Sosej, Pau, Dim Sum juga Daging Salai Belum Pasti Halal Sekarang?? | fasihah.com


May 18, 2011

Sosej, Pau, Dim Sum juga Daging Salai Belum Pasti Halal Sekarang??

Assalamualaikum semua! Morning! Sudah breakfast?? hehe Siapa suka Sosej?? Angkat tangan dua-dua. huhu Siapa suka Maher Zain? Boleh baca yang SINI. Tapi yang suka sosej, wajib baca yang hat ni. hehe Terima kasih kepada kak Ardini Humaira. Sebab cheq tak baca Bernama. So, apa cerita ni? Sosej haram dimakan? Tang mana? Tang ni..



Kementerian Kesihatan: Isu Khinzir Mati Diguna Untuk Hasilkan Makanan Disiasat

 
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah televisyen tempatan berkaitan isu khinzir yang telah mati yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang terproses.

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Datuk Mohd Othman, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sekiranya laporan itu berasas, pihak yang terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 13A Akta Makanan 1983.

Dalam kenyataan di sini,beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara itu supaya menyalurkan maklumat itu menerusi laman web bahagian itu di http://fsq.moh.gov.my atau emel fsq-division@moh.gov.my.

Isu itu tercetus apabila NTV7 dalam Edisi Siasat Mandarin baru-baru ini mendakwa penternak khinzir di Tanjung Sepat, Selangor, menjual bangkai haiwan berkenaan untuk menghasilkan makanan seperti sosej, daging salai, dim sum dan pau. -- BERNAMA




Adeh, memalukan, Tanjung Sepat, mana jauh dari tempat cheq. Awatlah loqlaq sangat. Itulah, sekarang ni, banyak benar benda meragukan. Makanan ni pula kena tengok betul-betul kalau nak beli. Pastikan halal yang original. Okey?

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

25 comments:

d_tieah said...

Ermmm.. Nasib baik tak pernah lagi makan daging salai n dim sum.. Kalau sosej tu memang selalu beli yg ade logo halal jakim pun.. Pau beli kat pasar malam je.. Orang melayu jual..

Entry Terbaru : Usop Wilcha Nak Jadi DJ Radio???

FasiHaH SupiaN said...

@d_tieah tahu xpa...sama la kita tiah..

merahitujambu said...

bab halal haram ni susah nak cakap..kalau nk beli brg mesti tgok halal jakim dulu.kalau x kim salam

Budak Botak said...

Adeiiiii geli la dengar berita cmni...

Entry terbaru -> Kerry Campbell Cucuk Anaknya Berumur 8 Tahun Dengan Botox... (",)

norinaomar said...

Betul tu Fasihah..kalau kita rasa was-was,lebih baik kita elakkan makan..

Ardini Humaira said...

kecewa dengan sosej lalu akak tak makan spaghetti dah sebab spaghetti tanpa sosej apalah maknanya sobsss

btw.. kalau sosej tu takde tanda halal adakah orang sebok2 cemni. tentu saja sebab ianya ada tanda halal.. sebab tu kecoh..kan :)

sumaiyah mokhtar said...

sosej mmg sentiasa diragui sekarang, makan lah makanan yg dijamin halal agar mendapat hati yg bersih :) nice entry :)

FasiHaH SupiaN said...

@merahitujambu tahu xpa..halal jakim tuh kalau takda...toksah la amik...

FasiHaH SupiaN said...

@Budak Botak tu la dak botak geli dehhh

FasiHaH SupiaN said...

@Ardini Humaira hehe comey ar kak dini, xde sosej, maka tak boleh makan spaghetti, 2 in 1.hehe

FasiHaH SupiaN said...

@norinaomar yup, kan kena pilih yang halal dan bersih kan kak norina :)

FasiHaH SupiaN said...

@sumaiyah mokhtar betul3.hehe

blog-tips-kurus said...

fave tu! kembang tekak! aiyakkkk!!

soooooour said...

cuak2.....=p

hamzah ian said...

hari2 makan nasik..

Mutiara Bernilai said...

aduh..

selalu aje jd penin kalu pk bab2 makanan ni..

last2 makan nasik aje la..

makan nasik kat luar pon kdg2 mnakutkan,,x bersih plak.. atoi.

masak kat umah aje la jum..



luvs, along

Rozuan Ismail said...

kadang-kadang yang ada tanda halal tu pon belum pasti kehalalannya

Aretikz said...

Pergh ~ seram.. jangan jak makan sosej, terbayang oink oink.. hehe..

FasiHaH SupiaN said...

@blog-tips-kurus cari alternatif!hehe

FasiHaH SupiaN said...

@soooooour x nampak cuak pun.hihi

FasiHaH SupiaN said...

@hamzah ian hehe nasi cukup kan hamzah ian. :)

FasiHaH SupiaN said...

@Mutiara Bernilai betul tu along....haisy, lau was-was payah tueee

FasiHaH SupiaN said...

@Rozuan Ismail betul tu rozuan!

FasiHaH SupiaN said...

@Aretikz haha comel je, oink oink.hehe

Niena Pengembara Ilahi said...

sekarang ni mcm2 perangai manusia.. sbb utamanya makan dari hasil yg tak elok.. prnah ke giant, ada chicken with pork.. ada tanda HALAL.. tu yg kte nampak.. yg tak nmpak... yg terselit tu.. isk..