Dikelilingi & Mengelilingi | fasihah.com


June 5, 2013

Dikelilingi & Mengelilingi

Kadang-kadang kita perlukan sedikit masa untuk diri kita. Berseorangan dan berbicara dengan Tuhan. Tanpa mengendahkan handphone mahupun tab atau smartphone. Tanpa sebarang gangguan. Meneliti helaian hari demi hari kehidupan yang dilalui. Mengaudit diri yang tak pernah lari daripada kesilapan.


Berhenti. 
Tarik nafas. 
Terasa berat untuk dilepaskan.
Terasa terlampau banyak dosa yang telah dilakukan.


Bila bertanya pada diri, benarkah engkau hamba yang penuh setia pada Tuhan? Ah, pasti rasa terkedu bukan? Rasa nak sujud pada bumi dan menangis semahunya. Pada berapa ramai orang entah agaknya yang telah aku lukakan. Entah berapa sangatlah amalan kebajikan.


Bila ditilik lagi, apa yang telah aku buat yang memanfaatkan pada orang lain? Kalau kerja buatnya bukan dengan ikhlas? Kalau kerja dibuatnya hanya dengan mengharapkan balasan dan pangkat serta kedudukan? Apa yang aku ada? Nak kata ilmu? Rajin mana kau membaca? Rajin mana kau pergi ke kuliah-kuliah agama?


Ah, lagi kan bekerja, dengan alasan penat, kau tolak peluang untuk menjadi orang-orang yang berbahagia. Ya, berbahagia dengan menghadiri majlis ilmu!


Kadang-kadang, yang kita lihat seronok dan bahagia pada orang lain itulah ujian buat kita.


#Talktomyself

Kita sering lupa yang setiap orang yang disekeliling kita memberikan pelajaran dalam kehidupan kita. Cuma kita sering saja menjadi seorang yang loser tanpa pernah mengambil pengajaran dan merenung kembali apa yang terjadi. Kita selalu lupa, walau jahat sekalipun seseorang itu pada kita, sebenarnya dia telah membantu in our learning process. Yes, this life. This life is a learning process.

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

3 comments:

blog-tips-kurus said...

terima kasih kawan...

:)

Nurzakiah Hanum said...

thanks

aamalinaazman said...

=)


selalu ingatkan diri
bile waktu susah

xpela,
kat dunia ni sikit je kan


yg kat sane tu lbih lagi

senyum ;)