Aku Ingin Berubah | fasihah.com


May 17, 2011

Aku Ingin Berubah

13 Mei 2011

Esok akan ada kem Keindahan Bersamamu [KBM] di sekolah. Tapi.. aku belum pasti mahu pergi atau tidak. Aku tiada kawan, geng aku semua tidak mahu  pergi. Perlu kah aku pergi ke KBM ini?


14 Mei 2011

30 minit sebelum pendaftaran bermula pagi itu, aku masih termanggu-manggu. Hati ini masih berfikir, patutkah aku pergi ke program ini? Sedangkan, aku tiada kawan di sana nanti. Geng aku pun tiada. Tidak mengapalah, aku mahu pergi!

Setelah bertekad, Azmi pun membuat persediaan untuk pergi ke kem tersebut. Tanpa menghantar borang kebenaran ibubapa kepada cikgu, dia terus melulu mendaftarkan diri di meja pendaftaran pagi itu. 


Tanpa teman yang paling rapat di sisi aku melangkah. Tanpa teman yang selalu bersama ke sana ke mari, aku ke sini tanpa tahu apa sebenarnya tujuanku ke program ini. Program dimulakan, walaupun aku tidak berapa mengenali rakan lain, tapi aku terhibur dengan Abang Bai yang mengendalikan program ini. Pada permulaannya, aku benar-benar rasa seronok kerana dapat berada di program ini. Tiada rasa mengantuk. Entah siapa kawan disebelah, aku menyapanya dengan mesra. 3S. SALAM, SENYUM dan SAPA. Aku benar-benar rasa terhibur dengan Abang Faizal sebagai fasilitator kumpulan aku. Aku rasa beruntung dapat datang ke program ini.


Knowing Me Knowing You. [KMKY] Slot ini sebagai ice-breaking antara pelajar dan abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Aku benar-benar rasa seronok.


Slot petang yang terus aku nantikan. Apakah pengisian untuk petang ini pula. IN-TEAM. Pada petang yang berangin, slot dimulakan dengan pertunjukan beberapa video yang lawak. Tetapi sebenarnya memberikan pengajaran sebagai Intro slot IN-TEAM. Kami disuruh menasyidkan lagu Teman Sejati oleh SAUJANA beramai-ramai.


Selama ini.. Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani.. Perjuangan suci

Bersyukur kini.. PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini.. Telah kutemui

Dengannya di sisi.. Perjuangan ini
Senang diharungi.. Bertambah murni
Kasih Illahi

.....


IN-TEAM. Abang Bai menyedarkan aku betapa pentingnya sahabat. Betapa banyaknya kesalahan yang telah aku lakukan kepada sahabat. Betapa teruknya aku selama menjadi seorang sahabat. Aku jahat. Aku biarkan sahabat-sahabat aku terjebak dengan perkara-perkara yang sia-sia. Aku biarkan kawan-kawan aku melepak, tidak menutup aurat, berkasar dan kadang-kadang antara kami menyebut perkataan yang sangat tidak baik dan mencarut kepada sahabat lain. Ya Allah, betapa teruknya aku sebagai seorang sahabat ya Allah..


Sedihnya, di sebelah aku ini bukan sahabat aku yang selalu. Ini sahabat yang baru aku kenal. Tetapi, pada dia aku cuba mencari erti sahabat. Aku menyesal ya Allah. Andai nyawa sahabat-sahabat aku ditarik dahulu daripada aku, adakah aku sempat untuk meminta maaf ya Allah. Ya Allah, terlampau banyak dosaku sebagai seorang sahabat ya Allah.. Petang itu aku menangis, berpelukan dengan sahabat baru. Sambil diiringi Doa Taubat oleh Raihan.








Program diteruskan selepas asar dengan tautan ukhuwwah bermain bola bersama rakan-rakan. Rasa seronok bermain. Lupa semuanya yang bermain di fikiran.

Malam itu selepas Isyak, kami dihidangkan lagi dengan program tarbiah MENITI ANGIN MALAM. Sebelum slot bermula, kami dihidangkan persembahan oleh Abang dan Kakak fasilitator dengan lagu Demi Matahari oleh SNADA. Kami diperingatkan bahawa lagu ini adalah makna daripada Surah As-Syams (Matahari) dan kami diingatkan agar memahami bait-bait lirik tersebut.



Semua peserta mula menunjukkan tanda-tanda kesedihan apabila satu persatu peringatan mengetuk hati dan sanubari kami. Malam ini kami diketuk. Kami dsuruh memperingati kesalahan kami terhadap kedua ibubapa kami. Satu persatu kesalahan disebut.


Ya Allah, terlampau banyak dosa yang telah aku lakukan ya Allah. Sedangkan selama ini, aku langsung lupa akan pembalasanmu ya Allah. Malam ini aku sangat bersyukur kerana kau hadirkan diriku ini ke sini ya Allah. Aku terlampau banyak dosa terhadap kedua ibubapaku ya Allah. Aku selalu menipu ibubapa aku ya Allah. Aku menjadi anak derhaka ya Allah. Aku tidak mendengar kata ya Allah. Aku lupa ya Allah. Aku lupa tanggungjawab aku sebagai seorang anak ya Allah. Aku lupa mereka itu sepatutnya aku hormat ya Allah. ya Allah, adakah aku layak untuk dimaafkan ya Allah? Ya Allah...


Kami diketuk lagi dengan perhubungan antara kami dengan Allah dan Rasulullah. Kami menangis semahunya ya Allah. Kami terlampau leka dalam menikmati duniamu ya Allah.. ya Allah, kami terlampau ujub dengan dunia ya Allah. Sehingga kami lupa untuk beribadat kepadamu ya Allah.

Kami terlampau lalai ya Allah, sehingga solat kami tak cukup 5 waktu sehari ya Allah..
Kami terlampau sibuk dengan kawan-kawan, sehingga kami lupa pembalasanMu ya Allah..
Kami terlampau seronok dengan dunia ya Allah sehingga kami lupa ada akhirat yang bakal menjelma ya Allah..
Kami terlampau angkuh ya Allah sehingga lupa untuk berdoa padaMu ya Allah..
Kami lupa yang kami akan kembali padaMu satu hari nanti ya Allah...


Aku benar-benar rasa bersalah terhadap diri aku sendiri malam itu. Terlampau banyak kesalahan yang telah aku lakukan. Terlampau banyak dosa yang telah aku lakukan. Aku lupa pada Allah. ya Allah...adakah aku masih diterima untuk bertaubat padaMu.. T___T


Pengisian Rohani deteruskan dengan slot MENITI ANGIN MALAM 2. Kali ini, mata kami ditutup, kami didudukkan berjauhan antara kami. Gelap. Tiada teman di sisi. Abang Bai mengingatkan agar kami tidak memikirkan hal lain. Hanya percaya pada diri sendiri.


Petir berdentam-dentum dengan kuat memukul gegendang telinga kami. Tiba-tiba satu suara yang menakutkan berbunyi..

Maa Rabbuka...?! Siapa Tuhan Kamu?!

Kemudian kami dikejutkan dengan pukulan yang sangat kuat sehingga bergetar jantung kami. ya Allah, inikah alam kubur ya Allah? Sesungguhnya ku belum bersedia ya Allah. Aku takut ya Allah. Aku takut dengan balasanMu ya Allah. Tolonglah ya Allah, berikanlah aku peluang untuk bertaubat ya Allah.. ya Allah...


Aku menangis semahunya waktu ini, segala kesalahn terimbau didepan mata. Tanpa sesiapa di sisi. Aku takut ya Allah, aku belum bersedia.


Kedengaran suara azan. Dan kami menuju ke arah laungan azan tersebut. Perlahan-lahan kami disuruh membuka ikatan mata kami. Aku bersyukur.. Aku masih hidup. Didepan mata kami ialah kubur. Kami benar-benar insaf ya Allah..


Aku sangat bersyukur kerana aku masih bernafas. Aku bertekad untuk berubah. Aku ingin menjadi anak yang soleh. Aku ingin berubah ya Allah. Berikanlah aku peluang untuk menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa ya Allah. Kau ampunilah segala dosa-dosaku ya Allah.. Hanya padaMu aku berserah ya Allah.. (Doa Azmi sebelum melelapkan mata malam itu)


Terima kasih sudi baca^^

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

19 comments:

Mutiara Bernilai said...

sahabat.

sahabat yg baik menunjukkan kita jalan menuju Tuhan..

oh. Along juga ingin berubah..

sama2 kita berhijrah kerana kebaikan tidak akan pernah ada titik sudahnya..

Mutiara Bernilai said...

eh terlupa.

gud luck okies 4 dis contest!

Myra ^^ said...

rasa tacing jugak tibe2 :(

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kadangkala...akak risau jek .risau bila nak berubah masanya dah suntuk.berada hampir di garisan penamat

FasiHaH SupiaN said...

@Mutiara Bernilai sama-samalah kita along, banyak alang belajar daripada program ni along, walaupun sebagai fasi, sama-sama mendengar pengisian rohani ni along..

FasiHaH SupiaN said...

@Mutiara Bernilai erk..tq along. hehe

FasiHaH SupiaN said...

@Myra ^^ hehe tak salah pun myra :)

FasiHaH SupiaN said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) itulah kak Lm, sebab kita pun tak tahu bila kita akan dijemput..semoga Allah sentiasa memberi ruang untuk kita berubah kepada yang lebih baik..

merahitujambu said...

sejuk je hati baca entry ni..sy pon nak berubah dh terlalu byk dosa dh buat...=/

FasiHaH SupiaN said...

@merahitujambu ya ayuhla bersama menuju redhaNYA :)

Solihin Zubir said...

hehehe.. teringat plak msa orientasi dlu..
sebijik cam crita kt atas.. heheh..
gudluck ok!

FasiHaH SupiaN said...

@Solihin Zubir biasa kem motivasi memang ada kan slot mcm nie...:)

Aretikz said...

Selagi berubah ke arah kebaikan.. alhamdulillah.. ^_^

FasiHaH SupiaN said...

@Aretikz :)

Ardini Humaira said...

semoga kita dipelihara iman dan dikurniakan taufiq wal hidayah, amin..

:)

FasiHaH SupiaN said...

@Ardini Humaira Amin ;)

Muslimah Optimis said...

etir berdentam-dentum dengan kuat memukul gegendang telinga kami. Tiba-tiba satu suara yang menakutkan berbunyi..

Maa Rabbuka...?! Siapa Tuhan Kamu?!

Kemudian kami dikejutkan dengan pukulan yang sangat kuat sehingga bergetar jantung kami. ya Allah, inikah alam kubur ya Allah? Sesungguhnya ku belum bersedia ya Allah. Aku takut ya Allah. Aku takut dengan balasanMu ya Allah. Tolonglah ya Allah, berikanlah aku peluang untuk bertaubat ya Allah.. ya Allah...


memang takut kalo berada di situasi ini.. rasa macam dah mati je.. huhu..semoga jika kita mati nanti kita dimasukkan dalam golongan orang-orang beriman..

p/s: MO pon suka lagu Demi Matahari..

terima kasih sudi join..sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq

FasiHaH SupiaN said...

@Muslimah Optimis terima kasih MO :)

syarifahsidrus said...

sahabat beriman tu hadiah allah..

cerita yang menyentuh hati..