Special Entry For Fathers Day ^___^ | fasihah.com


June 19, 2011

Special Entry For Fathers Day ^___^

Assalamualaikum to all my beloved readers! My fellow friends! Gamsahamnida for reading my post everybody! haha Semalam, aku cerita pasal kawin, laju je korang nak kawin yer. Tak apa, tak apa, aku faham. Kerana semuanya sudah makin besar-besar belaka. Aku tetap kecil sahaja kan? Jangan jeles. Ok, ok malam-malam Jumaat ni kan, apa topik paling best hendak dibualkan? Kita relax-relax santai-santai lah malam ni ye?


Aku berminat lah pula nak buat post lelaki cool ni. Kerana apa? Setahu aku lah kan, selama aku hidup ni yang dah lebih kurang tambah tolak darab bahagi 15 tahun macam tu kan. Boleh dikatakan setiap tahun, ada sahaja lelaki yang menjadi idaman setiap wanita. Dah macam man of the year aku lihat. Lagi-lagi kalau lelaki tu pelakon ke, penyanyi ke, haih, mulalah nanti ada satu aura yang timbul. Bibit-bibit permulaan peningkatan pempopularan diri masing-masing. [sila abaikan bahasa melayu aku, dulu UPSR BM aku failed!Dermm]


Tahun lepas kalau tak silap aku, ramai yang suka watak Remy Ishak dalam cerita Nur Kasih. Dah semua orang kata dia kacak, macho, handsome, macam pelakan Bollywood, Hollywood dan Kampungwood sekalipun. Tapi, betul ke dia COOL? Cuba tengok sikit gambar, COOL ke?



Dah dah. Korang jangan tenung lama-lama. Tak pasal-pasal malam nanti tak boleh tidur. Aku tahu, lelaki yang tak berapa fofular mesti benci nak baca post aku. Aku sure punya lah der. Mereka pasti akan rasa this is what we call descrimination! Sabar dulu der, rilex ar der. Bagi baca kasi habis okey??


Ok, baru-baru ini, Malaysia digemparkan lagi dengan pelakon yang dah jadi Ustaz. Siapa lagi kalau bukan Asyraf Muslim yang terkenal dengan watak Ustaz Amirul nya. Haha Pusat Perubatan Islam dia belakang U aku jer tue. Jeles tak? Tak perlu OK! Dia dah bertunang. Kau jangan nak cakap dia baru bertunang je, belum kawin. 


Gila kau nak memutuskan pertunangan orang dan mengharubiruhijaukan rumah tangga orang? Dermm, jangan jadi HANTU. Ok, cukup, korang rasa dia COOL ke? Ok, for the time being, mesti korang akan cakap, mestilah COOL, dah jadi USTAZ tu. Ok, COOL ke?



Siapa lagi siapa lagi? Ha, ni lagi satu yang aku perasan. Budak-budak remaja zaman sekarang bukan main lagi sibuk dengan K-POP nya. Siapa? SHINEE, 2PM apa lagi BIGBANG? apa lagi? Kalau kawan-kawan aku sibuk dengan Variety Show Running Man. Antara yang menjadi kegilaan ramai ialah Song Joong Ki. adess Kiut. Memang ler kiut. COOL ke? Cuba tengok sikit, COOL ke?





Yee.. aku tahu dia comel. Tapi dia COOL ke? Bukan main fanatik lagi kan dengan depa ni. Haiz =___=''


Emm, korang nak tahu tak? Bagi aku, sebagai pendapat peribadi aku, korang nak sokong, korang LIKE entri aku, tak nak sokong, ko pangkah blog aku sekarang! Ok, siapa LELAKI paling COOL sebenarnya? Bagi aku.. mestilah dia!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



My Daddy la Of course. Adoyaiii


Haaa.. aku kasi tahu sama lu olang semua ha. Papa lu olang lah paling COOL. Wa cakap betul ma. Lu ingat kalau PAPA lu olang tak da, lu olang boleh bikin hidup kat dunia ni ka? Aiyaa...
Well, this is my humble opinion sahaja. Tapi betul lah. Kadang ada sanggup pergi konsert K-POP dengan kawan-kawan masa holiday daripada balik jumpa parents kan? Korang tahu? Tengok muka mak ayah je dah dapat pahala tau. Tak perlulah nak ter'over' suka sangat dengan pelakon ke, penyanyi ni ke kan. COOL dorang pun, dorang dah tua, tak handsome nanti, korang tak pandang pun. 


Satu lah kan, kalau tak ada ayah and of coz lah mak sekali kan, kalau tak, tak jadilah kita kat dunia ni kan? Tapi cuma ni nak cerita LELAKI. JAdi LELAKI YANG PALING COOL mestilah AYAH KITA. Sebab, kalau tiada dia yang MEMANG COOL, yang bersusah payah cari rezeki bagi anak-anak, kita pun tak kenal REMY ISHAK  ke ASYRAF MUSLIM ke SONG JOONG KI ke, sebab tak ada ayah kita, tak lahir lah kita, maka tak kenal lah kita siapa mereka. 

Kalau bukan ayah yang bekerja siang malam cari duit, nak bagi kehidupan yang selesa, tak merasa lah korang nak tengok tv dan kenal mereka. Hmm. Kan? Setuju?

*This is repost edition for fathers day :)

Ok, kalau suka boleh LIKE:)
Terima kasih sudi baca :)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

20 comments:

amirah syahida said...

cool bebe :)

Tok Esah said...

haha, sokong!!! abah tok paling cool!!!!

FasiHaH SupiaN said...

@amirah syahida well hehe

FasiHaH SupiaN said...

@Tok Esah tok..tahu takpe...hehe

Shairazi Saidin said...

Daddy sy cool jugak. Sayang dia pergi terlalu awal. :)

HOT | Konsert Percuma Super Junior di Malaysia

fa-in said...

ye abah lah paling cool n lepak!
ashraf muslim xpe da tunang, kwn skola ku dlu muka serupa dgn dia..cool hehe

Cik Cempaka said...

ur daddy cool lah..^^

Nur said...

wah betul!!!!!!nih rase nak balik sekarang nih..haaha

sekapur said...

encik abah..

FasiHaH SupiaN said...

@Shairazi Saidin tak mengapa..doakan dia di sana :)

FasiHaH SupiaN said...

@fa-in fa-in, ada hati ker???hahaha

FasiHaH SupiaN said...

@Cik Cempaka ur daddy too dear

FasiHaH SupiaN said...

@Nur haha nur, pakat balik cepat2 naa

FasiHaH SupiaN said...

@sekapur amer....p cari abah hang cepat.huhu

Solihin Zubir said...

heheh.. btol! xdak sapa yg bleh lawan ke'cool'an ayah kita.. =)

nazirulhazwan~ said...

Ayah aku x cool,ayah aku howt.haha aku pon akan jadi daddy yg howt.wakakaka.

Sayangila ayah anda setiap hari:D

::anak jawer:: said...

betul...ayah la yang paling cool skali..sbb ayah la yg tolong anak2 ketika poket kering...ayah juga yg mmbanting tulang cari rezki untuk anak2...

d_tieah said...

Yeah!!! Walau macam mana kagum pun kita tengok lelaki lelaki kacak berlakon tu semua tipu je.. Hahaha.. Lakonan kan.. Tapi BAPAK kita tetap hero.. COOL~

Ikmal Arif Azami said...

eceh bapak aku pon cool gile doe!!!
hehheheheh

kalu tak tak dapat beli estima kan seha!!! heeehhehe beli keR??? Pinjam sudahhh

p/s: ashraff muslim dulu sekolah agama kot..kat terengganu rasenyer

Sunah Sakura said...

akak tak minat lak K-Pop... J-Pop yeee... hahaha~

yezzzaaaa~ ayah kita la paling cool kan? selamat hari bapa untuk ayah fasihah~ :)