Turning Point | fasihah.com


November 3, 2010

Turning Point

Sesiapa yang minat dengan Hlovate, mesti faham dan tahu apa yang nak aku kisahkan kali nie. Terpanggil aku untuk menulis mengenai turning point bilamana tengahhari tadi, usai sahaja makan tengah hari, aku dan Fiza pun berborak-borak kosong sambil membaca artikel2 yang dipost kan dalam Facebook. Sambil-sambil tu juga, berjalan-jalan dari 1 blog ke 1 blog yang lain.

Aku: Fiza, ape ke nama blog yang citer pempuan tu jumpa suami dia yang sweet ja kitorg dengar hari tu?
Fiza: ha, ko pi tengok kat blog Fathiyyah (From the inside) pastu ko cari link The Destiny

Setelah berjumpa, entry pertama yang menarik minat adalah entry berkenaan turning point. Bagaimana pemilik blog ini sudah bertemu turning point nya dengan mendengar lagu Dehearty-istimewanya wanita ke ape tah tajuk dia lebih kurang macam tu lah. Ok, tak perlu lah nak cerita panjang2 kan cerita turning point Sis Nani pemilik The Destiny tu kan. huhu

Aku pun baca dengan kuat artikel tu, sambil si Fiza pun mendengar. Usai sahaja membaca artikel tersebut...

Aku: wahh...dia dah jumpa turning point dia lah Fiza,bestnya.
Fiza: hah seha, kita bila nie nak jumpa turning point?
Aku: itulah pasal.... (dalam minda bermain2 fikiran..hidayah milik Allah,wawa..tapi kita kena berusaha mendapatkan hidayahNYA..kan kan kan) .awesome.

Turning point ni macam...titik permulaan yang lebih baik lah, macam hidayah gak, memang hidayah pun. Turning point ni membuatkan seseorang individu itu lebih baik daripada sebelumnya, lagi2 dari segi agamanya. wah, aku ni berfalsafah ke apa?? oh tidak, tidak!ini kata orang arabnya *opinion* ha, ni apa yang aku faham.

Kalau uda punya falsafah no turning back! ha turning point ni teori yang perlu dicapai dengan usaha dan kuasa pemberianNYA hanyalah ada padaNYA.

Seterusnya, aku membaca artikel yang bertajuk "yang penting agamanya...ayah.." seperti biasa, aku membaca dengan kuat agar dapat diperdengarkan oleh Fiza.

Selesai membacanya, banyak isi penting nie.....paling penting, Hidayah itu milik Allah, kalau Allah tak nak bagi hidayah kat seseorang tu, tiada manusia yang dapat memberikan hidayah kepadanya....walaupun kepada isterinya, anaknya, ibu, ayah dan sesiapalah.

Kami terharu baca! kami memang cepat teruja. kes3~~ *fiza, fiza aku masukkan kau sekali dalam group teruja. hehehe

Ha..lagi satu, dalam artikel nie, paling penting, dont judge a book by its cover..eh eh, macam tak berapa kena pulak. Okey bukan,em,,apa ya?? Ha, jangan anggap semua orang itu sama. dalam kes artikel ni, janganlah anggap yang bertudung labuh itu semua tak baik. Kisah Johari yang mengkritik habis-habisan orang yang bertudung labuh. Kasihan mereka, kerana nila setitik, rosak susu sekuali tau!

Orang tudung labuh pun manusia biasa, bukan maksum. (okeyh, yang ni pun terbaca artikel juga)

usai membaca artikel yang penting agamanya..

Fiza: sehah, ape lagi....cuti nanti lah
Aku: ... cuti nanti,nak buat apa lagi, tengok tv lah aku gayanya (jawab dengan nada bersahaja,gaya macam blur2 sahaja, eh betul apa jawapan aku tuh)
Fiza: bila kita nak jadi baik ni seha, kena tingkatkan ilmu agama nie, tuh, yang penting agamanya tuh seha
Aku: (adoii..kena..baru tersedar,agak kepincangan di situ.hehe) aahlaa fizah, yang penting agamanya tuh, bila nak tingkatkan ilmu agama nieyh fiza..aiyoo
Fiza: ape lagi, cuti nie, haa
Aku: hehehe
Fiza: kena jadi baik ni seha, kalau tak, nanti tak dapat pasangan baik,kang kita agama tak seberapa dapat agama yang tak seberapa jugak.
Aku: haa haa.. betul2..

***sama-sama ketawa walaupun aku tahu, pasti dalam hati kami berdua mencari jawapan kepada permusahabahan diri itu tadi. Juga tak lupa turning point.

kalau cerita Hlovate, memang sungguh2 nampak turning point dia, dari yang biasa2 kepada yang alim. wah..

*aku dan fizah hanyut dalam anganan masing2 selepas itu..

(^__^)


If God brings you to it,He will bring you through it.In Happy moments, praise God.In Difficult moments, seek God.In Quiet moments, worship God.In Painful moments, trust God.In Every moment, thank God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

5 comments:

Shah said...

hahaha..so apa lagi?? ^_*

Faisal Arrifin said...

ceh3,
dah macam indon dah aku baca artikel ko.
banyak sangat perkataan indon. =)

selalu sangat ke turning point, tp tak kekal.. paling lama pun seminggu.
entahlah. =)

Fasihah Supian said...

fiza,fiza fiza! huhu so..apalagi ye??adehh macam x faham faham pulak kan.hehehe

faizal. oh tidak, sikit punya baik aku cuba berbahasa melayu tau! tu lah, turning point yg betul2 berterusan mengubah tu...perlukan istiqamah tue..hik3 ;)

[MH] said...

turning point setiap org itu lain2 kan

semoga bertemu dengannya
dn jgn berhenti doa. turning point itu tidak dtg bergolek kalau kita tidak mencari :)

Fasihah Supian said...

betul 2..
terima kasih drop by..
dia takkan datang bergolek...=)