Choc Moist Cake Made by Cik Fas | fasihah.com


May 10, 2013

Choc Moist Cake Made by Cik Fas

**berhabuk blog. Lama sangat tak jenguk. 


Sebab ramai orang tanya resepi kan. Gaya macam kita pakar sangat. Kita pun gugel gugel (google) saje sebenarnya. Cuma tambah sikit-sikit mana yang nak lebih. Kurang sikit-sikit mana yang nak kurang. So, rasanya ni kek yang paling tersangat mudah nak buat. Cumanya, Cik Fas pilih nak guna oven instead of kukus.

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Add another By: www.fasihah.com
Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder


1. Campurkan kesemua bahan bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak perlu tunggu sampai menggelegak/mendidih.

2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan-bahan kering & campurkan sedikit-sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk

3. Masukkan ke dalam bekas yang di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus. Suhu 150 darjah celsius. Api atas bawah kalau guna oven.

4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.


Okey... Untuk genache..coklat yang cair atas kek tu...

* 250g coklat masakan
* 110ml whipping cream
* 2 sudu teh marjerin

Untuk coklat ni, masak guna kaedah double boiler kat api, cairkan coklat masakan dulu, dah habis cair, masukkan lah whipping cream dengan marjerin tu. Dah sebati, sejukkan sekejap dan tuang atas kek tadi! Nak meriah, hiaslah kek tu dengan manik-manik ke etc. Coklat genache ni anak buah kite suka sangat. Yummy! Untuk coklat tu, terpulanglah, kalau nak sikit, kurangkan lah kuantiti nya, kalau nak banyak, tambahlah kuantitinya. heheee


So.. ni yang cik fas buat! Project 105 bersama-sama anak-anak buah hari tu. ;)



Selamat mencuba! ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

3 comments:

Kakzakie said...

Aduhai sedapnya..kakak lebih suka kek coklat dari kek yg lain..

Lydia Miza said...

Sedapnya nmpk. Minta izin copy resepi ye.

Teena Tna said...

Sedapnye tgok coklat yg sdg cair tuu...