Private and Confidential a.k.a Personal. Tak Berminat Dengan Yang Personal, Tak PErlu Baca. Hehe | fasihah.com


June 14, 2011

Private and Confidential a.k.a Personal. Tak Berminat Dengan Yang Personal, Tak PErlu Baca. Hehe

Buat jelita comel dan kacak bergaya.


Fuhh ini entri kosong semata. This is all about my life. Life is suck?? Banyaklah kau suck Seha oi. Life is fun. Semuanya indah, semuanya bahagia. Betul. Aku cuti daripada pertengahan bulan 4 sampai laaa ni. Nak tahu aku cuti sampai bila? Sampai lepas raya. Bold di situ. Ada ke orang yang berduka cita cuti lama-lama? TEll me, tell me. Really, I am going to be crazy like Yvonne! Gila apa? Gila makan. Keje asyik makan, makan, makan. Mengadap buku makan. Mengadap tv nak mengunyah gak. Gila coklat. Kat bilik sendiri je ade stand by berapa peket. Aku takut nak timbang. Huwaa. Kompem naik mendadak! Jadi hippo lah karang. o.O


Oh dah tentu tak gila cinta macam Yvonne yang hilang kewarasan akal tu. Aku cuma nak mengunyah je rasa. Sebab stok makanan pun banyak. Adess, puasa ok, tapi taklah hari-hari puasa. Ikut parents lah. Sebab bila seorang puasa, semua puasa. Tapi still, hari-hari yang tak puasa tu? Kat peti ada vitagen, ada buah epal, ada strawberri, ada pelam, ada coklat, ada keju, ada air kotak. Kat luar ada snack, ada kek, ada biskut, ada nasi, ada air manis. Hallamakkk...


AJ pun mengiyakan aku dah gemuk. Huwaa, tetiba rasa macam sekarang jugak nak kol akak sedara ajak gi jim tiap hari. Tak makan nasi pun, mulut mengunyah je masalah problemnya. Baca novel pun ada yang dikunyah, gula-gula lah. Hari itu angah aku beli aiskrim dengan air A&W. Perghh, buat float. Lagi sedap. Bila habis, aku beli lah lagi bila belanja barang dapur dengan mak aku. Masuk kali ketiga. Mak aku dah tak bagi. Mak aku kata, kalau bawak aku pergi belanja, snack aku je dah 1 troli! Adess.. Dah tu...........free, sebab mak bayar. hehehe


Menternak lemak cuti-cuti ni. Ok, kau tak kerja seha? Memula macam ni cita dia. Aku dah hampir nak ganti cikgu, sekali tu, cikgu tu dapat notis, kerajaan tak akan sediakan peruntukan untuk guru ganti. Jadi aku pun tak jadilah. Hmm. Tak apalah, bukan rezeki. Kebetulan, kakak ipar aku baru bersalin. So, oklah, memula cuti tu aku bz lah jugak. Fuhh, ye lah, anak ramai. Nak kena sedia makanan tengahhari cepat, anak nak balik nak makan. Kena masakkan untuk orang pas besalin. Kena ambik anak sulung. Ambik anak kat tempat penjaga. fuhh, penat. tapi terisi lah masa tu.


Laaa ni, akak ipar pun dah habis pantang. TErkulai lah aku di sini. Aku hari tu pi cari kerja kan. Seriusly aku rasa macam, 'Ohh macam ni rupanya perasaan orang yang baru grad cari kerja'. Satu benda yang kadang-kadang mencabar tahap kesabaran ialah apabila di luar ada terpampang iklan jawatan kosong, tapi bila isi borang. Kata tak memerlukan pekerja waktu ni lah. Dah ada yang minta lah dan macam-macam lagi lah. Aku macam dah nak give-up je. Bapak aku pun baik punya, time aku nak gi interview ada satu tempat tu, MyMedic namanya. Dia boleh cakap moga-moga tak dapat. Betapa hancur perasaan ni. Aku dah macam, huhu 


Huwaaa. Aku nak sangat kerja. Tapi parents aku pulak macam suka sangat aku dok rumah. Aku bukan buat apa sangat kat umah. Pagi, before ten dah siap kemas. Sementara tunggu waktu masak? Yang wajib memang makanlah. Hmmm...


Ok, ni lah rupa orang tak bersyukur. Bila lagi nak dok rumah kan? Masa kat kampus dulu, sibuk cuti sekejap lah. U kedekut bagi cutilah. Macam-macam. Sekarang dah dapat cuti. Nak mengeluh pulak. Teruknya. Astaghfirullahalazim...


Tapi part cari kerja memang best, ada tu, aku cari iklan kat internet, ada part-time kerja. Cikgu tuisyen, bila aku call, dia kata, betul2 baru sekejap tadi orang call nak kerja tu. Memang macam-macam pengalaman. Itulah orang kata kan? Rezeki orang lain-lain. Bersyukurlah dengan setiap apa yang kita dapat. Fahamilah erti memberi. Kadang kita sibuk nak terima itu lah inilah. Sibuk nak rumah besar lah nak dapat isteri solehah lah semua kan. Tapi tak kenal erti memberi. Nak rumah besar, usahakan dengan memberikan usaha yang gigih. Tapi tak perlu rumah besar sangat pun sebenarnya. Sebab institusi kekeluargaan yang utuh itu lebih bermakna. Nak isteri yang solehah contohnya, kita kena beri diri kita ilmu dan iman yang membimbing diri kita ke jalan yang benar.


Fuhh, dahlah, entri merapu je ni. Tapi serius aku nak kerja. Tapi memilih sikitlah, nak yang dekat dengan rumah. Aku bukan apa, kalau dekat dengan rumah, ada chance lah parents aku nak bagi green light pi kerja. Lagi 1 pemakaian yang sopan. Ohh itu saja.. Tak apalah, syaitan tak pernah putus asa menyesatkan manusia, mengapa pulak aku nak berputus asa cari kerja pulak, ye dak? Orang kata, Allah maha pemurah. Berusahalah.. yess, usaha!!

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

9 comments:

::blog anak jawer:: said...

hahaha...nak gelak guling2 la baca...ok ape cute...mcm AJ...relax je....ni baru cuti tak sampai 2 bulan...ade lagi 3 bulan lebih lagi...cmne la nanti kan...hehehe...AJ tak mula cuti pun lagi...hahaha..relax...keje dgn parent je....tiap hari makan tanggung...tempat tinggal ade...hehe...ok tak...

-Yok mampir diluk = ben ashaari: 5 blog pilihan hati..

FasiHaH SupiaN said...

@::blog anak jawer::grrrr gelak ko ye zul!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sabor je lah..memang lah semua org tanggung, berat badan ni kang yang tak tertanggung. grr, ajak masuk grup dia lak....sabor je la, kot doakanla aku dpt keje ke =.=''

bersama kak Es said...

waaa..banyaknya stok makanan :)
lepak la dulu kalau parents tak kasi. diorang nak lepaskan rindu tu :D

JIJI YU said...

ehehe..ko g jim pon tak der gune gak ni..

FasiHaH SupiaN said...

@bersama kak Es heheh makin di pam pam kak ES masalahnya....

FasiHaH SupiaN said...

@JIJI YUadehh jiji support lah sikit...grrr

norinaomar said...

oo fS baru grad rupanya,tengah job huntinglah ni,nak cari area mana?

saya dah 2x berpengalaman jaga kaklong berpantang,kena sediakan makan dia,jagakan anak-anak dia,time tu kebetulan pulak cuti sem.berangan nak kerja lalast kerja bibik..

semoga segala urusan FS dipermudahkan..kadang-kadang kita kena start dari bawah,tak semua orang bermula dengan senang.chaiyok!!

FasiHaH SupiaN said...

@norinaomarnorina...eh x, sdg cuti sem, bukan baru grad.hehehehe

Ardini Humaira said...

parents akak tak bagi akak kerja kalo cuti lama pon. hehe... duk rumah je la keje akak