Alhamdulillah, bercuti di rumah, walaupun tidak pergi ke mana-mana tempat percutian, tapi ada banyak perkara yang berlaku di sekeliling aku. Bagi aku segalanya memberikan pengajaran. Kisah orang kampung, kisah saudara, kisah jiran tetangga.
Ada yang bahagia.
Ada yang suka.
Ada yang sedap didengar.
Ada yang sedih didengar.
Ragam kehidupan memang banyak dalam melalui seharian.
Kali ini, aku kembali membawa cerita. Berfikir sejenak. Mana yang perlu aku ceritakan dulu ya?
Derita Si Gadis?
Pengalaman Si Sepupu ke Kelantan?
Derita si ibu tunggal?
Lelah seorang nenek?
Haha boleh buat buku ceritalah. ;)
Maka, aku rasa untuk yang pertama ini, aku nak berceritakan tentang GADIS. Siapakah gadis misteri tersebut? Biarlah aku dan mereka yang tahu sahaja tahu. Apapun, nama yang akan aku gunakan bukanlah nama sebenar si GADIS. Aku bercerita kerana aku rasa aku perlu menulis di blog ini kisah dia yang sedang merana kerana CINTA.
Ada orang kata cinta itu BUTA. haha itu kata orang. Apapun, kenal CINTA SANG PENCIPTA DAHULU baru tahu apa itu CINTA sebenar.
Gaya penulisan macam motivator. Tapi.. tak bertauliah! aku lah tu, penjenayah library, penjenayah kuliyyah, penjenayah mahallah juga. Bila mahu jadi orang baik? Aku yang nakal mengatakan tentang CINTA. Layakkah? Itu pandangan bagi setiap orang. Lain orang, lain perspektif dia. Sebab tu ada macam-macam teori yang tercipta. Tapi, kalau asas nya sama Syariah, pendapat tak lari ke mana. Pasti kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah juga. Betul kan. Senyum teringat cerita Keabadian Cinta. Cerita cinta si buta dan si pekak.
Ok, aku mahu mulakan cerita. Ini kisah yang aku tahu sejurus selepas pulang ke rumah. Hari pertama cuti, dah dapat macam-macam info berkenaan orang kampung dan saudara-mara. Semasa memandu kereta pulang dari pasar pagi itu..
*****
Mak: kesian mak tengok Aliah tu.
Aku: kenapa dengan Aliah mak?
Mak: dia macam tak berapa betul dah sekarang. Kadang-kadang cakap sorang-sorang kat depan umah tu. Termenung. Kadang-kadang dia petik bunga depan rumah, dia letak kat telinga. Kain dia sinsing. Tangan sebelah bawa selipar. Dia jalan kat tepi jalan tu.
Aku: kenapa macam tu? dia dah tak belajar ke?
Mak: itulah, tak tahulah kenapa sebabnya sebenarnya. Dia memang dah tak belajar dah. Duduk rumah je.
Aku: hmm...tekanan perasaan agaknya mak.
Mak: entahlah. tapi kesian mak tengok. Kadang-kadang dia jerit-jerit, marah-marah. Bila jerit-jerit, mak pun takut kalau terdengar.
Aku: sampai macam tu sekali ke mak? Kalau dia jadi macam tu, tak ada orang ke kat rumah?
Mak: mak dia kan dah berhenti. Dah pencen. Tapi sekarang kerja jadi cleaner kat sekolah kebangsaan. Kadang-kadang memang tak ada siapa kat umah. Nanti Wak Zarah lah tolong tengokkan dia. Kadang Wak Zarah yang tolong tenangkan dia kalau dia jadi macam tu.
Aku senyap seketika. Memandu sambil berfikir. Kasihannya dia.
*****
Sewaktu itu ada iklan di radio. Era.fm tak silap. Iklan yang anna rafali ke Diana daniel aku tak pasti. Iklan dia kata, perempuan, jangan mudah terima hadiah atau ajakan orang yang tidak dikenali lagi-lagi lelaki.
*****
Mak: Ingat tak? Yang mak kata dia ada belajar kat Kolej. Tapi dah tak belajar lagi dah. Berhenti. Berhenti pun laptop semua tak bawa balik.
Aku: ha, ada.
Mak: Wak Min kata, sebenarnya sejak dari berhenti tulah jadi macam tu.
Aku: tekanan lah tu mak.
Mak: Wak Min kata, Aliah ada kawan lelaki kat KL tu.
Aku: hmm..
Mak: Ada 1 malam tu, dia keluar dengan lelaki tu, dia bawa pergi mana entah. Tapi bila sampai kat situ, tiba-tiba lelaki tu pergi tinggalkan dia. Lelaki tu bawa perempuan lain. Dia tinggalkan si Aliah ni sorang-sorang kat tengah bandar KL tu. Masa tu, lelaki tu dah ambik Laptop si Aliah, kira barang berharga dah selamat kat budak lelaki tu. Sebab tu dia balik pun laptop tak bawa. Sebab budak lelaki tu dah ambil.
Aku: Lepas tu? Macam mana?
Mak: Malam tu, si Aliah ni telefon ayah dia. Dia cakap kat bapak dia yang dia tinggal sorang kat tempat sekian-sekian tak tahu jalan balik. Ayah dia tak tahu nak buat apa. Nasib baik, ayah dia ada kawan kat KL tu..pembawa teksi. Ayah dia pun beritahu kat kawan dia minta tolong suruh ambil si Aliah tu kat sekian-sekian. Tak kiralah berapa pun bayarannya. Tapi tolong hantarkan ke rumah.
Aku: hmm..
Mak: malam tu, katanya sampai kat rumah pukul 3 pagi. Kawan ayah dia bawak dan hantar sampai rumah. Bayaran teksi tu sahaja RM 300.
Aku: ya Allah..kat manalah dia ditinggal tu.
Mak: sejak kejadian ni lah dia jadi macam tu. Kalau marah tu, terjerit-jerit kadang keluar perkataan yang tak sedap didengar.
Aku: betul ke cerita mak ni? Entah tak betul tak..
Mak: ni mak cik si Aliah tu yang cerita. Tak tahulah kebenaranyya tu betul ke tak. Tapi kalau si Aliah ni jerit-jerit memang dia macam marah dan geram sangat dengan lelaki tu. Tak apalah, cerita ni benar atau tidak, ambil lah yang mana perlu sebagai pedoman.
Aku: betul ke cerita mak ni? Entah tak betul tak..
Mak: ni mak cik si Aliah tu yang cerita. Tak tahulah kebenaranyya tu betul ke tak. Tapi kalau si Aliah ni jerit-jerit memang dia macam marah dan geram sangat dengan lelaki tu. Tak apalah, cerita ni benar atau tidak, ambil lah yang mana perlu sebagai pedoman.
*****
Pesan Mak
" Tu cik, buat pedoman. Jangan mudah sangat percaya kat orang. Lagi-lagi lelaki. Tak perlulah keluar malam-malam. Kadang-kadang dengan perempuan pun tak boleh percaya sangat. Malam-malam keluar buat apa. Tak perlu keluar dengan lelaki dengan perempuan pun jangan cuma keluar berdua. Belajar betul-betul. "
*****
Itu kisahnya. Kasihan.
Kerana CINTA sudah hilang pedoman.
Kerana CINTA buat pemikiran tak karuan..
Kerana CINTA hilang kewarasan.
Minta kita semua yang membaca kisah ini, kita doakan agar si Aliah temui jalan yang lurus. Semoga kita semua terhindar dari kejadian seperti ini. Seperti nasihat mak aku, jangan mudah percayakan orang. Lagi-lagi kita perempuan, jangan mudah percaya dengan lelaki. Lagi satu, jangan selalu keluar malam. Lagi-lagi kalau dua orang yang bukan mahram. Kan yang ketiga syaitan. (",)
^___^ |
Kawallah rasa marah dengan cermat.
Kawallah dengan rasional bukan emosional.
Marah kawan syaitan.
Ini memang cerita tentang mereka.
Tapi sebagai teladan kepada aku.
Aku berkongsi dengan kamu.
Agar semua ambil pedoman.
Aku juga insan biasa yang selalu melakukan khilaf.
10 comments:
cerita la lg...akan ditunggu semua cerita2 itu..huhuhuhu
nanti aku tulis buku veritalah. Fizah,mahu pilih buku cerita ka cerita kat blog???hehehe
;( bila cinta disalah ertikan maka jadilah begitu. Semoga kita sentiasa di bwh perlindungan-Nya.
itu lah pain, bila cinta disalah erti kan...bila cinta bukan berlandaskan iman dan ketaqwaan...semoga kita dilindungi olehNYA. insyaAllah..
boleh buat novel dah ni cik seha! :)
enggak boleh lagi sik...novel page paling kurang 100, mana mau ceduk ideas??hehe
u have the abality to generate the idea lah. keep it up! :)
hahaha ini idea reality dari kehidupan seharian,kalau berimaginisasi lain pulak kang jadinyaa.haha ini cerita saja di blog,mcm x je nak jd mcm hlovate tu kan.huhu
i like2 i like2 :) n mcm nk nangis pon ade :')
:)
kasihan kan. nantikan sambungan kisahnya insyaAllah petang ini kalau ada masa terluang,kite cerita kesinambungan dia.
Post a Comment