Teringat Seseorang | fasihah.com


November 4, 2010

Teringat Seseorang

Assalamualaikum! Selamat Malam!

Entri tu macam 1 topik yang hangat bukan? Mesti rasa macam aku dah mula sakit-sakit cinta kan?

Seseorang itu terlampau AM sebenarnya.

Seseorang itu juga tak semestinya masih hidup. Benar Bukan?

Seseorang itu....

Ya..

Sudah lama meninggalkan dunia yang fana ini. Mungkin dia sedang bergembira menikmati kehidupan dunianya sekarang. Mungkin dia juga adalah seorang yang memang akan ditempatkan di Syurga. InsyaAllah.

Seseorang itu juga LELAKI. *ok, macam hangat kan? Mesti rasa macam, "OH! SEHA PERNAH JATUH CINTA DENGAN SESEORANG YANG DIA MAKSUDKAN NI"

Ok, bukan. Bukan. dan BUKAN.

Dia kawan aku. Kawan sekolah rendah aku. Kawan sekampung aku. DULU. Suatu ketika DAHULU. Sekampung, tapi meninggalnya di TERENGGANU. Kuburnya juga di sana. Meninggal pada tahun 2000. Pada masa itu, aku darjah 4. Ya, kami darjah 4.

**nak tau 1 rahsia? dia ni jejaka idaman malaya kat sekolah. Ramai peminat tau! Kecik2 dah ramai peminat. Sebab dia memang handsome, walaupun anak jawa, muka ada sikit-sikit macam MIX. Putih, rambut dia perang. Dia baik. Dia anak cikgu. Dia budak pandai. Dia seorang yang pembersih. Dia rapat dengan sepupu aku yang bernama Amir Hamzah. Dia memang amat disenangi rakan-rakan dan guru2 di sekolah.

Tapi...


Allah lebih sayangkan dia. Dia pergi dulu meninggalkan kami. Dia mati lemas dengan abangnya semasa di Terengganu. Semasa itu, ada rombongan, dari Kampung kami dan kampung-kampung berdekatan ke Terengganu. Ditakdirkan semasa dia bermain di pantai, ombak berlawan dengannya, pakcik aku ada cuba untuk menarik tangan dia dan abangnya sewaktu itu, tetapi apakan daya, Ombak terlebih dahulu melepaskan ikatan mereka. Itu TAKDIR yang Allah tentukan buatnya. Meninggalnya lemas. baru berumur 10 tahun. Belum BALIGH lagi. Ibu bapa nya kehilangan dua orang anak sekali gus.

Kalau aku tiba-tiba macam termenung dan seorang diri..Pasti teringat dia. Nasib baik dia dah tiada, kalau tidak, mahu tak nya aku jatuh cinta. hahaha ***tiba-tiba rasa macam hiperbola gila. Jatuh cinta konon. Orang yang baik2 tu untuk orang yang baik2 juga tau seha!

Tapi benar. Kalau lihat wajah dia, rasa tenang. Dia suka senyum. suara dia azan sedap. (-__-)

**belum jumpa klon dia lagi lah. agak-agak akan jumpa tak? ^__^
seha, seha, apakau ingat Profesor KLON ke nak cari klon2 nie?? ish3

Tapi, ALLAH lebih sayangkan dia. Dan aku belum pernah jumpa lagi wajah seiras dengannya, nama seiras adalah. huhuhu

Terkenal dia nie kat kampung. Orang suka kat dia, ramai juga yang pasti, rindu pada dia. kubur dia pun jauh. Hanya DOA yang dekat sebagai penghubung. ada orang bagi nama anak sama macam nama dia, berharap mungkin agar anak dia pun jadi seperti kawan aku tu.

Kenapa aku tiba-tiba tulis entri nie??

Sebab aku..entah.

.Ok, rindu waktu dulu-dulu sekolah rendah.

.Waktu segala benda nak buat main.

.Suruh belaja aku main.

.Suruh main aku main-main.

.Biasalah, masa sekolah rendah, tahu apa? tahu nak main.

.Bila terlebih banyak main, tu yang nakal sampai sekarang masih nakal lagi.


Masih terbayang-bayang senyumannya yang manis dan menyejukkan mata.

Apapun, itu semua tinggal kenangan. Semoga dia tenang dalam pengabdian. pasti dia sedang bersuka ria. Sebab aku macam pernah dengar, kalau budak tu belum baligh, masuk syurga, betul ke???

*wondering,wondering...

Al-Fatihah buat Muhd Iqbal bt Mat Sudin
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

*sebak =__=

If God brings you to it,He will bring you through it.In Happy moments, praise God.In Difficult moments, seek God.In Quiet moments, worship God.In Painful moments, trust God.In Every moment, thank God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

1 comment:

Anonymous said...

alfatihah,semoga ditempatkan dikalangan orang beriman..

hidup akan matikan?awak tenang ye,kalau awak sudi.sy serius nak jadi teman hidup awak.

pcs