End up the day with 0? | fasihah.com


November 4, 2010

End up the day with 0?

1 hari berlalu, apa dah kau buat seha? isk3.. banyak nya leka dan main2 dan sangat relax! kau ingat9hb tu jauh sangat ke? kau ingat masa ni boleh ganti balik? taubat2 lah cepat. hari nie, input untuk subject MIS (Management Information System) sangat sikit. Kau kena ingat seha, ada 6 bab kau kena master tau! ENAM BAB, bukan ENAM HELAI! jauh beza bukan?

Mari marah diri sendiri.
Haaa... sendiri buat, sendiri tanggung naaa. sapa suh jadi budak nakal? dah besar kan, pandai pikir mana buruk baik, cepat2, counter balik perbuatan2 yg sia2 td. isk3 (=___=)

*moshi moshi moshi

*blurringggg.......

sekarang pukul 12:25 AM, buku memang terbuka, tapi, hati tak terbuka untuk buka, ada baca, tapi tak kuat magnet dalam otak. haila. haila.

tiba-tiba....

Ok, Cik Nor, Cik
Timmy, cik Adah dan Tuan Library IIUM, aku rindu kamu sekalian. hahaha bila rasa macam tak boleh sangat study kat bilik, baru nak rindu-rinduan dengan Tuan Library. Hipokrit. Hipokrit. Takpa, takpa, yang penting tak lupa dengan Library lagi, kaulah inspirasi ku. ceewah! Tipu. Tipu. ayat macam hiperbola saje di situ. haha

Maka, InsyaAllah esok pagi, aku akan gagahkan dan pastikan yang aku akan pergi ke library. ok PASTIKAN ye seha. Kalau tak pergi memang ada yg nak kena denda dengan diri sendiri. harap2 kalian bertiga juga bertandang ke library esok. eh,Lupa, sudah semestinya cik Adah tiada, kerana ada IA esok. tidak mengapalah kan, Cik Nor dan Cik Timmy harap2 ada. takut jadi peristiwa Jumaat 29hb hari tu. Soh study kat library, aku buat pa petang tu?? Ok, aku tido. Nampak sangat tu kat situ kan, PELAJAR NAKAL, tidur di library. isk3.. *geleng-geleng kan kepala laju2*

Tak pa, mari sedapkan hati, walaupun xberapa nak banyak input dari MIS, yang memang langsung tak banyak tapi memang sedikit inputnya. Tapi tak apa, sebab ada input lain, seperti general knowledge yang diperolehi daripada sumber2 yang boleh diperakui oleh JAKIM dan SIRIM. ok, aku yang memperakukannya. kuasa VETO. hehe

Maka, mari berterima kasih kepada mereka yang suka post entri2 yang mengingatkan kawan2 lain, yang penuh dengan nasihat2 yang bernas, general knowledge, dan macam2 nasihat serta ilmu yang berguna. SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT KAN! moga kalian memperoleh ganjaran daripada ALLAH ye!

Aku nak tidur. aku tak boleh study. Aku geram dengan rasa sakit yang bukan hanya di hati tau, tapi juga di kaki. Ok hati aku sedang geram, lagi2 dengan kaki. kenapa mesti mau cari pasal hari ini? ok ok,emosi tak stabil. baik pergi tidur. Mana tau, esok kaki terus baik kan. Mari2, doakanlah kaki aku sihat. Doakan kaki aku juga normal seperti kalian.

Ya Allah, kau perkenankanlah doa hambaMu ini. Aku tahu.. Hanya Engkau yang tahu apa yang baik buat ku.

Mari2, sebelum tidur, jangan lupa muhasabah diri dan maafkan kesalahan orang lain tau! doa tidur, 3 Qul, jangan lupa baca, selawat dan istighfar juga. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat kasih sayangNYA...

***to Fiza, GOOD LUCK my bestie untuk IA esok, May Allah bless you!! May our dream come true...insyaAllah with Allah's mercy,, Amin..


If God brings you to it,He will bring you through it.In Happy moments, praise God.In Difficult moments, seek God.In Quiet moments, worship God.In Painful moments, trust God.In Every moment, thank God.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

2 comments:

Faisal Arrifin said...

hahaha,
aku dua hari habis begitu jer.
buku tak bukak.
haiz.
apa nak jadi....

Fasihah Supian said...

dah update blog kan kan kan,
me motivasi kan diri sendiri,
ape kate ko apply yg bawah entri tu kan..yg ko ckp nak study awal tue. heheheh~~