Kawan Kata 'Kau Sibuk Apehal, Kubur Masing-Masing' | fasihah.com


June 3, 2011

Kawan Kata 'Kau Sibuk Apehal, Kubur Masing-Masing'

Assalamualaikum ladies manis dan jejaka handsome macho! Selalu dengar orang cakap macam itu? Tertarik dengan jawapan seorang brother ni.

sebab kubur lain2 la aku tegur.kalau kubur same senang, kalau malaikat tanye guwa boleh tolong jawabkan untuk ko,"sorry bang, die tak ready lagi nak jawab soalan2 tu, mintak tangguh boleh bang??" .tak sanggup guwa nak tengok member guwa kene sebat.bebal! -Nazirul Hazwan

Tambahan..

Kau jangan lupa, nanti kau mandi, kitorang jugak yang mandikan kau. -aiez


Kadang kita kalau dapat orang yang cakap macam ni. Kita pun cakap cam ni kan?


Lantak kau lah, aku dah  tegur, kau tak nak dengar.


So lepas ni, bolehla tukar. Bukan apa, ramai orang yang suka cakap macam ni. Lagi 1, kalau orang tegur, ayat tipikal yang selalu aku kena, yang ni.

Sibuklah kau! Mak aku pun tak kisah, mak aku pun tak marah, yang ko sibuk-sibuk nak tegur aku buat apa?

Haa, selalu kena tak yang ni? Aku selalu ni. Yang selalu bila tegur sal pakaian iaitu aurat dan juga solat. Manusia ni macam-macam kan. Jadi kalau untuk yang kedua ni, apa agaknya yang patut kita jawab ye? Mungkin boleh jawab macam ini kot.

Sebab mak kau tak kisah la aku kisah. Aku kisah kalau aku kena masuk neraka sama dengan kau sebab tak nasihat dan tegur kau.

Haha, boleh pulak? Sebab kadang-kadang ada jenis orang ni, bila kita tegur cara baik, tak berkesan. Tegur macam ni baru dia rasa macam...'erkkk!' (terkedu). Kita manusia sering melakukan kesilapan, sama ada yang kita ulangi lagi mahupun kesilapan baru.


People do make mistakes everyday. So, why not kita sama-sama ingat mengingati antara 1 sama lain. Kan? ;)


TERIMA KASIH SUDI BACA^^

14 comments:

aiEz said...

saya pulak cakap dengan orang macam tu,memang kita kubur lain2 tapi kalau awak mati nanti,kami yg hidup yang nak mandikan awak..^^,pernah bincangkan tpoik ni dulu kat blog,macam2 sikap manusia ni..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ramai yg kata...kau sibuk psl blogger tu apasal?dia adik kau ke?apa yg sibuk2 nak campur hal dia?pelik tak ayat dia?kau ni menyalak cam anjing jek..huhuhu...yelah..jgn ambik tau lah klu camtu kan?

Mohamadazhan hjDesa said...

jangan jaga tepi kain orang...masalah juga peribahasa ni kadang2...

teruskan memberi teguran secara hikmah =)

::blog anak jawer:: said...

diorang cakap macam tu sbb diorang tu kurang ajaran... kate je kubur lain2...nati kat akhirat kita pulak yg dpt saham atas perbuatan dy...dunia2...

-Yok mampir diluk = medium dakwah terbaik dalam siri nurkasih the movie..

Solihin Zubir said...

heheh.. kubur masing2 konon.. mcmla nnt nk gali kubur sindri.. tukang gali kubur jugak wat..
mandi mayat sindri, bleh ke?
nk kafan sindri? haha.. berlagak sgt.. mati berulat takdak siapa peduli bru tau...

Nour Akmal said...

emm..kubur mmg lah lain2..
lagipun kat kubur duduk sorg2..tak de spe2..
tapi kat dunia ni apa yang kita buat semuanya libatkan org ln..so ak slh ing mengigai klu dh silap..
mgkn kesilapan kita tu melibatkan org lain..

Gayahspears said...

tegur menegur tak salah kot...
tapt..susah lah kalo nk tegur org yg cepat sentap ni.. so buat bodoh jelah >_< huhu

FasiHaH SupiaN said...

@aiEz betul tu aiez, macam2 perangai manusia nie...

FasiHaH SupiaN said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) hehe tp kalau dah kesalahan depan mata, xkan nak diam je kak LM...

FasiHaH SupiaN said...

@Mohamadazhan hjDesa itulah, kadang2 peribahasa tak seiring dengan agama..tu susah tu...

FasiHaH SupiaN said...

@::blog anak jawer:: hmm...dunia.......

FasiHaH SupiaN said...

@Solihin Zubir solihin, itulah, bila ckp laju je tak fikir, dia ingat dia mati nanti dia sendiri boleh kapankan kot...

FasiHaH SupiaN said...

@Nour Akmal betul tu Nour Akmal! :)

FasiHaH SupiaN said...

@Gayahspears hehe cik gayah, lau dia cepat sentap, kita bagi sentap habis. hehe