Cinta Monyet Hingga Ke Jinjang Pelamin ? Wow! | fasihah.com


June 28, 2011

Cinta Monyet Hingga Ke Jinjang Pelamin ? Wow!

Assalamualaikum cuty boys and comel girls sekalian. Tiba-tiba mood bercinta pulak malam ni. hehe Kita tidak asing dengan frasa cinta juga kita mengenali monyet. Maka bila digabungkan, jadilah cinta monyet yang terkenal dalam kalangan budak sekolah atau kanak-kanak bawah umur.

Cinta monyet boleh didefinisikan sebagai cinta main-main. Atau dalam bahasa arabnya, playing around and have fun baby!

Teringat masa sekolah rendah dulu. Suka kan kecik-kecik dok kenen-kenen kan orang. Tahu tak kenen-kenen? Ala, dok pasang-pasangkan kawan kita. Macam.. Siti suka Ali. Siti suka Ali. Minah suka Abu. Minah suka Abu. Dan mulalah sesi main kawin-kawin kat belakang kelas waktu rehat. Haha aku gelak je kalau ingat memori dahulu kala. Manis-manis belaka. Lucu pun ada.


Lagi kalau dalam satu darjah, ada yang memang handsome, rambut perang, muka putih, anak cikgu, gaya macam imam, bila azan time nak solat, semua teruja. Haa, kalau yang ini, ramai yang request nak kawin-kawin dengan dia. Siap ada, hari ni Jah, esok Senah pulak dengan dia. Esok bla bla bla..

Awak-awak, jom kita kawin!

Sweet nye bila ingat cerita masa kecik-kecik dulu. Main balas-balas surat lagi. Sampai guru besar pun jumpa surat. Hehe ops, kantoi! haha Tapi, cinta monyet ni tak ke mana pun. Setuju tak? Agaknya, ada tak yang bercinta dengan monyet lepas tu kawin? Eh, confirm tak ada, tapi yang bercinta monyet masa sekolah, lepas tu kawin, ada tak?

Ada dapat hadiah gula-gula, coklat. haha sweet. Walaupun aku tak pernah lah pulak merasa. Tapi cinta monyet yang aku dan kawan-kawan rasa masa sekolah dulu-dulu, serius, memang hanya sekadar mainan. Tak pulak aku jumpa ada yang kawin, masih keep in touch.

Awak nanti nak sekolah kat mana? Lepas tu awak nak belajar kat U mana?  -antara intipati surat. hehe

Merancang benar. Siap ada janji nak call rumah ye?

Nanti petang saya nak call rumah awak. Pukul 6.30 petang tau. Awak jangan bagi orang lain angkat. -hah lagi, tak mahu keluarga dapat tahu. bijak!

Buat surat layang pulak, guna roket kertas.


Haha. Sweet betul. Lepas tu siap gaduh-gaduh lagi bagai. Nak cerai berai. Sesi pujuk memujuk, semuanya dengan surat dan hadiah. haha Sweet candy bars with love!



Kalau ada lah kan, cinta monyet. Cuba kira, berapa tahun lamanya mereka bercinta sebelum kawin. Itu yang akan buat rasa teruja! Ada ke? Yang dok cinta-cinta masa kicik-kicik sampai besar, dah besar kawin. hehe Aku rasa orang itu benar-benar setia lah kalau ada.


Kalau tengok budak-budak sekarang kecik-kecik dah ada hp. Aku terfikir, haisy, makin advance! Pulak ada Facebook. Kecik-kecik dah boleh tulis status I love you. Adoii.. Kecik-kecik dah tahu nak melawa. Fuh~

Acik, tengok ni je tau, jangan bukak inbox kite tau. -kata anak sedara bila aku nak tengok hp dia.

Menyebabkan aku super duper curious lah kalau orang cakap camni. tak ke korang rasa macam tu? Terus aku cakap kat sepupu aku lah. Kau better spy anak buah kau tuh. Hai budak sekarang bukan main!


Aku pun terjebak gak dengan cinta monyet ni. Tapi dulu lah, masa kecik-kecik. tak ada tarbiyyah lagi kata ustaz kan. hehe Darjah 1 pun dah main kawin-kawin. Pergi sekolah pakai inai merah menyala. Lawak je kalau ingat. haha


Lepas tu, bila dah besar? Orang yang tak de kecoh-kecoh kena gosip ke tak ada angin tak ada ribut, tak ada kenen-kenen kawin dulu. Pengalaman yang manis dan lelucon kata orang. Mana boleh beli ni? Walaupun, tak lah berapa baik pun. Tapi, dulu. Dulu apa lah sangat yang kita tahu. Dah membesar hari demi hari tu, masuk darjah 4 baru lah yang gegirl ada rasa malu-malu. Lepas tu pulak, darjah 6 masing-masing ada haluan sendiri kan?


Jadi, aku tak rasa cinta monyet tu boleh ke jinjang pelamin. Rasa macam, ohh tak bosan ke? Tapi kalau dah jodoh tak ke mana..kan? Makanya bila semakin besar, kita mengerti bahawa kita perlu mencintai dahulu sebelum dicintai. Mencintai siapa?

Bukankah cinta itu indah? Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. Tetapi.. apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada Khaliqnya belum tercapai..?

Siapa tak mahu keluarga bahagia kan? Baiti Jannati.. :)

Carilah cintaNYA sebelum mengenali cinta manusia.. :)


Kalau rasa menarik, share lah. hehe =D

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

22 comments:

Melur Jelita said...

Suka suka suka!!!!!!!!!!

waRDah a.k.a QiQi said...

adeh~ syahdu sangat lagu ni..

insaf! ^_^

abg sepupu cik wardah kawen ngan awek skola die tau.. n they r waiting for they 2nd baby.. hihihihi...

FasiHaH SupiaN said...

@Melur Jelitahehehe tq kak melur!

UNA budak BAEQ said...

kita dulu2 mmg comel kan . cinta monyet dulu tak sma mcm skrang .


kdg2 rasa nak lempang bebudak zman skrang . kapel kemain papa mama .esok clash mulalah . nak nanges nak maki bagai . semua nih boleh tgk dkt fesbuk bnyk contoh .mcm lah boleh kekal pa ma dorang tuh. haha

tpi rsanya mcm penah jumpa cinta monnyet yg kekal. tu pon bukan cam cinta monyet zman skrang . heheh wlaopon rasa mcm bosan asyik tgk muka yg sama je . tapi dah jodoh mna nk tao .

::blog anak jawer:: said...

oit2...asal danbo dalam entry ni semua gatal2 nk kawen.... siap dah beranak lg... ni yang rase tercabar ni..hehe

-Yok mampir diluk = ”gua” wanita...


-Yok mampir diluk = aku permata- salma.... sangat best...

FasiHaH SupiaN said...

@::blog anak jawer::hahaha AJ< rileks laaaa danbo pun nak bercintaa haha

Scya Lollita said...

best best . nk follow :D

alif haris said...

hehe cinta is sweet :) ..

btw .. cinta Rab itu lebih agung drpd segalanya :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

cinta ni..walau cinta monyet pun,tp kalau kuat jodoh tu akan bersatu juga kan FS?

FasiHaH SupiaN said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim)betul tu kak LM, kalau jodoh tak ke mana...

al_hakim said...

wah..ni kompem pengalaman akak ni kan?haha..btw mmg sy mcm tu la..ramai peminat..=P

Sunah Sakura said...

mendamba cinta Allah.... T_T

sEha said...

lum jumpe lgi org yg duk kenen-kenen mse zaman kanak2 ke jinjang pelamin...huhuhu... mohon share yee... keh8

Cik Ladies said...

ngeh3.. zaman kecik-kecik yang ada cinta monyet la best.. sekurang2 nya ada kenangan nakal.. huahua :D

bersama kak Es said...

hehehe...very sweeeeeettt :D

dah lama tak ingat. Ni dah imbau balik kenangan bebudak hingusan hahaha

Ardini Humaira said...

aduhhh...
cinta monyet.. teringat dulu2.. miahahaha lariksssssss

Nur said...

cinta monyet, its about to happen to me, tapi perjalanna masih jauh. Let the future decide..weeeee..even my friend pon macam tuh

Siti Arfah said...

Wah entri comey. hehe. Hm stkt neh lum jmp lg la ade kwn ke sspe ke brkawen ngn cinta monyet dlu2, hehe . Btw betol tu, cintaNya juga yg perli dikenali trlebih dahulu krn cinta pada-Nya tiada awal dan akhir,tp selamanya. :)

Arez said...

wah...ramai btl komen ye..mmg sume yg komen ni pernah alami.. sme je ngan aku ni...haha..nway, mmg xsetuju pasangan yg 'cinta monyet' ni akn berkekalan sampai jinjang pelamin..

FasiHaH SupiaN said...

@Arezhehehehe masing2 ada cerita sendiri kan ...:)

d_tieah said...

Fasihahhhhhh.. AKu suka part last.. Carilah CintaNYA sebelum cinta manusia..

Aku pun tak banyak cinta monyet, cuma main2 je lah dulu masa kecik2.. Besalah kot main kawen2 kan?

Sekarang pun malas nak fikir pasal orang lain.. Better jaga diri dan keluarga dulu kan???

misswainabdulhalim said...

bez ar entry ney.
he3.
x rugi f0ll0w akak.

:))