Kenaikan Tarif Elektrik Sebanyak 7% Berkuat Kuasa Rabu (1 Jun 2011) | fasihah.com


May 30, 2011

Kenaikan Tarif Elektrik Sebanyak 7% Berkuat Kuasa Rabu (1 Jun 2011)

Assalamualaikum semua! TAk boleh nak blogging sangat sebab broadband dah kehabisan quota. uwaaa, kena tunggu cukup bulan baru blogging dengan bahagia. Eh kejap! Elektrik naik sudah. Ingat tak hari Jumaat tak silap aku ada siarkan yang keputusan elektrik naik ke tidak akan di umumkan hari ini kan. Jadi, ini keputusannya.


PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan tarif elektrik yang baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, bagaimanapun kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang.

"Ini bermakna, 7.5 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Selain itu Chin berkata, kerajaan juga memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.

"Kerajaan dijangka akan menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung," katanya. -mStar

So, mungkin boleh pertimbangkan idea nak menggunakan tenaga solar? hehe tapi Azhan kata, tenaga solar mahal. Kawan kat fb kata, tak apa, pakai pelita. Haisy, pelita guna minyak gak. hehe So, apa keputusan? Hmm, jimatkan penggunaan lah jadinya, mana yang tak guna tu, off cepat-cepat. Mungkin ini pilihan terbaik sebagai pengguna? Jangan melenting sahaja, tak apa, belajar berjimat. :)


Hari tu ada orang komen kata, tak pernah pulak dengar TNB ni rugi, kenapa nak naik tarif elektrik? Bukannya dia tak boleh nak bayar gaji pekerja dia pun.


Bicara aku : Ini namanya kuasa monopoli juga kuasa kerajaan. Kita siapa? setakat suara kecil sebagai orang kampung macam aku ni, tak adanya nak membuka mata TNB mahupun pemerintah membatalkan keputusan ini. Tak begitu? Mungkin anda ada jalan penyelesaiannya? Renung-renungkan ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

naik lagi...haha..naik daik darah la penduduk malaysia.gula , minyak , minuman kat warung , letrik...lg nak naik apa ye esok?

FasiHaH SupiaN said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) kak Lm, haisyyy, gerun haih,, lama2 makin banyak yang naik nie.....