Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011 | fasihah.com


June 15, 2011

Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011

Salam semua penduduk maya. Bulan itu sangat cantikkan? Subhanallah. Esok gerhana! Tak tidolah macam ni. Hehe Jom pi tengok gerhana kat Masjid Negara! Ni iklan dia.

On the 16th of June 2011, we will be able to observe a total lunar eclipse starting from 1:25 a.m. to 7:01 a.m. In conjuction with Total Lunar Eclipse, National Space Agency (ANGKASA) and National Mosque will be organizing a Total Lunar Eclipse Observation Program at the Main Entrance of National Mosque (nearby the expo site) on 16 June 2011 from 1:00 a.m. to 7:00 a.m..

Public are invited to observe the phenomena through a few of telescopes that will be setup during the event.  You also can bring your own telescope in this program.
The first 1000 visitors attending the program will be given a tin of Eclipse Mints, contribution by The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..

The tentative program is shown below:
1:00 a.m. – 7:00 a.m.    Total Lunar Eclipse Observation
                                       Jupiter, Mars and Venus Observation
 Eclipse Talk
 Quiz    
3:00 a.m. – 4:00 a.m.    Solat Sunat Gerhana Berjemaah          
7:00 a.m.                        Dismiss
source: www.angkasa.gov.my


Haaa, kat sana akan ada Solat Gerhana sekali. Lagi 1, buat penduduk UIAM dan yang berhampiran. InsyaAllah Masjid UIA Gombak akan melakukan solat gerhana, sahabat-sahabat digalakkan tidur di masjid UIA agar tidak terlepas peluang ini.


Bukan selalu kan dapat tengok gerhana ni, betul tak? Siapa yang dapat tengok nanti, mesti teruja dengan keindahan bulan. Tanda kekuasaan Tuhan. Tanda Allah saaaaaaaangat baik!



Klik more>> untuk melihat simulasi Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011.


Oh ya, sunat kita sebagai orang Islam, kalau nampak gerhana melakukan Solat Sunat Gerhana ni.


Daripada ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu: Telah berlaku gerhana matahari ketika hayat nabi Sallallahu ‘alaihi wasalam. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pun keluar ke masjid, baginda bangun mendirikan solat, mengangkat takbir dan orang ramai mendirikan saf di belakang baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda saw membaca surah yang panjang, kemudian bertakbir, lalu ruku’ dengan ruku’ yang panjang. Kemudian baginda saw mengangkat kepalannya dan menyebut: Samiallahu Liman Hamidah Rabbana Wa Lakal Hamd. Kemudian baginda saw membaca surah yang panjang tetapi pendek sedikit daripada bacaan yang pertama. Kemudian baginda saw bertakbir dan ruku’ dengan ruku’ yang panjang tetapi ia pendek sedikit daripada ruku’ yang pertama. Kemudian baginda saw menyebut ‘Samiallahu liman hamidah. Rabbana Lakal Hamd. Kemudian baginda saw sujud. Seterusnya baginda saw melakukan hal yang serupa pada rakaat yang akhir. Sehinggalah baginda menyempurnakannya menjadi empat ruku’ dan empat sujud. Gerhana tamat sebelum baginda saw selesai solat. Kemudian baginda saw bangun dan berkhutbah kepada jemaah. Baginda saw memuji Allah. Kemudian baginda saw bersabda: Sesungguhnya bulan dan bintang merupakan dua ayat daripada ayat-ayat Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Seandainya kalian melihat ia (gerhana berlaku), dirikanlah solat. [Sahih Muslim: 901]


Dalam Sahih al-Bukhari ( 3202) disebutkan:
 ثم سجد سجودا طويلا 
Kemudian baginda saw sujud dengan sujud yang panjang

Ringkasan Cara Mendirikan Solat Gerhana

1)    Ia dua rakaat
2)    Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
3)    Melakukan ruku’ yang panjang
4)    Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
5)    Melakukan ruku’ yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku’ sebelumnya
6)    Melakukan sujud yang panjang
7)    Duduk antara dua sujud
8)    Sujud dengan sujud yang panjang
9)    Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
10)  Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
11)  Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.


Sumber


p/s: untuk member-member kat UIA nuh, sila-sila lah meramaikan masjid malam ni. Bertuah anda! TAk tahu ke akan ada gerhana? Jadi sebarkan kepada kawan-kawan. :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

8 comments:

Hans said...

wah
bertuah la kalau dapat tengok
;-)

Kisah Sekuntum Bunga Hitam

JIJI YU said...

patot le orang kampong ajak aku suh imamkan solat gerhana pon..

Mohamadazhan hjDesa said...

saya nak p cari masjid juga lah...saya kat Kedah...camna ni...

FasiHaH SupiaN said...

@Mohamadazhan hjDesakalau macam tu..buat sendiri lah, ajak org2 terdekat, family ke :)

FasiHaH SupiaN said...

@Hansbetul 2 ;)

FasiHaH SupiaN said...

@JIJI YUwah jiji yu, ko memang cikgu hebat.hehehe

taoslayerz said...

nice info..info plg pentin psl solat gerhana tuh..mohon share solat gerhana tu eh..

FasiHaH SupiaN said...

@taoslayerzboleh-boleh, silakan :)