Assalamualaikum! Morning everybody, my beloved readers! my beloved fellow friends.. Dah lama tak cerita kisah masyarakat kan? Dok kat kampung ni macam kisah masyarakat setempat yang seronok, sedih, lawak, semua ada. Itulah namanya bermasyarakat bukan?
Sebagai Intro, kita layankan perbualan antara mak dan anak ini ya!
Mak: Cik, Mamat anak nenek Diah dah nikah..
Anak: (sedang menggoreng ikan) apa mak? Mamat jadi tukang???
Mak: Apa pulak nye budak ni. Mamat, cucu nenek Diah tu, dah nikah.
Anak: Hah??? Dengan siapa? Bila? Di mana? bagaimana? apakah?
Mak: Itulah, hari Ahad baru ni dia nikah. Menikah macam orang kebiasaan tu menikah. Adalah hantarannya semua. Macam biasa.
Anak: Wuiyooooo! Nikah dah.. Nak bagi makan apa nanti?
Mak: Family perempuan tu kaya. Tak apa agaknya.
Anak: Ooooo....
Ok, sedikit latar belakang Mamat. Nama sebenar beliau ialah Zainol Ariffin tak silap aku. Sedap der nama. Panggil mamat je? Itulah, korang kalau nak bagi nama anak, bagi pendek-pendek ja! Nanti last-last minah, senah juga yang korang panggil. Haizz.. =__='
Ok, berbalik kepada cerita kita. Kita tak nak lah panggil mamat, kita panggil ZA singkatan dia. Ok, untuk pengetahuan u'olls, dia merupakan junior aku. Adoi, setahun lebih muda tu der. Lelaki tu der. Kalau perempuan aku tak kisah der. Haha
ZA merupakan seorang pemuda kampung yang sangat terkenal dengan sikapnya yang sangat 'baik' dan 'pemurah'. Grr, ok, pembaca, kata lawannya 'nakal dan kadang-kadang orang nampak dia jahat' dan lagi satu 'lan*n kampung'. Huwarghh, dulu dia hero. Apa-apa kat kampung yang kecoh, cari dia. Eh silap, report ketua kampung dulu lah der.
Kasihan kakak dan abang ipar serta emaknya yang bertungkus-lumus cuba mengembalikan dia kepangkal jalan. Untuk pengetahuan pembaca. ZA merupakan anak angkat. Maka simbolik anak angkat dengan mak tiri jahat kan? Huwaa, silap lah der. Ni anak tiri yang ada masalah problem ni. Iklan jap iklan.
Sambil-sambil baca pekena steam prawn pun sodap gak ni. |
Ok, abang iparnya sangat baik. Bertuah ZA ni. Abang ipar dengan kakak dia cukup bersabar. Hari tu bila dia dah keluar penjara, dia kena duduk rumah. Memang kena kuarantin lah. Ok, lepas itu, si ZA ni pergi minta kerja. Kat mana? Ya, kolam udang. Sebelah McD. Haa McD mana? Tak yah citer, kang korang nak cari pula. (cis, macam ada yang nak cari). Ok, nak dijadikan cerita, gaji dia sebulan RM 600. Banyak ke sikit? Fikir-fikir sendiri lah der. Kalau aku, topup, broadband, minyak kereta, makan, haizzz, parah kalau 600 ni.
Abang ipar dia punya lah baik. ZA habis kerja pukul 3 pagi pun, abang ipar dia yang ambil bawa balik rumah kau! Ok, dah tentu si ZA ni tak diberikan kenderaan sendiri. Nanti menyeleweng lagi. Masalah, masalah. Dan di kolam udang inilah mereka bermadu asmara. Mung tahu gapo? Tiap hari si perempuan pergi kolam udang cari ZA. Haaa, apa lagi, mak dia pi lah jumpa keluarga perempuan tersebut untuk memberitahu duduk perkara sebenar. Diceritakan semua kisah ZA.
Then what's next? Parents perempuan tu kata. Tunang dan nikahkan juga! [Korang, korang, fikiran jangan menyimpang jauh ok, depa tak dak tangkap basah nya, ini MoU baik punya]. Dah diberitahu ZA tiada kerja semua. Huih, bakal bapak mertua suruh kawin juga! Apalagi? kira jadilah kan?
Mak: Nenek Diah kata, handsome mamat masa nikah ni cik.
Anak: oooooOOoo
Mak: Dah memang mamat tu handsome. Perangai je kurang.
Anak: Hahahaha
Anak: Hahahaha
Mak: Ustaz Zaman (abang ipar ZA) kata, harap-harap dia berubah bila dah kahwin ni. Tak ada susahkan saya lagi.
Anak: Aah, moga dia berubah. Dah ada bini, kena matang ler
Bila diajukan cerita kepada si abah semasa di meja makan.
Mak: Mamat Nenek Diah hari tu kawin!
Abah: HAH?? Yeke???? [punya terkejut!hamik kau]
Mak: katanya, masa nikah pun lancar ja. Sekali je. [haa, kalah mana yang umor 20 ke atas, belum tentu sekali kan??hehe]
Abah: yee dah praktis dulu tu.
Lalalala~~
Macam sekadar bercerita sahaja kan? Adoyai. Adalah pengajarannya. Korang tak nampak? Mungkin perkahwinan itu adalah turning point untuk ZA. Siapa tahu kan? Lagi 1, jodoh itu siapa tahu bila, dengan siapa dan di mana? Betul kan, kalau dah memang tertulis junior-junior aku menikah dulu, terima sahajalah. Mungkin sebenarnya mereka memang layak untuk meggalas dan memikul tanggungjawab itu. Janganlah kita memperendahkan kebolehan mereka. Tak gitu? Sebaliknya memberikan dorongan dan semangat.
Ok, ZA! Semoag berbahagia dan menjadi Suami Soleh!
Kalau suka boleh like!
Terima kasih sudi baca :)
20 comments:
anda bila lagi...junior pun sudah mau kawen... hehehe
@Salim Harmanain salim apa pulak dah nak kawinnya, dah nikah dah pun ha. haiz, jangan disebut kawin2 dengan aku ni salim, budak2 tak cukup umoq lagi nie..nak kawin gapo nyaa.haha
ZA tu bru umo 20 la ye...rase tercabar ni...nak kawfn jugak...he3..
ZA tu bru umo 20 la ye...rase tercabar ni...nak kawfn jugak...he3..
gosip masyarakat..i loike,ade pengajaran d ctu XD
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh tuan rumah,
macam kenal junior ni..alhamdulillah, selamat juga dah dia ye cik seha..moga bahagia dunia akhirat dan satu perjalanan baru buat dia..ameen..
p/s: kawe rindu kampung,sob..sob.. buat cuti seha?
hik2..nak kawen jugak..(:
dni tak sabo nak kawen tapi lambat pulak huuu
org lbh muda dah kawen..tercabar tak?hehe
budak yang lagi muda dari angah ni bila nak kawen? ahahaha~
hang bila lagi?kui..kui..kui
@::blog anak jawer:: aii AJ da jumpe calon ke??haha
@fa-in fa-in haha msyarakat ni banyak citer teladan dia. takkan nak citer kosong je kan.hehe
@Syahidatul Humaira waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh my dear fren kat kanada................
Malulah pulak enti tgk blog ana. haha sengal, enti ana lah pulak. emmm, tu lah cik halimah, selamat suda...kat rumah jadi supir lah cik halimah, jadi tukang cuci, tukang sapu..hehehe
@nana riduwan erkkk.... tak sangka ramai yg nak kawin bila baca entri nie...adess
@Ardini Humaira hahaha alaa kak dini tak lama dah pun =p
@Lydia Miza(Aidyl Azim) kak LM, tak tercabar langsung, sebab anak buah dah ada 6 org, sakit jiwa dikerjakannya sampai sy pikir 200kali la nanti kalau nak kawin.haha
@Sunah Mohammad jap jap ngah, budak yang lebih muda daripada along bila nak kawin???muahahaha
wah..kawen dah dia?? gila kentang der...ni aku nak suh mak aku kawinkan aku cepat ni..tergugat beb..hahahaha
@aTiKa aTeRkaH hahah adoii cousin aku nieee, bg la kakak ko lepas dulu kot iye pun.hehe
Post a Comment