November 30, 2010

17 Perkara Yang Selalu Dibuat Semasa Cuti

[ Credit. Kawan-kawan yang bercuti semester, SELAMAT BERCUTI. Manfaatkan cuti anda! hehe ]

Antara jawapan-jawapan kawan-kawan aku yang cuti. macam-macam aktiviti ada. Kena ingat, gunakan cuti sebaiknya. Kalau yang susah nak balik tu, bila balik rumah janganlah asyik cakap bosan sahaja. Cuba buat aktiviti yang berfaedah. Isi masa yang ada. Gunakan masa yang ada sebaiknya dengan Keluarga. 

Jom, tengok, antaranya apa. :)

  1. TIDUR : yang ini memang lah. Kena dapat tidur yang secukupnya. Tapi kalau balik rumah tu, janganlah asyik membuta sahaja. Pagi tu, bangun-bangunlah tolong mak buat sarapan kat dapur. Tak pun, sendiri buat sarapan untuk keluarga. Orang yang tak tidur lepas subuh, murah rezeki tau. 
  2. MAKAN : Makan memang perlu. Tapi bila balik rumah, terlebih makan. Aduhai. Aku pun terlibat dalam kategori yang ini. Kalau cuti mak masak sedap-sedap. Tak perlu turun dari tingkat 4 beli makanan. Nak snack pula tinggal buka peti. Huhu setuju ke tak yang ini? 
  3. MAIN GAMES : Ini apa mau jadi main games saja? Haha salah ke main Games? Kalau kejap-kejap tak apa, jangan sampai solat semua tinggal sudah. Tapi carilah aktiviti lain lagi, jangan cuti penuh dengan segala macam Games pulak. 
  4. DOWNLOAD : Ini bagi mereka yang bila balik umah Internet laju. Kat Uni wireless laju teramat macam siput kan. huhu Masa inilah nak download segala Drama Korea, Family Outing. Apa lagi? lagu-lagu terbaru. huhu (tiba-tiba teringat "ethics in IT" haha semua belajar dalam kelas,tapi macam tak praktikkan je, kalau download free sapa tak mahu kan?huhu
  5. SHOPPING : Ha, kalau balik ni, kalau shopping dengan family, memang kegemaranlah kan? Sebab tak payah keluar duit kan? Haha
  6. BLOGGING : ok, yang ini aku terlibat. Masa ni lah boleh post banyak entri, nanti dah balik Uni, sibuk dengan kuliyyah, susah dah nak post entri baru kan? 
  7. BACA KOMIK : Yang ini aku lihat, mereka yang gemar baca komik, banyak habiskan masa dengan komik. Siap simpan semua siri dia. Kalau dah minat....
  8. ONLINE : Ha, ramai yang online! Iyeke? Macam tak je. Apa yang aku lihat, kawan-kawan aku hanya segelintir sahaja yang selalu online. Mungkin sibuk. Aku sendiri sudah jarang buka FB. Jadi mungkin bila aku online,mereka tak online.
  9. MENONTON TV, WAYANG lagi satu YOUTUBE : Masa ni lah kalau nak tengok episod cerita kegemaran yang dah lepas-lepas. Boleh search kat Internet. huhu
  10. HANG OUT : Yang ini aku khususkan keluar dengan kawan lama. Kawan sekolah. Masa ni lah nak jumpa. Nak tukar-tukar cerita. Masa ni jugalah kalau nak buat reunion.
  11. TRAVEL : Yang ini memang seronok! Pergi tempat-tempat lain. Berjalan melihat dan mentafsir. Cuti-cuti Malaysia! huhu Memang yang inilah paling best, tapi lagi best kalau dengan family tercinta. :)
  12. BACA NOVEL : Memang ramai yang membaca novel kerana sewaktu semester berjalan, mana ada masa nak layan novel-novel ni kan. Pendapat akulah.
  13. BACA BUKU ILMIAH : Yang ini memang bagus. Bila ada kesedaran untuk memperbaiki diri, kenalah tambah ilmu di dada. Ramai kawan-kawan aku yang dalam proses transformasi kepada yang lebih baik. So, mari sama-sama transformasikan diri anda menjadi yang lebih baik dari semalam. 
  14. KERJA : Ada yang aku tahu, buat kerja part-time. Ada yang jadi pembantu kat printing. Ada yang jadi pembantu di pejabat sekian-sekian. Wah, bagus kan? Dapat pengalaman..
  15. DOMESTIC ENGINEER : haha hebat tak yang ini? Ini sebenarnya suri rumah tangga. Homa maid. hehe Antara kerja yang paling banyak sekali mengeluarkan peluh. Lagi-lagi kalau Mop lantai. Peluh menitik-nitik kat dahi. So, banyak lemak terbakar ni. Kalau nak maintain kan badan, tak nak gemuk waktu cuti ni, jadilah DOMESTIC ENGINEER yang rajin..
  16. BELAJAR MASAK : Yang ini, aku dengar ramai kawan aku nak belajar masak. Baguslah, nanti senang cari calon. hehe 
  17. JADI BOS : Yang ini memang melampau. Duduk rumah goyang kaki sahaja. Aiyoo.. tak bagus tahu?

Ok, itu melalui pemerhatian aku. Kawan-kawan. Masa yang ada ni, gunakan sebaiknya. Berbakti pada kedua ibu bapa. Mungkin kita tak dapat apa-apa gaji. Tapi, ikhlaslah, InsyaAllah ada ganjaran yang menanti di sana. Sama-sama perbaiki diri. Mana yang baik, kita perbaikkan, mana yang buruk, kita cuba jauhkan. :)

FasiHaH kata:Apapun, pastikan cuti anda penuh bermakna ya! Selamat menghiburkan diri anda bersama Keluarga dan Alam Semulajadi! Hijaukan muka Bumi ini. :) Oh ya, pasti ada banyak lagi aktiviti lain yang aku tak sebut, jomlah share! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Ada Apa Dengan Kelambu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Pagi ini nak cerita pasal Kelambu. 
Orang selalu kaitkan Kelambu dengan Nyamuk. 
Aku nak kaitkan Kelambu dengan Kampung.
Lepas itu aku nak kaitkan lagi Kampung dengan ketenangan.
Mari geledah, apa sebenarnya Kelambu yang hendak aku ceritakan. 
Senyum sambil kenyit mata sebelah. ;)

[ Credit. Ini yang selalu orang fikir, cakap Kelambu, dibilang banyak Nyamuk. ]
Ok, aku sebenarnya anak kampung. Aku sangat suka duduk di kampung. Kalau ada peluang untuk buat rumah sendiri pun, aku nak pilih kampung juga. Kau orang suka tak dengan Kampung? Kampung tenang saja. Jadi, nak dijadikan cerita, nama kampung aku ialah KAMPUNG SUNGAI KELAMBU. haa.. Jangan gelak pula! Aku dulu selalu kena gelak kalau cakap nama kampung aku ni.

[ Selamat Datang Ke Kampung aku. ]


" Hahaha. Kelambu? Mesti adabanyak nyamuk kan. "

" Ha? Sungai Kelambu? Kat mana tu? Macam terpencil je! "

" Hahaha kau duduk dalam Kelambu saja tahu, Tak pernah nak keluar Kelambu. Macam katak dalam tempurung. "


Ya, itu antara reaksi mereka. Ingin aku beritahu, tak semua lah cakap macam ini. Ada sebahagian yang tak tahu akan pelik dan timbulkan persoalan yang begini. Mungkin dengar macam 1 Kampung yang duduk di pedalaman. Eh, Kampung aku popular juga apa. 
  • Kampung aku ada Elektrik. 
  • Kampung aku ada air.
  • Jalan lengkap.
  • Sistem perparitan ok.
  • Sekolah ada.
  • Padang ada. Dewan ada. Semua ada.
  • Line MAXIS kat sini kuat tau. 
  • Streamyx boleh saja nak pasang.
  • Masjid pun Cantik. Dah dua kali jadi Johan Masjid peringkat Daerah ke Negeri? Eh, lupa abah aku ada cakap. Tapi lupa pula. Apalagi? 
  • Kelengkapan semua cukup. 
  • Ha, lagi 1 ada ramai pengusaha Kerepek dan Usahawan IKS kat sini. 
  • Nak pergi Pekan Banting, sekejap saja, dalam 10minit sudah sampai. 
So, bukanlah kampung yang ketinggalan dek era pemodenan Ok! Aku mula-mula dulu pun pernah malu nak cakap nama kampung kalau orang tanya. Tapi sekarang tak lagi, inikan warisan Nenek Moyang. Kena lah jaga untuk generasi mendatang kan?

Antara yang menjadi tarikan di Kampung aku. Paling utama memang KEREPEK. Sebab ada JAEZ. Jaez pula dekat dengan MASJID. Memang selalu sahaja nampak bas-bas dekat area kilang dan MAsjid.

[ Masjid Ar-Raudah Sungai Kelambu ]

[ Klinik Kesihatan ]

[ Yang ini memang sentiasa menjadi perhatian di kampung aku. JAEZ. ]

Ha, ada kisah. Ini kisah sepupu. Dia dapat belajar kat SBP. Mula-mula daftar, orang tanya, dia selamba saja cakap dari Kampung Sungai Kelambu. Lepas itu kawan-kawan dia gelakkan. Terus, lepas itu, dia perkenalkan diri dia, dia duduk kat Kampung Sungai Lang. Kampung sebelah Sungai Kelambu.

FasiHaH kata: Janganlah gelakkan nama kampung kami. huhu Kami pun manusia apa! Makan pakai semua cukup. Bukan kami tak pakai baju. Bukan kami ternak nyamuk. Tapi nama kampung kami yang sedia ada KAMPUNG SUNGAI KELAMBU. So? Jangan pandang kami sebelah mata tahu? ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 29, 2010

Topik Hangat Bila Umur Sudah 20

Bila cuti kat rumah, aku tengok tak ramai kawan-kawan 1 uni online. Cuti ni pun membuatkan aku makin malas nak buka laman sosial iaitu FB. Aku layan satu itu sahaja. Cuti ini, kalau dapat online, aku pergi baca blog orang. Antara Bloggers yang rajin update yang aku follow. 1. BEN ASHAARI 2. Dunia Sebelah Zara 3. Izamir Ridzwan

Ok, fitrah manusia yang menjadi pelajar seperti aku. Bila musim Kuliyyah, nak balik umah saje tahu. Kalau boleh tak mahu pergi Kuliyyah, nak cuti goyang kaki di rumah.

Tapi, bila cuti macam sekarang ni pula, sibuk nak pergi Kuliyyah. Bosan katanya. Huhu adakah aku seperti itu juga? Tapi, aku memang benar suka cuti. Kalau dapat berjalan-jalan lagi menjanjikan kepuasan. Kat rumah ni lah kalau bagi aku, nak layan novel, layan cerita kat TV, mendownload segala bagai. Masa inilah. Lagi? Masa inilah nak rasa mak masak. Tak perlulah update status boring kat FB. Sepatutnya kenalah cari aktiviti yang boleh mengisi masa cuti ni. Biarkan lebih bermakna.

[ Credit. aku cari gambar kat Google, tiba-tiba ada gambar dia. Pernah tengok Personal Taste? Ini dia Heronya ]
Aku cari gambar yang sesuai untuk "Kerana dirimu begitu berharga" tapi banyak gambar Siti Nurhaliza je, and bila scroll down laju-laju tiba-tiba nampak gambar atas tu. Fall in love terus. Hehe Joking Ok! ;)

Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Bila sudah menginjak dewasa. Eceh. Fasihah, kau dah dewasa sangat ke ha? Semalam ada orang cakap, aku sudah dewasa! Tapi perlu diingat dewasa dan matang macam tak sama sahaja. Ke sama? Ejaan yang lain. Itu aku tahu lah. =__='

So, bila umur dah ada 2 kat depan tu. Topik yang hangat apa? Memang KAHWIN lah. Sokong tak? Aku pulak ada beberapa kawan yang memang nak sangat kahwin tapi belum tercapai disebabkan beberapa masalah. Bila jumpa kawan lama pula, soalan popular, "Bila nak kahwin?" haha tapi Batch aku sekolah menengah tak ada lagi lah yang kahwin. Dekat Uni aku pula, kahwin awal bukanlah sesuatu yang luar biasa. :)

Kedua. Lagi apa yang selalu jadi topik hangat? Ha, ISU SEMASA. Yang ini kalau kawan-kawan aku memang hangat. Isu Semasa ini tak semestinya Malaysia, selalunya yang paling hangat Isu Semasa kat Uni lah. Kalau tiba-tiba ada Spot Check mengejut. Ada Road Block. Haha Biasalah tu kan?

Lagi, bila masa belajar ni, topik yang paling hangat bila jumpa, ASSIGNMENTS yang banyak tak sudah-sudah. Lagi  PRESENTATION. KUIZ dan macam-macam jenis TEST. Yang ni setuju tak?

Bila umur dah dua digit. Pulak tu dimulakan dengan 2. Apa lagi yang selalu jadi topik hangat? Aku dengan kawan-kawan kat Uni, rasanya pusing-pusing yang kat atas ni lah yang hangat. Oh, tak lupa. Lagi 1 yang hangat, bila kawan sudah ada buah hati. Hangat ke topik ni? Mana tak hangat, bila mana kawan-kawan tukar status, lepas tu kita next to bilik dia pun tak tahu. Kalau jumpa kawan-kawan lain, semua nak tanya. Aiyoo, kalau aku tak tahu, nak jawab apa? Peka benar kalau isu yang ini! Haha XD

Apa lagi yang hangat? entah, pusing-pusing pun itu. Oh ya, kat Uni, kalau pergi Cafe, masing-masing suka tengok TV. Mungkin juga cerita-cerita Sinetron di TV juga topik hangat. Mungkin lah. Sebab aku tak tergolong kat situ. ;)

Ha, yang ini. Aku terlibat. MOVIE. Lagi-lagi KOREAN. Senior sebilik ada External, penuh dengan Cerita Korea. Dialog ini memang selalu. "Eh, kau ada cerita ni tak?" "Eh, kau dah tengok cerita tu?" Haha itu dah biasa. Tapi ada 1 cerita yang bukan KOREAN yang aku sangat suka.

[ Credit. 3 IDIOTS. Aku memang suka tengok. ALL IZ WELL. ;) ]

Tapi, ini dari kaca mata aku. Apa yang aku lihat dan aku rasa. Orang lain aku tak tahu. Ini pendapat sahaja dan sekadar suka-suka. Bolehlah kalau mahu bertukar-tukar pendapat. Apa yang hangat dibincangkan bila bertemu. Senyum sambil kenyit mata. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Bengang Dengan Manusia Yang Kejam

[ Credit: Jangan fikir diri itu sudah cukup bagus. Nanti kena bakar baru tahu. Neraka tu panas tahu. ]
Salam Isnin semua. Senyum dalam kegeraman. Kenapa bunyi entri kali ini macam marah sangat? Bukan marah sangat tapi geram. Geram dengan sikap segelintir manusia yang suka tunjuk dan cakap diri bagus sangat. Aku duduk rumah cuti ni, banyak melihat dan mendengar cerita masyarakat serta saudara-mara. Aku geram dengan sapa? Sapa yang tunjuk bagus sangat itu? Itu tak perlu diberitahu di sini. Itu urusan dia dengan Tuhan. Aku cuma nak kongsikan rasa yang membuak-buak di hati ini. Muka merah padam tapi belum berasap lagi. :D

Cuba lihat antara bait-baik pertuturan yang boleh membuatkan aku jelik. 

Ada seorang hamba Allah, pergi menjemput saudaranya untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Boleh dia kata macam ni?

"Alah, aku ni tak sihat. Badan sakit-sakit. Masa rumah kau buat majlis entah ada lagi entah tidak."

Kalau betul tak ada baru tahu! Aih, geram betul. Banyak dengar cerita dia yang suka macam ini. Sudah jelik dengar nama dia. Rasa nak terkeluar semua isi perut bila dengar nama dia. Ok, tipu. Cuba tengok pertuturan yang ini pula bila dijemput.


"Kau doakan lah aku sihat, panjang umur ye. InsyaAllah aku datang nanti."

Kan sedap didengar itu? Lagi 1, tahu tak kisah Nabi Muhammad s.a.w semasa nak jawab pertanyaan orang kafir. Bila Nabi s.a.w berkata dia akan beritahu jawapannya. Dia lupa nak ucap InsyaAllah. Akibatnya, dia tidak dapat menjawab soalan kafir pada waktu yang diberikan. Selepas itu baru Nabi s.a.w sedar dia lupa nak cakap InsyaAllah diakhir pengucapan.



Ok, mari lihat lagi. Antara pertuturan yang memang buat aku dah tak tahan nak dengar nama dia lagi.

"Alah, anak dia guru sangkut. Guru bawah JAIS bukan Kementerian."

Makcik, andai bagus kalau makcik baca entri saya ini. Hampa. Yang penting rezeki yang dicari HALAL. Rezeki tu daripada ALlah. Saya tahulah anak mak cik guru bawah Kementerian. Mak cik, tapi Makcik perlu ingat, kita nie walau lain pangkat, kita semua sama. Manusia, yang entah bila akan dijemput Allah semula. Pangkat dan darjat tak boleh bawa masuk kubur mak cik. Amal jariah dan Ilmu yang bermanfaat tu bolehlah kalau makcik nak tahu. Tapi mak cik mesti sudah tahu. Mak cik kan BAGUS.

Sekejap,sekejap, perasan tak tu? Guru Sangkut, sesuka hati dia sahaja! aih. Geram.


"Alah, buat kenduri ni semua anak-anak yang belanja. Aku tak keluar walau sesen pun"

Ialah mak cik.. Anak-anak makcik memang bagus. =___='
';.,mm,m  

"Aku baru lepas baca-baca sikit tadi. Alah, nak buat apalagi. Ngaji-ngaji lah sikit."

Kena ingat kawan. Amalan tu kalau baik macammana pun,kalau Riya'. Membunuh! Amalan dan Ibadat kita entah sempurna entahkan tidak. Tiba-tiba kita nak sebar-sebar pula kat orang. Sayangnya! Tiada rasa sekelumit rendah diri kah? Adakah kau tidak mengetahui orang yang mendengar kata-katamu itu terasa? Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya. Semoga kita semua terjaga dari perbuatan menunjuk-nunjuk tersebut. Don't show off! kata orang Jawa. Senyum.

FasiHaH kata: Mungkin sebab itu orang kata, Think before speak. Ini peringatan buat aku dan rakan-rakan. Sebab itu juga IKHLAS itu suatu yang sangat tinggi nilainya dalam kehidupan seharian. Sama-sam aberingat dan beramal.

Buat Pembaca: Ok, aku tahu,korang semua yang membaca ni tak seperti dalam cerita kan. Korang baik semuanya. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 28, 2010

Baru tahu! Blog pun ada berat jugalah.

[ Credit ]

Anda sudah tahu?
Blog ni pun ada penimbang tahu?
Aku baru tahu.

Thanks a lot sis atikaahmadiah

Jadi, blog korang berat ke ringan?
Aku prefer ringan lah.
Kalau berat, bila internet tak laju, lambat loading.
Tadi aku blog walking, ada jumpa 1 blogger dia marah bila buka blog lambat loading.
Kadang-kadang kita tak tahu orang lain punya line elok atau tidak.
Apapun, terpulang kepada masing-masing punya ciatarasa lah kan.
Senyum sambil Kenyit Mata.

Kalau nak cuba timbang berat blog, boleh pergi sini

[ mula-mula masukkan URL blog anda dan klik Checked! ]
[ ini berat blog aku, agak berat lagi ni. nanti nak cuba kurangkan bawah dari 100 KB :) ]

Masa mula-mula timbang, berat juga. Aku buanglah mana yang tak perlu, kurang sikit.
Selalunya yang buat blog ni berat widgets, lagu. Sekarang baru aku faham, kenapa bloggers yang popular tak banyak widgets and benda yang tak berapa penting dalam blog.

Tapi kan, tapi kan. Cuba kongsikan bagaimana nak buat blog ni cepat loading nya.
Korang tengok blog aku ni kan, cube korang beritahu apa yang patut dan tak patut.

Kalau orang dah excited dengan tajuk entri yang diiklankan. Tiba-tiba, bila klik link tersebut, lambat pula loading nya. Kan buatkan orang patah hati tu. hehe

p/s. Thanks to sis atikaahmadiah again for the followers award ya! ;)




TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Pelik bila tengok banyak blog ada Nuffnang

[ Nuffnang ]


Kenapa dengan Nuffnang?
Sumpah aku macam tak faham dengan Nuffnang ni. 
Aku tak tahu apa benda Nuffnang.
Aku lagi bertambah-tambah pelik, bila blog walking, banyak benar blog yang ada Nuffnang.

Kau fikir aku tak pelik?
Kau fikir aku tak curious nak tahu?

[ Aku mahukan jawapan ]
Maka, waktu cuti ini, seboleh mungkin aku cuba menggali.

What's behind Nuffnang!

Rupanya, Nuffang ni advertiser.
At the same time, it helps Blogger to earn.

Kalau tak silap aku, Nuffnang Ads ni lebih kurang AdSense by Google.
Seriusly, aku baru sahaja daftar dengan Nuffnang ni.
Mula-mula aku pun macam tak confident nak daftar. 
Tapi apa yang bagus, bila aku daftar nie, aku daftar juga di Innit.
Tempat di mana boleh ping blog.
Dapat tahu banyak info bila masuk Innit nie.

Kau orang nak cuba? boleh klik sini.

Aku betul-betul baru dalam ni. Banyak lagi yang tak tahu.
Thank you so much pada bloggers yang banyak share information!

Senyum. 
Aku sudah.
Anda bila lagi?

Selamat berhari Ahad semua.
Mulakan hari anda dengan senyuman. ;)
May Allah bless us!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 27, 2010

Things that I must know before buying a laptop

[ Credit to Inche Google ]
As a student, Laptop is an important things which every students basically own it. However, my lappy just broken down for 2 times. How sad. I am just using it for about 2 and half years. Sad and sad. It is a gift from my parents before entering University.

[ How sad, what can I do? ]
So, I decided to see other computer engineer. For the first time broken down, I have sent it to the shop. What's the problem? He said, motherboard. He told me, even if I repaired it, it cant last long. Most of his customers, using the same brand with me, same problem; that's what will happen.

So, this time around. I went to another shop. I just want to know the solution from another engineer. So, I met Uncle SEKAI. I don't know his name. But, his shop is SEKAI. That's why I call him Uncle SEKAI. ;) 

*****

Uncle Sekai: Ya, what can I help you?
I: I just want to know what is my laptop's problem. Before this, it had broken down also. About two months ago. Now, it happens again.
Uncle Sekai: Ok. Let me see. (with showing his talent)
I: ( I just watching him did his jobs)
Uncle Sekai: You are using AMD. Wah, now, I don't use AMD anymore in this shop.
I: Why uncle? Does AMD not good enough?
Uncle Sekai: Waa, AMD is good. It can make the laptop runs faster. But, it can't cope with high temperature la. It can't cope very well with high heat. Then it will make your laptop hanked or jammed.
I: Oo I see.

*****

That's what I got from my meeting with Uncle Sekai. Thanks a lot Uncle. He also recommend me with several brand of laptop. However Uncle, I need to seek many advices to get the best one. I don't want the same thing happens again.

So, next. I emailed my MIS' lecturer. (Management Information System). He has many experience on stuff like these. He is IS (Information System) people. Mr. Yusno Yunos. Proud to be one of his student. A very nice lecturer. Wink. ;)

This is what he said.

All that really matters when you are searching for a laptop is actually your budget.  How much are you willing to spend for this new laptop?  From there I can suggest few good models.  Most of the laptops nowadays come with Windows 7 and the speed is normally fast enough for you to do you normal college work.


If you are thinking to spend anywhere between RM 2000 and RM 3000, then I'd suggest you go for either Dell or HP laptops.  They are the good mid-range models.  If you are looking for slightly better mid-range models, then go for ASUS (which is the one that I'm currently using).  I bought it for 3k 6 months ago and the specs are pretty good and quite high.  (500gb HD, intel core i5 2.27GHz, ATI radeon graphic card 1gb, 4gh RAM, Win 7 64 bit).



See? First and foremost, in terms of budget. Ya it should be the first thing to be considered isn't? In addition, it is better to have original OS.


He said,

To ensure the OS installed is original, look for the original windows sticker with serial numbers at the bottom of your laptop.  If you wanna buy Dell laptop, just buy online from www.dell.com.my to ensure you get the original OS and the right customer support for 1-3 years.  If you wanna buy it from LowYat or Digital Mall, choose a store that says Authorised Dealer.

[ Should I buy a DELL laptop? ]


So, people, what else that I must know before buy a new one? Tell me. I am really appreciate it. Thanks in advance. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Subhanallah!

Cuba korang wat macam yang cheq suruh :
  1. Lihat titik pada kalimah Allah selama 10 saat.
  2. Alihkan pandangan ke dinding.
Subhanallah…korang mesti akan kagum dengan ilusi kurniaan-Nya. Aku dah try dan memang betul jadi! Sebarkan pada yang lain. 

Sumber : HotBlog
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Impian untuk ke Indonesia?

[ Ini peta Indonesia. Besar kan? Credit to Inche Google ]
Am I going to Indonesia? 
haha 
Nope la. 
This is their plan. 
Who are them?

.Pak Ngah.
.Acik Su.
.Mak.

Aku? Hanya mendengar, dalam hati berkata-kata tahu!
Siapa yang tak mahu pergi kalau diberi peluang?
Sudah tentulah mahu pergi! 
(Agak-agak ada tak mana-mana manusia yang nak sponsor aku ke sana? BERANGAN lagi )

Okey, nak cerita SEJARAH sikit. Asal usul nenek moyang.
Cuba lihat nama mak aku. 

Sariffah binti Sukor.
Sukor bin Jayanom.
Jayanom bin ... (sudah lupa! aiyoo, mak pernah bagitahu,tapi lupa)

Untuk pengetahuan semua pembaca, asal keturunan aku JAWA memang dari Indonesia. Aku sahaja yang tak duduk di Indonesia. Arwah atok aku, Hj Sukor, memang truly Indonesian kata orang Jawa. :D

Tapi kan, tapi kan, aku sudah lupa juga Indonesia bahagian mana. Kalau ikutkan, saudara mak memang ramai kat sana. Ada sorang yang duduk di Johor. Aku pun tak berapa tahulah salah silah nya. Yang aku tahu, atok sebelah mak memang dari Indonesia. Mahu test speaking jawa sama aku? haha Test la! (gaya macam pro, padahal......)

Maka, nak dijadikan cerita, semalam, mereka merancang untuk melawat saudara di sana. Mana lagi kalau bukan Indonesia. Tapi yang pasti tinggal generasi-generasi barulah. Tapi belum terputus saudara lagi. Tapi lagi, rasa makin jauhlah sebab Indonesia bukan sebelah Selangor sik. Mahu ke sana saja ongkosnya mana cukup RM 500 barangkali. (eceh, cakap Indon pula. Kalau cakap jawa, aku tak cakap macam ini lah, ini Tak tahu Indonesia sebelah mana. Ialah, Indonesia itu besar dong.)

Hendak dijadikan cerita. Cik Siti yang duduk di Johor itu menelefon Pak Ngah. Dia jemput pergi sana. Adik Bongsu dia nak kahwin Mei nanti. (dalam berkira-kira kalau Mei aku boleh ikut ke?macam tak je. adeh =__=' )

[ Gambar pengantin di Indonesia ]
Menurut mereka. Kalau pergi, boleh ketemu saudara-saudara datuk di sana. Merapatkan ukhuwwah yang makin jauh barangkali. Kalau dahulu, ketika atok masih hidup, selalunya dia saja yang pergi ke sana. Pulang berjumpa keluarganya. Tapi anak-anak dan isterinya tidak dibawa. Mana mampu membawa anak-anak yang seramai 14 orang itu. Termasuk isteri sudah 15 jadinya.

Lagi. Katanya mahu makan angin. Ini yang ini kiranya apa ya?
Apa lagi kalau bukan menyelam sambil minum air.
Cik Siti bilang, jangan dirisaukan pasal makanan. Di sana nanti, majlis pun tidak susah. Mahu lembu, penternak lembu ada. Mahu belanja, kami ada mini-market. Jangan risau katanya.

( Dalam kepala aku ligat berfikir, pasti mereka ini antara orang yang agak mewah. Ada mini-market, ada bela lembu sendiri. )

Lagi satu, aku pernah dengar, kat Indonesia ni, orang jarang beli beras. Kalau beli tu maksud dia memang kaya. Selalunya mereka akan menanam padi sendiri untuk makanan mereka. Itu cerita mereka. 
Lagi, menurut mereka, tanah kat sana, jaranglah jadi semak samun. Pasti dikerjakan mereka. Aku rasa, mereka memang darah petani. Apapun, aku tak tahu kesahihan sebenar. Sebab itulah orang kata berjalan, melihat sambil mentafsir. Kenali budaya masyarakat lain.

Oklah. itu anganan aku. Entah bila akan jadi kenyataan. Kalau benar mereka jadi pergi. Adakah aku bercuti masa itu? Rasanya tidak. Ah, tidak. Hampa lagi.

[ Jangan tinggalkan aku. Credit to Google. Gambar-gambar di blog ini boleh lah klik pada gambar untuk mendapatkan link gambar tersebut ]
Ok. Berhenti perlu berhenti mengharap. Kena kumpul duit sendiri kalau mahu pergi. Aku bukan siapa-siapa yang ada orang mahu sponsor. huhu Tapi lagi baik, kalau pergi Mekah dulu. Tak gitu? ^__^

** Maaf ya. Ada tersasul cara percakapan Indonesia pula. Ini pengaruh sinetron Indonesia lah. haha Kalau anda diberi peluang, selain Mekah, ke mana destinasi yang anda mahu pergi? Aku tahu, semua orang mestilah mahu ke Mekah kan. Aku bukan mahu pergi Indonesia sahaja. Banyak tempat lagi mahu pergi. MAlaysia pun tak habis lagi. Anda bagaiman? ;) **


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 25, 2010

Gadis Itu Menjerit

[ aaaAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (lepas geram) ]
Terima kasih Encik Google untuk gambar tersebut. :)

Kehadapan pembaca yang disayangi. eceh. Aku kembali dengan cerita GADIS lagi. Mahu berkongsi banyak cerita, tapi tiba-tiba siang tadi dapat info mengenai GADIS ini lagi. Membawa aku ke laman sesawang ini untuk bercerita lagi mengenai dia. 

Mana yang baik itu, kita jadikanlah sebagai peringatan buat diri. Yang buruk pula, kita jadikan sempadan agar kita terlindung daripada yang buruk itu. Sudah baca entri pertama mengenai GADIS ini? Kalau belum, Klik sini

Sekali lagi peringatan, segala nama watak dalam cerita ini adalah bukan nama sebenar. Siapa antara mereka, biarlah aku dan mereka yang tahu sahaja tahu.

*****

Pagi itu.. masing-masing ada dunia mereka sendiri. Termasuk aku yang berada di awangan lagi. Tiba-tiba terdengar suara Mak memanggilku.

Mak: Cik, cik.. ooo cik!
Aku: ha..haa.. ada apa mak?? Kenapa? kenapa?
Mak: Dengar tak tu bising-bising?
Aku: (masih blur baru sedar dalam nyata) Dengar apa mak?
Mak: Tak dengar ke suara orang perempuan jerit-jerit marah-marah tu?
Aku: (sambil tercari-cari aku berjalan mendekati mak)
Mak: Dengar tak? Itulah Aliah.
Aku: Ha'ah lah, ada dengar, kuat juga. (tiba-tiba bulu roma tegak)
Mak: A'ah, dialah tu, tak tahulah kenapa pula hari ni. Dah datang lagi kot sakitnya.
Aku: Alamak, takut pula dengar. Tak ada orang tolong dia ke mak? 
(haha gaya macam nak pergi cari dia dan tolong saja. Padahal sendiri pun takut)
Mak: Kadang-kadang tak ada orang kat rumah. Tapi Wak Zarah sebelah umah dia tu ada. Kalau mak abah dia tak ada. Abang-abang dia tak ada, Wak Zarah lah tolong tenangkan dia.
Aku: Kenapa sampai macam tu sekali.
Mak: Dengar tak? Dia macam mencarut kan?
Aku: aahlah. Macam-marah-marah. Jerit kuat. Takutlah.
Mak: Kadang-kadang macam tu lah kalau tiba-tiba datang sakitnya.

Jantung dup dap dup dap sambil meluru masuk ke rumah. Menerjah angah di dapur.

*****

Aku: Angah, Angah, dengar tak? Dengar tak?
Angah: Kenapa cik?
Aku: Alaa,dengar tak orang jerit-jerit tu?
Angah: Mana?
Aku: Pergi depan pintu, nanti jelas sikit.
Angah: Ha'ahlah. Itu ke yang mak cerita tu? Aliah?
Aku: Aahlah. Takutkan. Kesian kat dia.
Angah: Tak ada sapa tolong ke?
Aku: (kebetulan setelah 15minit begitu, Aliah pun berhenti menjerit-jerit) Entah la Angah, mak kata kalau tak ada orang kat rumah dia, Wak Zarah yang tolong tenangkan dia.

Aku dan Angah senyap. Masing-masing hilang dalam pemikiran tersendiri.

*****

Angah: Angah taklah terkejut sangat. Dah pernah alami dah.
Aku: Hah? Masa bila pula?
Angah: Kat sana ada juga macam ni. Adik Abang Ngah kan ada masalah juga yang Angah cerita dulu. Yang masa dia balik dari PLKN kat Sabah tu. Macam tu lah dia kalau dia sakit. Ingat tak yang Angah tengah pregnant, Angah cerita, dia kejar Angah tu? Macam itulah sakitnya.
Aku: Kasihannya mereka. Sakit yang sama. Mungkin tekanan. Tapi mungkin punca sahaja yang berbeza. 
Angah: Kenapa Aliah jadi macam tu?
Aku: Sebab lelaki.
Angah: Sekurang-kurangnya, tahu juga sebab apa. Kalau adik Abang Ngah tu, tak tahu sebab sebenar pun. Tahu-tahu balik PLKN jadi macam tu. Tak ke pening dibuat mak ayahnya.
Aku: Habis tu Angah, apa dia buat sekarang?
Angah: Macam tu lah. Ada kat umah. Tak buat apa-apa.
Aku: Habis, dah tak jerit-jerit macam dulu?
Angah: Sekarang dah tak macam tu, sekarang dia dah pandai makan ubat.
Aku: habis tu? Dulu tak pandai makan Ubat?  
(gaya budak kecik banyak tanya, kalau sekarang dah pandai, dulu tak pandailah seha oi. aduhai )
Angah: Dulu kena paksa dia makan ubat. Susah. Sekarang tak perlu paksa dah. Dia tahu makan sendiri.
Aku: Ngah, ngah, eh, peliklah, orang-orang macam ni, dahlah tekanan. Dok umah terperap je, tak boring ke? Bukan makin tekanan ke Ngah?
Angah: Hmm.. Kalau semulajadinya budak tu memang jenis yang suka duduk umah terperap. Kalau jadi macam ni, itulah yang terbaik buat dia. Kalau macam kita ni, duduk umah saja, mau kita yang jadi tekanan. Keluar tidak, jumpa sedara tidak, kalau kita mungkinlah tekanan. Mereka mungkin tidak.
Aku: Oh..
Angah: Cubalah bawa dia pergi Hospital kat Klang tu. Dia tak pergi berubat mana-mana ke?
Aku: entahlah. Tak tahu pula.

[ Credit to Pak Cik Google lagi untu Danbo ini. Gelapnya, terperap di rumah sahaja tanpa melihat dunia luar ]
*****

Ya mungkin penyelesaiannya antaranya pergi ke Hospital Sakit seperti itu. Nak buat bagaimana, kalau kewarasan sudah hilang. Ibubapa memang perlu ikhtiar melalui pengorbanan yang sangat besar. Bukan berdoa sahaja. 

Perasan tak? dah jadi 2 GADIS sekarang. Tak mengapa, cerita mereka hampir sama. Tapi puncanya yang berbeza. Munngkin.

Bagi aku, alangkah baiknya jika setiap masalah itu ditangani dengan kembali semuala kepada Syariah. Al-Quran dan As-Sunnah. Janganlah hilangkan kewarasan berfikir dan kewarasan agama hanya kerana masalah. Mungkin itu antara sebab mengapa terus dibelenggu tekanan.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram."

( AR-Ra'd : A : 28 S : 13 J : 13 M/S : 252 )

 *****

Pagi tadi Wak Zarah datang ke rumah. Tak lama selepas itu Wak Min pula. Tujuan mereka berbeza. Tapi tiba-tiba terbuka topik Aliah. Itulah topik yang paling hangat kalau ada mereke berdua. Kerana mereka yang lebih tahu keadaan Aliah. Mereka yang tolong dan selalu lihat Aliah.

Aku tidak bersama mereka. Sibuk mengemas. 
(Kononnya, sampai gelas pun pecah kat dapur. apa entah dibuatnya, gelas pun boleh tercampak.)

Cerita sebenar, Sebenarnya Aliah memang sejak dari lepas keputusan SPM keluar, dia sedikit murung. Pernah kami dengar dia berjalan ke Sekolah Rendah malam-malam memakai telekung dan duduk di depan sekolah. Mungkin dia berasa gagal kerana tidak mencapai apa yang dia target. Tapi, dia tak ada menjerit-jerit macam sekarang ni menurut Wak Zarah.

Cerita Wak Zarah lagi, dia memang tak mesra dengan keluarganya. Dia tak berkongsi cerita dengan keluarganya. Semuanya dia simpan sendiri-sendiri. Bila abangnya mengusik, dia akan melenting. Tapi sekarang memang lain, kalau tiba-tiba dia teringat ke apa tak tahulah. Memang parah jugalah. Antaranya,

"Apa kau ingat kau baik sangat ke?"

" Blah la kau "

" Aku benci dengan kau "

Itu antaranya. Yang mencarut tu, memang selalu keluar kalau dia jerit-jerit dan marah-marah. Tak perlu aku sertakan apa yang dia mencarut.

Menurut Wak Zarah, mungkin memang benar peristiwa malam itu menyebabkan tekanan dia makin tinggi.


Mari kita lihat kronologi dia:-
  1. Tak mesra dengan ahli keluarga dan suka menyendiri.
  2. Hilang pertimbangan sejurus selepas menerima keputusan SPM.
  3. Tak pernah keluar rumah, hanya bersendiri dengan dunia sendiri. Bukan tak pernah keluar langsung, pernah. Tapi tak selalu dan tak rapat dengan masyarakat. Kalau dengan keluarga pun tak mesra, apatah lagi dengan masyarakat.
  4. Mengenali cinta manusia yang bernama lelaki dan penipu. lelaki yang menghabiskan aset dia. Laptop pun kena kebas.
  5. Ditinggalkan lelaki. terus menjadi bertambah teruk tekanan dia.

Kasihan kan? aku teringat salah satu status kawan aku " Tarbiah bermula dari rumah ". Benar, aku rasa tarbiah ini sangat penting dalam mendirikan sesebuah institusi apatah lagi institusi kekeluargaan. (haha gaya macam motivator lagi, tapi kurang tauliah lah pun ). Senyum sambil geleng-geleng kepala.

Itu kisahnya setakat ini. Kita doakan Aliah (bukan nama sebenar) agar memperoleh Hidayah daripada Allah s.w.t.

*** Pesan aku. Kalau gagal, tak bermakna gagal selamanya. Kalau kalah tak bererti gagal. Itu semua ujian. kata Bujang Lapuk "COBAANNN". hehe Dalam erti kata lain, jangan mudah putus asa. Dan sekali lagi, it is easier said than done. Ini memerlukan 1 motivasi yang tinggi untuk mengamalkannya. :)

Aku hanya berkongsi cerita. Anda yang menilai. Mana buruk, jadikan sempadan ok! Terima kasih kepada yang membaca. :)



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 23, 2010

Cerpen Kehidupan Si Gadis

Alhamdulillah, bercuti di rumah, walaupun tidak pergi ke mana-mana tempat percutian, tapi ada banyak perkara yang berlaku di sekeliling aku. Bagi aku segalanya memberikan pengajaran. Kisah orang kampung, kisah saudara, kisah jiran tetangga. 

Ada yang bahagia. 
Ada yang suka. 
Ada yang sedap didengar. 
Ada yang sedih didengar. 
Ragam kehidupan memang banyak dalam melalui seharian.

Kali ini, aku kembali membawa cerita. Berfikir sejenak. Mana yang perlu aku ceritakan dulu ya? 
Derita Si Gadis? 
Pengalaman Si Sepupu ke Kelantan? 
Derita si ibu tunggal? 
Lelah seorang nenek?
Haha boleh buat buku ceritalah. ;)

Maka, aku rasa untuk yang pertama ini, aku nak berceritakan tentang GADIS. Siapakah gadis misteri tersebut? Biarlah aku dan mereka yang tahu sahaja tahu. Apapun, nama yang akan aku gunakan bukanlah nama sebenar si GADIS. Aku bercerita kerana aku rasa aku perlu menulis di blog ini kisah dia yang sedang merana kerana CINTA. 

Ada orang kata cinta itu BUTA. haha itu kata orang. Apapun, kenal CINTA SANG PENCIPTA DAHULU baru tahu apa itu CINTA sebenar. 
Gaya penulisan macam motivator. Tapi.. tak bertauliah! aku lah tu, penjenayah library, penjenayah kuliyyah, penjenayah mahallah juga. Bila mahu jadi orang baik? Aku yang nakal mengatakan tentang CINTA. Layakkah? Itu pandangan bagi setiap orang. Lain orang, lain perspektif dia. Sebab tu ada macam-macam teori yang tercipta. Tapi, kalau asas nya sama Syariah, pendapat tak lari ke mana. Pasti kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah juga. Betul kan. Senyum teringat cerita Keabadian Cinta. Cerita cinta si buta dan si pekak.


Ok, aku mahu mulakan cerita. Ini kisah yang aku tahu sejurus selepas pulang ke rumah. Hari pertama cuti, dah dapat macam-macam info berkenaan orang kampung dan saudara-mara. Semasa memandu kereta pulang dari pasar pagi itu..

*****

Mak: kesian mak tengok Aliah tu. 
Aku: kenapa dengan Aliah mak?
Mak: dia macam tak berapa betul dah sekarang. Kadang-kadang cakap sorang-sorang kat depan umah tu. Termenung. Kadang-kadang dia petik bunga depan rumah, dia letak kat telinga. Kain dia sinsing. Tangan sebelah bawa selipar. Dia jalan kat tepi jalan tu.
Aku: kenapa macam tu? dia dah tak belajar ke?
Mak: itulah, tak tahulah kenapa sebabnya sebenarnya. Dia memang dah tak belajar dah. Duduk rumah je.
Aku: hmm...tekanan perasaan agaknya mak.
Mak: entahlah. tapi kesian mak tengok. Kadang-kadang dia jerit-jerit, marah-marah. Bila jerit-jerit, mak pun takut kalau terdengar.
Aku: sampai macam tu sekali ke mak? Kalau dia jadi macam tu, tak ada orang ke kat rumah?
Mak: mak dia kan dah berhenti. Dah pencen. Tapi sekarang kerja jadi cleaner kat sekolah kebangsaan. Kadang-kadang memang tak ada siapa kat umah. Nanti Wak Zarah lah tolong tengokkan dia. Kadang Wak Zarah yang tolong tenangkan dia kalau dia jadi macam tu.

Aku senyap seketika. Memandu sambil berfikir. Kasihannya dia.


*****

Sewaktu itu ada iklan di radio. Era.fm tak silap. Iklan yang anna rafali ke Diana daniel aku tak pasti. Iklan dia kata, perempuan, jangan mudah terima hadiah atau ajakan orang yang tidak dikenali lagi-lagi lelaki.

*****

Mak: Ingat tak? Yang mak kata dia ada belajar kat Kolej. Tapi dah tak belajar lagi dah. Berhenti. Berhenti pun laptop semua tak bawa balik.
Aku: ha, ada.
Mak: Wak Min kata, sebenarnya sejak dari berhenti tulah jadi macam tu.
Aku: tekanan lah tu mak.
Mak: Wak Min kata, Aliah ada kawan lelaki kat KL tu.
Aku: hmm..
Mak: Ada 1 malam tu, dia keluar dengan lelaki tu, dia bawa pergi mana entah. Tapi bila sampai kat situ, tiba-tiba lelaki tu pergi tinggalkan dia. Lelaki tu bawa perempuan lain. Dia tinggalkan si Aliah ni sorang-sorang kat tengah bandar KL tu. Masa tu, lelaki tu dah ambik Laptop si Aliah, kira barang berharga dah selamat kat budak lelaki tu. Sebab tu dia balik pun laptop tak bawa. Sebab budak lelaki tu dah ambil.
Aku: Lepas tu? Macam mana?
Mak: Malam tu, si Aliah ni telefon ayah dia. Dia cakap kat bapak dia yang dia tinggal sorang kat tempat sekian-sekian tak tahu jalan balik. Ayah dia tak tahu nak buat apa. Nasib baik, ayah dia ada kawan kat KL tu..pembawa teksi. Ayah dia pun beritahu kat kawan dia minta tolong suruh ambil si Aliah tu kat sekian-sekian. Tak kiralah berapa pun bayarannya. Tapi tolong hantarkan ke rumah.
Aku: hmm..
Mak: malam tu, katanya sampai kat rumah pukul 3 pagi. Kawan ayah dia bawak dan hantar sampai rumah. Bayaran teksi tu sahaja RM 300. 
Aku: ya Allah..kat manalah dia ditinggal tu.
Mak: sejak kejadian ni lah dia jadi macam tu. Kalau marah tu, terjerit-jerit kadang keluar perkataan yang tak sedap didengar.
Aku: betul ke cerita mak ni? Entah tak betul tak..
Mak: ni mak cik si Aliah tu yang cerita. Tak tahulah kebenaranyya tu betul ke tak. Tapi kalau si Aliah ni jerit-jerit memang dia macam marah dan geram sangat dengan lelaki tu. Tak apalah, cerita ni benar atau tidak, ambil lah yang mana perlu sebagai pedoman.


*****

Pesan Mak

" Tu cik, buat pedoman. Jangan mudah sangat percaya kat orang. Lagi-lagi lelaki. Tak perlulah keluar malam-malam. Kadang-kadang dengan perempuan pun tak boleh percaya sangat. Malam-malam keluar buat apa. Tak perlu keluar dengan lelaki dengan perempuan pun jangan cuma keluar berdua. Belajar betul-betul. "

*****

Itu kisahnya. Kasihan. 

Kerana CINTA sudah hilang pedoman. 
Kerana CINTA buat pemikiran tak karuan.. 
Kerana CINTA hilang kewarasan. 

Minta kita semua yang membaca kisah ini, kita doakan agar si Aliah temui jalan yang lurus. Semoga kita semua terhindar dari kejadian seperti ini. Seperti nasihat mak aku, jangan mudah percayakan orang. Lagi-lagi kita perempuan, jangan mudah percaya dengan lelaki. Lagi satu, jangan selalu keluar malam. Lagi-lagi kalau dua orang yang bukan mahram. Kan yang ketiga syaitan. (",)

^___^
 Tiba-tiba teringat.
Kawallah rasa marah dengan cermat.
Kawallah dengan rasional bukan emosional.
Marah kawan syaitan.
Ini memang cerita tentang mereka.
Tapi sebagai teladan kepada aku.
Aku berkongsi dengan kamu.
Agar semua ambil pedoman.
Aku juga insan biasa yang selalu melakukan khilaf.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Selepas Sebelum Semasa 4

Aku ingin melangsaikan serta menyelesaikan artikel yang belum selesai. 
Kisah 3S.
Maka, ini yang terakhir, SEMASA HARI RAYA AIDIL ADHA.

Masa: Sepanjang hari raya AidilAdha 2010
Tempat: Kampung Sungai Kelambu (by default)
Mereka yang terlibat: Aku, Keluarga dan Masyarakat setempat.

Here all the pictures during Eid Adha festives at my village.
(eh tiba-tiba skeaping pulak :D)

[ proses penyembelihan lembu korban oleh orang-orang kampung ]

[ lagi gambar lembu yang bakal disembalih ]

[ pemuda mewarisi kepakaran mengolah lembu yang telah disembelih ]

[ Nampak darah tu? selamat sudah disembelih. anak buah aku takut melihat lembu-lembu ini disembelih ]

[ menghiris daging sebelum diberikan kepada seluruh penduduk kampung ]
[ meja untuk mengambil daging serta penyerahan kupon ]

[ di belakang masjid, aktiviti masak memasak untuk makan tengah hari ]

[ Sebahagian penduduk kampung yang datang melihat dan membantu sama ]
[ Yang pakai spect itu Encik Hisham, merangkap ketua chef hari itu. Dia memang Chef. Sup tulang beliau sangat sedap. Thumbs up xD ]
Oh lupa. Semasa program korban Aidil Adha di Masjid ini, Pihak Pengurusan ada menyediakan dua baju t-shirt. 1 warna biru. 1 warna hijau. Bagi AJK Korban, mereka memakai yang biru. Bagi AJK Masjid, warna hijau hitam. Nampak gambar di atas? Yang memakai kopiah berwarna merah itu ketua kampung Kerajaan Negeri. Muda lagi. Tapi muda pun, komited dengan tanggungjawabnya sebagai Ketua Kampung. Kalau kita, belum pasti mampu melaksanakan sebaik dia kan.

[ Lagi gambar di perkarangan Masjid Ar-Raudah ]

[ Si kecik Qaisara yang mengikut ayah dan umminya ke MAsjid untuk melihat lembu yang disembelih, tapi baru tengok sekali terus tak mahu tengok lagi. ]

[ Sebenarnya nak fokus kat budak kecik tu, si kecil Hakimi sedang rajin membantu atoknya membasuh cawan. Semoga terus rajin pada masa akan datang ye Dik. ]

[ Si kecil Hariz yang pulang ke kampung sempena Aidil Adha. Apa dia tahu tentang korban? Dia tahu tengok cerita Kampung Boy dengan goyang kaki. Geleng kepala dan senyum. ]
Lagi kisah si kecil itu. Habis cerita Kampung Boy.

Hariz: dai!
Usu: hah? apa Hariz? Kedai? nak pi kedai ke?
Hariz: aa..dai


*******


Usu: Mak, Angah, tengok budak nie. Pandai betul, naik, minta remote pastu suh buka "tun".
Mak: dah biasanya macam tu lah tu.
Usu: Tapi mak, habis kartun ja, cakap "dai".
Angah: tu dia cakap "pandai" lah tu.
Mak: hariz hariz, pandai ye.
Usu: lah yeke? Ingatkan dia minta pergi kedai.


*****

Kesimpulannya, kena memahami bahasa budak kecil lagi dengan lebih mendalam. Kalau tidak asyik salah tafsir. haha Almaklumlah, mak dia pasti lebih memahami kerana selalu bersama anaknya. Ibu pasti lebih memahami anaknya. Senyum.

[ Brooch di atas tiada kena mengena dengan aktiviti di Masjid ini. Tapi ini cenderahati dari Sabah dari Uda buat Kak Ipar, Kak Ngah, Mak, Umairah serta Wafa tak lupa juga Usu. Terima Kasih Uda. ]
Aku rasa, program Korban ini berjaya. Tahniah kepada pihak Pengurusan Ibadah Korban 2010.
Kasihan kepada AJK yang sampai demam selepas program. Sangat penat lah tu. Tak sempat berehat, terus kena hadiri kursus pula untuk 3 hari. Buat Uda, may Allah gives you the wellness of your health ok!

Cukup dan berakhir entri 3S aku. Kalau kau nak kata, apalah ini pun nak cerita kat sini. Well, suka aku lah. Blog aku. Ini satu cara penyimpanan di awang-awangan tahu. Esok beberapa tahun akan datang, kalau aku dah tiada, sekurang-kurangnya, cerita aku, masih boleh dicari di laman sesawang ini.

Aku rasa cemburu pada mereka yang waktu cutinya penuh dengan aktiviti traveling bersama keluarga. Semoga percutian anda memberi 1001 makna dan pengalaman. Bukankah berjalan ke tempat baru itu satu proses mentafsir alam, mengenali kehidupan.

Wallahua'lam.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

November 21, 2010

Selepas Sebelum Semasa 3

Kembali semula dengan kisah 3S yang belum selesai. 
Antara gambar yang sempat aku SNAP sebelum AIDIL ADHA.


Petang itu, seusainya solat zohor di Masjid Taman Keramat AU. Masuk sahaja kereta, Aku?


Mahu tidur, tapi tidak kesampaian apabila abang aku perlu kembali semula ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Nasib baik tidak lama. Selesai urusannya di situ, kami pun bergerak pulang. Aku memang sangat mengantuk dan tertidur tidak menyedarkan diri. Yang pasti, abang aku sibuk sepanjang perjalanan. Ada sahaja call. Tapi aku hanya sedar apabila sudah sampai ke Daerah Kuala Langat. Sebelum itu?? haha SELAMATLAH.


Aku tersedar bila ada bunyi hp berbunyi. Hp siapa lagi, abang aku lah yang sibuk sungguh.


" alamak, saya tak ada kat kampung lah sekarang, cuba tanya haris "


" lembu sampai dah ke? "


" ustaz, nanti saya cuba cari siapa lapang kat kampung "


" memang tak ada siapa-siapa ke kat masjid ustaz? "


Antara conversation yang aku dengar. 


Maka, hendak dijadikan cerita, tak lama, sampailah di kampung halaman. Aku tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya, mengikut abang aku menguruskan perihal Qurban. Petang tersebut, akan ada penyerahan lembu daripada Kerajaan Negeri Selangor. Setiap tahun, memang setiap kampung akan dapat 1 ekor daripada Kerajaan Negeri Selangor. Sepatutnya untuk masjid, tapi abang aku menguruskan qurban bagi seluruh kawasan kampung. Menurutnya, di masjid sudah ada 7 ekor, maka lembu yang ini akan di letakkan di Surau Haji Marzuki. Maka, aku pun ikutlah dia tengok lembu yang bakal di korbankan.

[ Lembu-lembu dari Kerajaan Negeri Selangor untuk diagihkan ke setiap kampung ]

[ Bersedia untuk turun. Kesian ke? Kalau kesian kat lembu, tak boleh makan daging dia lah. ;) ]
Aku melihat lembu-lembu tersebut. Ada rasa kasihan? Oh tidak. Aku belajar untuk terharu dengan mereka. Mereka ini bakal jadi tunggangan di akhirat kelak. Setiap bulu mereka itu pahala korban tau!

For me...

"They are what they do.."


Tahniah kepada semua yang menjalankan tanggungjawab untuk berkorban. 
Semoga terus berkorban, walaupun bukan hari raya korban. ;)


[ Antara surat agihan kupon kepada seluruh penduduk kampung. Yang dalam kotak warna HIJAU itu kuponnya. ]
Selepas lembu dah turun. Kami pun pulang ke rumah. Di rumah, peluk cium mak abah dulu lah. Sudah dekat sebulan tak jumpa. hehe Ok, petang itu, kerja aku, perlu menyiapkan juadah berbuka. Simple sahaja. Kemudiannya, aku menyelesaikan tugas-tugas pembantu setiausaha tiba-tiba. haha

[ Ok, itu logo Masjid Kampung Sungai Kelambu ]
Keesokan harinya, pagi itu, aku membawa my mom pergi ke pekan untuk berbelanja. Katanya nak raya, belilah bahan-bahan untuk di masak. Pada masa yang sama aku beli bahan untuk membuat kek. Raya nie sempatlah kiranya aku buat kek marble and kek batik.

[ Ini hasil kek marble aku. Nampak tak? Nak jugak letak warna hijau. haha Ini usaha sama tenaga pengajar berpengalaman puluhan tahun dalam bidang kedapuran, mak aku ya! hehe ]
Aku buat 3 bekas kek marble. Selebihnya, aku buat kek kecil-kecil cumel ini.
Sepetang aku bersama OVEN.
**wink wink ^__^


[ Yang cumil-cumil ini, tak sempat sampai 48 jam. Masa hari pertama raya Qurban. Sudah khatam. Lain kali kalau usu rajin, usu buat lagi ye askar-askar Abang Long and Kak Ngah! ;) ]
Budak-Budak suka. Aku pun suka.
Abang kakak suka. Aku tumpang bahagia.
Bila buat cepat sahaja semuanya habis. Aku memang rasa bahagia.
^___^

Oh, lupa. Kek batik. Aku buat pada hari Jumaat yang lalu. Selepas kehabisan kek marble, aku buat satu adunan kek batik. Sekejap sahaja. Tak sempat nak ambil gambar. Sudah habis di makan-makan tentera-tentera hantu coklat kat umah nie. hehe aku pun sama hantu juga ;) 


Itulah antara persiapan sebelum raya Kurban tahun ini. Teringat dua tahun lepas, raya kami, tanpa mak abah. Mereka menunaikan haji. Tinggallah kami 4 beradik. Apapun, seronok sahaja. TV memang ON 24jam, nak tahu khabar mereka yang menunaikan haji.


Mereka sudah. 
Aku? 
Bila lagi? 
Ya, marilah sama-sam menabung. 
Cari yang halal tahu! ;)

Hari sebelum raya korban. Banyak menerima makanan daripada adik-adik abah. Aku kat umah ni dah termangu-mangu. Apa tak nya. Juadah dah banyak. Takkan nak masak banyak-banyak lagi. Keesokan hari, sudah pastinya akan makan tengah hari di Masjid selesai upacara penyembelihannya. Nak dijadikan cerita, aku cadangkan pada mak, agar masak yang simple sahaja untuk esok.

Malam itu, selesai menyiapkan kek, kemas dapur. Kami tak masak. Bahan-bahan masak sudah siap. Tinggal nak masuk dalam kuali sahaja. Kami buat keputusan untuk masak rendang cili api ayam, ayam goreng berempah dan sambal kacang. Ketupat sudah siap rebus. Masuk tidur malam itu. Pagi perlu ke masjid. ;)

Pagi itu...mak aku lah yang masak. Bukan aku. hehe

To be continued...


If God brings you to it, He will bring you through it. In Happy moments, praise God. In Difficult moments, seek God. In Quiet moments, worship God. In Painful moments, trust God. In Every moment, thanks God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Pencil And Eraser


Pencil: I'm sorry....

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. 

Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad. 


To my parents, I knew I did a lot of mistakes. Please forgive me. I love you both. Nothing could replace your great deeds. Only Allah can rewards it with something better. I pray that Allah give you the greatest rewards. Ameen.

Credit to university of Tarbiyah



If God brings you to it, He will bring you through it. In Happy moments, praise God. In Difficult moments, seek God. In Quiet moments, worship God. In Painful moments, trust God. In Every moment, thanks God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^