Aku Dilamar.. Tapi Masih Belum Membuat Keputusan Antara Dua. | fasihah.com


April 20, 2011

Aku Dilamar.. Tapi Masih Belum Membuat Keputusan Antara Dua.

Assalamualaikum to all my beloved readers! I am back! How's your day? Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga I tengok belog I ni. Oklah. Aku nak berkongsi sedikit kekeliruan dengan pembaca semua. Harap-harap anda dapat membantu saya ye. hehehe


Ok, buat anda yang masih belajar, umur semakin bertambah, sudah pasti, ingin membina sebuah rumah tangga bukan? Dan, rumah tangga yang aman dan bahagia serta dirahmati Allah s.w.t adalah impian setiap insan bukan? Jadi, ini semua adalah hasil daripada satu pemilihan keputusan yang betul.



Ok, aku memang dilamar. Ha, tak percaya? Betul, aku pun tak percaya, tak sangka aku yang tak matured ni, tak tinggi dan kanak-kanak rebina ni ada orang nak! Pulak tu, kena pilih antara 2! Rambang mata aku dibuatnya! Jadi, aku tak lain tak bukan, nak kan pendapat korang semua, mana 1 yang patut aku pilih agaknya?


Pilihan Pertama: Cuti 5 bulan


Pilihan Kedua : Ambil Semester Pendek


hehehe Jangan marah, nanti cepat tua. Itulah mereka yang masuk meminangnye! Tak ada nya orang nak masuk minang aku ni. Tahap ketinggian pun paras dak darjah 3. hihi

So, aku nak korang brainstorm sikit.Agak-agak, kalau korang diberikan pilihan, pilihan yang mana korang akan pilih? Kalau cuti 5 bulan tu, seronok kalau dapat kerja kan? Dapat juga pengalaman bekerja bagaimana. Sekurang-kurangnya tak lah kekok sangat bila nak praktikal dan bila masuk alam pekerjaan yang sebenar. 

Tapi, bagi seorang pelajar U yang terkenal dengan tempoh pengajian yang agak lama macam aku ni. Aku terfikir buat kali kedua untuk pilihan ini. Kalau aku tak buat semester pendek, maka aku terpaksa drag subjek dan extend. Bertambah lagi lah semester pengajian kat U. Dah tu bila nak habis? Tua kat U sahaja jawabnya! Haih, tak ada orang nak kawin ngan aku. hehe

Ok, antara aspek yang perlu difikirkan sama. Kos untuk mengambil semester pendek. Asrama dalam RM 300. Ok, ni belum makan lagi, belum outing lagi. Ok, kalau tolak outing, kena fikir tambang balik rumah pula. Sebab, dalam 1 minggu, ada berapa sahaja kelas kalau semester pendek ni. Yang lain tu, boleh lah balik rumah.

Tapi.. ok, ada tapi lagi. Untuk pengetahuan semua, FS ni belum dapat lagi subjek untuk semester pendek tu, sebab kuota dia sangat sedikit. Kesian budak BACC, tempoh pengajian lama, tapi subjek tak ada. Kasihan kami kan? U ni tak patut lah buat kami macam ni..

Andai kata, FS dapat add 1 subjek sahaja, patut atau tidak untuk teruskan semester pendek ni? Atau.. patut cuti 5 bulan sahaja, cari kerja. Kalau korang bagaimana?

Before I end this entry, I hope I am not that very late to wish Happy Holiday to all my universities' mates! enjoy your holidays!;)


Terime kasih sudi baca ;)

TERIMA KASIH SUDI BACA^^

26 comments:

Sunah Sakura said...

kalo wat sem pendek sambil keje part time ujung minggu leh ke?

Qaseh Dalia said...

hehe bercuti tenangkan fikiran weee ~

Fasihah Supian said...

@Sunah Mohammad ahhaa...kena cari part time, ada juga terfikir macam tu kak sunah...

Fasihah Supian said...

@Qaseh dalia adelia hahaha cuti tenang ke Qaseh??hehehe

Tieah Madian said...

Sabo je lah.. Lagi best bercuti kot.. Hahaha.. Kalo otak aku memang jem bila sebut pasal study.. Ngee :)

http://www.facebook.com/n/?photo.php&fbid=1979708897984&set=a.1590161279537.89435.1401022987&type=1&mid=4189222G5381ea0bG287a856G9&bcode=22GkxpxE&n_m=tieahmadian%40gmail.com

Aziela said...

FS, akak rasa mcm nak suggest sikit la. Dulu pun akak mcm tu. Dilema. Memula mmg dh confirm amik cuti tu. Dh start keje pun dah (keje kilang ok..hehe). Tp member ajak gak join short sem. Berenti keje, amik gak short sem. Tapi sebenarnya mmg rugi. Sbb kelas sikit sgt. Akan sgt terasa waktu terbazir dgn bnyknya. And bila x der kelas buat apa??? Mula laa tgk movie..outing..kejap2 nk balik kg. So selain bazir masa, bazir duit juga. Nk keje sambil blajar? Boleh ke? Sometimes kan keje ada jadual..nak arrange. Tetiba lecturer x dtg, ganti buat kelas malam plak..clash dgn keje part time. Blajarlah beri komitment dan fokus. Ermm..my suggestion, time cuti, gunakan sebaiknya spend time dgn family dan cari experience baru. Bila dh habis blajar, x bnyk masa nak spend time dgn family sbb dh sibuk keje and sibuk dgn rumahtangga sendiri. This is reality of life. Well..sekadar cadangan. Decision still on u.

Budak Botak said...

5 bulan cuti, lamanya... Kalo amik sem pendek ok gak, tu pon kalo x jeles ngn kawan2 yg cuti la...

Entry terbaru Coli Bercahaya Dalam Gelap? Ha3... (",)

Salim Harmanain said...

short sem confim ke dapat?? kalau dapat ambik la..even satu subjek ambik je..pastu boleh keje part time 2 in 1 tu FS...

Fasihah Supian said...

@d_tieah tieah! jemm terus tu..sib baik blogging tak jem.hehehehe

Fasihah Supian said...

@Aziela tq kak, panjang nasihat, insyaAllah nti sy cuba buat keputusan yang terbaik...

Fasihah Supian said...

@Budak Botak huhu jeles tu memang dah pasti budak botak, tapi tu lah, bila fikir kena extend tu, xjadi lak nak rasa jeles.hehehe

Fasihah Supian said...

@Salim Harmanain x confirm lagi....hari tu masa pre-reg tak dapat...salim ambik ke tak? ke cuti panjang?

Tie HT said...

selepas di analysis en3 ni..FS mcm ske yg cuti 5 bln tu..ye ke :)

Fasihah Supian said...

@Tihara hahah atihara membuat nalysis kite lah pulak..org suh bagi cadangan lah dear...

Tok Esah said...

hahaks!! kak ni, suspen jer!!
hurm, cuti 5 bulan!! tolong mak tanam jagung!! ehhe ada gak hasil!!

Fasihah Supian said...

@Tok Esah hehehehe ala tok...perlu lah suspen sikit2.hehehehe

MK yorke said...

good luck :)

ardinihumaira said...

cuti 5 bulan best kalo keje :)

Mira Amirudin said...

wat short sem! :)

Fasihah Supian said...

@yok thanks mariam!

Fasihah Supian said...

@ardinihumaira duit pun masyuk kan kak dini...haih...xtau mana nak pilih nie...huhu

Fasihah Supian said...

@Mira Amirudin hehehe ok2, ada yg suh wat s.sem ada yg suh cuti...hehe

Mahfuzah Husna Zulkifli said...

Assalamualaikum. Keja utk cari pengalaman. Sekarang persaingan semakin kuat. Buka business online pun ok :)

Fasihah Supian said...

@Mahfuzah Husna Zulkifli terima kasih mahfuzah kerana memberikan pendapat..benar pendapat awak tu...

Rosmarieza said...

macam kenal jek couple ring tuh!;) buat short sem jla dik~ n tumpu study~:)

Fasihah Supian said...

@dark r0se hahaha kenal? mana nampak? gugel kot? huhu tak tau lg sebab xdpt subjek lagi...