Falsafah Orang Kampung : Anak Aku Kerja Kerajaan | fasihah.com


June 18, 2011

Falsafah Orang Kampung : Anak Aku Kerja Kerajaan

Assalamualaikum dan selamat malam semua! Buat pembaca budiman dan pembaca ayuwati. 

Sepanjang aku bercuti, banyak benda sekeliling yang membuatkan aku berfikir. Gaya pemikiran, persepsi, adat, budaya dan segalanya berkenaan masyarakat. Sebagai manusia, kita jangan memerhati dengan mata kasar sahaja, sebaliknya setiap sesuatu itu alangkah lebih baiknya kalau kita berfikir secara mendalam dan kembalikan kepada agama kemudian pantulkan terhadap agama yang kita pegang.

Fuh, tetiba aku rasa macam aku tak sangka aku boleh tulis macam tu. hehe Well, memperkenalkan lagi, watak popular kampung.




Auntie Angelina Joyah dan Auntie Britney Senah.


Kali ini aku nak berkata-kata juga membebel lagi tentang masyarakat. Aku melihat dan aku memerhati juga berfikir.


Joyah : Ala Senah, anak aku kerja biasa-biasa je. Makan gaji. Kat Pekan tu. Anak kau keje mana Senah?

Senah : Joyah. Ala, aku bukan nak bangga, tapi anak aku. Alhamdulillah lah. Gaji pun Ok. Ala, kerje kementerian kan. Aku tiap bulan macam-macam anak-anak aku bagi. Hari tu belikan tudung ni ha. 

Joyah : Oh, bertuah la kau Senah.

Senah : Ala, anak-anaknya semua tak suka susahkan maknya. Belikan itu ini. Bagi itu ini. Gajinya alhamdulillah.


Situasi sebenar.

Joyah : Anaknya seorang pendakwaraya di Jabatan Kehakiman Syariah. Sorang kerja kilang. Seorang guru. Semua bukan bekerja di bawah kementerian. Tapi alhamdulillah, kehidupan mereka cukup.

Senah : 3 orang anak perempuannya guru di bawah kementerian. Selebihnya yang lelaki semua tak berapa menjadi. Kerja pun asyik-asyik berhenti. Kahwin, menyusahkan orang lain.


Bicara seorang aku.

Aku bukanlah apa. Kadang entah, aku geram dengan segelintir masyarakat yang suka meninggi diri. Anak baru jadi cikgu dah sibuk canang 1 kampung. Tapi tahu pula malu nak sebut anak yang lain tu kerja pun tak tetap.

Kadangkala, over sangat bila dengar berborak. Gaya macam semua anak dia yang baik belaka. Penat juga nak mengadah telinga mendengarnya.

Mak cik, tak kira kerja apapun mak cik, yang penting halal. Kerja kementerian ke petani ke guru ke hatta tukang kutip sampah sekalipun, kalau gaji tu halal, insyaAllah berkat. Kita tak ukur kehidupan seseorang itu dengan kerja nya di bawah kerajaan atau swasta. Setiap orang sama di sisi Allah mak cik.

Kalau kita rasa kita ni baik sangat, ingatlah bahawa, bayi yang baru lahir itu lebih baik kerana dia diibaratkan kain suci. Tak perlulah meninggi diri angkuh dan sombong dengan harta dunia. Tak ke mananya..
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

20 comments:

Mohamadazhan.com said...

hehe.itu lah..memang tak dinafikan ada manusia jenis bangga dengan anak2...padahal tak benda pun.hehe..

JIJI YU said...

mmber aku yang keje jual pisang dan petani lagi kaya dari aku yang kerja cikgu ni..ehehe

Ikmal Arif Azami said...

suke sgt entri ni seha!!!!

kelas kau britney and angelina..
pandai main watak..
ahhahhahahahha

btw memg lumrah manusia kan suke ckp bende yg boleh dibangga bangga kan...
even aku sendiri kadang kadang lalai...
ape ape pon bersederhanalah dlm ape jua yg kite buat.. nak canang itu ini ker ape ker.. yang penting bersyukur :P chill people!!

::blog anak jawer:: said...

selalu gak jumpe org mcm ni...nk tegur salah..nk biar buat sakit telinga...

SoLy SoLicious said...

org kg sy pun mcm ni..geram sungguh dgn mentaliti depa ni

habsahharun said...

salam..

terasa ingin komen jugak :)

memang betul, selalu jadi mcm ni kalau kat kampung...suka sangat cerita pasal anak masing2, dah macam meninggi diri pun ada...

saya selalu pesan kat mak saya supaya jangan ikut perangai makcik-makcik yang macam tu..kami adik beradik memang tak gemar dengan perangai makcik2 yang macam tu..

bersama kak Es said...

keje gomen memang orang pandang hebat..tapi itu DULU

Sekarang ni..goreng pisang tepi jalan boleh beli rumah CASH lagi.

Kerja apa pun, nak tgk berjaya ke tak bukan pada status tapi pada akhlak juga,kan fasihah :)

blog-tips-kurus said...

si ibu bangga dengan kejayaannya anak-anaknya. ada yang sedaya upaya tetap akan menangkan anaknya walau dalam apa jua kes..

meaw said...

susah la kalau jumpa orang gitu, nak bangga diri sangat....

aida4eva said...

sangat betul..kalau m.cik2 kampung macam ni la..canang sana sini kebaikan anak dia..

nak dgr pun letih

-__________________________________-

http://aida4eva.blogspot.com

AzwanRamli said...

janji rezeki tu halal....

sha my heart said...

biasalah mak cik tu nak bangga diri. Kat kg kite pun ada.. bangga tak terkira, padahal sorang je anaknya yg menjadi. yg lain, tak pun.. tapi bangga lupa tak igt dunia, berlagaknya ya rabbi..

betul jugak ya.. baby tu lebih suci dari kita, kan? =)

sumaiyah mokhtar said...

dorg suka sgt berbangga, tk tau ade org yg perlekehkan die :)

tia @ Ini Kisah Tia said...

huh ! ape daaa . kenapalah nak menunjuk sangat ..

Simpan Kecantikkan Hanya Untuk Suami

norinaomar said...

orang kampung saya dah tak heran dengan orang kerja cikgu..kalau cakap kerja gomen(walaupun kerani) rasanya tu dah menjadi satu kekaguman.Lantak lahh..

http://noipunyablog.blogspot.com/2011/06/potong-rambut-secara-paksa.html

Syafiq Rosli said...

yezza..sy pn slalu dgr..diorang ni suke bergossip ble bertemu satu tmpt..mulalah

lia AKA milo said...

moh ler kita bergosip..hahaha..moh joyah,moh senah..cakap biar jujur itu lebih penting.

d_LA said...

x semstinya keje gomen ni bgus, kdg2 yg swasta lg bagus..apapun percaya kpd rezeki msg2 x kira keje kat mana skalipun jnji kita jujur dgn keje kita, InsyaAllah berkat rezeki kita kan..Macam mak ayah ni memanglah, sape x bangga dgn anak sndiri kan, dah x boleh elak dah situasi yg terlalu bangga ni..hope dla nt dah ada anak boleh elak situasi camni..

Hans said...

yups
bagi aku kerja mana pun bagus asal tahu jaga diri dan bijak rancang perbelanjaan
kadang2 mak mereka yang lebih2
alhamdulillah mak aku tak macam makcik2 nih
hehehe

Maharaja Lawak Minggu 12

sEha said...

biasa la tu golongan yg cmni...
" eh ank ko kje pe???anak aku skang kje kt blalalalala"... huiii..meluat aku....duk cbuk canang sane sini....