau tak nak baca, boleh kita fahami maknanya pula dengan membaca terjemahan. Atau, kalau tak mahu baca sekalipun, kita boleh buka dan set Qari siapa baca. Jadi kita boleh dengar sahaja.


Kita boleh bookmark muka surat mana yang kita nak. Jadi bila buka aplikasi ni, kita boleh pilih nak sambung baca atau apa. Cukup kesemua surah dan terjemahan sekali dengan Reciter. Boleh pilih nak Ghamadi ke Ibrahim, Husary,Mohammad al Tablaway dan ramai lagi.


Apa yang perlu, bila mula-mula download aplikasi ni, download kesemuanya untuk memudahkan penggunaan. Download aplikasi, kemudia download sekali terjemahannya.


Ok, seterusnya, lagi 1, M-Mathurat by kerul.net by Ustaz Don Daniel.

Mathurat Android

Anda pun tahu kan kebaikan Mathurat? Dan seeloknya, dibaca pada waktu pagi dan petang. Kadang kita pagi-pagi dah sibuk nak pergi kerja, nak masuk kelas, nak hantar anak dan sebagainya. Dengan aplikasi Mathurat ada di hp, ini memudahkan lagi. Mungkin waktu dalam lrt, waktu di dalam bas, tak buat apa, daripada sambung tidur, lebih baik kita baca Mathurat. Kan? :)


Walaupun Talking Tom, Air Penguin itu menyeronokkan, tapi mungkin kita perlu untuk mencari sesuatu yang lebih memanfaatkan. :)


Segalanya boleh didapati di Android Market. 


p/s: Hari ni Jumaat, dah habis baca Surah Al-Kahfi ke? :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 10, 2011

Petua Melembut & Menyedapkan Daging Yang Dimasak


Tadi terbaca petua dari chef jiji , dia kata nak lembutkan daging, masukkan sudu. Yang ini bukanlah benda baru. Sebab chef fas kat sini memang pernah sangat nampak orang masuk sudu ni waktu masak. Lagi-lagi kat tempat chef fas ni kan, bila masak ayam kampung, ha masa ni lah orang masuk sudu masa rebua ayam kampung ni. Katanya bagi lembut dan cepat masak. Betullah kot no? Kalau tak, tak kan ramai makcik-makcik nenek kat sini yang masukkan sudu masa rebus tu.


Sekarang ni, ni Chef Fas nak bagi petua daripada mak Cik Fas. Cik fas nak kongsi sebab, memang sedap tau bila mak cik fas masak daging. Daging dia memang MARVELOUS! Nak tahu apa petuanya? 




Haa akak-akak, abang-abang, makcik pakcik, PCM, ni nak kongsi petua mak Chef fas ni meh. Teringat masa memula mak masak letak tebu tu kan. Kitorang sangat teruja dengan rasa dan tekstur daging tu. Lembut dan sedap.


Jadi tanya kat mak. Mak kata..

  • Ambil 3 ke 4 ruas tebu, buang kulit dan belah kan jadi 4.
  • Tebu tu tadi, masukkan masa nak rebus daging tu.

Tujuannya untuk..

  • Melembutkan daging
  • Menyedapkan rasa daging
  • Mencantikkan tekstur daging

Bila Chef fas tanya kat mak, mak ni petua dari nenek moyang sapa? Mak kata, ni Jururawat kat hospital masa jaga engko dok hospital dulu tu yang beritahu petua ni.


Jadi, bolehlah cuba. Ini sirius bukan main-main. Rugi tak cuba. hehe Kan banyak kan daging korban baru ni kan. Baik masak, ke dah habis? Ha jangan kasi rosak daging tu, nanti kena ganti tau!


p/s: ada kata template lama tu dah ok. Fikir-fikir

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Spontaneous Thursday #8 | Yang Seksi Juga Yang Dicari



"Ada ramai orang hok molek-molek bertudung comey, bershawl cun, kenapa hok yang seksi jugak yang mu cari kat google tu?"


Analisa keuword bulan Oktober


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 9, 2011

Hilang Hijaunye! Ape love-love nie?

Blog dan tuan empunya blog sedang main-main dengan html code kat bahagian design tu. Malas nak design sendiri dari tadi dok cari template wane hijau takde yang berkenan. Ishh


Apepun, GO GREEN SAVE THE EARTH! I tell you~


Mungkin beberapa hari ini blog dalam keadaan yang agak kritikal dari segi ketidakbetulannya, terima kasih.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 8, 2011

Kedekut! Haji Bakhil

Sepanjang cuti raya ni dah berapa kali tengok cerita kat tv yang berkisarkan tentang kedekut.


Petang ni kat tv2 tajuk dia seringgit. Cerita ulangan ni. Tapi banyak pengajaran yang boleh kita ambil.


Berkira sangat pun susah. Dah la kedekut. Duit banyak pun pakai basikal je.


Kalau betul nak berjimat biar kena pada tempatnya. Ni bela kambing pun tak nak belikan makanan, lepas je. Bini nak gi haji pun bini kena keluar duit sendiri padahal bini tak kerja.


Payah ni kalau dapat laki gini. Semua berkira.


Yang pelik kan kan.. Dah berapa kali tengok cerita kedekut kan yang kedekut tu mesti lelaki. Adakah lelaki sinonim dengan kedekut? Hehe


Apa kata anda?
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Calon Menantu Pilihan

Nak jadi menantu pilihan.. mestilah kene pandai jaga anak. Kalau anak pun terabai menyusahkan mak sendiri, mak mertua macam mana nak jadi calon menantu pilihan.


Paling utama, nak kawin cepat kena ada ciri-ciri keibuan okey?


p/s: currently jaga amirul darwisy, ummi dia pi hantar atok darwisy ke hospital. Nasib baik dia comel. Rela jaga dia. haha


psst: aku belum layak jadi calon siapa-siapa ok. Terima kasih.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 6, 2011

Kata Mereka, Ini Baru Raya

Walaupun raya haji di area Selangor tidak semeriah di Kelantan, bagi anak-anak kecil ini, raya lebih bermakna bila ada bung api.


Layankan sahaja. Bulan selalu pun kan? Hehe


Waktu ini semua anak-anak buah sibuk tengok lembu. Ada 10 ekor tumbang kat masjid kampung ni. Kejap lagi makan sup ler kite.


Salam Eidul Adha! ^^
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 4, 2011

Personal : Apa Yang Patut Saya Bicarakan?

Kita bukan maksum yang tak lepas daripada membuat kesalahan. Tapi kita juga tidak mahu masuk neraka. Tapi kita selalu tak melakukan perkara yang sepatutnya untuk masuk syurga. Awak awak awak, setuju tak dengan saya?


Situasi

Azan berkumandang di masjid, tanda masuknya waktu maghrib bagi wilayah persekutuan Gombak dan sewaktu dengannya. Kelihatan nun di sana, seorang demi seorang menuju ke bilik air untuk menyuikan diri masing-masing sebelum menunaikan solat.

Tidak lama selepas azan berhenti, Sufi juga melakukan perkara yang sama. Tapi antara sedar dan tidak, bukan semua yang wajib menunaikan solat mereka menunaikan solat. Itu faktanya hari ini, walaupun mereka Islam.


Situasi dalam situasi

Pergerakan Sufi untuk mendirikan solat lambat-lambat. Dia terasa sangat annoying dengan suara-suara yang kedengaran berdekatan dengannya. Suara tersebut sangat jelas dan kuat seperti individu tersebut sedang bercakap dengannya.


Di masjid, Imam sudah memulakan solat. Yang di bilik, masih belum mula lagi. Terkebil-kebil Sufi memakai telekung. Dalam hati, 'bila pula dorang ni nak stop bercakap kat telefon'.


Hey, you didn't find me a song. I have find you one romantic song u know?

You know? I have watched this movie more than 20 times.

and bla bla


Sufi mendengar Imam di masjid sudah masuk rakaat kedua. 'tak boleh jadi ni, kena cuba buat-buat tak dengar ni. Khusyuk-khusyuk. Pandang sejadah.'

Maka Sufi pun solat. Semoga solat Sufi tu tadi diterima Allah. Dugaan ketika Sufi bersolat, suara-suara tadi tidak juga makin rendah, tapi Sufi cuba tidak mengendahkan perbualan mereka. 

Selesai salam. Belum sempat pun berdoa, suara yang kedengaran tadi, tiba-tiba menjadi lebih kuat dengan gelak tawa yang begitu galak sekali. (erm betul ke bahasa melayu aku tu?abaikan)

Dalam hati Sufi. 'Tak nak solat maghrib ke dia ni? Bila nak mula solat dia ni. Kata Islam. Soalt bila masa kesusahan je ke?'. Sufi tiba-tiba Istighfar, eh, be positive, dia uzur lah tu. Walaupun dalam hati, 'masakan uzur sampai berbulan-bulan?'

Sufi tidak mengendahkan mereka walaupun dalam hati ada rasa nak ambil hp tu campak dari level paling atas asrama Sufi. Tapi Sufi teruskan wirid dan Doa. Sufi hendak membaca Al-Quran pula.

"Allah mak ai, makin galak depa bersembang"

Sufi selamba sahaja teruskan membaca Al-Quran. Selesai sahaja mebaca.

Ok, we stop here. Go eat. We will continue later. I love you. Muah Muahh


end



# Bersabar itu sangat penting dalam menjaga keharmonian dan hubungan sejagat. Tapi tak bermakna kita perlu berdiam atas perbuatan yang tidak baik.

# Kalaupun dah tak tahan nak bergayut sekalipun. Cuba hormat orang yang berada di sekeliling kita.

# Kalaupun tak nak sembahyang sekalipun, tolonglah hormat orang lain yang sembahyang. Ini sangat penting.


Sekian buat kali ini. 

p/s: sentences english yang Italic tu adalah perbualan mereka yang sedang bergayut.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Awesome : Samsung GALAXY Note

I am here sharing again, gadget. Do I love gadget so much? Hurm let me think about it later. hehe By the way, did you guys know that Samsung released another samsung galaxy? Samsung GALAXY Note. I am just adore the features, the specification, and maybe the S-Pen? hehe Samrtphone with s-pen. Super awesome!


Here it is. Phone? Tablet? It's GALAXY Note!



I just sharing this because I like the functions. Very AWESOME! Especially those who loves pictures and professional, may love this Galaxy Note.


Specifications

Network

HSPA+ up to 21Mbps 850/900/1900/2100
4G LTE
EDGE/GPRS 850/900/1800/1900
※ Network differs by country

Processor

1.4GHz Dual Core Processor

Display

5.3” WXGA (1280 x 800, 285 PPI) screen*
HD Super AMOLED

Platform

Android™ 2.3(Gingerbread)

Camera

Main(Rear) : 8 MP with LED Flash / Front : 2 MP
Action Shot, Beauty, Panorama Shot, Smile Shot


Video

1080p Full HD video recording & playback
Recording: 1080p@24~30fps/ Playback: 1080p@30fps
Codec: MPEG4/ H.263/ H.264/ DivX, Xvid, WMV, VC-1

Audio

Codec : MP3, AAC, AMR, WMA, WAV, FLAC, OGG
Music Player with SoundAlive
3.5mm Ear Jack, Stereo FM Radio with RDS

Multi Input

Full touch + S Pen (Advanced smart pen)

Connectivity

Bluetooth® technology v 3.0 + HS
USB 2.0 HOST
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi Direct

Sensor

Accelerometer, Digital compass, Proximity, Barometer,Light

Memory

16GB Internal memory + microSD (up to 32GB)

Size

146.85 x 82.95 x 9.65 mm, 178g

Battery

Standard battery, Li-on 2,500 mAh

Value-added Features

Samsung Touchwiz/ Samsung Live Panel UX
S Memo/ S Planner/ S Choice (Apps for GALAXY Note)
Samsung Apps
Samsung kies 2.0/ Samsung kies air
Social Hub, Readers Hub, Music Hub
Google™ Mobile Services : Gmail™, Google Talk™, Google Search™, YouTube™, Android™ Market, Google Maps™ with Google Places™ and Google- Latitude™
A-GPS, Glonass

You might want to see more about this product, Just go to Samsung page or click HERE


Believe me, it is very awesome and sophisticated product. Technology is moving very fast. We even cannot predict what will be the future coming product. I do love this Galaxy Note because it may ease your work, especially those who are very busy.


And, I do love the functions for editing pictures here. I think, since I am using Samsung Galaxy, I am no longer in need of digital camera. The pictures taken by the phone is enough to satisfy my desire of having good pictures. **pity my nikon. Oh My


Now, there is another new Samsung Galaxy that is more affordable for youngsters. Its price is about 600++. My friend just bought it. You might want to know more aboust Samsung GALAXY Y, click HERE.


p/s: sometimes, it is a way to improve your English. How was my English? Very bad right? Just ignore my flawless grammar ok? =D


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Biar Gambar Berbicara


p/s: Jom banyakkan berselawat! Jangan lupa baca Surah Al-Kahfi =)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 3, 2011

Menarik : Cano Crystals - Sungai 5 Warna

Morning people! I want to share one of the interesting place in this world. Subhanallah...


Cano Crystals yang terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia diiktiraf sebagai sungai yang tercantik di dunia. Keunikkan sungai ini ialah air sungai ini akan berubah kepada 5 warna untuk satu tempoh antara musim hujan dan musim kemarau. Ia dikenali sebagai River of five colours.

 
Sebab kenapa warna air berubah ialah kerana sungai ini dipenuhi pelbagai alga tetapi air sungai ini tetap jernih. Untuk datang ke sini, anda perlu mahir menunggang kuda kerana ia satu-satunya jalan untuk kesini. Wah, hebat sekali kan ciptaan Allah S.W.T


Jom tengok gambar!










 Sumber gambar : Google


Cantik kan?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^