Masyarakat Memandang Rendah Denganku | fasihah.com


June 23, 2011

Masyarakat Memandang Rendah Denganku



Aku akur tika mana
Aku bukanlah orang yang berharta
Tak juga secantik model seantero dunia
Tapi aku punya hati
Aku punya perasaan


Ah sudah. Kalau berpuisi, alamat tone, picing semua hancus ke longkang gamaknya. Assalamualaikum! Suda makan kakak cumel juga abang kacak? haha Kembali lagi dengan kisah masyarakat. Bila aku kenangkan, lawak. Bila kenang kali kedua. Sabar je lah!


Dont cry by ilhaman, DeviantArt

Sejak bila entah, terikut-ikut dengan SunahSukaSakura. Ish, tapi aku sukalah gambar cantik-cantik ni. Cair dibuatnya.


Hmm, kita terima tak kalau orang buat fitnah kat kita? Lagi-lagi kalau orang buat fitnah kat orang yang kita sayang? Lagi-lagi itu ibu bapa kita? Ya, kecewa kan? Iya, begitu juga aku.


Situasi yang berlaku di kedai makan, warung-warung di kampung di tepi jalan. Seorang pak cik menaiki motorsikal menuju ke masjid.

Pak Mat : Ha, kau nak tahu Dolah, Si Ahmad tu, belakang dia ada yang ngikut.

Pak Dolah: Ada-ada ja kau ni Mat. Apa yang ngikutnya?

Pak Mat : Kat belakang dia tu ada lah tu. Bawak dari Mekah.

Pak Dolah : Apa? Toyol ke?

Pak Mat : Ha lah Dolah. Kau tengoklah, sejak dia balik haji dulu. Makin senang aku tengok dia. Rumah pun dah makin cantik. Makin besar. Kerja pun kerja kebun je dia tu. Banyak je duit dia. Membela lah tu. 

Pak Dolah : Iye ke Mat? Patutlah aku tengok dia senang je sekarang. Ada bela rupanya.


Maka ada lah yang menyampaikan kepada yang lain. Ala, kalau kita belajar Marketing, word of mouth, Viral marketing. Begitulah fitnah berleluasa. Kalau kita ni, kat alam maya, blogger please take not, penyebaran berlaku sebaik sahaja entri di publish. Kalau ada yang setuju, bahkan yang membangkang, benda ini akan tersebar. Kalau mula-mula seorang tukang sebar, lama-lama ramai yang menyebarkan. Kalau baik tak mengapalah. :)


Jadi, bila sampai kat Tuan empunya diri. PErnah kita fikir perasaan dia? Lagi-lagi bila fitnah tersebut tidak benar dan salah belaka.


Begitulah, aku katakan pada abahku dan emakku. Tak apalah mak, kita biarkan. Kita yang dapat pahala. Orang itu tahu mengata sahaja. Dia bukan tahu kita usaha. Dia bukan nampak abah pergi kebun hari-hari. Kebetulan rezeki murah lepas mak abah balik haji. Lagipun anak-anak dah besar, dah ada yang kahwin, dah bekerja.

Kalau tidak tahu yang benar, janganlah sampaikan yang batil. Janganlah membuat andaian, tetapi bertanya. Dahlah kita membuat andaian, lepas itu kita beritahu orang pula.

Beginilah, hidup bermasyarakat. Ada yang tak senang nampak orang lain senang. Ini semua dunia. Teringat Halaqah sentuhan kalbu malam tadi. Dunia ini jadikanlah pentas mengumpul untuk di akhirat sana. Apapun, jauhilah fitnah, kerana fitnah itu membunuh. Seperti pedang yang sangat tajam. Walaupun fitnah sangat murah modalnya, impaknya sangat besar di kemudian hari.

Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya: "Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Yes, big girl! dont cry. This is life. Rite? :)
TERIMA KASIH SUDI BACA^^

8 comments:

merahitujambu said...

susah nak tutp mulut org ni..sbar jee laaa

waRDah a.k.a QiQi said...

hmm... doa org teraniaya kan makbul... :)

org yg bersabar setelah diduga, besar pahalanya... kan?? ^__^

::blog anak jawer:: said...

tu la..pantang tgk org senang...mcm2 di tuduh nye...

-Yok mampir diluk = wordless Wednesday#3...

tia @ Ini Kisah Tia said...

manusia .. orang cuma tau bercakap . selagi kita tau kita tak buat salah , biarkan je dorang . doa banyak2 dekat Allah . insyaAllah lama2 senyaplah mulut dorang tu nanti ..

sumaiyah mokhtar said...

biasa lah manusia, asl kan kite tak terjebak sudah lah :)

JIJI YU said...

wat derk je ..

Siti Arfah said...

Fitnah lbh bsr dosanya dr mmbunuh . Moga awk skeluarga trus sbr & tbh jalani hr2 akn dtg . Allah sntiasa brsma hamba2-Nya yg sbr. Stu hr nnt pst kebenaran akn tertegak . Kbenaran akn meng jua akhirnya . Biar pahit di dunia fana ini, manis d akhirat kelak. InsyaAllah.^^,

Sunah Sakura said...

ehehe..da dua orang da terikut2... bagus2... :D

ermmm, tak patut dia buat fitnah macam tu, benda yang pelik lak tu, ade ke benda2 cam tu leh buat kat makkah? hina sangat ke tanah haram tu sampai leh buat benda2 yang dimurkai Allah? cetek benar pemikiran...