Semalam yang sudah berlalu | fasihah.com


November 6, 2010

Semalam yang sudah berlalu

Assalamualaikum penduduk Cyber! (kenapa pulak penduduk cyber??cyber lah tu kalau tengah baca entry nie..ni surfing internet, cyber lah tu..)

**semangat sudah mula kabur, pemikiran sudah mula banyak menyeleweng dan banyak termenung. Petanda apakah?? Semangat study juga goyah. Ahh..sudah!! Kau tahu? Aku benci feeling macam ni. Susah tau mahu memotivasikan diri sendiri. Nama sahaja psycho-mate (nama blog ni) tapi...tak boleh nak psycho diri sendiri. Apa masalah kau seha? Apa kau ingat senang-senang aku nak cerita kat blog? Apapun, Allah knows what in my mind.. (=__=)

Kamu kamu sedar tak semalam DEEPAVALI?? Aku tak berapa nak perasan dan pagi tu lupa.

Cik timmy lah kat FB post

शुभ दीपावली बधाई पत्र ! (sejak bila dia belajar bahasa Nepal pun xtahu lah.haha)


Yang aku tahu, semalam hari JUMAAT. kau sedar tak? Ok, sedarkan? Masa berlalu dengan begitu pantas, cepat dan laju meninggalkan kita di belakang. Kau rasa kau boleh potong masa tu ke? Tiada sapa boleh ganti masa yang dah lepas tu. sebab tu masa itu emas. kalau pepatah english, TIME IS MONEY. kalau arab dia AL WAKTU KAS SAIFU, (WAKTU SEPERTI PEDANG). **betul ke tue fakta yg aku keluarkan?hmm hmm..


TIME IS MONEY.
Money, duit. (do it)

Nampak tak? duit = do it. Nak duit kalau tak berusaha, mana ada duit nak jatuh dari langit tiba-tiba. Ok, lain kalau situasinya sedang belajar sekarang, ibu bapa, atau PTPTN atau scholarship yang bagi duit. Tapi masih juga kena berusaha, nak duit, kena pergi ke mana-man bank atau ATM mesin untuk withdraw. kan kan kan. Maka nampak disutu. simbolik "do it" dan "duit". Kita kena berusaha. ya.. berusaha.

Yang penting lah kan. Perasan tak pepatah english ni, nampak CONVENTIONAL nya. haha tiba2. Agak2 aku tengah berfikiran rational ke tak ni pagi ni sebenarnya?

Tak.. Aku nak cakap, kalau dalam EKONOMI, kita belajar..
In conventional economics system, their main goal is profit maximization and also maximum utility. Profit = money. Effort = Factor of production.
Apa yang aku macam merepekkan? Taulah, taulah, 14hb nanti ada MACRO kan. hahaha tak, aku nak cakap, dalam SECULAR VIEW OF MAN, MAN ACTS AS AN ECONOMIC MAN. Economic Man tu sebagai resources kepada production, kepada ekonomi. means, kalau kita nie, tak membantu ekonomi, tak boleh bekerja, tak boleh bagi profit kepada economi, kita nie valueless (tak berharga). Lagi 1, dalam secular view of man, man is valued by economic worth. Maksudnya, macam penerangan yang tadi lah, kalau kita nie worthy, berharga kepada ekonomi, kita baru lah manusia. haha (pandai-pandai aku je buat falsafah kan) tak lah, tapi lebih kurang macam itu lah.

TIME IS MONEY.
So, kat sini, setiapa masa kita kena hargai sebab masa itu duit. Kalau kita leka, kita tak dapat lah duit tu.

WAKTU SEPERTI PEDANG.
Kalau kita tak potong dia. Dia yang akan potong kita. PEDANG yang MEMBUNUH dan MENGHUNUS. **kejap,kejap, ada bahasa melayu menghunus ke? (perosak bahasa, perosak bahasa, ada tak?abaikan abaikan)

Ok, PEDANG tu tadikan, TAJAM. Senang je kalau nak potong apa-apa kan. Sebab TAJAM. so, waktu yang pantas tu, senang je kalau dia nak memotong kita. Kalau kita lalai. kira macam SELAMAT TINGGAL. sebab masa bukan boleh diperbaharui. Dia bukan kertas atau pelastik atau kaca yang boleh dikitar semula.

ada banyak lagi pepatah, waktu seperti emas pun ada juga.

Apa yang aku nak bawakan, regarding Money tadi tu kan. Berminat tak agaknya nak tau dari perspektif Islam nye. MAN ACTS AS ape pula?

Ok, dari perspektif ISLAM nie, kita bertindak sebagai BEST CREATION=CIPTAAN YANG TERBAIK. Sebab apa? Sebab kita diciptakan oleh si DIA. DIA tu siapa? (kau nampak CAPITAL DIA tu kan? kalau tak tahu, aku pun tak tahu lah nak cakap apa). DIA tu ALLAH. Kita di muka bumi nie sebagai KHALIFAH, dan kita memang BERHARGA. bukan valueless. So, janganlah nak anggap kita nie valueless. Kita semua nie BEST CREATION in this world. kita ada freedom of choice. tapi ingat lagi tak article pilihan ada 2? boleh klik sini. Act as MUSLIM or NON-MUSLIM. Kita memang ada freedom untuk memilih. Kebebasan yang diberikan untuk memilih sebagai Khalifah kat muka bumi ni. Tapi, kita restricted kepada accountability and reponsibility. Faham? **bila bahasa dah campur-campur nie..memang masalah. Ini akibat belajar banyak dalam bahasa ENGLISH tapi daily life cakap BAHASA MELAYU PASAR bukan MELAYU TULEN.

Ok, berbalik kepada ACCOUNTABILITY dan RESPONSIBILITY. Maksud dia, kita ada tanggungjawab untuk menguruskan sumber2 di bumi ini dengan sebaiknya. Seperti contoh awal tadi. PENGGUNAAN MASA. kena guna sebaiknya. Sebab, ia berkaitan dengan accountability kita nanti. Setiap apa yang kita buat, akan dihitung. Baik atau buruk. Betul atau salah. Pertimbangan di AKHIRAT nanti. So, ada berani nak lawan? AKHIRAT tau. bukan main2. Tak takut ke?

Nampak macam best kan? sebab FREEDOM. Tapi tu, nampak lagi 1, ACCOUNTABILITY. Setiap amalan akan dihitung! Walaupun sebesar ZARAH. So, kita kena berhati-hati dalam bertindak. **gaya cakap macam aku nie bagus sangat je kan, aku pun budak nakal tau. Kadang2 tak berapa rational. hoho bukan kadang2 je, tapi macam selalu jugak. Bahaya. Bahaya. ish3 =__=''

Ada banyak nak tulis dan cerita lagi. Tapi.. semangatt dia hilang-hilang lah. Macam Chipsmore. Haip. Ketukkang semanagt nie. Main2 pulak ye.

**nampak tak falsafah falsafah ekonomi aku pagi nie? haha ok, tu memang Fakta bukan auta. Rjukan? Sila rujuk silibus Foundation Of Islamic Economics. Confirm korang akan jumpa. Kalau tak jumpa, bagitau aku, nanti aku recommend lecturer mana yang patut korang jumpa. hihi ^__^



Aku sebenarnya.. tak lah nak berfalsafah sangat. Haih.. nampak macam tak fokus dengan title jah. Ok, ok, move2, nanti aku terbitkan the real entri yang nak cakap. Tunggu..hehe

********Selamat Belajar dan menjadi orang yang terpelajar. Hidup kalau tak belajar takut nanti jadi kurang ajar. Hidup memang satu proses untuk belajar. Sebab itu memang kena belajar dan cari ilmu sepanjang umurmu.

ceewah. Itu falsafah untuk pagi nie. (^__^) Selamat beramal.

If God brings you to it,He will bring you through it.In Happy moments, praise God.In Difficult moments, seek God.In Quiet moments, worship God.In Painful moments, trust God.In Every moment, thank God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

No comments: