Ujibakat Program Realiti Solehah | fasihah.com


June 13, 2011

Ujibakat Program Realiti Solehah

Assalamualaikum ladies yang jelitawans sekalian! Ingat tak tentang entri ni? Program Realiti TvAlhijrah - Pencarian SOLEHAH. Jadi, officially TvAlhijrah dah umumkan sesi ujibakat akan berlangsung pada 18 dan 19 Jun 2011.




Sesi uji bakat pencarian peserta realiti televisyen pertama TV AlHijrah, SOLEHAH akan diadakan pada Sabtu dan Ahad, 18 & 19hb Jun 2011. Ujibakat pertama ini akan diadakan di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.


SOLEHAH merupakan sebuah program realiti yang berusaha mencari pendakwah wanita. Disamping mempunyai ciri keibuan, mereka yang terpilih adalah merupakan seorang pemidato yang baik serta berupaya menyampaikan ilmu di dada dengan berkesan kepada masyarakat.” -Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir B, Hj. Baharom


Calon yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah haruslah memenuhi kriteria-kriteria berikut;
  • Wanita Islam berumur 20-30 tahun
  • Mempunyai pengetahuan Islam yang baik
  • Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan
  • Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera
  • Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
Masa dan tempat seperti ketetapan berikut;
Tarikh    :     18 dan 19 Jun 2011
Tempat :      Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
                      (Bersebelahan Masjid Negara)

Masa      :     10 pagi – 6 petang

* Sila bawa bersama latar belakang keluarga, akademik, pendidikan, pekerjaan serta sekeping gambar bersaiz 4R.
Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-22601677 sambungan 206/245/247 atau solehah@tvalhijrah.com

download borang solehah di sini


Ok, sesiapa yang berminat,silakan. :)


Tags: Download borang Ujibakat Solehah | Program Realiti Solehah | Tempat Ujibakat Solehah | Tarikh Ujibakat Solehah | Syarat-syarat Peserta Program Solehah


Sumber penuh di TvAlhijrah

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

4 comments:

Salim Harmanain said...

hmm...tuan umah bila nak join sekali...?? :)

Ardini Humaira said...

bagusnya sape2 terpilih nanti kan. boleh wat calon menantu... hebat2 :) boleh dijadikan idola..

::blog anak jawer:: said...

wah...boleh cri calon isteri kat sini tak....hehe

-Yok mampir diluk = bila bacteria pandai comment blog..

Mutiara Bernilai said...

urmm..

ermm..

hmmm..


eheh,, :)