Aplikasi Android : Android Dan Bagaimana Memanfaatkannya | fasihah.com


November 11, 2011

Aplikasi Android : Android Dan Bagaimana Memanfaatkannya

Kita seronok dengan kehebatan dan kemajuan teknologi hari ini. Dunia semakin laju berteknologi. Pembangunan dan inovasi berkaitan teknologi sangat cepat. Jadi, sebagai manusia yang pintar dan bijak, kita sepatutnya bijak menggunakan dan mengawal teknologi dan bukan teknologi yang mengawal kita. 



Jadi, sempena hari Jumaat ni, Doktor Fas nak kongsi 2 aplikasi yang wajar dan sepatutnya ada dalam handphone yang canggih-canggih sekarang ni. Orang Inggeris kata apa? Smartphone.


Jadi, aplikasi pertama yang wajib ada bagi seorang Muslim yang bijak ialah Quran Android.

Quran Android

Kenapa perlu ada? Kerana kita selalunya pasti membawa hp kemana-mana. Outstation, melancong dan sebagainya. Makanya, bila bercuti, ada yang sangat seronok sampai terlupa nak bawak Al-Quran. Hp, charger hp memang tak kan tertinggal. Tapi Al-Quran? walaupun ada Al-Quran yang mudah dibawa ke mana-mana, masih ada yang enggan membawanya.


Jadi, dengan adanya Aplikasi ini, bila-bila kita lapang, boleh buka, kalau tak nak baca, boleh kita fahami maknanya pula dengan membaca terjemahan. Atau, kalau tak mahu baca sekalipun, kita boleh buka dan set Qari siapa baca. Jadi kita boleh dengar sahaja.


Kita boleh bookmark muka surat mana yang kita nak. Jadi bila buka aplikasi ni, kita boleh pilih nak sambung baca atau apa. Cukup kesemua surah dan terjemahan sekali dengan Reciter. Boleh pilih nak Ghamadi ke Ibrahim, Husary,Mohammad al Tablaway dan ramai lagi.


Apa yang perlu, bila mula-mula download aplikasi ni, download kesemuanya untuk memudahkan penggunaan. Download aplikasi, kemudia download sekali terjemahannya.


Ok, seterusnya, lagi 1, M-Mathurat by kerul.net by Ustaz Don Daniel.

Mathurat Android

Anda pun tahu kan kebaikan Mathurat? Dan seeloknya, dibaca pada waktu pagi dan petang. Kadang kita pagi-pagi dah sibuk nak pergi kerja, nak masuk kelas, nak hantar anak dan sebagainya. Dengan aplikasi Mathurat ada di hp, ini memudahkan lagi. Mungkin waktu dalam lrt, waktu di dalam bas, tak buat apa, daripada sambung tidur, lebih baik kita baca Mathurat. Kan? :)


Walaupun Talking Tom, Air Penguin itu menyeronokkan, tapi mungkin kita perlu untuk mencari sesuatu yang lebih memanfaatkan. :)


Segalanya boleh didapati di Android Market. 


p/s: Hari ni Jumaat, dah habis baca Surah Al-Kahfi ke? :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

7 comments:

Fezz said...

perkongsian yang menarik!

aimie amalina said...

huwaaaaaa
android mnjadikan diri lebih beristiqomah
heeee

sukelahh..x sabonyelaaa nak memiliki
hehehe =]

JIJI YU said...

bagi aku..holy quran lagi lawa kot

Anum said...

best kan android market nie

sergeant keroro said...

pakai i-quran.

Tea said...

Nokia? Aku bute IT...
Ade yassin dan surah2 best kat nokia aku.. Mau.?

Iffah Afeefah said...

akak punye quran pro

tapi tak kua sore nye