PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ? | fasihah.com


December 11, 2010

PELIK SANGAT KE NAMA BLOG AKU NIH ?

Sila klik gambar untuk terus ke segmen BA ye.

Ok, nak join segmen BEN ASHAARI. Agak menarik! Nak join? Boleh klik sini.

  1. Sila ceritakan dari mana korang boleh dapat nama blog korang tu ..

    Ok, dapat dari nama sendiri. Tiada lain, Fasihah Supian. 

  2. Apakah maksud disebalik nama blog korang ..

    FasiHaH maksud dia yang fasih bercakap. Jadi makna sebalik blog ini, adakah benar aku ini fasih? Supian nama abah aku. Jadi ini anak Supian yang fasih berkata-kata. tapi bila berblogging, tukar jadi fasih menaip-naip kot?

  3. Siapa orang kuat blog korang tu ..

    Orang kuat tiada lain. Cik FS. Siapa FS? Fasihah Supian lah. Tapi ramai kutipan semangat dan sokongan padu daripada bloggers dan kawan-kawan sendiri untuk menjadi kuat.

  4. Angan angan terhadap blog tu ..

    Angan-angan terhadap blog ini adalah untuk menjumpai identiti tersendiri milik blog ini. Masih terkapai-kapai lagi rasanya. Ingin mempunyai 1 template hijau yang betul-betul puas bila diri sendiri tengok. Juga, ingin melebarkan lagi jaringan kawan-kawan bloggers.

  5. Kalau nak tukar nama blog , korang nak tukar nama apa ..

    Kalau nak tukar, nak tukar sama dengan URL blog ni, PSYCHO-MATE. Ada cerita disebalik nama yang sukar ditafsirkan. Ecehhh

  6. Kalau berkemampuan , korang nak iklankan blog korang tu kat mana ?

    Tak pernah terfikir sampai sini pula. Ok, kalau ada banyak duit, nak iklankan kat....Nuffnang? atau mungkin kat blog yang ramai pengikut setia. Sure do, aku tak tahu. Helpless

  7. Blog yang pastinya wajib korang singgah setiap hari .. Satu je yeer ..

    Mintak 1. ni susah ni.Huhu Ok, blog yang paling sempoi ni la. BA.

  8. Sila lengkapkan .. SAYA SUKA BLOG SAYA KERANA .... tidak lebih 20 patah perkataan ..

    It reflects my life. Di sini aku bercerita, belajar, berkawan dan mengenali kehidupan manusia sekeliling.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

8 comments:

akubersamaCahya said...

blogger2 semua fasih berkata2 tak?? hik3 yela asyik menaip aje kan..

salam kenal dari blog BA

oda the miss Rrrr said...

owhhh..dy join kontest rupanya..ingatkan de org kutuk ang..leh aku tolong belasahkan..hehe;)

FasiHaH SupiaN said...

@abc
hehe anda fasih?katakan ya kepada fasih,katakan ya kepada fasihah. :)

@oda
heheheheehe

Farah Hanim said...

kak fasihah,farah pun join jgk..
ade nme kak fasihah dlm entri tu.. xP

Cik Tom said...

menarik..rs nak join jgk..hehe....

erm nak tukar nickname pe plk??rs dah ok nama ni..

FasiHaH SupiaN said...

@Farah Hanim
hehe jual nama orang!!!:p

@cik tom
ok dah ke?ok, xperlu tukar.hehe baru ingat nak tukar kepada cik fas ke...hehe macam cik tom..hehe

NURUL HIDAYAH said...

singgah ini singgah sana...hai....=)

FasiHaH SupiaN said...

@hidayah
hai..:)