Selepas Sebelum Semasa 4 | fasihah.com


November 23, 2010

Selepas Sebelum Semasa 4

Aku ingin melangsaikan serta menyelesaikan artikel yang belum selesai. 
Kisah 3S.
Maka, ini yang terakhir, SEMASA HARI RAYA AIDIL ADHA.

Masa: Sepanjang hari raya AidilAdha 2010
Tempat: Kampung Sungai Kelambu (by default)
Mereka yang terlibat: Aku, Keluarga dan Masyarakat setempat.

Here all the pictures during Eid Adha festives at my village.
(eh tiba-tiba skeaping pulak :D)

[ proses penyembelihan lembu korban oleh orang-orang kampung ]

[ lagi gambar lembu yang bakal disembalih ]

[ pemuda mewarisi kepakaran mengolah lembu yang telah disembelih ]

[ Nampak darah tu? selamat sudah disembelih. anak buah aku takut melihat lembu-lembu ini disembelih ]

[ menghiris daging sebelum diberikan kepada seluruh penduduk kampung ]
[ meja untuk mengambil daging serta penyerahan kupon ]

[ di belakang masjid, aktiviti masak memasak untuk makan tengah hari ]

[ Sebahagian penduduk kampung yang datang melihat dan membantu sama ]
[ Yang pakai spect itu Encik Hisham, merangkap ketua chef hari itu. Dia memang Chef. Sup tulang beliau sangat sedap. Thumbs up xD ]
Oh lupa. Semasa program korban Aidil Adha di Masjid ini, Pihak Pengurusan ada menyediakan dua baju t-shirt. 1 warna biru. 1 warna hijau. Bagi AJK Korban, mereka memakai yang biru. Bagi AJK Masjid, warna hijau hitam. Nampak gambar di atas? Yang memakai kopiah berwarna merah itu ketua kampung Kerajaan Negeri. Muda lagi. Tapi muda pun, komited dengan tanggungjawabnya sebagai Ketua Kampung. Kalau kita, belum pasti mampu melaksanakan sebaik dia kan.

[ Lagi gambar di perkarangan Masjid Ar-Raudah ]

[ Si kecik Qaisara yang mengikut ayah dan umminya ke MAsjid untuk melihat lembu yang disembelih, tapi baru tengok sekali terus tak mahu tengok lagi. ]

[ Sebenarnya nak fokus kat budak kecik tu, si kecil Hakimi sedang rajin membantu atoknya membasuh cawan. Semoga terus rajin pada masa akan datang ye Dik. ]

[ Si kecil Hariz yang pulang ke kampung sempena Aidil Adha. Apa dia tahu tentang korban? Dia tahu tengok cerita Kampung Boy dengan goyang kaki. Geleng kepala dan senyum. ]
Lagi kisah si kecil itu. Habis cerita Kampung Boy.

Hariz: dai!
Usu: hah? apa Hariz? Kedai? nak pi kedai ke?
Hariz: aa..dai


*******


Usu: Mak, Angah, tengok budak nie. Pandai betul, naik, minta remote pastu suh buka "tun".
Mak: dah biasanya macam tu lah tu.
Usu: Tapi mak, habis kartun ja, cakap "dai".
Angah: tu dia cakap "pandai" lah tu.
Mak: hariz hariz, pandai ye.
Usu: lah yeke? Ingatkan dia minta pergi kedai.


*****

Kesimpulannya, kena memahami bahasa budak kecil lagi dengan lebih mendalam. Kalau tidak asyik salah tafsir. haha Almaklumlah, mak dia pasti lebih memahami kerana selalu bersama anaknya. Ibu pasti lebih memahami anaknya. Senyum.

[ Brooch di atas tiada kena mengena dengan aktiviti di Masjid ini. Tapi ini cenderahati dari Sabah dari Uda buat Kak Ipar, Kak Ngah, Mak, Umairah serta Wafa tak lupa juga Usu. Terima Kasih Uda. ]
Aku rasa, program Korban ini berjaya. Tahniah kepada pihak Pengurusan Ibadah Korban 2010.
Kasihan kepada AJK yang sampai demam selepas program. Sangat penat lah tu. Tak sempat berehat, terus kena hadiri kursus pula untuk 3 hari. Buat Uda, may Allah gives you the wellness of your health ok!

Cukup dan berakhir entri 3S aku. Kalau kau nak kata, apalah ini pun nak cerita kat sini. Well, suka aku lah. Blog aku. Ini satu cara penyimpanan di awang-awangan tahu. Esok beberapa tahun akan datang, kalau aku dah tiada, sekurang-kurangnya, cerita aku, masih boleh dicari di laman sesawang ini.

Aku rasa cemburu pada mereka yang waktu cutinya penuh dengan aktiviti traveling bersama keluarga. Semoga percutian anda memberi 1001 makna dan pengalaman. Bukankah berjalan ke tempat baru itu satu proses mentafsir alam, mengenali kehidupan.

Wallahua'lam.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

7 comments:

littletuffgirl said...

kte x smpat pn nak tgk org sembelih lembu. tgk dalam ni pon dah cukup. hehe. berani kan seha tgk diorang sembelih. :D

Fasihah Supian said...

actually dah penah tengok gak sebelum ni, masa tu kat umah ada sembelih lembu. Memang depan mata lah.. dengar suara lembu tu...syahdu benar.hehe kt umah nenek teem xda lembu korbankah?

oda said...

like very much to read ur story dear

littletuffgirl said...

dorang buat kot. tp atok je la yg gi masjid tlg2 korban segala. ktorang dok umah je. :D

Fasihah Supian said...

cik odah: thanks for being good reader lah my dear ;)
cik timmy: dok umah tunggu daging saje lah ye?hehe

littletuffgirl said...

hahaha.true! kami si pelantak yg setia. keh3

Fasihah Supian said...

haih..masing2 proses pembesaran diri di rumah nampaknya! same goes to me..aiyoo =___=