Apa Relevannya Mas Kahwin Rendah di Kelantan? | fasihah.com


June 11, 2011

Apa Relevannya Mas Kahwin Rendah di Kelantan?

Assalamualaikum, morning semua! Cuti sekolah ni, sibuk dengan kenduri kahwin. Sana sini ada kenduri kahwin. Teringat, hari tu, ada orang singgah kat shoutbox, dia tanya, 'apa relevannya mas kahwin di Kelantan rendah?'. Ok, sebelum tu, layan klip video ni. Mesti dia baca sal hantaran yang lepas ni. Orang Perempuan Kalau Tak Tahu Masak Jangan Minta Hantaran/Mas Kahwin Tinggi-tinggi. Lagi satu yang ini Semalam Cerita Hantaran Rendah Kalau Perempuan Tak Tahu Masak, Apa Kata Bakal Chef Tentang Hal Ini?


 


Relevan tak relevan mas kahwin rendah ye? Pada pendapat aku lah kan, relevan jugak lah, sebab, orang yang nak kahwin taklah terasa terbeban. RM80 tu dia mampu nak bagi, sepatutnya lah. Tapi bagi aku, apa yang membuatkan mas kahwin murah ni kurang relevan ialah wang hantaran yang tinggi.Mungkin ada yang mengatakan relevan sebab boleh elak maksiat dengan berkahwin.


Aku persoalkan lagi, ya, mungkin benar elak maksiat. Ada masalah problem lagi. Kalau orang tu hanya mampu untuk beri mas kahwin sahaja, tak layaklah juga nak kahwin. Nanti lepas nikah, nak bagi nafkah apa pula? Kahwin bukan perkara main-main bagi aku. Take it serious. Kau kena tanggung dan jawab. It is not a games. It is not a joke. Kehidupan lepas nikah itu yang lebih penting daripada kenduri yang diadakan yang kadang-kadang terlampau gah!

Bukan apa, mas kahwin dengan wang hantaran untuk sesebuah tempat dianggap berbeza. Korang kalau nak kahwin pun, kena tahu budaya tempat korang macam mana. Kalau orang melayu, yang aku tahu, dia ada duit hantaran untuk belanja hangus. Duit hantaran ni untuk belanja kenduri. Manakala, duit mas kahwin ni yang hak anak perempuan seorang. Tak boleh siapa kacau. 


Masih relevan ke kalau mas kahwin rendah, tapi hantaran tinggi melambung? Tapi, mungkin kat Kelantan tak kot? Aku pun tak tahu..


Tapi, sebenarnya, mas kahwin tu atau mahar, ia adalah pemberian ikhlas seorang suami kepada isterinya. Dan ia adalah milik penuh seorang isteri. Kalau mas kahwin yang ditetapkan itu rendah, itu sebenarnya had minima. Bagi suami, dia boleh je nak bagi lebih daripada itu untuk isteri dia. Kalau betul ikhlas, insyaAllah hingga ke akhir hayat. Bukan apa, kalau dia bagi mas kahwin yang lebih tinggi nilainya, mungkin isteri dia lebih rasa dihargai. Just an opinion.


Tapi betul, kehidupan selepas majlis itu yang lebih penting. Bukan majlis itu yang perlukan belanja tersangat besar sampai tanggung hutang yang banyak lepas kahwin.


Ingatlah, sesungguhnya membazir itu amalan syaitan dan syaitan itu termasuk dalam golongan yang ingkar kepada Allah.. Al-isra' ayat 27.


Haha, ni kes aku nak pi wedding kawan aku lah ni jap lagi. hehe Ok, daa~~ nanti balik aku upload gambar wedding. hehe LAgi 1, jejak semalam dengan semalam lum sempat reply, insyaAllah balik nanti ye :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

7 comments:

::blog anak jawer:: said...

mas kahwin tu mmg penting...perlu di berikan kepada isteri dari suami...mmg jumlah nya seikhlas hati dari pihak suami...tapi sekarang... nilai hantaran di anggap pengukur keiklasan si suami..kalau bg lebih...ni mesti stg lebih,....kalau bg siket...mcm nk tak nk je kawin dgn anak aku...lebih kurg mcm tu la agak nye....hehehe

-Yok mampir diluk = lagu ahmad nyanyian arrora salwa...memuji atau menghina nabi...

Mutiara Bernilai said...

stuju!

jgn sampai membazir,,

iszieylyanziy said...

hehe,,setahu isz la,,kat tempat isz,,wang hantaran tu la hak milik pengantin perempuan,,

waRDah a.k.a QiQi said...

” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

mas kahwin yang rendah itu lebih berkat... :)

kalo kat selangor sampai RM300, alamat tak kawen la cik Wardah.. :D

rabbana yassir wa la tu'assir.. amiiin.... :)

Zul Fattah said...

memang benar r.. lagi satu.. sapa2 pasngan muda yg kahwin.. kerajaan kelantan bagi rm1000 utk menguruskan perkahwinan..

Ardini Humaira said...

yang tu minima dear.. nak bagi lebih pun no hal.. kiranya RM80 tu paling minima untuk mas kawen :)

Anonymous said...

bile TERbace entry ni,rase cam nk share plak
baru mlm smlm awek ak tye
kalu mak die ltak hntaran rm10K,ak sggup x ? hahaha
then ak reply,kalu sggup tggu ak ok je
gilo eh..ak pon blaja lg
keje pon ntah bile
tgah2 tdo 2 bley plak ak TERkire2 duit blanje kawen..cett
bg die 10K,knduri ak,blanje 2,blanje ni
mau lbih 20K kn ?
makna kate,berape taun kna mkn megi bru dpt kawen ?
n pas kawen nk mkn megi lg ke ikan kering ?
betuah pye awek..haha