Salam dari FS kepada semua. Minggu ketiga ni komitmen bertambah, jadi kena arrange masa betul-betul.
- Tadi dapat maklumat hari ni dah start kelas UBS. So, petang ni kelas full sampai 6.30.
- Malam ni pula? Ada Annual General Meeting untuk kelab pula. Pukul 8.30.
- Baru minggu ketiga dah ada midterm! Pergh... So, esok bakal ada TEST 1 MARKETING PRINCIPLE pada jam 11.30 pagi. Semoga FS dan kawan-kawan boleh menjawabnya. Amin
- Khamis ada 2 kuiz! Pagi Kuiz Intermediate Accounting, petang Cost Management.
Wah..macam kena menganak tirikan blog sekejap lah macam ni. Haru lah esok test. Marketing ni subjek membaca, kalau buka buku ni, FS rasa nak tidur sahaja. Apa mahu jawab lah esok ni..
Intermediate Accounting ngan Cost Management tuh pun..huhu Belajar rasa macam faham sokmo. tapi bila jawab soalan, haru biru sampai tergaru-garu kepala tu! Mana tidaknya, accounting belajar benda basic tapi soalan dia,huhu memang tip top lah, tambah dengan penggunaan bahasa Inggeris dia yang sangat tinggi. Kadang-kadang baca dua tiga kali tak faham dia nak apa.
Itulah pentingnya english education. -Petikan Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Apapun, kawan-kawan FS yang baca ni, semoga dipermudahkan! Moga FS pun boleh jawab. Amin..
FS kata: jalan-jalan sini jangan lupa tinggal jejak. Nanti FS balas jejak. InsyaAllah. Kuiz, kuiz, test.. test test marketing. Apa itu marketing? Jom baca buku. baca jangan tak baca.