Showing posts with label Program Realiti Solehah. Show all posts
Showing posts with label Program Realiti Solehah. Show all posts

June 13, 2011

Ujibakat Program Realiti Solehah

Assalamualaikum ladies yang jelitawans sekalian! Ingat tak tentang entri ni? Program Realiti TvAlhijrah - Pencarian SOLEHAH. Jadi, officially TvAlhijrah dah umumkan sesi ujibakat akan berlangsung pada 18 dan 19 Jun 2011.




Sesi uji bakat pencarian peserta realiti televisyen pertama TV AlHijrah, SOLEHAH akan diadakan pada Sabtu dan Ahad, 18 & 19hb Jun 2011. Ujibakat pertama ini akan diadakan di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.


SOLEHAH merupakan sebuah program realiti yang berusaha mencari pendakwah wanita. Disamping mempunyai ciri keibuan, mereka yang terpilih adalah merupakan seorang pemidato yang baik serta berupaya menyampaikan ilmu di dada dengan berkesan kepada masyarakat.” -Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir B, Hj. Baharom


Calon yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah haruslah memenuhi kriteria-kriteria berikut;
  • Wanita Islam berumur 20-30 tahun
  • Mempunyai pengetahuan Islam yang baik
  • Berupaya menyampaikan dakwah secara lisan atau tulisan
  • Berupaya memimpin perbincangan dan mesra kamera
  • Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
Masa dan tempat seperti ketetapan berikut;
Tarikh    :     18 dan 19 Jun 2011
Tempat :      Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
                      (Bersebelahan Masjid Negara)

Masa      :     10 pagi – 6 petang

* Sila bawa bersama latar belakang keluarga, akademik, pendidikan, pekerjaan serta sekeping gambar bersaiz 4R.
Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-22601677 sambungan 206/245/247 atau solehah@tvalhijrah.com

download borang solehah di sini


Ok, sesiapa yang berminat,silakan. :)


Tags: Download borang Ujibakat Solehah | Program Realiti Solehah | Tempat Ujibakat Solehah | Tarikh Ujibakat Solehah | Syarat-syarat Peserta Program Solehah


Sumber penuh di TvAlhijrah

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

June 7, 2011

Program Realiti TvAlhijrah - Pencarian SOLEHAH







Assalamualaikum jelitawans yang budiman lagi comel sekalian. Hehe Greating perempuan je lah hari ni. Program SOLEHAH sebabnya kan? hehe Semalam, aku dapat mesej, begini bunyinya.


Anda calon-calon ustazah yang berkebolehan? Berminat untuk mengasah bakat dalam bidang dakwah? Sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Realiti terbaru under TvAlhijrah @ Astro Channel 114, bagi pencarian SOLEHAH. Sila hubungi Elly @ Wan Suhaili (013-9022881). Sila hantarkan resume dan gambar anda segera ke alamat emel wan.suhaili@gmail.com. InsyaAllah audition akan diadakan di UIA Gombak, pada 13 dan 14 Julai 2011. Segala maklumat lanjut akan dimaklumkan semula. Sebarkan. Terima Kasih.

Jadi, aku mengambil kesempatan dengan blog yang ada ni, untuk menguar-uarkan pencarian SOLEHAH ini. Bagi yang berminat, boleh lah menghubungi nombor telefon atau emel diatas. Sebarkan kepada kawan-kawan yang berminat ya! Atau tekan butang share di bawah untuk share di wall facebook anda. Tq :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^