Topik Hangat Bila Umur Sudah 20 | fasihah.com


November 29, 2010

Topik Hangat Bila Umur Sudah 20

Bila cuti kat rumah, aku tengok tak ramai kawan-kawan 1 uni online. Cuti ni pun membuatkan aku makin malas nak buka laman sosial iaitu FB. Aku layan satu itu sahaja. Cuti ini, kalau dapat online, aku pergi baca blog orang. Antara Bloggers yang rajin update yang aku follow. 1. BEN ASHAARI 2. Dunia Sebelah Zara 3. Izamir Ridzwan

Ok, fitrah manusia yang menjadi pelajar seperti aku. Bila musim Kuliyyah, nak balik umah saje tahu. Kalau boleh tak mahu pergi Kuliyyah, nak cuti goyang kaki di rumah.

Tapi, bila cuti macam sekarang ni pula, sibuk nak pergi Kuliyyah. Bosan katanya. Huhu adakah aku seperti itu juga? Tapi, aku memang benar suka cuti. Kalau dapat berjalan-jalan lagi menjanjikan kepuasan. Kat rumah ni lah kalau bagi aku, nak layan novel, layan cerita kat TV, mendownload segala bagai. Masa inilah. Lagi? Masa inilah nak rasa mak masak. Tak perlulah update status boring kat FB. Sepatutnya kenalah cari aktiviti yang boleh mengisi masa cuti ni. Biarkan lebih bermakna.

[ Credit. aku cari gambar kat Google, tiba-tiba ada gambar dia. Pernah tengok Personal Taste? Ini dia Heronya ]
Aku cari gambar yang sesuai untuk "Kerana dirimu begitu berharga" tapi banyak gambar Siti Nurhaliza je, and bila scroll down laju-laju tiba-tiba nampak gambar atas tu. Fall in love terus. Hehe Joking Ok! ;)

Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Bila sudah menginjak dewasa. Eceh. Fasihah, kau dah dewasa sangat ke ha? Semalam ada orang cakap, aku sudah dewasa! Tapi perlu diingat dewasa dan matang macam tak sama sahaja. Ke sama? Ejaan yang lain. Itu aku tahu lah. =__='

So, bila umur dah ada 2 kat depan tu. Topik yang hangat apa? Memang KAHWIN lah. Sokong tak? Aku pulak ada beberapa kawan yang memang nak sangat kahwin tapi belum tercapai disebabkan beberapa masalah. Bila jumpa kawan lama pula, soalan popular, "Bila nak kahwin?" haha tapi Batch aku sekolah menengah tak ada lagi lah yang kahwin. Dekat Uni aku pula, kahwin awal bukanlah sesuatu yang luar biasa. :)

Kedua. Lagi apa yang selalu jadi topik hangat? Ha, ISU SEMASA. Yang ini kalau kawan-kawan aku memang hangat. Isu Semasa ini tak semestinya Malaysia, selalunya yang paling hangat Isu Semasa kat Uni lah. Kalau tiba-tiba ada Spot Check mengejut. Ada Road Block. Haha Biasalah tu kan?

Lagi, bila masa belajar ni, topik yang paling hangat bila jumpa, ASSIGNMENTS yang banyak tak sudah-sudah. Lagi  PRESENTATION. KUIZ dan macam-macam jenis TEST. Yang ni setuju tak?

Bila umur dah dua digit. Pulak tu dimulakan dengan 2. Apa lagi yang selalu jadi topik hangat? Aku dengan kawan-kawan kat Uni, rasanya pusing-pusing yang kat atas ni lah yang hangat. Oh, tak lupa. Lagi 1 yang hangat, bila kawan sudah ada buah hati. Hangat ke topik ni? Mana tak hangat, bila mana kawan-kawan tukar status, lepas tu kita next to bilik dia pun tak tahu. Kalau jumpa kawan-kawan lain, semua nak tanya. Aiyoo, kalau aku tak tahu, nak jawab apa? Peka benar kalau isu yang ini! Haha XD

Apa lagi yang hangat? entah, pusing-pusing pun itu. Oh ya, kat Uni, kalau pergi Cafe, masing-masing suka tengok TV. Mungkin juga cerita-cerita Sinetron di TV juga topik hangat. Mungkin lah. Sebab aku tak tergolong kat situ. ;)

Ha, yang ini. Aku terlibat. MOVIE. Lagi-lagi KOREAN. Senior sebilik ada External, penuh dengan Cerita Korea. Dialog ini memang selalu. "Eh, kau ada cerita ni tak?" "Eh, kau dah tengok cerita tu?" Haha itu dah biasa. Tapi ada 1 cerita yang bukan KOREAN yang aku sangat suka.

[ Credit. 3 IDIOTS. Aku memang suka tengok. ALL IZ WELL. ;) ]

Tapi, ini dari kaca mata aku. Apa yang aku lihat dan aku rasa. Orang lain aku tak tahu. Ini pendapat sahaja dan sekadar suka-suka. Bolehlah kalau mahu bertukar-tukar pendapat. Apa yang hangat dibincangkan bila bertemu. Senyum sambil kenyit mata. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

22 comments:

hans said...

3 Idiot tu memang best

kahwin bila dah bersedia dan mampu
itu lebih afdhal

P/S : Nak Ambil Aku Kau Lupa! Bila Tiba Bab Duit Cepat Pula Kau Ingat! Hahahaha!

Fasihah Supian said...

;)

sudah baca entri baru itu :)

AkUmUsIkMaLAyA said...

jalan2

yaya ASHRAF said...

setuju. :)

hans said...

thanks too

Fasihah Supian said...

@akumusikmalaya
jemput-jemput :)

@ yaya
hehehe setuju? okai,thanx baca :)

@Hans
Thanks too :)

rafina mimi abdullah said...

umo 20 masih muda lagi untuk kawin dik..hehe..belajar dulu..

kambing golek said...

pas ada keje besh..br kawen..tp kalau da jodoh..kawen pun besh....

Fasihah Supian said...

@akak rafina.
hahaha ini dari pandangan mata, saya tak cakap saya selalu buka topik itu juga. hehe

Anonymous said...

saya baru 16. lambat lagi.tapi dah ade calon :P hehehe

Mohd Wakiyuddin Rosnan said...

stuju gk.. normal sbnrnye.. cume sndri rase plek.. zmn dewasa hndk bermula... wah3..

Unknown said...

releks la puas2 time cti sem cam ni..bl da keje da xleh da...hehehe...rindu ms study dolu2..huhuhu

Anonymous said...

salam

hmm...topik kahwin kalau masa usia 20 masih boleh ditolak tapi kalau yang dah 25 ke atas, macam mana nak tolak bila emak dah mula bising?

Diary said...

hahahha... :D

Fasihah Supian said...

@diana
wah ada calon dah? pemilik blog hijau pun xada calon lagi.huhu

@Wakiyuddin
haha jangan pelik,lalui dengan tenang ;)

@ayu
benar,ramai senior cakap macam itu.:)

@sephia
kalau memang belum ada calon, nak buat camna sis?memang mengadah telinga sahaja lah ;)

@nusaibah
haa suke lah tue ;)

MIMIE AIZA said...

kahwin? erkk mmg topik hangat

Fasihah Supian said...

haha tapi ada juga yang tak suka sebenarnya :)

aima in luv said...

haha,, masing2 dh besar dah... sweet 20 k...
salam perkenalan

Fasihah Supian said...

@aima
membesar dan belajar dan mencabar. salam perkenalan juga :)

Faisal Arrifin said...

Bila Laki Umur Dah Cecah 30an,
Isu Paling Hangat Kawen Lagi. kah3.
Susah Nak Online Skang ni Bila Berada Kat Tgh2 Ceruk Hutan.
Cayalah Andaman!!!!

SITI SORFIENA SYASHA said...

saya suka tgk dua cerita kat atas tuw ^___^

Anonymous said...

saya nak awak.serius