Gadis Itu Menjerit | fasihah.com


November 25, 2010

Gadis Itu Menjerit

[ aaaAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (lepas geram) ]
Terima kasih Encik Google untuk gambar tersebut. :)

Kehadapan pembaca yang disayangi. eceh. Aku kembali dengan cerita GADIS lagi. Mahu berkongsi banyak cerita, tapi tiba-tiba siang tadi dapat info mengenai GADIS ini lagi. Membawa aku ke laman sesawang ini untuk bercerita lagi mengenai dia. 

Mana yang baik itu, kita jadikanlah sebagai peringatan buat diri. Yang buruk pula, kita jadikan sempadan agar kita terlindung daripada yang buruk itu. Sudah baca entri pertama mengenai GADIS ini? Kalau belum, Klik sini

Sekali lagi peringatan, segala nama watak dalam cerita ini adalah bukan nama sebenar. Siapa antara mereka, biarlah aku dan mereka yang tahu sahaja tahu.

*****

Pagi itu.. masing-masing ada dunia mereka sendiri. Termasuk aku yang berada di awangan lagi. Tiba-tiba terdengar suara Mak memanggilku.

Mak: Cik, cik.. ooo cik!
Aku: ha..haa.. ada apa mak?? Kenapa? kenapa?
Mak: Dengar tak tu bising-bising?
Aku: (masih blur baru sedar dalam nyata) Dengar apa mak?
Mak: Tak dengar ke suara orang perempuan jerit-jerit marah-marah tu?
Aku: (sambil tercari-cari aku berjalan mendekati mak)
Mak: Dengar tak? Itulah Aliah.
Aku: Ha'ah lah, ada dengar, kuat juga. (tiba-tiba bulu roma tegak)
Mak: A'ah, dialah tu, tak tahulah kenapa pula hari ni. Dah datang lagi kot sakitnya.
Aku: Alamak, takut pula dengar. Tak ada orang tolong dia ke mak? 
(haha gaya macam nak pergi cari dia dan tolong saja. Padahal sendiri pun takut)
Mak: Kadang-kadang tak ada orang kat rumah. Tapi Wak Zarah sebelah umah dia tu ada. Kalau mak abah dia tak ada. Abang-abang dia tak ada, Wak Zarah lah tolong tenangkan dia.
Aku: Kenapa sampai macam tu sekali.
Mak: Dengar tak? Dia macam mencarut kan?
Aku: aahlah. Macam-marah-marah. Jerit kuat. Takutlah.
Mak: Kadang-kadang macam tu lah kalau tiba-tiba datang sakitnya.

Jantung dup dap dup dap sambil meluru masuk ke rumah. Menerjah angah di dapur.

*****

Aku: Angah, Angah, dengar tak? Dengar tak?
Angah: Kenapa cik?
Aku: Alaa,dengar tak orang jerit-jerit tu?
Angah: Mana?
Aku: Pergi depan pintu, nanti jelas sikit.
Angah: Ha'ahlah. Itu ke yang mak cerita tu? Aliah?
Aku: Aahlah. Takutkan. Kesian kat dia.
Angah: Tak ada sapa tolong ke?
Aku: (kebetulan setelah 15minit begitu, Aliah pun berhenti menjerit-jerit) Entah la Angah, mak kata kalau tak ada orang kat rumah dia, Wak Zarah yang tolong tenangkan dia.

Aku dan Angah senyap. Masing-masing hilang dalam pemikiran tersendiri.

*****

Angah: Angah taklah terkejut sangat. Dah pernah alami dah.
Aku: Hah? Masa bila pula?
Angah: Kat sana ada juga macam ni. Adik Abang Ngah kan ada masalah juga yang Angah cerita dulu. Yang masa dia balik dari PLKN kat Sabah tu. Macam tu lah dia kalau dia sakit. Ingat tak yang Angah tengah pregnant, Angah cerita, dia kejar Angah tu? Macam itulah sakitnya.
Aku: Kasihannya mereka. Sakit yang sama. Mungkin tekanan. Tapi mungkin punca sahaja yang berbeza. 
Angah: Kenapa Aliah jadi macam tu?
Aku: Sebab lelaki.
Angah: Sekurang-kurangnya, tahu juga sebab apa. Kalau adik Abang Ngah tu, tak tahu sebab sebenar pun. Tahu-tahu balik PLKN jadi macam tu. Tak ke pening dibuat mak ayahnya.
Aku: Habis tu Angah, apa dia buat sekarang?
Angah: Macam tu lah. Ada kat umah. Tak buat apa-apa.
Aku: Habis, dah tak jerit-jerit macam dulu?
Angah: Sekarang dah tak macam tu, sekarang dia dah pandai makan ubat.
Aku: habis tu? Dulu tak pandai makan Ubat?  
(gaya budak kecik banyak tanya, kalau sekarang dah pandai, dulu tak pandailah seha oi. aduhai )
Angah: Dulu kena paksa dia makan ubat. Susah. Sekarang tak perlu paksa dah. Dia tahu makan sendiri.
Aku: Ngah, ngah, eh, peliklah, orang-orang macam ni, dahlah tekanan. Dok umah terperap je, tak boring ke? Bukan makin tekanan ke Ngah?
Angah: Hmm.. Kalau semulajadinya budak tu memang jenis yang suka duduk umah terperap. Kalau jadi macam ni, itulah yang terbaik buat dia. Kalau macam kita ni, duduk umah saja, mau kita yang jadi tekanan. Keluar tidak, jumpa sedara tidak, kalau kita mungkinlah tekanan. Mereka mungkin tidak.
Aku: Oh..
Angah: Cubalah bawa dia pergi Hospital kat Klang tu. Dia tak pergi berubat mana-mana ke?
Aku: entahlah. Tak tahu pula.

[ Credit to Pak Cik Google lagi untu Danbo ini. Gelapnya, terperap di rumah sahaja tanpa melihat dunia luar ]
*****

Ya mungkin penyelesaiannya antaranya pergi ke Hospital Sakit seperti itu. Nak buat bagaimana, kalau kewarasan sudah hilang. Ibubapa memang perlu ikhtiar melalui pengorbanan yang sangat besar. Bukan berdoa sahaja. 

Perasan tak? dah jadi 2 GADIS sekarang. Tak mengapa, cerita mereka hampir sama. Tapi puncanya yang berbeza. Munngkin.

Bagi aku, alangkah baiknya jika setiap masalah itu ditangani dengan kembali semuala kepada Syariah. Al-Quran dan As-Sunnah. Janganlah hilangkan kewarasan berfikir dan kewarasan agama hanya kerana masalah. Mungkin itu antara sebab mengapa terus dibelenggu tekanan.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram."

( AR-Ra'd : A : 28 S : 13 J : 13 M/S : 252 )

 *****

Pagi tadi Wak Zarah datang ke rumah. Tak lama selepas itu Wak Min pula. Tujuan mereka berbeza. Tapi tiba-tiba terbuka topik Aliah. Itulah topik yang paling hangat kalau ada mereke berdua. Kerana mereka yang lebih tahu keadaan Aliah. Mereka yang tolong dan selalu lihat Aliah.

Aku tidak bersama mereka. Sibuk mengemas. 
(Kononnya, sampai gelas pun pecah kat dapur. apa entah dibuatnya, gelas pun boleh tercampak.)

Cerita sebenar, Sebenarnya Aliah memang sejak dari lepas keputusan SPM keluar, dia sedikit murung. Pernah kami dengar dia berjalan ke Sekolah Rendah malam-malam memakai telekung dan duduk di depan sekolah. Mungkin dia berasa gagal kerana tidak mencapai apa yang dia target. Tapi, dia tak ada menjerit-jerit macam sekarang ni menurut Wak Zarah.

Cerita Wak Zarah lagi, dia memang tak mesra dengan keluarganya. Dia tak berkongsi cerita dengan keluarganya. Semuanya dia simpan sendiri-sendiri. Bila abangnya mengusik, dia akan melenting. Tapi sekarang memang lain, kalau tiba-tiba dia teringat ke apa tak tahulah. Memang parah jugalah. Antaranya,

"Apa kau ingat kau baik sangat ke?"

" Blah la kau "

" Aku benci dengan kau "

Itu antaranya. Yang mencarut tu, memang selalu keluar kalau dia jerit-jerit dan marah-marah. Tak perlu aku sertakan apa yang dia mencarut.

Menurut Wak Zarah, mungkin memang benar peristiwa malam itu menyebabkan tekanan dia makin tinggi.


Mari kita lihat kronologi dia:-
  1. Tak mesra dengan ahli keluarga dan suka menyendiri.
  2. Hilang pertimbangan sejurus selepas menerima keputusan SPM.
  3. Tak pernah keluar rumah, hanya bersendiri dengan dunia sendiri. Bukan tak pernah keluar langsung, pernah. Tapi tak selalu dan tak rapat dengan masyarakat. Kalau dengan keluarga pun tak mesra, apatah lagi dengan masyarakat.
  4. Mengenali cinta manusia yang bernama lelaki dan penipu. lelaki yang menghabiskan aset dia. Laptop pun kena kebas.
  5. Ditinggalkan lelaki. terus menjadi bertambah teruk tekanan dia.

Kasihan kan? aku teringat salah satu status kawan aku " Tarbiah bermula dari rumah ". Benar, aku rasa tarbiah ini sangat penting dalam mendirikan sesebuah institusi apatah lagi institusi kekeluargaan. (haha gaya macam motivator lagi, tapi kurang tauliah lah pun ). Senyum sambil geleng-geleng kepala.

Itu kisahnya setakat ini. Kita doakan Aliah (bukan nama sebenar) agar memperoleh Hidayah daripada Allah s.w.t.

*** Pesan aku. Kalau gagal, tak bermakna gagal selamanya. Kalau kalah tak bererti gagal. Itu semua ujian. kata Bujang Lapuk "COBAANNN". hehe Dalam erti kata lain, jangan mudah putus asa. Dan sekali lagi, it is easier said than done. Ini memerlukan 1 motivasi yang tinggi untuk mengamalkannya. :)

Aku hanya berkongsi cerita. Anda yang menilai. Mana buruk, jadikan sempadan ok! Terima kasih kepada yang membaca. :)



TERIMA KASIH SUDI BACA^^

6 comments:

Faisal Arrifin said...

okay,
kronologi no.1 macam aku.
aku pun tekanan gak.
tp nasib baik tak gila lagi.
wuhuuuu....

Fasihah Supian said...

berkomunikasi lah dengan mereka. ;)

littletuffgirl said...

saya seorang yang afraid of failure n im afraid im i'd turn myself like aliah. =_=. btw, sangat kesian dgn aliah tu. smoga beliau cpt sembuh.

Fasihah Supian said...

kita yang hanya melihat dan mendengar kisahnya tak merasai apa sebenar yg berada di fikirannya kan. Betul, semoga dia kembali seperti sedia kala. Normal seperti orang yang lain juga.

oda said...

pelajar2 universiti pun de macam ni.tapi depends on how they handle their emotion.myb sebab terlalu fokus smpi xnk kuar bilik kot.marilah kwn2 kita belajar sambil bersantai

Woofer Storm said...

tekanan perasaan melanda dijiwa..kalau tak ditangani dgn bijak takut memakan diri dikehidupan kelak.semoga beliau akan baik2 saja..

dunia skg mcm2 ada..slmt mlm.