Petua Melembut & Menyedapkan Daging Yang Dimasak | fasihah.com


November 10, 2011

Petua Melembut & Menyedapkan Daging Yang Dimasak


Tadi terbaca petua dari chef jiji , dia kata nak lembutkan daging, masukkan sudu. Yang ini bukanlah benda baru. Sebab chef fas kat sini memang pernah sangat nampak orang masuk sudu ni waktu masak. Lagi-lagi kat tempat chef fas ni kan, bila masak ayam kampung, ha masa ni lah orang masuk sudu masa rebua ayam kampung ni. Katanya bagi lembut dan cepat masak. Betullah kot no? Kalau tak, tak kan ramai makcik-makcik nenek kat sini yang masukkan sudu masa rebus tu.


Sekarang ni, ni Chef Fas nak bagi petua daripada mak Cik Fas. Cik fas nak kongsi sebab, memang sedap tau bila mak cik fas masak daging. Daging dia memang MARVELOUS! Nak tahu apa petuanya? 




Haa akak-akak, abang-abang, makcik pakcik, PCM, ni nak kongsi petua mak Chef fas ni meh. Teringat masa memula mak masak letak tebu tu kan. Kitorang sangat teruja dengan rasa dan tekstur daging tu. Lembut dan sedap.


Jadi tanya kat mak. Mak kata..

  • Ambil 3 ke 4 ruas tebu, buang kulit dan belah kan jadi 4.
  • Tebu tu tadi, masukkan masa nak rebus daging tu.

Tujuannya untuk..

  • Melembutkan daging
  • Menyedapkan rasa daging
  • Mencantikkan tekstur daging

Bila Chef fas tanya kat mak, mak ni petua dari nenek moyang sapa? Mak kata, ni Jururawat kat hospital masa jaga engko dok hospital dulu tu yang beritahu petua ni.


Jadi, bolehlah cuba. Ini sirius bukan main-main. Rugi tak cuba. hehe Kan banyak kan daging korban baru ni kan. Baik masak, ke dah habis? Ha jangan kasi rosak daging tu, nanti kena ganti tau!


p/s: ada kata template lama tu dah ok. Fikir-fikir

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

11 comments:

aimie amalina said...

waaa
yg pasal sudu tu dh taw
yg pasal tebu bru taw
maceh sehaaaaa
heeee

fRaMe+LenSeS said...

alamakkk.. mana nak cari tebu ae kat cni. T.T

Mutiara Bernilai said...

waahh,,tebu rebus skali dgn daging eh.. nati ad rezki along try neh

'idun sa'idun said...

bagus petua ni.. tp kalau kat bandar, agak susah juga nak carik tebu..

Iffah Afeefah said...

Erm byk ptue sbnrny

kite je xsdr

YAYA AZURA said...

br tau nie..
mmg fail bab potong daging nie..hihi..ikut urat org kata..tp urat daging pun xreti nak tengok..hihi
jd kalau potong ikut suka pun kira lembut jugak la daging nie kalau masukkan tebu?

FasiHaH SupiaN said...

@yaya azura

mungkin la....hehehe

JIJI YU said...

amboi siap kasi lawa daging lagi..ehehe

Mya said...

interesting tips:)

pengemis Cinta~ said...

oh.baru tahu;)

starzieti said...

wahh, bleh try nt. :)