Ada Apa Dengan Kelambu? | fasihah.com


November 30, 2010

Ada Apa Dengan Kelambu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Pagi ini nak cerita pasal Kelambu. 
Orang selalu kaitkan Kelambu dengan Nyamuk. 
Aku nak kaitkan Kelambu dengan Kampung.
Lepas itu aku nak kaitkan lagi Kampung dengan ketenangan.
Mari geledah, apa sebenarnya Kelambu yang hendak aku ceritakan. 
Senyum sambil kenyit mata sebelah. ;)

[ Credit. Ini yang selalu orang fikir, cakap Kelambu, dibilang banyak Nyamuk. ]
Ok, aku sebenarnya anak kampung. Aku sangat suka duduk di kampung. Kalau ada peluang untuk buat rumah sendiri pun, aku nak pilih kampung juga. Kau orang suka tak dengan Kampung? Kampung tenang saja. Jadi, nak dijadikan cerita, nama kampung aku ialah KAMPUNG SUNGAI KELAMBU. haa.. Jangan gelak pula! Aku dulu selalu kena gelak kalau cakap nama kampung aku ni.

[ Selamat Datang Ke Kampung aku. ]


" Hahaha. Kelambu? Mesti adabanyak nyamuk kan. "

" Ha? Sungai Kelambu? Kat mana tu? Macam terpencil je! "

" Hahaha kau duduk dalam Kelambu saja tahu, Tak pernah nak keluar Kelambu. Macam katak dalam tempurung. "


Ya, itu antara reaksi mereka. Ingin aku beritahu, tak semua lah cakap macam ini. Ada sebahagian yang tak tahu akan pelik dan timbulkan persoalan yang begini. Mungkin dengar macam 1 Kampung yang duduk di pedalaman. Eh, Kampung aku popular juga apa. 
  • Kampung aku ada Elektrik. 
  • Kampung aku ada air.
  • Jalan lengkap.
  • Sistem perparitan ok.
  • Sekolah ada.
  • Padang ada. Dewan ada. Semua ada.
  • Line MAXIS kat sini kuat tau. 
  • Streamyx boleh saja nak pasang.
  • Masjid pun Cantik. Dah dua kali jadi Johan Masjid peringkat Daerah ke Negeri? Eh, lupa abah aku ada cakap. Tapi lupa pula. Apalagi? 
  • Kelengkapan semua cukup. 
  • Ha, lagi 1 ada ramai pengusaha Kerepek dan Usahawan IKS kat sini. 
  • Nak pergi Pekan Banting, sekejap saja, dalam 10minit sudah sampai. 
So, bukanlah kampung yang ketinggalan dek era pemodenan Ok! Aku mula-mula dulu pun pernah malu nak cakap nama kampung kalau orang tanya. Tapi sekarang tak lagi, inikan warisan Nenek Moyang. Kena lah jaga untuk generasi mendatang kan?

Antara yang menjadi tarikan di Kampung aku. Paling utama memang KEREPEK. Sebab ada JAEZ. Jaez pula dekat dengan MASJID. Memang selalu sahaja nampak bas-bas dekat area kilang dan MAsjid.

[ Masjid Ar-Raudah Sungai Kelambu ]

[ Klinik Kesihatan ]

[ Yang ini memang sentiasa menjadi perhatian di kampung aku. JAEZ. ]

Ha, ada kisah. Ini kisah sepupu. Dia dapat belajar kat SBP. Mula-mula daftar, orang tanya, dia selamba saja cakap dari Kampung Sungai Kelambu. Lepas itu kawan-kawan dia gelakkan. Terus, lepas itu, dia perkenalkan diri dia, dia duduk kat Kampung Sungai Lang. Kampung sebelah Sungai Kelambu.

FasiHaH kata: Janganlah gelakkan nama kampung kami. huhu Kami pun manusia apa! Makan pakai semua cukup. Bukan kami tak pakai baju. Bukan kami ternak nyamuk. Tapi nama kampung kami yang sedia ada KAMPUNG SUNGAI KELAMBU. So? Jangan pandang kami sebelah mata tahu? ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

24 comments:

NAZRUL AZAT JAMIL said...

uih... glam kampong dia kan
nak promote kpg sy plak la
heheee

Che Sakinah said...

he he... suke la kampung fasihah... nk datang boleh? hhehee.. nama kampung kite pon kelakar jugak.. kampung sungai kedak... he he he.. lagi satu sebelah ayah name kampung darat... moden jer.. mcm kampung awak.. he he he..
jom la singgah makan trifle kt blog kite.. boleh buat jual di kampung! mesti lagi ngnamm lah!ghahahhaaa.... ;p

Sky8Men said...

hahaha..opss..mtk maap..tetiba rse nk gelak....hihihi..nice nme kg....=p

FasiHaH SupiaN said...

@azat, tak glam pun, nama pun org gelak bila dengar.huhu

@kak kinah, tulah, nama kampung banyak yang unik, kne proud to be one of them, okey kak kinah, td dah p blog kak kinah tgk trifle ;)

@sky8men
huhu tidak mengapa...=__='

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

waa...cantekk la kpg ni~~

dh lama x rasa suasana kpg..hukhuk

Muhammad Hamidi Zamri said...

tetap nk gelak jgk...

salim harmanain said...

waaa...promote kampung ye...best.. ;)

hamzah ian said...

wa... cantik kampung..

Nurhafizah Shafri said...

JAEZ yg best!! seha bawa lg yea nnt...hehehhe^_^

FasiHaH SupiaN said...

@budak comel
mai lah kampung kalau nak rasa suasana kampung ;)

@hamidi
suka-suka dia je nak gelak,macam lah pertama kali dengar! ;)

@salim
haha tak promote lah, cuma cerita. hehehe

@hamzah
cantik ke?hehehe

@fizah
Bawa apa?yang selalu aku bawa tu bukan made in JAEZ ye fizah. itu made in home sweet home tahu. :)

Sephi Sephia said...

Salam

Nama kampung yang unik tapi kat mana ye kampung ni?

kiwi said...

ad gk kg ni...msti slmt drp gigitan nyamuk..hihi

hans said...

owh
best la kalau kampung macam nih
ku suka kampung kalau nyamuk xbanyak
hehehe

P/S : I Follow You! You Follow I Balik Yer! Kalau Tak Follow Balik Dikira Angkuh, Sombong Dan Bongkak! Habis Bagaimana Dengan Kamu Yang Memaksa Orang Itu?

FasiHaH SupiaN said...

@sephia
Lupa pulak nak letak alamat penuh.
Kampung sungai kelambu, Banting. Selangor :)

@kiwi
haha kiwi,selamat lah sangat,kalau masuk kebun ada nyamuk juga ;)

@Hans
Nyamuk tak banyak lah kalau umah bersih dan bukan kat semak. Dah baca entri baru Hans :)

habibah abdul said...

loh..nama kg den kampong sungai kertas.
nak glemer pggl aje paper river..haha.
watpe nak malo...bedal aje.pdulik org nak kata ape..

khaifaiz said...

lepas nih semua kenal kg cik fasihah... glamour gituh

hans said...

hehhehehe
thanks

FasiHaH SupiaN said...

@habibah
betul,betul..:)

FasiHaH SupiaN said...

@khaifaiz
semua??haha macam tak je,pendudk dunia ramai.hehe

@hans
welcome!

aTiKa aTeRkaH said...

sungai kelambu pun sungai kelambu lah...apedehal...aku okeh je..har har

FasiHaH SupiaN said...

hehehe asal jati dok sg kelambu,aperderhal kan..haha

dhyet_soulmate said...

eee kak.. Lam knal ye... Name kampong k!te same kak... Sunga! Kelambu jg... Tp d! !ndones!a, kat sambas.... He.he. :D

FasiHaH SupiaN said...

@dhyet_soulmate sis, indonesia? wah..saya di Malaysia sahaja :) tak sangka di Indonesia pun ada nama ini juga :)

dhyet_soulmate said...

!ye kak... Td mlm sye ad tnya !bu saya dkmpong sana... Ternyata... Ktnya memang asal mulenye antara 2 kampong k!te ne punye !katan darah keluarga dar! Tetue dulu.. Sepert!nye seru kalau k!te tanya ke tetue yg faham sejarahnye ye kak'... Ehmm taq nyangke jg seeh kak... :D