Petrol RON 97 Naik Lagi 20 Sen Bermula 5 Mei 2011 | fasihah.com


May 4, 2011

Petrol RON 97 Naik Lagi 20 Sen Bermula 5 Mei 2011

Assalamualaikum to all my beloved readers! Nak tayang result sebenarnya. Tapi tak jadilah sebab result bukan 4flat! hehe So, tayang gambar ni lah. MEh tengok meh. =D


malaysiakini

Haha Minyak naik lagi ye RON97. Alangkah bagusnya kalau air boleh digunakan menggantikan petrol. RON97 dahlah pilihan pengguna. haiyaa..


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.
 
Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.-malaysiakini

Aku baru boleh mengundi tahun ni. Baru ingat nak pangkat tuttt. Tak jadilah macam ni, aku nak pangkah tettt je lah kalau macam ni. Haha gila politik aku. Apa-apa sahajalah. tak payah pakai motor atau kereta, pakai basikal. sihat. hehe

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

8 comments:

Izamir Ridzwan said...

yeah 2.90... kembabli kepada dulu.. hurm cakap jer xnaik mcm dulu.. tpi apa jadi sekrang

shahjiehan said...

harun! naik lagi!!! argh!! x puas ati tol!

FasiHaH SupiaN said...

@Izamir Ridzwan huhu sama ada akan naik lagi atau akan turun plak lepas ni...nantikan..huhu

FasiHaH SupiaN said...

@shahjiehan tp nak wat macam mana??huhu kan? terpaksalah...beli jugak...

elany yahaya said...

selamat mengundi tutt^_^!
lama x singgah 'taman' ni kan..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

pandai betul dia orang meniaga minyak

FasiHaH SupiaN said...

@elany yahaya hehe kak nani :)

FasiHaH SupiaN said...

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o biasalah, mereka memang peniaga berjaya..