May 31, 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !



The most addicted thing to the smokers, of coz a stick of cigarette.
Wondering why the smokers do love smoking.
Even though, he or she knows that smoking is hazardous for him and the people surrounding.


Haha skeaping. -.-''


Apapun, kalau mamat yang merokok, maka dia lah yang paling 'tak macho'.
Kalau minah yang merokok pulak, sumpah 'tak cantik'.
Tapi still ada yang merokok sebab apa? 
Aku pun tak faham. 
Mungkin hati dia terlampau keras dan tertutup dengan pintu besi.
Dan tidak dapat menerima nasihat orang di sekitar.


Pilihan aku ialah seorang yang tidak merokok.
Jadi untuk aku dapatkan yang tidak merokok, sudah pasti aku juga tidak merokok.
As simple as that?
Haha not so.
Many reasons that smoking should be avoided!


TQ

Kalau berminat, boleh klik gambar di atas.
Selamat Hari Tembakau?
eh silap,
HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Nora Elena Episod 13 | Download Link | Ost Nora Elena

Assalamualaikum. Morning everyone. Have a great Tuesday! May today is better than yesterday. InshaAllah. Orait, semalam bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton episod 13 Nora Elena, boleh lah klik sini untuk mendownload nya. Untuk mendownload daripada episod 1, boleh terus ke sini.


Wallpaper Nora Elena sumber


Review untuk episod 13

Yvonne telah menumpahkan arak di baju Seth dan semalam perlakuan Seth untuk mengangkat isterinya Nora Elena telah pun disedari Nora. Terlepas peluang untuk angkat Nora letak kat katil. Apapun, Nora memarahi Seth dan mengatakan Seth seorang kaki botol. Nora tidak percaya yang Seth tidak minum.


Apa yang menarik episod semalam? Haha aku suka part Aaron Aziz cium tangan Nora sebab masa tu mak mertua dia tengah tengok dorang dari atas. Seth telah menyuruh Nora menggunakan keretanya untuk pergi kerja. KEreta kesayangannya yang 'nobody can touch this car'. Tapi suka bila dia call pejabat Nora and say this, 'this car is not my darling, you are my darling' haha


Semalam juga, Adila membawa Nora ke ceramah Inspektor Amir. Bila Amir nak bagi talk je, bila dia sebut rogol, Nora terus keluar dewan. Yang tak bestnya, Amir pergi jumpa Nora nak kan penjelasan, at the same time, Yvonne pun memasang telinga. Kasihan Amir sebab dituduh benda yang dia tak buat.


Nak lebih lanjut? Boleh lah download ya! Oh ya, dekat tonton, ada slot Nora dengan Seth gaduh pastu Nora pengsan. Tak tahu kenapa. Yang pasti kat tv tiada tayangan yang ini. Mungkin adengan episod hari ini? Nantikan! ;)


Ost Nora Elena

Sofaz - Dan Bila Esok (Mp3)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 30, 2011

Gambar Pernikahan Salleh Yaakob Dengan Isteri Keempatnya

Assalamualaikum to all khalifah in this world. May Allah bless you. Tadi tengok berita, alhamdulillah, Salleh Yaakob dah selamat menikah dengan isteri keempatnya. Dengan 2 kali lafaz, Samihah Sheikh Ali sah bergelar isteri kepada Salleh Yaakob. 


Tahniah kepada Salleh Yaakob kerana telah mencukupkan kuotanya. huhu Apapun, wang hantaran sebanyak RM 25 000 diberikan bersama sebentuk cincin dan mas kahwin RM 23. Malam ini majlis persandingannya di sebuah hotel di Johor.


Antara gambar yang telah aku ambil daripada blog Hazrey.






More to see, click here >>>>


Bicara aku : tahniah lah kat Salleh Yaakob, dia layak untuk berpoligami. Lelaki lain, kalau rasa-rasa tak layak, tak perlulah nak ikut jejak. Kalau bini sorang pun tak pandai jaga, jangan nak pasang niat kahwin 4 plak. ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kenaikan Tarif Elektrik Sebanyak 7% Berkuat Kuasa Rabu (1 Jun 2011)

Assalamualaikum semua! TAk boleh nak blogging sangat sebab broadband dah kehabisan quota. uwaaa, kena tunggu cukup bulan baru blogging dengan bahagia. Eh kejap! Elektrik naik sudah. Ingat tak hari Jumaat tak silap aku ada siarkan yang keputusan elektrik naik ke tidak akan di umumkan hari ini kan. Jadi, ini keputusannya.


PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, bagaimanapun kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang.

"Ini bermakna, 7.5 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Selain itu Chin berkata, kerajaan juga memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.

"Kerajaan dijangka akan menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung," katanya. -mStar

So, mungkin boleh pertimbangkan idea nak menggunakan tenaga solar? hehe tapi Azhan kata, tenaga solar mahal. Kawan kat fb kata, tak apa, pakai pelita. Haisy, pelita guna minyak gak. hehe So, apa keputusan? Hmm, jimatkan penggunaan lah jadinya, mana yang tak guna tu, off cepat-cepat. Mungkin ini pilihan terbaik sebagai pengguna? Jangan melenting sahaja, tak apa, belajar berjimat. :)


Hari tu ada orang komen kata, tak pernah pulak dengar TNB ni rugi, kenapa nak naik tarif elektrik? Bukannya dia tak boleh nak bayar gaji pekerja dia pun.


Bicara aku : Ini namanya kuasa monopoli juga kuasa kerajaan. Kita siapa? setakat suara kecil sebagai orang kampung macam aku ni, tak adanya nak membuka mata TNB mahupun pemerintah membatalkan keputusan ini. Tak begitu? Mungkin anda ada jalan penyelesaiannya? Renung-renungkan ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Photo - Pernikahan Ahmad Fedtri Yahya

Assalamualaikum semua. Tadi pergi blog IR, dia dah post gambar Pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya (30) yang bernikah pada 28 Mei lalu dengan pilihan hati Nurul Anati Ismail (26) yang merupakan seorang guru fizik.


Hanya dengan sekali lafaz, Nurul Anati sah menjadi isteri kepada pengacara tv3 yang popular ini iaitu Ahmad Fedtri Yahya. LEbih cerita di sini.


Ini merupakan kad kahwin mereka yang simple sahaja. PErnikahan mereka pun simple sahaja. Bukankah Islam itu menuntut kesederhanaan? :)


Kad Kahwin Ahmad Fedtri Yahya Sumber

Antara gambar yang diperolehi daripada budiblog. Setelah merujuk kepada blog Izamirridzwan.






More from here >>>


Bicara aku : Semoga Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Anati Ismail bahagia bersama hingga ke akhirnya. InsyaAllah..


Tags: Gambar Perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya | Ahmad Fedtri Yahya Pengacara Tv3 | Kad Kahwin Ahmad Fedtri Yahya

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 27, 2011

Tarif Elektrik Akan Dinaikkan Isnin (30 Mei 2011)

Assalamualaikum semua. Tadi jalan-jalan, nampak Milo Suam cerita tarif elektrik nak naik Isnin ni. Jadi terus lah buka mStar Online. Oh memang betul. Ini dia.


Kenaikan Tarif Elektrik Diluluskan

PUTRAJAYA: Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.

NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri, lapor Malaysiakini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga Petrol RON95 dan diesel.

Sementara itu satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada petang Jumaat menegaskan bahawa satu pengumuman mengenai tarif elektrik dan gas akan dibuat tidak lama lagi tanpa memaklumkan tarikh bila.

Bagaimanapun kenyataan itu mengesahkan bahawa soal mengkaji semula tarif yang sedia ada sekarang telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara pada Jumaat.

“Satu kenyataan mengenainya akan dibuat tidak lama lagi. Oleh yang demikian semua pihak adalah dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Kementerian.

Pada Khamis, Menterinya, Datuk Seri Peter Chin berkata, isu mengenai tarif baru itu memang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Negara. -mStar

Kalau minyak naik esok, malam ni orang sibuk beratur isi minyak. Tapi kalau elektrik yang nak naik harga, so, mungkin bolehlah guna tenaga solar pulak kot. ;)


Apapun, tunggulah Isnin nanti apa beritanya. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Kekal Sihat Dengan Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)

Assalamualaikum gadis santun dan putera kacak. Pagi ini sudah breakfast? Ayuh, kita bersenam! Huhu, dalam seharian, apakah supplement yang anda ambil? Mungkin Vitamin C, D, E dan sebagainya. Ada yang sanggup berhabisan ratusan ringgit hanya untuk kekal sihat.


Pernahkah anda mendengar VCO? Minyak kelapa dara. Haha aku dah rupa promoter je. huhu Tak ada apa, akak blogger aku ada wat promotion untuk harga VCO ni kat blog dia. End 31st May 2011. Siap dapat freegift lagi kalau beli dengan dia. Jadi sesiapa yang berminat, boleh terus ke SINI.


Antara khasiat VCO..


1) Catalyst Collagen - 15 sachet
Harga Asal: RM59.90
Harga Pembaca ArdiniHumaira.com : RM57.00
Available - 10 kotak (stok terhad!)

khas untuk kecantikan kulit, kesihatan, anti-penuaan, rawat masalah kulit, memberikan tenaga dan kecergasan tubuh badan, mencerdaskan minda, membantu aktifkan metabolisme, menyeimbangkan collagen dalam tubuh badan.






2) Catalyst Virgin Coconut Oil Softgel - 60capsule
Harga Asal: RM39.90
Harga Pembaca ArdiniHumaira.com : RM37.00
Available

melawaskan pembuangan air besar dan kecil, meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh sel tubuh, memusnahkan organisma perosak seperti virus, mengurangkan keadaan mudah lapar, mengurangkan kandungan lemak, mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi, meningkatkan daya tahan tubuh, anti-penuaan, mengatasi masalah menopaus wanita, menghasilkan tenaga segera, jika disapu pada kulit ia mampu mengurangkan infeksi dan mencegah garis halus pada kulit, meingkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi, melindungi dari serangan osteoporosis, memperbaiki hubungan suami isteri, dan lain-lain.

dalam bentuk softgel (kapsul) yang boleh dimakan dan disapu pada kulit.




3) Catalyst Virgin Coconut Oil Liquid - 150ml
Harga Asal: RM39.90
Harga Pembaca ArdiniHumaira.com : RM37.00
Available

khasiatnya sama seperti vco softgel cuma ianya dalam bentuk liquid (cecair) untuk diminum dan disapu...



Sesuai untuk:
  • kanak-kanak
  • remaja
  • lelaki
  • wanita
  • bujang
  • berumahtangga

Jadi, apa tunggu lagi? Boleh terus menerus ke blog beliau untuk mendapatkannya. SINI.
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 26, 2011

(Video) Adik Tae Ho Yang Sangat Kuat Semangat

Assalamualaikum saudari kasih dan saudara sayang. (huhu teringat program KBM hari tu plak). Ok by the way, malam ni, fikir punya fikir, rasanya, patut share video adik Tae Ho yang comel ni lah. Untuk pengetahuan semua, adik Tae Ho ni tak ada tangan. Kita patut bersyukur sebab ada tangan, kaki, mata, tapi itu pun masih ada yang tak bersyukur sampai nak tukar jantina. Astaghfirullahalazim..


Sedih melihat adik Tae Ho ni, tapi, kita pun boleh termotivasi bersama. Dia yang kecik pun kalau boleh nak berdikari, kita yang dah tua bangka ni? Kadang-kadang aku tengok, kudrat ada lagi, sifat cukup, pi dok kat pasar minta sedekah. Bukan apa, aku rasa dia boleh berusaha dengan cara yang lebih baik. Ohh sebelum bahtera berlayar lebih jauh, izinkan saya mempersembahkan video adit Tae Ho ini.






Aku kagum dengan semangat dia. Sungguh, aku sendiri malu, sebab aku pernah merasa tak boleh jalan. Dan semangat aku tak sekental dia. Subhanallah.. Aku malu sebab tak sekuat dia. Walaupun dia tak upaya, lihatlah, dia cuba membuatkan dirinya ceria dan bahagia. Dia tak mahu menyusahkan orang lain.


Walaupun dia kecil lagi, bagi aku, cantik kalau kita ambil semangat dia untuk teruskan hidup. Kita jangan mudah mengeluh. Masalah sikit, kita sudah mengeluh. Tengok adik ni, tak ada tangan pun, dia sungguh-sungguh nak makan sendiri, gosok gigi sendiri.


Apapun, Tae Ho comel! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Apa Kejadahnya Lelaki Nak Tukar Jantina Sekali Dengan Nama Ni?

Asyraf Hafiz yang ke mahkamah dengan berbaju kurung.


Assalamualaikum ladies juga jejaka kacak lagi bergaya. Harap tak ada yang terlintas mahu tukar jantina, hari ini, mahupun esok dan selamanya. Nanti Allah laknat, macam mana? Tak takut ke? So ni kisah abangkak kita seorang ni yang nak bertukar jantina juga nama.



KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.

Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan. -Kosmo

Manusia akhir zaman. Ini petanda orang yang tidak bersyukur barangkali? Bagaimanalah Allah tak turunkan bala. Nama sedap dah Asyraf Hafiz, pergi sibuk-sibuk tukar Aleesya Farhana buat apa.


Astaghfirullahalazim...


p/s: Perempuan dah makin ramai, kenapalah sibuk nak meramaikan lagi, macam manalah Salleh Yaakob tak kahwin 4 kan? hehe Gurau je! Selamat menjamu selera :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 25, 2011

Punca Tanah Runtuh Hulu Langat (Falsafah Orang Kampung)

Assalamualaikum jejaka kacak dan gadis jelitawans. Haiz, baru ada masa nak ketuk-ketuk keyboard. (cis, gaya macam sibuk mengalahkan PM. Ok, sudah, pertama kalinya, aku ingin memperkenalkan watak dua mak cik glamour kampung yang pandai berfalsafah ni. So, malam ni kita berfalsafah dan mungkin boleh menjadi falsampah? Kita lihat nanti apa falsafah mereka berdua.


 

Jadi dengan ini, aku memperkenalkan, auntie bertudung pink bernama Auntie Jay. Nama kampung Makcik Joyah. Nama glamour Joyah Angelina. Merupakan seorang yang aktif dengan kegiatan masyarakat mengalahkan Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat. Nama nak glamour je makcik ni =.=''


Ok, memperkenalkan watak kedua memakai tudung kuning bernama kampung Makcik Senah. Nama panggilan Auntie Sanny. Nama glamour Senah Britney. Merupakan penyokong kuat parti Y dan merupakan wartawan terhebat kampung. Segala gosip, serah pada dia.


Di suatu petang, di satu majlis wanita-wanita kampung Zon Selatan. Semasa meeting  mengenai aktiviti kewanitaan. Terjadilah perbualan ini..


Auntie Jay : Kesian kan anak-anak yatim yang meninggal sebab kejadian tanah runtuh tu.

Auntie Sanny : Aah betul tu Jay! Aku ni menangis tengok berita tu. Tak sampai hati tengok mangsa yang tertimbus dengan tanah tu Jay! Nasib baik kita kat sini tak ada tanah tinggi kan Jay?

Auntie Jay : Itulah Sanny, orang kata, bala tu diturunkan kalau ada orang buat maksiat. Tak kan budak rumah anak yatim buat maksiat kan? Mestilah diaorang tu suci belaka!

Auntie Sanny : La, kau ni Jay. Betullah, bala diturunkan kalau ada maksiat. 

Auntie Jay : Haah kan, yang kes Bukit Antarabangsa tu orang kata sebab maksiat. Ala, tapi ni rumah anak yatim, budak pun baik-baik. Bala apa pula?!

Auntie Sanny : Jay, itulah orang ni kalau berkata main ikut sedap mulut saja. Ni tanah runtuh ni, bukan sebab maksiat sahaja. Ni sebab pemerintahan tak betul.

Auntie Jay : haa, betul lah kau Sanny. Ye lah, negeri kita ni dah bukan Parti Y yang memerintah kan? Parti X dah yang memerintah. Si MB Khalid tu bukan baik sangat pun!

Auntie Sanny : Itulah, dulu kat bukit antarabangsa dok heboh kata orang-orang situ wat maksiat lah apa lah. Itu yang dapat bala. Sekarang ni, rumah anak yatim pun kena tanah runtuh. Ni apa lagi, ni sebab pemerintahan kita lah ni.


Tamat. Cerita adalah benar. Tapi watak dirahsiakan. Parti X dan Y mungkin boleh difikirkan. Ini falsafah atau falsampah? Ikut sedap mulut berbicara. Aduyai.Aku bila dengar makcik-makcik ni cakap begitu, aku yang takut. 'nasib baik kat tempat kita ni tak ada tanah tinggi'. Makcik, Allah kalau nak turunkan bala, tak kira ada tanah tinggi ke tak. Laut yang tenang berombak tu pun boleh buat Tsunami, inikan kampung ni yang dekat dengan Morib tu. Kalau pun tak ada laut, tak ada tanah tinggi sekalipun, Allah tu maha besar, DIA punya kuasa nak buat apa pun. Janganlah bercakap besar.


Lagi 1, kalau tanah runtuh kat Hulu Langat tu sebab kerajaan X yang memerintah, jadi, secara logiknya, masa Bukit Antarabangsa tu, sebab kerajaan Y yang memerintahlah. Tak ke begitu makcik? Adooi, aku kadang-kadang geram juga dengan makcik-makcik ni. Nak aku bidas, nanti dikata kita tak hormat orang tua. Tak pun 'kau apa tahu? Kami lebih makan garam daripada kau'.


Astaghfirullahalazim, bawak beristghfar panjang-panjang. Berjaga-jaga dalam kita bercakap. Takut buruk padahnya. Sebab itu orang kata, diam itu lebih baik.



Sebab kejadian tanah runtuh.

Paling utama kita perlu ingat, ini semua kekuasaan Allah. Bagi aku, kita selalu kaitkan bencana yang berlaku dengan maksiat. Dalam kes ini, mungkin bukan anak yatim itu yang bersalah, tapi, ini sebagai peringatan buat kita. Sebagai satu medium untuk kita bermuhasabah diri kita balik. Cuba renung balik, kita sebagai masyarakat, bagaimana kita melayan anak yatim ini? Sudahkah kita berikan hak mereka? Adakah kita telah menyempurnakan apa yang sepatutnya buat mereka?


Bencana ini sebagai 1 peringatan kepada kita, manakala matinya anak yatim yang ditanam dalam 1 liang lahad itu tanda cinta Allah kepada mereka. Allah lebih sayangkan mereka. Kita janganlah terlampau senang dengan apa yang kita ada hari ini, takut kelak, kita menderita, bersederhanalah.. Bencana ini tidak lain mengingatkan kita tentang 1 ayat Al-Quran yang bermaksud:


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut 29: 2,3)

Ini sebagai 1 ujian kepada kita sebagai hamba. Setiap orang ada ujian mereka sendiri. Cuba kita fikir sejenak, telah banyak bencana yang berlaku, apakah kita mengambil iktibar daripadanya? Adakah cukup seketika kita menangis semasa mendapat khabar dan kemudian tertawa berdekah-dekah lupa dunia berhari-hari. Kita sibuk menuding pihak lain, salah kerajaan lah, salah ketua kampunglah, salah ini lah salah itulah. Tapi kita sendiri kadang-kadang lupa untuk menyalahkan diri sendiri yang melakukan kesalahan.


Mungkin sains ada sebabnya tersendiri mengapa tanah runtuh ini berlaku. Tanah tidak stabil, hujan tidak berhenti atau tanah tinggi berdekatan dikorek dan sebagainya. Tapi, kita lupa, habisnya pokok siapa yang tebang? Panasnya bumi, siapa yang punca sebenar?


Renung-renungkan dan selamat beramal. Buat makcik, saya tahu makcik ada yang ada FB. Tapi rasanya makcik tak adalah baca blog saya ni. Tapi, semoaga makcik lebih bersikap terbuka dalam berfikir. Ok, sekian dahulu. Wassalam. :)

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Ar-Ruum 30:41)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?



Blogger comel dan macho sekalian! Entri ringkas. Sibuk sedikit, malam nanti aku menulis. Ini sengaja nak join segmen Kak Sunah. So, sesiapa yang berminat, sila klik gambar di atas. Terima kasih. :)




Ini header blog ini. Siapa buat? Alieff.com yang buat. Ok, itu sahaja. Tutup 4.00 petang. Ok daa ada kerja.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 24, 2011

Secret Recipe Tak Halal - Jangan Terus Bertindak Kejam.

Assalamualaikum to all my beloved readers! Ladies cute dan man yang gentle! Ok, tak payah nak panjang-panjangkan isu yang dah memang agak panas. Baru-baru ini gempar orang sibuk kata Secret Recipe tak halal. Wow! aku pun terkejut! Tadi kat FB, ada pakwe bagi mesej kat buah hati yang berbunyi lebih kurang begini: "salam, dengar kata baru-baru ni Secret Recipe tak halal dah, tapi tak tahu betul ke tak, apapun, jangan makan buat masa ni."


Ok, gentleman nya dia! haha gilos, kalau dia baca mati aku. =.='' Ok, berkenaan artikel di Halal Malaysia tentang syarikat puratos yang ada ura-ura mengatakan Secret Recipe menggunakan ingredients daripada Puratos. Maklumat boleh didapati di SINI. Bagaimana boleh tahu Secret Recipe menggunakan bahan-bahan syarikat Puratos pula di SINI. (Rujuk nombor 8 dan 9)


OMG! My Chocolate Indulgence!!!!

Oklah, sejauh mana kebenarannya? Oit FS kau nak pertikaikan status halal yang dah memang terbukti haram kat page Halal Malaysia ke?? Tak, aku rasa kita jangan terus tembak peluru je, tak tahu betul mangsa ke tak, takut pelanduk 2 serupa kang, NAYA!


Tadi nampak juga ada kawan-kawan kat FB yang share link cerita Secret Recipe tak halal. Hurm, ok nakkan penjelasan? Halal atau tidak?



Saya,Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau berita yang telah dihantar oleh pihak tuan. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya.

Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe

Klik untuk tumbesaran!

So.. Secret Recipe halal. Seperti kenyataan yang telah dimaklumkan. Kita patut berterima kasih kepada Mrs Farizal yang telah sedaya upaya nak mendapatkan maklumat yang betul daripada pihak yang berwajib.


Ok, beritahu kawan-kawan lain. Oh ya, teka-teki tadi, tak ada yang dapat jawab dengan betul lagi, tak ada yang berminat nak topup free barangkali. :)


Updated: Boleh Rujuk SINI juga SINI untuk hal yang sebenar.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Giveaways Julung Kalinya Dari Cik Tom

Assalamualaikum semua! hehe nak join GA Cik Tom. Sengaja betul nak wat hari yang last ni. Padahal dah tahu lama dah dari bulan April lagi dia keluarkan. Cik Tom, tak apa kan buat last minit? TAk tahulah bertuah ke tak, memang sengaja ni wat last minit. Hihi






So, kenal Cik Tom tak? Cik Tom ni terkenal dengan tutorial dia. Banyak tutorial dia. Boleh pergi web dia untuk tengok tutorial yang disediakan. So, dia nak buat Giveaway sebab dia nak bagi hodting. Haa, bukan murah tau hosting ni. Jadi, aku pun sengaja lah nak mencuba-cuba kan diri, walaupun selalunya memang 'sangat bertuah' lah untuk dapat benda-benda macam ni. huhu


So, apa syarat-syaratnya untuk menyertai GA Cik Tom ni?


1) Buat 1 entri bertajuk “Giveaways Julung Kalinya Dari Cik Tom” dan linkkan ke entri ini.

2) Entri adalah bebas samaada nak buat panjang atau pendek tapi supaya tak nampak terlalu kosong cerita la apa yang menarik/kelebihan mengenai blog korang ye.

3) Tak perlu follow blog ni atau letak banner cuma sila masukkan link blog cik tom ke dalam bloglist korang. (*supaya senang nak tahu pasal apa-apa update sepanjang giveaways. dah habis boleh je remove.)

4) Pemenang akan ditentukan secara cabutan bertuah.

5) Tinggalkan link post anda di bahagian komen entry ini.

6) Tarikh mula giveaway ini ialah 25 April 2011 sehingga 24 May 2011. Tarikh tutup bagi redeem hadiah hosting cik tom ialah 31 May 2011. So, kepada pemenang sila alert tarikh yang bakal cik tom umumkan.



Ok, so apa kelebihan blog ni? Alamak Cik Tom, I am failed to explain this. I think, there is no such thing yang interesting from this blog. Huwaa Damn sad! huhu Apapun, blog ini baru menukarkan domain. Tuan Tanah masih belajar dunia blog. Kebanyakan entri dalam blog ini adalah buah fikiran tuan tanah sendiri daripada apa yang dilihat dan diperhati dalam masyarakat. Selalunya, Tuan Tanah cuba untuk menimbulkan isu-isu yang menarik untuk diperbincangkan. (iyeke?adess) Entah, tak tahulah Cik Tom, Cik Tom rasa?? o.O

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 23, 2011

Jom Main Teka-teki!

Assalamualaikum semua! huhu jom main teka-teki nak? Siapa yang paling awal jawab dan betul, aku nak bagi apa ea...ok, nanti aku fikirkan, lau ade rezeki lebih, aku nak bagi topup. InsyaAllah..



Ok, tamat pengiklanan. Ok, jadinya. Soalan teka-teki untuk malam ini ialah : Dalam banyak-banyak penyakit, penyakit apakah yang paling sakit? Ha.. jawab-jawab, the first one who gives me the answer, I will give a gift. ;)


Tinggalkan komen sahaja. Ok, siapa cepat, dia dapat. Tapi yang penting kena betul. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Patut Ke Emak Bakal Pengantin Perempuan Letak Syarat Macam Ni?

Assalamualaikum semua! Menarik! Nak kahwin kena buat perjanjian dulu. Huhu Ada ke orang buat macam tu? Dah macam kahwin kontrak je aku tengok. Aku hidup bermasyarakat. Macam-macam perkara aku nampak, aku dengar, aku alami. Yang terbaru ni, Mak perempuan letak syarat nak menikah? Wow, kalau wang hantaran tu perkara biasalah. Ini bukan masalah wang hantaran yang kita dok kecoh-kecoh hari tu.


Entahlah. Masyarakat. Dalam 1 masyarakat, ada macam-macam perangai. Ada macam-macam ragam. Yang ni buat aku terkedu kejap. Boleh ke letak syarat macam ni?

Kalau betul kau nak menikah dengan anak aku, kau tak boleh bawak anak aku keluar dari rumah ni. kalau kau nak bawa dia keluar juga, tak payah menikah. Ada orang lain yang nak kan anak aku. Duda.

Pergh.. Gila makcik, berani makcik cerita depan saya benda ni makcik? Nasib baik saya terkedu masa tu. Kalau tak, lama dah saya bagi tazkirah kat makcik. hehehe Eh, boleh ke buat perjanjian macam tu? Pelik betul lah. Bukan ke dalam Islam, isteri tu kena ikut suami?


Sesungguhnya tugas seorang  isteri terhadap suaminya adalah sangat penting dan mesti dipatuhi sehingga pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.” -Riwayat At-Tarmizi


So, kalau ikutkan, mak perempuan tu kira tak ada hak lah nak tentukan hidup anak dan bakal menantu dia. Tak macam tu ke? Sepatutnya, anak dia yang perempuan tu kena ikut kat mana suami dia pergi. Kat mana suami dia nak tinggal. Rumah pun dah ada, ada pulak suruh duduk kat rumah perempuan. Suami kerja jauh, tak kan nak pisahkan talian kot?


Makcik, kalau lah makcik baca blog saya. huhu Makcik, sayang anak sekalipun, dia ada hak untuk hidup berdikari. Sampai bila makcik nak kongkong dia macam ni? aduyaii, aku kesian betullah kat bakal menantu dia ni.


Terima juga syarat perjanjian tu pulak tu. Bila dah cinta dan bila cinta itu dah buta. Lautan dalam sanggup ku renangi lah kan selalunya? 


Bukan masalah cantik, tapi aku suka coklat. Sumber

Aku bukan apa, orang kata apa? Kapal mana yang tak dilanda ombak ye? Pada pendapat aku lah, kalau betullah tak tahu tentang agama sekalipun, tak tahu Islam kata isteri tu kena ikut suami, aku rasa mereka patut diberi peluang untuk hidup berdikari sebagai suami isteri. Andai ada masalah sekalipun, biarlah mereka cuba selesaikan. Sebagai orang tua mungkin boleh menasihati.


Walaupun nak yang terbaik buat anak, jangan sampai kita buat mereka jadi tak bahagia di kemudian hari. Entah, aku kurang setuju lah cara makcik ni sorang. Kalau korang macam mana? Kalau aku jadi laki tu, ego tinggi suda. Boleh je aku cakap, tak apalah makcik, makcik kawinkan lah anak makcik dengan duda tu. Saya pun bujang. Boleh cari yang bujang bukan janda. hehe *gelak jahat*

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 22, 2011

Buat Yang Sungguh Teristimewa..

Assalamualaikum to all my beloved readers. I am pleased to welcome you to read my new post after long hours and days have not published any entries. Hiyaaa, exam kak, abang, adik, mak cik, atok, nenek.. Subjek pulak semua reading. Tiga hari berturut, nak pecah otak ni kena push suruh keluar semua. Haih. 3 hari berturut... Umpama dia begini..

Makan tak basah..
Tidur tak kenyang..
Mandi tak lena..
Pendek kata..
Buku buku buku..
Ini lah penangan sebuah CINTA yang bernama peperiksaan..

Jadi disebabkan penangan CINTA yang terhebat itu tadi..kewujudan blog ini telah diketepikan demi kemaslahatan sejagat. Cheq rasa, mana yang lebih patut diutamakan, patut diutamakan terlebih dahulu...Oklah, malas nak cerita panjang-panjang. Tadi Kak Sunah kongsikan 1 artikel ni. Sangat menarik, lagi-lagi untuk semua bloggers, YOU MUST READ THIS!! (bolehlah sambil-sambil diiringi music Music Box II Eternally)



Ok, mari mulakan..
AMARAN daripada KEMENTERIAN KESIHATAN FS anda dikehendaki melapangkan minda sebelum mebaca artikel ini. Terima kasih.

Ketika tulisan mulai jadi sebutan orang
Ketika pendapat di blog dipuji-puji
Ketika 'post' di Forum mendapat penghargaan
Ketika idea-idea dikatakan sangat bernas

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Terangsanglah semangat mencari idea-idea segar
Terangsanglah untuk mencari bukti-bukti menguatkan argumentasi
Terangsanglah untuk 'komen' di blog orang lain, untuk promosi blog sendiri
Terangsanglah untuk mem'famous'kan diri sendiri!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Niat asal sudah lari
Niat bukan lagi untuk tujuan dakwi
Niat kini untuk promosi diri
Niat kini untuk naikkan NAMA sendiri!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Dalam blog:
Tiap hari 'check' brape pelawat dah datang arini?
Tiap hari 'check' brape 'comment' dalam entri kali ni?

Dalam forum:
Tiap hari 'check' brape respon untuk 'post' tempoh hari?
Tiap hari 'check' brape 'post' lagi nak naik status ni?

Tiap hari...cari ruang promosi NAMA sendiri
Sebabnya...

Aku Menulis Hanya Kerna NAMA


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Tulisan ini bukan untuk mencela sesiapa
Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa
Tulisan ini bukan untuk mereka-reka cerita
Tulisan ini buat renungan diri SENDIRI la!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...
6-5-2009 3-39-56 PM
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (An Nasr 110:3)


p/s: renung-renungkan dan selamat beramal... :)
Sekali lagi..entri autopublish...



psst: entri lama yang tak terpost, punyala set autopublish, kat draft rupanya =.='' 

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT (Updated:Nama Mangsa Yang Terlibat)

Assalamualaikum, informasi terbaru nama mangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat adalah seperti berikut.

Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan. 

1) Azrel, 8, 
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi * 
10) Zaid Ashwal, 18,

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,

Enam yang masih tertimbus ialah:

1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11,

* umur tidak diketahui

Sumber: BH

Antara gambar kejadian.








more >>>>


Tak lain Allah menjadikan sesuatu itu untuk kita kembali kepadaNya..

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 21, 2011

KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT MENIMPA ANAK YATIM AT-TAQWA


Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada TokEsah sebab menyebarkan berita ini. Sungguh aku baru tahu. Subhanallah, Maha Hebat dugaan yang Kau berikan Ya Allah. Menurut tok, tanah runtuh di Hulu Langat Selangor yang menimpa rumah2 anak yatim di batu 14, Hulu Langat. Sehingga kini 2 mayat telah ditemui sementara 21 mangsa lain dicari sambil 7 lagi terselamat.


Mengikut laporan terkini di tv3.

Antara 20 hingga 20 penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh, jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.


Petikan dari mstar.com.my

Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.

Kini satu mayat telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera. – BERNAMA 


p/s:
Doakan mereka agar dipermudahkan urusan!
Sebarkan!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 20, 2011

Nur Kasih The Movie 2011 | 19 Mei 2011 | Ost Nur Kasih | Trailer Nur Kasih

Assalamualaikum to all my beloved readers! Ladies comel and gentleman cool! hihi Hari ini 19 Mei 2011 lah! Apa lagi? Orang sibuk dengan Remy Ishak, Tiz ye? So apa review filem ni?




Sesiapa yang pergi serbu wayang hari ini, story lah sikit-sikit kan? Review, kot-kot tak berapa hot macam drama dia, tak dan lah ai nak pi tengok. hihi Barisan pelakon Nur Kasih The Movie ialah Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi.


Ada Mia lah, si comel. mesti best.. eh, iye ke? Tak tahulah nak pi tengok bila. Durasi cerita ialah 90 minit. Kabir Bahtia sebagai pengarah movie tersebut.


Sinopsis

Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.

Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.


Pengharapan

Semoga cerita ini dapat memberikan nilai-nilai yang baik untuk ditonton. Bukan cerita cinta semata-mata. Andai anda ingin menontonnya, tontonlah dengan mata hati untuk mendapat apa yang cuba disampaikan. Bukan memandang mata kasar untuk melihat kehandsoman Remy Ishak dan kecunan Tiz sahaja. ;)



Trailer Movie Nur Kasih


Ost Nur Kasih


Have a nice Thursday! Selamat menonton bagi yang ingin pergi menonton hari ini. :)



Updated!

Untuk review filem ini, boleh baca di REVIEW FILEM [dot] com

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 19, 2011

Pemilik Blog Suratan Kebetolan Handsome Sangat Ke??

Assalamualaikum! Oh hoo dah tengok NKTM? Ada search kat google petang tadi. Tengok review, tetiba macam dot dot dot.. haha Nantilah, tengok sendiri pastu review sendiri. huhu Ni entri ringan-ringan bagi kaki LIKE.  


Naz ni asal datang sini mesti guna nama Naz Emsem, tak caya pi cek kat shoutbox tepi tu. haha Handsome sungguh lah tu Naz? Nia tu nasib baik comel. huhu Tapi Naz dengan blogger yang Sini mana lagi handsome? haha Sesaja lah. Korang berdua tak ada kena mengena dengan entri ni.


Kesian tengok Naz ni merayu-rayu. Jadi sebagai kawan blogger yang comel aku tolonglah dia kan.. Korang tolonglah aku sekali untuk tolong Naz ni. Kesian Nia minta tolong Naz tu..


p mane?kali ni bukan p mane2, kali ni melalui panggilan video 3g iphone 4gs kami. check it out



****************************


nia : accalamekom uncle emcem!!
guwa : walekomcalam nia yang tak chumel. ade ape kol2 uncle ni?



nia : hihi, nia taco uncle yer?uncle tengah uwat pe tew?
guwa : uncle tengah men game ni nia, kemon2, straight tu the point please



nia : uncle2, uncle kan baik, nia nak intak tolong uncle cikit jew, tak banyak pon, uleh tak uncle? (dengan nada suara paling chumel)
guwa : yela2, naseb baik uncle emsem, nak mintak tolong ape shayam?



nia : hihi, cayang uncle, adik nia, tica, macuk kontes uncle, nak mintak uncle tolong undi tica!!uleh tak uncle? leh kan? leh kan?
guwa : iyer, buleh nia, camner uncle nak undi??



nia : jap2, nanti nia "escemes" uncle, uncle tunggu tau (lantas terus meletakkan phone beliau)
guwa : dem, tak menyempat



**********************


sms dari nia


uncle, like tau uncle

1.mula2 :
LIKE MyLittleMomo Fanpage kat SINI --> MY LITTLE MOMO

2.pastu :
lika gambar batrisya kat sini --> GAMBAR TICA!!




tengkiu uncle!caaaayang uncle!:)


*******************************


p/s : Naz mewakili seluruh warga keluarga memohon jasa baik anda untuk turut sama men"vote" gambar tica atau nama betol beliau nur aina batrisya. sekian:)


kepada yang sudah mengundi, jutaan terima kasih:) korang mmg best! anda di alu-alukan untuk meng"copy" entry ini dan mempromot di blog anda:) sekian~

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 18, 2011

Sosej, Pau, Dim Sum juga Daging Salai Belum Pasti Halal Sekarang??

Assalamualaikum semua! Morning! Sudah breakfast?? hehe Siapa suka Sosej?? Angkat tangan dua-dua. huhu Siapa suka Maher Zain? Boleh baca yang SINI. Tapi yang suka sosej, wajib baca yang hat ni. hehe Terima kasih kepada kak Ardini Humaira. Sebab cheq tak baca Bernama. So, apa cerita ni? Sosej haram dimakan? Tang mana? Tang ni..



Kementerian Kesihatan: Isu Khinzir Mati Diguna Untuk Hasilkan Makanan Disiasat

 
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah televisyen tempatan berkaitan isu khinzir yang telah mati yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang terproses.

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Datuk Mohd Othman, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sekiranya laporan itu berasas, pihak yang terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 13A Akta Makanan 1983.

Dalam kenyataan di sini,beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara itu supaya menyalurkan maklumat itu menerusi laman web bahagian itu di http://fsq.moh.gov.my atau emel fsq-division@moh.gov.my.

Isu itu tercetus apabila NTV7 dalam Edisi Siasat Mandarin baru-baru ini mendakwa penternak khinzir di Tanjung Sepat, Selangor, menjual bangkai haiwan berkenaan untuk menghasilkan makanan seperti sosej, daging salai, dim sum dan pau. -- BERNAMA




Adeh, memalukan, Tanjung Sepat, mana jauh dari tempat cheq. Awatlah loqlaq sangat. Itulah, sekarang ni, banyak benar benda meragukan. Makanan ni pula kena tengok betul-betul kalau nak beli. Pastikan halal yang original. Okey?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

Freedom by Maher Zain [Nasyid Bukan Sekadar Muzik]

Assalamualaikum to all my beloved readers! Siapa suka Maher Zain? Angkat kaki! ;) Berikutan entri Nasyid Tin Kosong oleh Segalacerita.com. Aku hanya ingin mengulas sedikit. Sedikit sahaja. Tak banyak. :) 


Betul apa yang Atik cakapkan dalam entri tu. Nasyid nibukan nasyid kosong semata-mata nak bagi orang yang dengar tu 1 muzik yang tenang. Bukan kerana tujuan untuk itu semata-mata. Mereka (penasyid) ada tujuan utama dalam menyampaikan. Apa lagi kalau bukan sebagai medan dakwah. Kerana lirik yang mereka cuba sampaikan sebenarnya untuk sama-sama ingat mengingati. Bukan semata-mata untuk suka-suka.


Fenomena baru masyarakat hari ini ialah Maher Zain. Ramai yang fanatik dengan MZ. Acapkali adanya konsert MZ, ramai yang sanggup membeli tiket dan menonton konsert beliau. Alhamdulillah. Tapi pada 1 sudut yang lain, sampaikah mesej yang ingin disampaikan? Atau hanya mendengar semata-mata tanpa tahu apa yang terkandung di sebalik lirik? Tepuk dada tanya hati. :)


Freedom by Maher Zain
[ I love the song and its lyrics ]







Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh


I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh


we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us
fasihah.com

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 17, 2011

Aku Ingin Berubah

13 Mei 2011

Esok akan ada kem Keindahan Bersamamu [KBM] di sekolah. Tapi.. aku belum pasti mahu pergi atau tidak. Aku tiada kawan, geng aku semua tidak mahu  pergi. Perlu kah aku pergi ke KBM ini?


14 Mei 2011

30 minit sebelum pendaftaran bermula pagi itu, aku masih termanggu-manggu. Hati ini masih berfikir, patutkah aku pergi ke program ini? Sedangkan, aku tiada kawan di sana nanti. Geng aku pun tiada. Tidak mengapalah, aku mahu pergi!

Setelah bertekad, Azmi pun membuat persediaan untuk pergi ke kem tersebut. Tanpa menghantar borang kebenaran ibubapa kepada cikgu, dia terus melulu mendaftarkan diri di meja pendaftaran pagi itu. 


Tanpa teman yang paling rapat di sisi aku melangkah. Tanpa teman yang selalu bersama ke sana ke mari, aku ke sini tanpa tahu apa sebenarnya tujuanku ke program ini. Program dimulakan, walaupun aku tidak berapa mengenali rakan lain, tapi aku terhibur dengan Abang Bai yang mengendalikan program ini. Pada permulaannya, aku benar-benar rasa seronok kerana dapat berada di program ini. Tiada rasa mengantuk. Entah siapa kawan disebelah, aku menyapanya dengan mesra. 3S. SALAM, SENYUM dan SAPA. Aku benar-benar rasa terhibur dengan Abang Faizal sebagai fasilitator kumpulan aku. Aku rasa beruntung dapat datang ke program ini.


Knowing Me Knowing You. [KMKY] Slot ini sebagai ice-breaking antara pelajar dan abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Aku benar-benar rasa seronok.


Slot petang yang terus aku nantikan. Apakah pengisian untuk petang ini pula. IN-TEAM. Pada petang yang berangin, slot dimulakan dengan pertunjukan beberapa video yang lawak. Tetapi sebenarnya memberikan pengajaran sebagai Intro slot IN-TEAM. Kami disuruh menasyidkan lagu Teman Sejati oleh SAUJANA beramai-ramai.


Selama ini.. Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani.. Perjuangan suci

Bersyukur kini.. PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini.. Telah kutemui

Dengannya di sisi.. Perjuangan ini
Senang diharungi.. Bertambah murni
Kasih Illahi

.....


IN-TEAM. Abang Bai menyedarkan aku betapa pentingnya sahabat. Betapa banyaknya kesalahan yang telah aku lakukan kepada sahabat. Betapa teruknya aku selama menjadi seorang sahabat. Aku jahat. Aku biarkan sahabat-sahabat aku terjebak dengan perkara-perkara yang sia-sia. Aku biarkan kawan-kawan aku melepak, tidak menutup aurat, berkasar dan kadang-kadang antara kami menyebut perkataan yang sangat tidak baik dan mencarut kepada sahabat lain. Ya Allah, betapa teruknya aku sebagai seorang sahabat ya Allah..


Sedihnya, di sebelah aku ini bukan sahabat aku yang selalu. Ini sahabat yang baru aku kenal. Tetapi, pada dia aku cuba mencari erti sahabat. Aku menyesal ya Allah. Andai nyawa sahabat-sahabat aku ditarik dahulu daripada aku, adakah aku sempat untuk meminta maaf ya Allah. Ya Allah, terlampau banyak dosaku sebagai seorang sahabat ya Allah.. Petang itu aku menangis, berpelukan dengan sahabat baru. Sambil diiringi Doa Taubat oleh Raihan.








Program diteruskan selepas asar dengan tautan ukhuwwah bermain bola bersama rakan-rakan. Rasa seronok bermain. Lupa semuanya yang bermain di fikiran.

Malam itu selepas Isyak, kami dihidangkan lagi dengan program tarbiah MENITI ANGIN MALAM. Sebelum slot bermula, kami dihidangkan persembahan oleh Abang dan Kakak fasilitator dengan lagu Demi Matahari oleh SNADA. Kami diperingatkan bahawa lagu ini adalah makna daripada Surah As-Syams (Matahari) dan kami diingatkan agar memahami bait-bait lirik tersebut.



Semua peserta mula menunjukkan tanda-tanda kesedihan apabila satu persatu peringatan mengetuk hati dan sanubari kami. Malam ini kami diketuk. Kami dsuruh memperingati kesalahan kami terhadap kedua ibubapa kami. Satu persatu kesalahan disebut.


Ya Allah, terlampau banyak dosa yang telah aku lakukan ya Allah. Sedangkan selama ini, aku langsung lupa akan pembalasanmu ya Allah. Malam ini aku sangat bersyukur kerana kau hadirkan diriku ini ke sini ya Allah. Aku terlampau banyak dosa terhadap kedua ibubapaku ya Allah. Aku selalu menipu ibubapa aku ya Allah. Aku menjadi anak derhaka ya Allah. Aku tidak mendengar kata ya Allah. Aku lupa ya Allah. Aku lupa tanggungjawab aku sebagai seorang anak ya Allah. Aku lupa mereka itu sepatutnya aku hormat ya Allah. ya Allah, adakah aku layak untuk dimaafkan ya Allah? Ya Allah...


Kami diketuk lagi dengan perhubungan antara kami dengan Allah dan Rasulullah. Kami menangis semahunya ya Allah. Kami terlampau leka dalam menikmati duniamu ya Allah.. ya Allah, kami terlampau ujub dengan dunia ya Allah. Sehingga kami lupa untuk beribadat kepadamu ya Allah.

Kami terlampau lalai ya Allah, sehingga solat kami tak cukup 5 waktu sehari ya Allah..
Kami terlampau sibuk dengan kawan-kawan, sehingga kami lupa pembalasanMu ya Allah..
Kami terlampau seronok dengan dunia ya Allah sehingga kami lupa ada akhirat yang bakal menjelma ya Allah..
Kami terlampau angkuh ya Allah sehingga lupa untuk berdoa padaMu ya Allah..
Kami lupa yang kami akan kembali padaMu satu hari nanti ya Allah...


Aku benar-benar rasa bersalah terhadap diri aku sendiri malam itu. Terlampau banyak kesalahan yang telah aku lakukan. Terlampau banyak dosa yang telah aku lakukan. Aku lupa pada Allah. ya Allah...adakah aku masih diterima untuk bertaubat padaMu.. T___T


Pengisian Rohani deteruskan dengan slot MENITI ANGIN MALAM 2. Kali ini, mata kami ditutup, kami didudukkan berjauhan antara kami. Gelap. Tiada teman di sisi. Abang Bai mengingatkan agar kami tidak memikirkan hal lain. Hanya percaya pada diri sendiri.


Petir berdentam-dentum dengan kuat memukul gegendang telinga kami. Tiba-tiba satu suara yang menakutkan berbunyi..

Maa Rabbuka...?! Siapa Tuhan Kamu?!

Kemudian kami dikejutkan dengan pukulan yang sangat kuat sehingga bergetar jantung kami. ya Allah, inikah alam kubur ya Allah? Sesungguhnya ku belum bersedia ya Allah. Aku takut ya Allah. Aku takut dengan balasanMu ya Allah. Tolonglah ya Allah, berikanlah aku peluang untuk bertaubat ya Allah.. ya Allah...


Aku menangis semahunya waktu ini, segala kesalahn terimbau didepan mata. Tanpa sesiapa di sisi. Aku takut ya Allah, aku belum bersedia.


Kedengaran suara azan. Dan kami menuju ke arah laungan azan tersebut. Perlahan-lahan kami disuruh membuka ikatan mata kami. Aku bersyukur.. Aku masih hidup. Didepan mata kami ialah kubur. Kami benar-benar insaf ya Allah..


Aku sangat bersyukur kerana aku masih bernafas. Aku bertekad untuk berubah. Aku ingin menjadi anak yang soleh. Aku ingin berubah ya Allah. Berikanlah aku peluang untuk menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa ya Allah. Kau ampunilah segala dosa-dosaku ya Allah.. Hanya padaMu aku berserah ya Allah.. (Doa Azmi sebelum melelapkan mata malam itu)


Terima kasih sudi baca^^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

7 Benda Paling Popular Orang Malaysia Bayar Melalui Internet

Assalamualaikum to all my beloved readers! Morning! Happy holiday to all Malaysians! hehe seronoklah na cuti hari ni. hihi So kali ni, fasihah.com hendak berkongsi, apakah perkara yang selalunya orang Malaysia membayarnya secara online.


  1. Travel -- Rm435mil (24%)
  2. Bill payments -- RM329mil (18%)
  3. Entertainment and lifestyle -- RM255mil (14%)
  4. IT and electronics -- RM218mil (12%)
  5. General insurance -- RM205mil (11%)
  6. Fashion and beauty -- RM181mil (10%)
  7. Gifts and collectibles -- RM68mil (4%)

Itulah bendanya. Travel memang online lah selalunya kan? Sebab kita pun selalu booking flight online. Sebab itu yang paling banyak. Hanya sebagai informasi. :)





Sumber : The Star

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Assalamualaikum to all my beloved readers! I am sorry I am sorry! I just coming back from camping. huhu skipping pulak dah. Maaf semua. Baru balik dari program. Jadi, dikesempatan ini.. Saya nak mengucapakan SELAMAT HARI GURU kepada semua pendidik di Malaysia! Semoga kalian terus tabah mengajar anak bangsa!


Dengan Tema Tahun 2011:  
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


Dengan ingatan tulus ikhlas daripada

fasihah.com

Buat semua guru yang telah mengajar saya..
Terutamanya ibubapa saya sebagai guru yang terawal..
Tak lupa kepada rakan-rakan yang mengajar..
Buat bakal guru-guru..
Dan semua warga pendidik!


Selamat Hari Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa..
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta..
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara..
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia..
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara..
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka..
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa..

Sejarah dimulakan oleh seorang GURU biasa..
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca..

Usman Awang 1979

Selamat Hari Guru diucapkan buat semua warga pendidik..
Semoga kalian tak pernah jemu mengajar anak bangsa..
Semoga Allah merahmati kalian dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat..

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

 
 
Siti Fasihah Ahmad Supian
Pasti At-taqwa (1994-1996)
SK Sungai Kelambu (1997-2002)
SRA Sungai Kelambu ( 1997-2002)
SAM Unwanus Saadah Kanchong Darat (2003-2007)
Center For Foundation Studies, Nilai (2008-2009)
IIUM Gombak (2009-now)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^