Nora Elena Episod 19 | Download Link | fasihah.com


June 8, 2011

Nora Elena Episod 19 | Download Link

Assalamualaikum my beloved readers! Also those Nora Elena's fans. hehe Terlambat lah sikit hari ni. Got minute of meeting to be done. huhu sorry. Apapun nah download link Nora Elena Episod 19. Kalau yang baru berminat dengan cerita Nora Elena ni, nak tengok daripada 1st episode, boleh klik sini untuk download daripada mula. Bagi mereka yang mahu mencari dan mendownload kesemua lagu dalam cerita ini boleh ke Lagu-lagu Dalam Drama Nora Elena. Untuk mengetahui bioadata Siti Saleha yang memegang watak Nora Elena pula boleh klik biodata.



Haa, itu gambar profile picture baru kat fb Nora Elena. Haih, malas letak link, cari sendiri. Alaa apa mahu cerita hari ini? Ok, yang paling best, abang aku pun dah terjebak sama kot? Tetiba join aku tengok cerita Nora Elena ape kess. Hilang feeling meeling. Ops, tak ada lah nak feeling feeling. Aku cool je. So, hows perasaan hari ni? Dah tengok kan? Kalau belum pi download sekarang, link kat atas tu yep!
Review Episod 19

Episod hari ini dimulakan dengan sedikit ketegangan antara Seth, Nora juga Pak Ali. Kesian Pak Ali, semalam Kak Pah kena marah. Hari ini Pak Ali pula. Hailaa, itulah, risau sangat kat Nora si Seth ni. Pulak marah benar Nora tak bawak hp. Siapa suh tak bawak hp Nora oii. Apa yang best sangat hari ni? Haaa, jangan kata part best tu part yang Seth dengan Nora tengok tv tu pulak. Macam tak tahu, korang suka lah tu kan? Ramai je aku tengok highlight part tu.hehe


Part aku suka bukan part Seth dengan Nora pun, tapi part Malik dengan Adila. haha 'Eh mata saya masuk habuklah!' -kata Adila. Nampak benor nipunye. Macam Malik tak tahu. hehe Hari ini, terbongkarlah tentang SMS yang Seth terima tu. Tak, maksud aku, Seth dah beritahu Nora dan mereka ingin bersama-sama menghadapi masalah tersebut. Ha, yang ni, semua suka lah tu bila Nora kata nak bersama-sama dengan Seth. Seth pun nak senyum masih berlagak cool. Haru betul.


Aku suka pertikaikan watak Inspektor Amir. Kerja dia senang je nampak jadi Inspektor kan? Lepak kedai makan, pergi kedai buku, kat tangga batu. hehe Ala, ni komen-komen kat fan page lah ni. Alahai korang, takyah la kekecoh sangat, dah namanya berlakon. Dan-dan Ery Putra tu bukan Inspektor pun. hehe Jahat ke? Apapun, hari ni, Seth bawa Nora jumpa Insp. Amir. Baru berborak, tetiba ada call untuk Seth, dia pun keluar. And...........ternampak Amir bersalam dengan Nora yang agak lain macam. Haha muka Seth masa nak balik tu pun dah semacam je. Tulah Amir, kau pergi kacau isteri orang buat apa! Padan muka. 


Oh ya! Dah order air, tapi balik, dah tu air sapa nak minum?? lor.. hehe


Eid balik Malaysia kan? Mak dia sakit. Semalam semua rasa Yvonne yang hantar SMS tu, tetiba ada Eid hari ni, korang rasa, siapa yang hantar mesej kat Seth sebenarnya? Aku tetap rasa Yvonne. Almaklumlah, dia kan geram benar tak dapat Seth.


Lagi 1 part yang bagi aku agak lucu, bagi aku la, korang tak punya. Korang suka sangat dengan Seth tu kan? Aku bukan apa, bila Seth berbahagia dengan Nora je, at the same time, Yvonne sakit lah, tak boleh tidurlah, terguling-guling lah, jumpa doktor lah. Dah macam orang gila tak dapat terima kenyataan benar. Kira menjadilah watak Yvonne ni yang menyebabkan korang benci dia. hehe


Lagi apa yang best nak highlight hari ni? Ha, Seth nak buat parti kat rumah dia, nak jemput clients dia. Nora teringat Yvonne cakap staff kat aofi Seth sibuk cerita sal Nora kawin sebab terpaksa dan kerana harata. Haha autaa semata. Tetamu memula sampai, staff Seth, bertiga kan? Eh, berempat ke? Eh, ada Eid? Eh, kan dia dah balik Qatar? Eh, ada orang bagi salam? Eh, Nora pun tersedar, mengelamun rupanya. Nora, Nora, adakah benar orang kata.. First love never dies? Haha Yang Eid pulak sibuk rasa menyesal, rasa bersalah, rasa Nora tak bahagia dengan Seth. Sebab dia rasa sebab dia Nora tak bahagia.


Well, as for me, bahagia itu...aaa...entah, tetiba hilang lak ayat tu. Ok, Yvonne bawak buah tangan?? Eh eh, dalam bakul. Bakul cantik je. Eh Eh, Nora terkejutlah tengok isi bakul tu. Agak-agak apa dalam bakul tu ye?? Nantikan esok....hehe


Bila part perogol sebenar ni... Eh, perasan tak? Nora mimpi lagi kejadian rogol tu kan? masa tu Seth kat bilik bacaan tengah pegang rantai tu. Aku rasa esok kot terbongkar? Tak pun minggu depan. Ha, Episod terakhir dia episod ke 24. Ala, lau ikut novel happy ending. Dun worry lah. hehe korang tak rasa rugi tengok dari awal pun. hehe Eh, dengar kata Aaron berlakon untuk cerita Stanza Cinta. Haiz....susah lah gini, ada Aaron lagi, kena tengok ni.. Ok, jumpa esok. :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

9 comments:

::blog anak jawer:: said...

tiap hari FS update psl nora elena..mcm best je..teringin nk tgk..FS ad download cite tu tak..kalau ad AJ nk...ye la..kat sini mne leh tgk..download lg la..

FasiHaH SupiaN said...

@::blog anak jawer::hehehe saje suke2...lagipun ada yang ternanti2 fs nye review...buatlah....

Gayahspears said...

ahhh.. kenapa semua orang dok menggila tgk nora Elena aku tidak~!!!

sEha said...

seha suke bace review dri FS wlupun seha tgk nora elena hari2... huhuhu.... pepun... cite ni mmg sweet !! kah8

kayrul-shah said...

salam kenal...panjangnya ulasan nora elena...kayrul kekadang jer sempat tengok...tapi memang best la cite nie

Lulu caldina said...

Blog ni dah tersenarai dalam bloglist lulu-pages :)

FasiHaH SupiaN said...

@Gayahspearsgayah! aku tak gila laaa

FasiHaH SupiaN said...

@kayrul-shahboleh tahan la kayrul! :)

FasiHaH SupiaN said...

@Lulu caldina yes u too :)