***jeles,jeles,jeles. Mahu tahu? Aku sudah fikir pulang saja. Padahal, paper yang kena jawab ada lagi DUA. Lepas tue, gap agak lama. Tapi kan, gap agak lama, terlebih relax lah pulak. Jadi macam nie. TERRAJIN ONLINE. takpa, hari ni last online, sat lagi dah tak ada laptop. Laptop kembali kepada yang berhak atas ownership property ini. hehheee
***Ingin mengucapkan JUTAAN dan RIBUAN TERIMA KASIH, SYUKRON, XIE XIE, NANDRE, ARIGATO kepada Tuan punya laptop yang telah banyak menggadaikan masa beliau untuk study, menggadaikan masa beliau bersama laptop beliau, kerana laptop beliau, aku yang guna. hehe Jahat kan. Ok, tak tahu lah entri ni akan dibaca oleh beliau atau tidak, tapi aku nak ucapkan TERIMA KASIH jugak melalui blog nie. Sebab kalau bukan kerana beliau punya laptop. Makin bersawang lah blog nie. TERIMA KASIH YA! ^___^
Ok, atas itu intro sahaja. "My Dream is not yours", apa yang aku nak sampaikan?
Maeti aku ada mimpi sesuatu ni kan? hahahaha betul lah tu pun. Mimpi ni berapa kali KACAU tidur aku. Selalunya dia kacau waktu tidur siang. MIMPI MAINAN TIDUR. Tapi kenapa mesti selalu juga aku menerima mimpi ini.
Mahu tahu mimpi apa?
Aku mahu beri tahu ke tidak ya?
Mimpi........
Jangan fikir aku mimpikan jejaka tampan pulak. haha tidak, tidak, kalau Lee Min Ho ke, mungkin boleh dipertimbangkan. hehe
Okey, aku mimpi abang aku. Si Uda. Selalu benar mimpi dia. Mimpi apa? mimpi dia dah jumpa Mrs Right dia. Arghhh.. korang nak tau? Mimpi yang macam ni lah yang akan bermain-main difikiran aku sahaja.
Aku ada 4 beradik. Dua lelaki dua perempuan. Dua abang, seorang kakak. Dua dah berkahwin, dua belum berkahwin. Yang belum berkahwin Of course aku dan abang aku si Uda. the only one abang yang tinggal, yang masih single, tempat aku bergantung kot. The only one yang sekarang dah terlebih-lebih sayang kat dia. Sebab yang dua orang lagi dah berkahwin. Faham-faham lah. Takkan aku nak manja-manja dengan Along dengan Angah yang dah punya pasangan hidup.
Mimpi ni kerap sangat masuk dalam tidur aku. Ada apa-apa mesej yang nak dia sampaikan ke? Kalau aku cerita kat kawan-kawan aku, confirm dorang akan nasihatkan aku begini, "seha,relakan jelah, kau tak boleh halang dia kahwin"
Jeng jeng jeng!
Bukan tak rela la wey. Belum ready je. Hehe. Kat umah tinggal kitorang dua orang je tau. Bayangkan, bayangkan kalau dia dah kawin. Tinggal aku jaaa.. Nanti dorang cakap cam ni pulak "kau kawin lah jugak" cesss..bertuah punya kawan.
Tapi serius, selalu sangat dah masuk dalam tidur ni, yang latest malam tadi, aku mimpi, abang aku yang tak ada angin tak ada ribut bercinta, tiba2 bagitau mak abah aku dia nak kahwin, kononnya bila dah jumpa, apa nak tangguh lagi?.
Realitinya, abang aku single lagi, tapi ni dah dekat 3minggu tak balik, aku tak tau lah kalau dia dah jumpa Mrs Right dia sampaikan masuk dalam mimpi aku ni kan. Tak tahulah kalau dia pergi SABAH hari tu, jumpa dengan hati dia yang lagi sebelah tu kan. Tapi dalam hati aku, tetap pegang yang abang aku masih SINGLE. hahaha tak kira, tak kira. Dia single lagi macam aku jugak! Dia belumnak kawin. belum. belum belum.
Teringat kembali perbualan semasa wat BBQ kat umah hari tue,
Aku: eh, eh, esok nak hantar aku ke UIA dulu ke, pergi rumah kawan kau yang kawin tu dulu?Uda: hmm, macam mana ya. Esok, ada banyak sangat jemputan lah. Kena peri Kelab golf Subang lagi. Nie ha, nak gimajlis Muzaffar lagi..**masa nie, masing2 blur.Aku: Muzafar mane?? yang rumah kat sana tu ke?Uda: bukan lah..Angah: cess! Tak boleh bla.. ko ingat Syed Muzaffar tu kenal ko ke?? PERASANN!!Aku: kuang asam punya UDA, Dr SMS rupanya. main-main arrrAngah: wey, apis, kawin lah, ko nak tunggu apa lagi?Aku: (diam, sangat ternanti-nanti kan jawapan uda)***masa wat BBQ tu kat luar umah, waktu tu malam.Uda: lah.. sabarlah, tunggulah esok. ni kan dah malam.Aku: hahahaha bagus punya jawapan. (at the same time, rasa agak lega, tahu dia belum ada calon. Ho yeah!! hehehe)Angah: (marah) eiii! apalah dia nie. Itu pulak jawapannya.
Mimpi mainan tidur. Tapi aku cuba mencari simbolik dan kesinambungan disebalik Mimpi itu juga. Itu Mimpi aku, bukan Mimpi Uda. Masih berharap agar mimpi aku bukan lah realiti kepada Uda. hahahaha Jahat punya adik. tak kasi chance ke apa nie??
Tapi aku cuba menasihati diri aku, agar cuba menerima. Mungkin mimpi ini tersangat kerap kali hadir kalau macam aku agak bosan, sunyi kot. dan lagi satu, mungkin mimpi ni nak suruh aku terima yang abang aku dah sampai tahap yang memang sesuai untuk berkahwin. aku kena terima tak boleh menghalang. T___T
Tapi.... bercakap memang lebih mudah bukan. Ini memerlukan 1 motivasi diri yang tinggi untuk mengaplikasikannya. harapjanganlah mimpi yang sama datang dan datang lagi. Biarkanlah yang mendatang itu akan datang secara natural nya. Biarkan masa yang tentukan. Biarkan aku sedikit-sedikit hari cuba menerima.
Mimpi maianan tidur. Syaitan memang sengaja lah kan nak buat aku terfikir-fikir. Dia tahu aku memang sensitif kalau bab yang nie. Cess~~
biarkanlah kami dua beradik ber "couple" dulu. hahaha sapa lagi aku nak harapkan,kalau bukan Uda kan?? hehehe
Will be missing my Uda selalu tahu! walaupun kadang-kadang yang bukan kadang-kadang tapi selalu dia sengaja ja nak wat orang merajuk and geram kat dia. Tapi dia baik tau. Encik pendakwaraya yang baik kepada adiknya. hehehe beruntung. beruntung jadi adik dia. ^____^
**Mimpi mainan tidur. Jangan ambil kisah. huhu
If God brings you to it,He will bring you through it.In Happy moments, praise God.In Difficult moments, seek God.In Quiet moments, worship God.In Painful moments, trust God.In Every moment, thank God.
6 comments:
saya membaca post anda.. (",)
do not have any xperience yet but i think that show how you love ur family..but here again..we cannot rational all the time..they are borrowed by Allah to us...love them s long and s hard s u can..but have a little piece of place to let them go in 1 fine day...^_^
wah....deeply do...like wanna cry right after the last advice tu.....
let go one fine day...
May Allah give me strengthness to face it... T___T
part abg kak seha ckp sabarlah, tunggulah esok. ni kan dah malam tu plg lawak. hehe.
hahahaha
dia memang lawak pun, pastu time buat lawak, xda expression. pendakwaraya memg terlebih serius. hehe
Bismillah..
kalau sy serius nak kwin dengan awak,awak sanggup terima?sy tak kaya,tak kacak,tak mampu.tapi insyaallah sy nak jadi teman hidup awak.awak sudi?sy berharap.
P.C.S
Post a Comment