Bila Duit Keluar Bagaikan Air Yang Mengalir Dengan Secara Drastiknya | fasihah.com


December 15, 2010

Bila Duit Keluar Bagaikan Air Yang Mengalir Dengan Secara Drastiknya

Assalamualaikum warga alam maya! Sidang pembaca, hadirin hadirat sekalian. Salam 1 Malaysia! Amacam? Ada tokoh ganti Dato' Sri Najib tak? Haha tiba-tiba. Out of the topik lah sikit kan!

By the way. Bagaimana hari anda? Anda suka ada banyak duit ke suka ada sikit duit? Kalau suka ada banyak duit kenapa? Woo..suka shopping ya? Wah, wah. Duit itu bukan buat joli suka hati ok! Nanti kat akhirat Allah tanya semula, dulu, duit guna buat apa? Allah ada bukti tahu? So, bila ada duit, gunakan sebaiknya. So macam mana nak guna duit sebaiknya?

Credit. uih, sapa tak nak duit kan? Ada ke? Kalau ada, meh bagi aku duit tu.

Ha..tiru macam pengguna bijak, macam aku ni. Senyum sambil kenyit mata. ;) Aku bukan yang bijak-bijak itulah, aku yang pandai tapi kurang pandai punya taip pengguna. Ok, faham bahasa tu tak? Kalau pusing-pusing macam India, harap maaf. Otak tak berapa center sebab baru buka buku Accounting sekali 2. Intermediate Accounting dengan Cost Management.

Ok, al-kisah duit yang mengalir macam air. Macam mana bentuknya agaknya?

Credit. Lebih kurang macam ini agaknya gayanya?
Tak macam air ke tue? kurang sikit. Cari gambar tak jumpa pula. Ok, apa sebab duit keluar deras tak henti-henti ni? Bukan sebab tak menjadi pengguna bijak ya! Tapi, sebab baru mula sem, so, kena beli buku. Semalam memang keluar duit banyak sekali dalam masa tak sampai 12 jam! Hebat tak? Gaya macam pembaca buku terulung yang suka beli buku tak? Haha ini bukan terpaksa lah. Eh bukan. Ini perlu untuk belajar. Demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang-bilang. [ tak tahu kenapa terlebih patriotik berkerajaan tiba-tiba, tak tahu saraf mana yang dah sort ] ;)

So, semester ini ada 6 subjek kesemuanya. Jumlah buku yang dibeli semalam 5 buku. Tak termasuk 1 subjek, hanya fotokopi. Tak beli buku. So,Jumlah kesuluruhannya.... RM _ _ _. _ _
Ok, boleh lah teka kalau nak teka. Siapa teka dengan tepat nanti boleh pertimbangkan nak bagi hadiah apa. hehe
Kalau nak klu, 5 subjek tersebut ialah Intermediate Accounting, Cost Management, Introduction to Marketing, Introduction to Management Science dan Fiqh For Economist II.

Agak-agak berapa jumlah kesuluruhan buku tu ye? Kalau anda UIA, tak perlulah teka. Hehe

FasiHaH Kata: Gunakan duit anda sebaiknya ok!
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

3 comments:

Shaheila Malek said...

Maybe dalam 300++ hehe

Izamir Ridzwan said...

sekarang ni semua mhl2.. elaun xcukup

FasiHaH SupiaN said...

@Shaheila
tak lebih dari 250 :)

@IR
hmm, itulah, kena bajet betul-betul.